Thursday, December 30, 2010

Annual Year End Trip

Ding dong..

Yuhuuu, sedang busy berkemas ke wahai ahli keluarga ku di kampung sana? Hehehe, syoknya hari yang dinanti² telah tiba. It's year end again uols!! Tak sabar nak ronggeng bersama famili tercinta. Yang pastinya, jadual percutian kali ni aku yang susun. Padat & pasti memenatkan. Tapi, yang paling penting semua orang haruslah happy dan happening. By the way, ni bukanlah kali pertama buat aktiviti ronggeng malam minggu bersama keluarga macam ni. Tahun lepas pun dapat buat program camni kat PD. Glory Beach Resort yang pada aku agak sucks sikit tempatnya sebab masa tu penuh dengan 'awan mendung kelabu'. Wrong timing la boleh kata.

So, check it out apa jadual aku & keluarga untuk trip jalan² cari pasal makan ke Melaka untuk kali ini..

Malam esok, cadangnya kami akan berkumpul kat homestay yang sentiasa jadi pilihan aku setiap kali nak ke Melaka bersama geng-mentekedarah-ikan-bakar. Tak lain tak bukan homestay Abg Jafri kita ni. Cadangannya, nak buat BBQ dinner ala² self service gitu. Kiranya sendiri mau makan, sendiri bakar. Tempat pembakar pulak memang dah ada, cuma sediakan baranya je. Disebabkan esok PM dah umumkan cuti, maka tiada alasan la pasal penyediaan tu kan. Tak boleh la harapkan aku & bie je yang siapkan bara.

Pagi esoknya pulak, Sabtu. Cadangannya nak ke Melaka Wonderland. Lebih kepada nak melayan budak² kecik main air je sebenarnya. Aku & bie mungkin tak follow sama sebab terasa bayaran masuk RM30 tu agak mahal untuk park yang tidaklah sebesar mana. Dan memperkuatkan lagi alasan kami taknak join tu ialah, bendera Jepun yang sedang megah berkibar atas kepala aku sekarang ni. Maka, harap maklum ye kaum keluarga sanak saudara sekalian. Bukan taknak, tapi tak boleh (kononnya la kan). Takut nanti ada orang ingat orang kena bunuh dalam kolam tu sebab air kolam bertukar merah! :P

Dan aktiviti malam Sabtu tu la yang paling aku nantikan, sesi ikan bakar!! Yeahu, memang terangkat la kali ni sebab ada orang dengan baik hatinya nak sponsor RM200 dari jumlah tong²an. Terima kasih Akak, we lap yu! Katanya kali ni nak kasi semua orang dapat makan puas. Sepuas yang mungkin sampai perut kembung seafood pun takpe. Huahuahua! Yang penting, menu feveret aku haruslah yang paling utama, Ketam Masak Cili. Best², dah lama tak makan ketam ni!!

Lepas puas melantak seafood, mari kita tenang²kan fikiran dengan kedamaian di kala malam dengan menaiki cruise menyelusuri Sungai Melaka dihiasi sinaran neon yang mengasyikkan. Pergh, ayat novel dah keluar. Hahaha. Tapi, aku & bie tak join jugak acara ni atas alasan kitorang dah penah naik. Pekejadahnya nak naik lagi sekali kan. Dalam tahun yang sama pulak tu. Jadi biar la kami bercengkerama berdua² di bawah sinaran bulan je. Lagipun, tujuan utama di sini nak bagi mereka yang tak pernah merasa tu naik. Jadi, tak payah la aku menyemakkan keadaan lagi. Ayahanda pun dengar khabarnya dah excited kan nak naik. Sabar ye ayahanda..

Jadi buat kalian sekalian yang bakal terlibat nanti, sila berikan kerjasama yang baik kepada tukang-atur-majlis ye. Sila tepati masa agar perjalanan program tidak terganggu. Sekian, harap maklum.

Nota kaki lapan: Aku ni kampung bukan jauh mana pun. Tapi balik tetap la jarang². Bukan tak boleh balik, tapi saje je tak balik nak bagi orang kat kampung ada rasa rindu sikit. Baru best!


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Akhirnya terbukti

Ding dong..

Wah, adakah anda tonton perlawanan Malaysia vs Indonesia semalam? Aku 110% yakin hampir keseluruhan rakyat negara tercinta ni terpacak dengan mulut ternganga depan tv semalam kan. Sila la ngaku, jangan malu². Aku pun ada dalam statistik tu, aku ngaku je. Hahahaha.
Well, akhirnya terbukti jugak la percaturan Rajagopal menjadi. Taring Malaysia memang berbisa, bukan omong kosong semata. Tahniah la untuk pemain yang berhempas pulas malam tadi memastikan benteng pertahanan kita selamat. Walaupun gawang gol bolos 2 kali, tapi apa ada hal kan. Kita dah punya bekal yang aku rasa cukup sangat untuk menang. Biarpun kemenangan tu cuma kemenangan agreget, kita peduli apa. Yang penting, mahkota kejuaraan tu termaktub dengan jitunya milik Malaysia untuk tahun ni.

Aku & bie memang tak lepaskan peluang semalam. Balik keje semalam memang semangat la nak balik rumah cepat² sebab nak standby depan tv. Nak terbang ke sana tiba² tu tak mampu pulak rasanya. Nak lepak kat kedai tengok beramai² pulak aku takut dah takde tempat nak duduk. Lagipun aku suka tengok kat rumah sebab lebih selesa. Lepak pulak sambil makan yong tau fu, syok!

Apapun, game semalam adalah best sebab Malaysia main dengan baik pada aku. Walau mungkin boleh nampak sikit longgarnya pertahanan berbanding masa main kat Malaysia. Tapi tu tak mencacatkan sangat sebab jentera serangan tetap padu pada pandangan mata aku yang tak tau apa² pasal bolasepak ni. Sila jangan serang aku pulak nanti ye.

Semoga arena bolasepak Malaysia akan terus maju mengharumkan nama negara. Satu aku harapkan pada mereka, walau sehebat manapun kita, walau segah mana pun kemenangan dijulang. Jangan kita lupa dimana bumi tempat kita berdiri. Biar kita ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi.



Nota kaki lapan: Tak sia² follow AFF Suzuki ni dari awal, walaupun mula² dulu ada jugak rasa bengang bila Malaysia kalah. Tapi tetap setia follow sampai final.. :)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, December 27, 2010

Melayang bak layang²

Ding dong..

Nah, entry ketiga untuk hari ni kan. Tah kenapa jari jemari hari ni rajin semacam. Tak kisah la, selagi ada kerajinan, baik gunakan sepenuhnya. Yang pasti, memang hari ni otak aku agak free dan lapang untuk pikirkan ayat² yang nak aku taipkan kat sini. Kalau tak kang, memang semuanya tersangkut je dalam draft. Baru menaip sebaris, dah hilang idea. Ini la pentingnya merilekskan kepala sekali sekala.

Tapi entry yang ni bukan la entry happy² membawa bahagia, tapi entry ni nak menceritakan kisah sedih yang menyayat hati. Haha, tak la seteruk itu. Tapi sedih la jugak. But anyhow, bersyukur jugak la aku perasan benda ni awal. Kalau tak, memang kisah sedih dan menyayat hati tu akan keluar tapi bukan kat sini la kot.

Kisahnya, dari pagi ni lagi aku dah perasan sesuatu yang pelik dan luar biasa masa aku mula drive nak pegi keje. Memang dari saat gerakkan yang pertama aku dah rasa kelainan tu. Stereng si merah ku sayang itu bergegar dan berat semacam. Tapi nak menyedapkan hati, aku anggap alignment je problem. Jadi, teruskan je perjalanan macam biasa. Mula² tu ada rasa cuak jugak nak laju. Tapi bila dah lama sikit ada rasa ok. Jadi drive la macam biasa, 80km/j - 100km/j.

Alhamdulillah, sampai opis dengan selamatnya. Tapi langsung tak tergerak hati nak check kalau² ada yang tak kena dengan tayar depan. Tengahari pun aku keluar lunch macam biasa, walaupun hati makin rasa tak best. Lepas lunch pun sempat lari kejap pegi rumah baru (ni nanti lain entry citer) ambik design untuk buat grill. Masa balik dari tu kononnya nak berenti isi minyak dan check tayar. Tapi faktor usia buat aku lupa agaknya. Cepat sangat aku hilang ingatan sekarang ni. Sudah la minyak tak isi, tayar confirm la tak check jugak sudahnya. Nasib baik la kawasan tempat keje aku ni dekat je dengan stesen minyak.

Jadi, memang balik keje tu pasang niat siap². Paku kuat² dalam kepala otak bagi ingat. Sementara tunggu minyak diisi, aku pun tertunduk² la kat hujung tayar tu nak tengok apa yang tak kenanya. Alangkah terkejutnya aku bila tengok ada rekahan panjang kat tepi tayar depan sebelah kanan. Terus kecut perut nak bawak kete tu lagi. Tapi aku kuatkan semangat, drive jugak slow².

On the way, terus call penyelamat cinta aku yang jugak on the way nak balik. Kalau dah namanya pompuan tu kan, masuk je bab² kete ni mesti nak kena ada second opinion baru berani decide. Sebabkan memang dah nazak macam tu, bie suruh tukar je tayar. Aku memang ikut je apa yang bie suruh. Tak reti la aku nak decide dalam keadaan macam tu kan. Masa sampai kedai yang pertama, dah tutup (ke memang tak bukak aku pun tak tau la). Pegi pulak kedai yang kedua, mujur diorang baru kemas². Sempat la aku jadi last customer untuk hari ini. Thanks apek!



Citer gedebuk gedebak, bincang itu ini dalam keadaan bie memang on the phone (memang kena jugak call die sebelum buat final decision). So, confirm la tukar terus tayar. Tapi bukan satu ye tuan², dua sekaligus. Sebab rupa² yang belah kiri pun dah nampak rekah dan koyaknya. Alahai, koyak jugak la poket aku bulan ni. Buk bak buk bak, cong ceng cong ceng.. RM330!! Adudududuhhh. Dalam pada sedih hulur la jugak. Kalau tak kang ada pulak orang yang tak berani nak bawak kete tu pegi balik keje. Dibuatnya meletup tengah jalan, tak ke naya namanya. Sebelum yang buruk terjadi, biar la kita korbankan duit yang ada untuk keselamatan. Yang tu lagi penting, nyawa. Duit boleh dicari.

Jadi, moral of the story di sini. Buat pemandu² khususnya yang sekaum dengan aku. Jangan lupa selalu la check tayar kete anda sebelum mula memandu. Lagi² kita sekarang ni guna tayar tubeless yang ketahanannya pun agak kurang (betulkan aku andai aku salah). Jangan main lenjan je kete tu selagi ada. Kalau tiba² jadi hal macam ni, kita jugak yang kecut perut sendiri. Satu lagi, kalau dapat gaji tu. Jangan lupa sparekan untuk emergency macam ni. Sebelum sesuatu yang buruk berlaku, beringatlah selalu ok!

Nota kaki lapan: Memang kebanyakkan pompuan TAU bawak kete, basuh kete, isi minyak kete je. Suruh la lain sikit dari tu, terus gigil agaknya. So, bebawak la belajar ye kawan²..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Kocik tapi sodap

Ding dong..

Bila hilang, terus senyap sunyi. Tapi bila muncul, tiba² macam tak reti nak diam kan. Hahaha. Tak pasal² petang ni tergerak hati aku nak tepek entry. "Biarlah, aku punya blog aku punya suka la nak letak apa aku nak." - Kata seorang teman satu masa dahulu. Lagi takmo mengaku tu ayat lahir dari hati sendiri kan. Ahaks haks haks haks! Jangan la marah para pembaca setia sekalian (ada ke?).

Bosan di kala petang, perut pulak bergendang dek kerana keadaan yang sejuk dingin sepanjang masa. Bukak laci dari atas sampai bawah, tiba² terpandangkan plastik putih yang aku tau isinya apa. Lupa nak dibedal minggu lepas. Jadi, terus bangun siapkan air panas secawan (eh, se-mug la patut ayat yang sebenar). Terus open table sensorang layan minum petang. Sodap betul!!



Walaupun dengan bentuk fizikalnya yang kecik nonet tu. Tapi cukup untuk menghilangkan bunyi gendang yang bertalu² dalam perut tadi. Dibantu pulak dengan kehadiran Nescafe Tarik 3 in 1 yang sangat la senang nak dilayan. Yang penting, biskut tu harus la abiskan terus sebungkus sebab takut semut datang menyerang pulak kalau tak abis kan (alasan terbaek!! padahal..).



Settle sudah acara minum petang saya. Anda bagaimana? (Bajet best la buat ayat camtu kan cikma?)

Nota kaki lapan: Ini bukan siaran iklan. Harap maklum..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Felda Residence Hot Spring adalah Besh!!

Ding dong..

Penat semalam masih terasa waktu bangun pagi ni. Sengal sebadan kepenatan berendam sepanjang siang semalam. Tapi kepenatan tu berbaloi dengan ke-happy-an yang aku rasakan. Ditambah dengan mood yang agak stress sebab dah 2 minggu atau lebih tepatnya, dah 12 hari aku bekerja tanpa rehat. Sebabnya last weekend aku kena kerja dalam keadaan rela-terpaksa. Jadi, memang harusla aku dapat weekend getaway macam ni. Lari sikit dari kesibukkan dunia kota untuk menghirup udara segar. Penat makcik ni weh hari² menghirup asap kereta kat KL ni.

Bercerita dengan mukadimah yang panjang lebar, ke mana agaknya destinasi melepaskan diri aku kali ni? Sila rujuk tajuk entry diatas, hehehe. Dan sebenarnya, plan ni boleh dikatakan mengejut. Takde bincang, takde rancang tiba² je jadi. Semuanya sebab mummy (MIL) aku yang tiba² mengajak dan bie pulak dengan cepat je jawab "nak ikut, nak ikut". Belum sempat tanya aku lagi tu. Mujur la memang aku pun takde apa plan sendiri semalam kan. Kalau tak, muncung makcik ni panjang sedepa pulak. But anyhow, kalau pun aku ada hal lain. Aku pun terasa nak cancelkan je sebab aku pun nak sangat rasa rileks di tengah kehijauan. Otak aku adalah penat yang amat sangat this few weeks. Sangat² mengharapkan rehat yang total!

Satu yang tak tahannya kalau follow MIL aku ni berjalan, ialah jadual yang die bagi. Mesti kena gerak seawal pagi yang mungkin. Untuk orang yang malas bangun pagi² buta di hari minggu macam aku ni, bangun pukul 6:30 pagi tu macam satu benda yang mustahil. Bangun tu bukan setakat bangun untuk solat dan lepas tu aku boleh sambung tido. Tapi bangun untuk terus bersiap-siaga mandi² segala. Memang mata ni macam ada gam gajah la die punya lekat kan. Nasib baik la dapat suami yang punctual dan disiplin macam bie. Bila time² camtu, die la 'jam loceng' aku. Hehehehe.

Sebab tu la, selalunya kalau event yang aku sendiri organize dengan kawan². Masa berkumpulnya mesti atas dari pukul 9 pagi. Kurang dari tu, memang jangan harap la nak nampak batang hidung masing². Sure ke laut la semuanya.

Jadi, untuk plan yang ni, MIL aku dah tetapkan jumpa kat r&r Rawang lebih kurang pukul 7:30 pagi (sebab kami gerak dari rumah masing²). "Pukul 7 lepas abah balik dari surau mummy terus gerak, kalau korang nak follow kena sampai ikut time mummy la". Tu dia! Punya la veto keputusan kan. Kalau dah namanya cikgu disiplin, camtu la gayanya. Tapi, sampai je ke hari yang dijanjikan. Kami pulak yang punctual sebab diorang yang lambat atas sebab yang tak dapat dielakkan. Hahaha, selamat kami kali ni kan. Kalau tak memang manjang je kena bebel sebab selalu lambat.

Dan sudahnya, lebih kurang pukul 8:30 baru diorang sampai. Kitorang siap dah makan nasi lemak ngan kuey tiaw goreng kat r&r tu (sila bangga dengan diri sendiri masa tu kan). Memang lepas tu takde turun² dari kete nak bersalam ke apa, terus je gerak. Kalau boleh nak sampai seawal mungkin sebab takut orang ramai ke apa nanti. Lagipun cadangnya nak balik cepat sebab mana yang keje nak kena keje esoknya.



Perjalanan adalah smooth & easy sangat dengan cuaca yang sangat baik. Tapi matahari agak membahang jugak la. Dan boleh pulak, sun glass bie tercabut skru nya tengah² die nak membetulkan benda alah tu kat muka die. Sudahnya, hamek ko pakai sun glass aku yang gaya ke-mak datin-an. Rugi tak ambik gambar masa tu, hahaha. Kalau tak boleh buat cover album.

Lebih kurang sejam je perjalanan ke tempat yang kami nak tuju tu. Jalannya pun senang sangat. Cuma ikut je PLUS menghala utara, pastu ambik exit Sungkai. Lepas bayar tol ikut kiri dan terus je lebih kurang 10 minit akan nampak simpang masuk ke hot spring tu.

Tempat ni sebenarnya letak dalam kawasan Felda Sg. Klah. Dan hot spring tu pun memang under Felda punya management. So, memang kalau kita nak ke hot spring ni memang lalu la kawasan rumah² peneroka dan ladang² dalam tu. Cuma dinasihatkan, kalau boleh kat dalam tu jangan la drive laju² sangat sebab jalannya sempit sikit dan keadaan jalan yang berselekoh sana sini tu agak bahaya la untuk orang yang tak biasa dengan kawasan tu. Kebetulan jugak masa kitorang on the way nak masuk tu, aku nampak ada satu Exora dah duduk kat dalam kawasan ladang (bawah dari aras jalanraya). Memang tahap terbalik dah la. Tu confirm bawak laju macam jalan tu abah die sorang je bayar roadtax. Sampai boleh tergolek camtu kan. Kalau dah jadi camtu sape yang susah? Korang jugak...

Anyway, kami adalah sangat enjoy lepak kat situ. Dek kerana sampai pun awal, maka nak parking pun senang. Tiket berharga RM10 dewasa, RM8 kanak². Tapi aku ngan bie mengelat, biar abah (FIL) yang pegi beli tiket. Nak jimat duit poket punya pasal kan. Haha, kuang hasam punya anak. Tiket boleh dibeli kat kaunter depan pintu masuk. Lepas beli tiket boleh pilih samada nak parking kat dalam atau parking kat tempat yang disediakan sebelah kaunter tiket tu. Ada la dalam 30 parking bay camtu. Dan kalau datang dengan bas, harap maaf la ye. Memang boleh parking kat luar (dekat kawasan kaunter beli tiket) tu je. Tapi kot ye pun, tak la jauh sangat nak berjalan kaki masuk dalam tu. Dalam lebih kurang 5 minit je. Tu pun berjalan dalam kawasan redup celah² pokok.

Antara aktiviti yang wajib kat situ ialah.. Rendam kaki, rendam badan dalam kolam air panas. Setiap kolam tu pulak ada suhu yang berbeza². Lepas tu satu lagi aktiviti wajib, rebus telur. Tapi rebus telur ni kat spot² yang tertentu jela sebab memang ada kawasan yang memang punca air panas tu keluar. Yang tu kalau ko rendam kaki, 5 minit je masak la daging tu boleh buat sup. Huhuhu. Tak terbayang!



Okeh, satu lagi pesanan dari penaja. Makanan luar tak boleh bawak masuk dalam dekat area kolam. Diorang ada sediakan kawasan dan kat tempat tu je boleh picnic santai bentang tikar dan makan² bekalan yang korang bawak. Tapi pesanan dari aku, bawak je makanan tu sampai ke pondok² yang diorang sediakan. Letak elok². Sebab once orang dah ramai macam semut, diorang tak dapat nak kawal dah pun. Sudahnya orang siap bentang tikar sebelah kolam² die tu je. Dah bayar RM10 lagi mau bising² ka?



Owh, lupa nak citer. Kat sini jugak diorang ada sediakan pool yang besar (bukan air panas) yang siap ada gelongsor. Seumur hidup aku, ini la kali pertama aku nak gelongsor kat pool camtu. Kali pertama cuak, dah rasa sekali nak naik berkali² terus. Hahaha. Sanggup tu berebut ngan budak kecik nak naik punya pasal. Nasib la ko budak, ni mak budak pun sama nak naik jugak!



Overall, weekend getaway ini adalah sangat best. Dan nanti ada senang nak plan datang sini lagi. Kalau nak pegi, sila makesure sampai kat situ seawal yang mungkin sebab takut orang ramai sangat nanti dah tak syok. Lagipun kawasan kolam yang bukan air panas tu terbuka sangat. So, bila matahari dah naik. Memang takde ampun la die punya panas. Boleh sunburn kulit² yang gebu itew~! :P



Nota kaki lapan: Tahniah untuk pasukan bola sepak Malaysia atas kemenangan 3-0 korang semalam. Tak sia² aku kensel program nak tengok wayang malam tadi. Game korang adalah best!



Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, December 09, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang

Ding dong..

Entry ini khas buat sayang.

Sayang...
I Love You,
For all you've been,
For all you are,
For all you'll ever be to me..



Sayang..
You're my life, my happiness,
And the one,
Who always have my heart..



Sayang..
I'm so glad
we're spending
our lifetime together

Happy Birthday to my one and only,
Zulkhaimi..



Harap sayang suka dengan hadiah yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang yang sayang bagi selama ni. Semoga dengan bertambahnya umur sayang, bertambah jugak kekuatan sayang untuk terus mengharungi kehidupan kita bersama. Saya sayang kamu sampai bila²..



Dan saya ambik kata² dari kad tu sebab saya sukakannya. Ia dengan jelas menggambarkan isi hati saya yang sangat² sayangkan kamu!

Nota kaki lapan: Saya memang tak pandai dan tak kreatif nak buat kad ucapan handmade..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, December 08, 2010

Pening lalat

Ding dong..

Huh, hari ini hari Rabu. Tapi kepala otak saya wenggg cam hari ni hari Isnin gayanya. Manakan tidak, 4 hari dah stret cuti dan pegi bercuti sakan. Bila mula keje, badan pun sengal la sana sini kan. Pagi tadi nak buka mata pun, tuhan je yang tau azabnya macam mana. Even semalam dah seharian berehat kat rumah, tapi still otak ni penat nak mulakan keje hari ni.

Mujur la sekarang ni dah masuk study week, jadi kurang la sket kerenah budak² student yang aku kena layan di pagi hari. Kerenah dari lecturer & staff² pun tak la sekerap biasa sebab aku rasa ada je yang cuti² Malaysia lagi agaknya. Alang² kan sekarang cuti sekolah, sure la ramai yang ambik kesempatan bercuti panjang. Sambil² tu menghabiskan cuti tahunan. Aku? Aku ada cuti seciput je, maka yang seciput tu harus la aku jimat cermat gunakan.

By the way, aku baru balik dari bercuti² ke Cameron Highland 2 hari lepas. Bercuti dengan kaum keluarga belah bie. Setelah dihitung², kesemua kami ada 38 orang kalau tak silap. Hambek, dah macam rombongan sekolah dibuatnya. Aktiviti tak banyak sangat melainkan jalan, makan, jalan, makan. Overall, lebih kepada nak merehatkan minda & mengeratkan hubungan je sebenarnya. Sambil nak menikmati suasana dingin² Cameron Highland. Nanti la, aku buat satu entry full with story mori.

Sabtu lepas jugak, aku ke Melaka menghadiri jemputan kawen yang so called macam aku ni diharapkan sangat la kehadiranya. Siap invite aku sebulan awal sebab takut aku ada hal lain. Punya la excited aku ni nak pegi kan. Even aku dalam hari yang sama nak ke Cameron Highland. Tapi dek kerana si pengantin bersungguh² sangat menjemput, aku tak sampai hati la nak menolak. Ikut hati awalnya malas dah aku nak pegi memandangkan si pengantin pun tak nampak batang hidung masa aku kawen dulu. Tapi atas dasar setiakawan, penat memandu jauh aku tolak tepi.

Kesian En. Bie sebab terasa perjalanan kami sejauh beratus kilometer tu hanya la sia². Hakikatnya, aku pun agak kecewa la dengan layanan yang aku dapat. Walhal kami sampai dah agak lewat, should be masa tu pengantin dah agak kurang stress dan kesibukkan melayan tetamu memandangkan yang ada masa tu hanya la penanggah dan sanak saudara yang tengah berlepak santai. Tapi nampak gayanya, kehadiran kami ni macam bayang² je. Depan mata, tapi tak diendahkan pun. Bayangkan jela, kami nak balik tapi takde sorang pun wakil tuan rumah yang datang berpamitan? Si pengantin apatah lagi, hilang entah ke mana. Kecewa!

Kepada si pengantin, you know who you are..

Sempat jugak berjumpa dengan seseorang yang dulunya kalau nampak aku terus nak peluk cium. Tapi kali ni berjumpa macam orang asing, macam tak kenal. Cakap cuma sepatah dua. Kononnya dulu aku ni 'akak' dia yang paling dia sayang. Ye ke? Entah la. Mungkin sebab masing² dah punya tujuan hidup, punya keluarga yang perlu dilayan. Susah nak ramal..

Nota kaki lapan: Betul kot cakap Bie, anak muda zaman sekarang dah semakin hilang nilai budi bahasa. Wallahualam..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, November 25, 2010

Kesian... Hatinya makin lemah

Ding dong..

Dah lama aku perhatikan keadaannya. Bahkan hari² aku risaukan pasal dia. Keadaannya mungkin nampak normal dan sihat dari luar. Tapi, hakikat sebenarnya, hati dia makin parah & lemah. Mungkin kalau dilihatkan pada keadaan jantungnya, die masih kuat. Juga mungkin kalau dibandingkan dengan umur tubuh badannya, die masih muda. Namun, apakan daya. Semua itu tak dapat menjamin kesihatan hatinya yang juga sama penting dengan kesihatan tubuh mahupun jantung.

Aku selalu risaukan keadaan dia. Saban hari aku terpikirkan pasal keadaan hatinya yang makin lemah itu. Rasanya, tak sampai sungguh perasaan hati ni nak membiarkan dia terus bekerja. Tapi apa dayanya, khidmat baktinya atas muka bumi Allah ini masih amat² diperlukan. Yang terpenting, aku yang sangat bergantung harap padanya.

Dulu, aku tak pasti berapa kos untuk merawat hatinya itu. Nasib baik ada Bie yang rajin survey sana dan sini. Setelah dicongak², Bie setuju nak bagi pembiayaan penuh untuk rawatan dia. Mungkin orang boleh beranggapan, dia masih mampu meneruskan hidup dengan hati yang ada sekarang. Tapi pada aku, sebelum keadaan die jadi betul² parah. Biarlah aku korbankan sedikit masa aku untuk menemani dia menjalani rawatan nanti. Aku taknak nanti bilamana sampai keadaan hatinya benar² parah hingga dia mati di pertengahan jalan. Dah pasti aku orang yang akan paling merasa sesal.

Oleh itu, terima kasih setinggi²nya buat suami tercinta. Kerana sudi mengeluarkan modal untuk rawatan menukar hati si dia ini. Dan baru beberapa minit lalu, hatinya berjaya digantikan dengan yang baru. Alhamdulillah, semuanya selamat dan berjalan lancar. Proses penukaran hatinya pun tak memakan masa yang lama. Aku harap dia mampu meneruskan kehidupannya dengan lebih lancar selepas ini.

....

...

..

..

..

..

..

..

.

.

.

.

.
.
.
.
.
.
.

Aku sayang kamu, KENARI MERAH ku sayang!!



Nota kaki lapan: Hargailah mereka yang anda sayangi.. :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, November 24, 2010

Helo? Anybody home?

Ding dong..

Owh, bersawang sudah teratak singgahan aku ini. Kesian kamu wahai blogku, sejak akhir² ni asyik diabaikan saje. Mintak ampun ye. Bukan takmo usik, bahkan hari² aku bukak pintu rumah kau wahai blogku. Tapi jari jemari ni terasa berat dan malas bila mengenangkan masa rehat dan santai tu tak selalu ada. Maka masa santai tu lebih banyak aku habiskan dengan main game bongok² yang ada dalam pc ini ataupun bersantai² menghadap fb dan mungkin jugak berlepak² membaca blog orang lain. Jadi, sebagai mengubat kerinduan kau pada aku wahai blogku sayang. Terimalah entry yang bakal aku taip kejap lagi ni. Yang mungkin memakan masa berjam² nak aku siapkan. Hahahaha..

Mukadimah panjang lebar, isinya belum tentu la. Sebab aku ni suka sangat menaip separuh jalan, pastu tiba² kering idea. )-:

Oklah, mari mengarang!

Actually aku baru selesai bersarapan. Pagi ni aku sarapan dengan bekalan hasil masakan sendiri yang sedap! Hahaha. Mihun goreng lebihan malam tadi yang memang sengaja aku buat lebih, so that aku boleh tapau pagi ni untuk dijadikan sarapan. Jimat sikit kos perbelanjaan harian kan. Sebenarnya pun, sejak aku pindah ke opis baru ni. Jarang sangat dah aku sarapan kat luar a.k.a kedai. Sebab pertama, aku takde geng. Sebab kedua, tugas yang memaksa aku untuk stay kat opis ni at least sampai pukul 9 @ 10 (saya masuk keje pukul 8 ye encik²).


Milo panas & mihun sejuk. Imported dari dapur rumah saya

Kalau pun aku tak tapau apa² dari rumah (tak kira la yang aku masak atau yang aku sempat beli masa on the way dari rumah), aku lagi prefer makan biskut Oat Krunch yang memang dah aku prepare sebagai bekalan. So, macam mana sekalipun, memang aku takkan keluar sarapan lepas aku dah sampai opis. Antara faktor lain tak keluar balik tu ialah, kedai makan yang rata-ratanya memerlukan aku bawak kereta. Adeh, malasnya rasa!

Untuk pengetahuan anda semua, opis saya ni terletak nun jauh di tengah hutan. Ok, tipu je tu. Tapi memang kenyataannya, kat area opis aku ni memang tak dapat la carik gerai² tepi jalan yang within walking distance kan. Nak tak nak, kalau bab mencari pengisi tembolok ni, kena la aku keluar dengan kereta. Jadi, untuk menjimatkan masa, tapau atau bawak bekal tu adalah option yang paling afdal.


Opisku dari kejauhan

Ini pulak kisah weekend lepas. Aku balik Semenyih untuk meraikan seorang budak yang nak berkhatan. Bukan la meraikan sampai tahap buatkan kenduri untuk dia kan (mama dia dah buat kenduri masa raya korban hari tu, sekali dengan potong lembu share beramai²), just nak kasi dia rasa hepi sikit sebelum kena 'potong'. Niat hati tu nak layan la tekak dan kemahuan die sebelum melalui tempoh berpantang.

So, disebabkan Bie memang ada janji nak belanja die makan KFC sebab dia dapat kira ape-benda-tah dengan tepat. Jadi, disekalikan la plan tu. Tapi, yang nak bersunatnya sorang. Kena belanja 3-3 sekali sebab kalau tak kang ada la pulak yang muncung panjang sampai ke pekan Kajang. Tapi, tekak budak kecik kan. Baper ketul sangat la diorang mampu telan. Sedangkan aku yang besar gajah pun, lepas seketul setengah terus rasa muak. Jadi hari Sabtu aku & Bie bawak diorang pegi makan KFC. Nasib baik la sekarang ni semenyih dah ada KFC yang besar kat depan Tesco tu. Takyah la nak angkut diorang jauh².

Dia bersunat hari Ahad lepas. Dengar² citer meraung la jugak bila ubat bius dia dah abis. menggelabah mama & ayah die nak melayankan. Sampai terpaksa call klinik nak tanya apa patut buat. Dengan mama²nya sekali ikut menangis. 1st baby boy la katakan. Hehehe. Tak pasal² nurse kat klinik tu terpaksa menyamar jadi doktor nak menenangkan budak sunat tu punya pasal. Tapi, so far yang aku tengok. Ok je dia lepas dah makan ubat segala. Lagi dia suka la boleh ngadap PSP tanpa gangguan.


Baju oren itulah orangnya (-:

Kepada Mohammad Alif Syahmi, selamat menjalani tempoh berpantang (entah² skang dah boleh berlari dah pun). Cikma doakan Alif menjadi anak & abang yang terbaik. Lepas dah 'potong' tu, kena la tunjuk diri dah besar sikit, pandai berdikari. Bukan besar kepala tau. Jangan suka merengek², merajuk² macam dulu dah. Malu la dengan adik² kalau camtu. Semoga Alif akan jadi big boy di hati lepas ni, bukan big boy di perut ok! Perut sekarang dah cukup besar dah tu. Huhuhu.

Hurm, sentuh pulak kisah Aidiladha baru² ni. Aku tak bercuti panjang pun macam kebanyakkan orang lain. Infact, aku memang tak apply cuti langsung sebab cuti aku sekarang baru ada 2 hari. So, aku nak spare untuk tujuan kecemasan jela yang tu. Lagipun, aku dah merasa cuti panjang masa Aidilfitri.

Tapi, sungguh pun tak cuti. Tetap jugak balik kampung. Walaupun famili kat Semenyih ada buat kenduri doa selamat & kesyukuran. Siap tumbangkan lembu seekor. Aku tak join jugak sebab aku balik sebelah Pahang kali ni. Sebab pertama, aki @ atok Bie yang kat Lipis sakit agak kuat. Sampai warded berhari². Masa kami balik kampung tu keadaannya memang lemah sangat.

Selama yang aku kenali dia, tu lah 1st time aku tengok keadaan dia yang fragile sangat. Biasanya, dia tak penah duduk diam. Menebas la, kait buah la, berkebun la. Non-stop sampai la ke petang. Ada je benda yang dia nak buat keliling rumah tu. Tapi kali ni, dia hanya mampu terbaring lesu. Ada rasa sebak jugak sebenarnya. Tapi kuatkan semangat tahan jela air mata. Kang kalau aku nangis, Bie pun nangis kang. Dah la mata dia pun dah merah semacam.

Sebab kedua pulak, sememangnya tahun ni punya Aidiladha turn untuk balik sana. Jadi, sebagai menghormati persetujuan ni dengan Bie dari sebelum kawen dulu, aku memang patut balik ke sana la. Yelah, bila dah kawen kena la ada give & take kalau nak semua benda dalam kehidupan rumahtangga tu smooth.

Tapi balik pun cuma satu malam. Petang raya tu kami semua dah berangkat ke KL semula. Masa dah get ready nak balik tu, ada insiden cemas berlaku. Tiba² masa pak mentua aku nak start kete, alarm berbunyi. So, macam kelam kabut la kejap. Dalam tengah kelam kabut sana sini, boleh pulak pintu kereta locked dan kunci kereta ada dalam kereta. Tak ke naya tu? Dekat sejam jugak carik solution. Call sana, call sini. Korek sana, korek sini. Tapi tak berjaya. So, last sekali amik keputusan balik je dulu. Nanti pak mentua aku datang balik bawak kunci spare dari KL.

Gerak la naik kete aku dulu. Nasib baik la memang masa tu ada 3 kereta. Tapi on the way nak keluar dari area kampung tu, pak mentua aku teringat nak tanya pomen cina yang dekat² area situ. Haha, tu la kan. Bila dapat jumpa pomen tu, terus patah balik. Dalam masa tak sampai baper minit, settle! Hahaha, tu la dia kan. Bila kita dalam keadaan kelam kabut. Tindakan otak kita jadi lambat. Sebab tu orang kata, kalau tengah ada masalah. Bertenang..

Ok, cukup la tu. Nanti aku membebel lagi di lain waktu ye blogku sayang. (-:

Nota kaki lapan: Aku bukan malas, tapi aku dah letak priority dalam setiap waktu lapang yang aku ada. Dan agak malang, priority pertama bukan blogging..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, November 03, 2010

Tukar angin lagi

Ding dong..

Pagi semua! Sesungguhnya pagi ni memang pagi yang amat indah sebab kedatangan ke opis hari ni disambut kicauan burung dan suasana redup kampus yang nyaman. Sejuk je rasanya mata memandang persekitaran yang penuh hijau di sana sini. Segar mata yang pada awalnya mengantuk semacam. Berbeza sangat rasanya dari keadaan semalam.

By the way, buat yang tak tau. Hari ni aku beralih angin lagi. Kalau dulu aku kat kampus PJ, hari ni aku diterbangkan ke kampus Setapak pulak. Berakhir sudah hari² aku yang berlalu kat PJ, bumi yang penuh jammed, traffic light dan kete sana sini. Yang paling penting, aku dah pasti tempat aku yang sebenar kat mana. Sebab masa kat PJ, aku ni ibarat dicampak ke sana sini. Meja sendiri takde, cubical jauh sekali. Tapi berkat sebulan bersabar, akhirnya aku dapat jugak kata putus dari big boss. Tu yang dicampak ke Setapak pulak. Tapi kali ni confirm la base kat sini.

Alhamdulillah, syukur jugak sebenarnya dapat tukar ke sini. At least, tahun depan bila aku pindah masuk rumah baru, jarak tempat keje dengan rumah tak sejauh mana. Yang penting, sepanjang jalan yang aku bakal guna dari rumah baru ke tempat keje, tak jammed! Yeay!! Penat dah bertahun² meredah jam kat area PJ yang aku rasa macam dah tak boleh nak elak langsung. Nak speeding 80km/j pun payah la orang kata.

Satu lagi yang best, kat sini kawasan kampusnya lapang. Bukan lagi bangunan di celah² kawasan perindustrian yang banyak kilang. Nak parking pun senang, nak keluar masuk pun senang. Sini baru la boleh dikatakan suasana universiti yang sebenar kan.

Tapi, bila kawasannya dah terlalu lapang. Aku rasa seram la jugak andaikata kena stayback balik lambat. Sebab kat sini nak dengar suara manusia pun macam payah. Sunyi sepi! Harap² takde la aku kena stayback balik malam² buta kat sini. Kalau kena jugak, maunya aku tarik je student mana² mintak temankan kat sebelah, hahaha. Ye, aku memang manusia yang sangat penakut. Sebab tu aku ni tak pernah keluar malam sorang². Sebab kepala otak aku ni gemar sangat membayangkan yang bukan². Salahkan segala mak nenek citer seram yang berlambak sekarang ni. Hehehe.

Tu baru citer pasal environment la. Belum masuk bab keje dan workload. Setakat entry ni ditulis, aku belum dapat apa² task lagi. Tunggu la bos kecik ni nanti bagi keje ke apa. Baru la aku tau dunia aku kat sini nanti kelam ke terang.. :P

Nota kaki lapan: Pc yang ada tak boleh on, sib baik bawak lappy. Kalau tak, mati kutu aku!


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, November 01, 2010

Terima Kasih Daun Keladi

Ding dong..



Ini ialah handbag saya yang entah ke berapa. Dah lost count sebab rasa macam tiap² tahun tukar handbag. Bukan apa, beli yang cheapo², so sampai satu masa die akan koyak la, reput la, nak putus sana sini la. Nak tak nak, kena la jugak cari yang baru. Banyak jasanya pada saya ni. Sebut je mana tempat yang saya pegi saya tak angkut dia. Merata² dah dia pegi. Tapi masa ke Bandung hari tu terpaksa la tinggalkan sebab dah banyak sangat beg nak bawak.

Saya ni jenis tak reti pakai handbag banyak² dalam satu masa. Malas nak pindah² barang tu. Disebabkan tu jugak la handbag saya sangat penuh dengan sampah sarap. Incik Suami selalu marah sebab saya suka simpan resit lama² sampai serabut dalam handbag. Tapi, what to do. Benda tu dah jadi habit. Mula² je rajin nak bersihkan, clearkan semua sampah sarap secepat mungkin. Tapi... lepas sebulan dua, perangai lama tu datang balik. Penuh balik dalam handbag dengan segala macam resit, hand note, bil itu ini. Kadang² sampul gula² pun penuh tahap boleh jual kat pusat kitar semula. Hehehe.

Dan satu lagi masalahnya bila kerap pakai handbag yang sama ke mana², handbag tu akan cepat lusuh, koyak & terkopek sana sini. Nak buat cemane, handbag saya tu pun kelas pertengahan je. Yang harganya tak sampai pun 3 angka nilainya. Jadi, adatlah rasanya kalau cepat sangat die menjadi buruk dan lusuh dan tak cantik dan out to date dan segala macam dan lagi. Ditambah pulak dengan perangai saya yang suka usung camera compact saya ke hulu ke hilir. Maka, handbag saya sangat la berat jika dibandingkan dengan handbag orang lain. Sampai sakit bahu la jugak saya mengusung ke sana ke mari tu.

Mungkin akibat dari keberatan yang melampau tu, maka handbag yang saya dah usung lebih kurang setahun lebih ni (tak ingat la beli masa bila), akhirnya 'mintak nyawa'. Nak bagitau kat sini, saya bukan la sesaja nak mengada² bershopping beli handbag baru. Tapi saya memang sangat² memerlukan gantian. Sebab.....



Saya rasa jangka hayat handbag ni pun dah tak lama. Anytime je boleh putus. Kalau la ada peragut rentap, memang confirm tali tu putus tanpa banyak cerita, sob sob sob. Kalau mengikut condition beg, sebenarnya masih elok lagi. Takde koyak, takde terkopek di mana². Memang pemegangnya je yang dah mereput. Agaknya tak tertanggung bawak barang banyak² sangat hari² kot. Sampai dah genting sangat talinya tu. Takpela, akan disemadikan dia buat sementara waktu. Nanti nak cari solution lain kalau² boleh diganti talinya ke cemane. Sayang la pulak nak biarkan. At least kalau dah ada tali yang baru nanti, boleh jugak di bawak ke pasar ke apa, ke taman ke, balik kampung ke. Sebab saya tau die dah boleh 'dilasak²kan'. :)

Dan kebetulan, minggu lepas Incik Suami ada bagi 'bonus' sebab dia ada rezeki lebih dari biasa. Senyum lebar la saya masa tu. Dalam kepala otak memang terus pikir nak beli handbag baru yang mahal sikit dari kebiasaan. Ngeee... Suka kau kan makcik Bedah!

Maka, pada hari Jumaat lepas. Saya ajak Incik Suami ke Jusco One Utama lepas keje. Sambil pegi makan kat Subway (sebulan sekali wajib sebab dah ada voucher), ajak ke Jusco sekali. Sambil menyelam sambil minum air. Sepanjang laluan nak ke Jusco tu, macam² kedai jugak singgah. Tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Akhirnya, ke Jusco la jugak.Pusing punya pusing, belek punya belek. Akhirnya yang dua ni menarik perhatian saya, putih dan sangat suci je gayanya. Cantik dan murah. Jauh sangat lebih murah dari budget yang saya ada. Tu yang terus sambar dua sekaligus. Nak belajar la bertukar² handbag ikut occasion. So that handbag ni nanti mungkin boleh bertahan lama sikit daripada biasa.



Tapi bila dah pakai warna putih ni, kena la jadi cermat berhemat terhebat sikit. Kena la rajin bersihkan kalau kotor, basuh kalau dah kelabu asap. Kalau tak kang, kejap jela dah mula nampak kehuduhannya nanti. Haih, cabaran yang besar tu untuk orang yang pemalas macam saya ni. Kita tunggu dan lihat jelah ye.

Dan, sebagai pelengkap gaya kepada handbag tersebut. Saya sambar jugak seketul sandal putih yang menawan ni. Sebab dalam cabinet kat rumah dah ada kasut high heels bertutup warna putih (hantaran masa tunang dulu yang baru pakai 3 kali) dan sepasang wedges putih (yang tapaknya tercabut belum hantar repair). So, rasa berkenan pulak nak tambah satu lagi koleksi whitey dalam cabinet kasut tu. Yang ni boleh dikirakan kehendak melebihi keperluan la. Tak beli pun takpe je sebenarnya. Tapi kalau dah namanya pompuan tu, naluri hantu shopping tu mesti ada jugak sikit. Jangan tipu la kata takde langsung! :P



Apa² pun, terima kasih banyak² buat Si Hitam yang dah menemani saya bertahun² lamanya. Walaupun bila sampai angin tak baik saya dia selalu jadi mangsa keadaan. Kena baling la, kena pijak la. Tapi dia tetap sabar mengikut kerenah saya tu. Macam² dah saya sumbatkan dalamnya, sampai penuh macam tong sampah. Kesian awak kan Cik Hitam. So, saya bagi la dia rehat dulu untuk sementara waktu. Ada lagi sorang kawan Si Hitam ni yang jugak berwarna hitam macam dia. Tapi yang tu sekali sekala je saya guna. Masa² pegi majlis glamorista ke apa kan. Sebab dia tak sesuai nak diangkut ke hutan kalau saya pegi main Paintball! Tercalar la keayuannya nanti.

Kepada Si Putih (macam nama anjing Sinchan la pulak), selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Satu akan saya angkut hari² pegi keje, satu lagi akan jadi handbag untuk pegi jalan² yang tak memerlukan saya sumbat macam² di dalamnya. Semoga korang berdua bertahan lama sikit la ye dengan saya yang suka menyumbat sampah ni..

Nota kaki lapan: Sekarang ni kan dah ada handbag organizer. Sonang yo nak tukar² handbag. Tapi tulah masalahnya, kena pulak kuar duit lagi nak beli natang tu.. :(

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Picnic @ Kemensah

Ding dong..

Ini adalah kisah hari Sabtu lepas. Plan yang boleh dikatakan mengejut jugak tanpa sebarang perbincangan. Tiba² je aku keluarkan event invitation kat fb dan alhamdulillah, event tu mendapat sambutan yang baik. Memang nampak macam mengejut, tapi sebenarnya aku memang pernah sebut kat salah sorang ahli rombongan cik kiah kami tu, Rina.

Actually sebelum² ni aktiviti kami cuma setahun sekali. Jalan² ke Melaka sambil ke port feveret makan ikan bakar. Then lepas setahun baru la jumpa balik. So, tahun ni nak buat kelainan sikit sambil penuhkan slot² pertemuan. Picnic ni antara salah satu dari program yang ada dalam kepala otak aku sebagai organizer bersama. Last sebelum ni kami ada program Karok-Sampai-Lebam anjuran Cik Puan Namo. Rata² program yang dianjurkan setakat ni berjaya dan mendapat sambutan yang baik. Ahli baru ada 7 orang, tak susah sangat la nak manage kan. Hehehe. Kalau dah berkembang jadi berpuluh orang, kena ada meeting jugak kalau nak buat apa2 event.

Maka, setelah segala persiapan dibuat. Hari yang tunggu pun tiba. Disebabkan kami punya plan nak buat potluck, so makanan adalah disponsor oleh setiap ahli. Aku bawak nasi lemak terbaek dalam dunia, Rina dengan tuna sandwich & keropok ikan tersedap dalam dunia, Namo pulak bawak ayam goreng & puding caramel terenak dalam dunia. Memang super best la menu yang ada kan.

Perjanjian nak berkumpul depan Zoo Negara pukul 9 pagi. Tapi macam biasa la, masa yang ditetapkan tu sekadar mencantikkan jadual je. Sudahnya, semua pun ke laut. Anggaran pukul 11:15 baru la berkumpul. Perut pun masa tu dah nyanyi² lagu lapar. Ditambah pulak dengan haruman nasi lemak yang menusuk baunya kat dalam kete. Nasib baik la jarak tempat yang nak dituju dari situ tak jauh sangat. Dalam lebih kurang 10 minit je perjalanannya. Menempuh kampung². Aku tak sangka jugak rupanya belakang Zoo Negara tu ada perkampungan orang asli, air terjun segala. Selama ni memang kalau nak mandi² sungai, tempat feveret memang Sg. Congkak, Ulu Yam ataupun Sg. Tekala. So, bila dah ada tempat ni, jimat la sket masa perjalanan kami dari KL.

Disebabkan ni kali pertama menjejakkan kaki ke tempat tu. Jadi agak lost la kejap. Nasib baik la Kak ELy, owner chalet tempat kami nak tuju tu baik hati dan sangat² membantu. Kejap² kena call die nak make sure tempat yang kami pegi tu betul. Mana taknya, jalannya yang agak bahaya dan kecik menyukarkan jugak la kalau nak berpatah² balik. Kang kalau dah terlajak sampai ke dalam hutan, satu hal pulak.

Sampai je tempat yang dituju, Kak Ely dah sedia menanti. Sebenarnya banyak jugak pilihan chalet yang ada. Yang aku pilih ni antara yang hujung sekali kot. Sebab tak nampak pulak ada lagi yang lain kat atas. But, kalau ada sekalipun. Aku tak sure la. Chalet pun betul² menghadap sungai. Kalau setakat nak terjun tu memang senang sangat.



Settle je letak barang² mulakan acara pertama, MAKAN! Perut memang dah menggelodak sesangat masa tu. Maklum la, dari pagi bangun belum sempat makan apa². Jadi, boleh dikira masa tu kami brunch jela terus. Makan penuh selera sebab bertukar angin agaknya. Selesa sangat rasa berkelah beralaskan tikar atas simen yang proper. Bukan beralaskan tanah atau pasir². Nak letak barang pun senang je.



Selesai makan, terus siap² nak kecebom!! Yang menariknya, kat sini ada kolam yang source airnya dari bukit. Airnya tak sejuk, suam² je rasanya. Ibarat macam mandi dalam swimming pool. Masa kami mula mandi tu memang takde orang. So, puas la pusing sana pusing sini. Aku pun tak sure la sape yang paling happy, Namo ke Fatin. Sebab nampak macam Namo yang lagi excited. Sampaikan pelampung yang sepatutnya untuk Fatin pun die boleh rebut. Hahahaha, jangan marah ar Namo, gurau² je.



Bermandi manda lebih kurang 2 jam jugak kot. Lepas tu kami sambung makan lagi. Habiskan sisa² makanan yang ada sebelum balik. Sebelum makan tu, sempat la singgah sungai sebab nak rasa air sungai yang sejuk pulak. Nak bagi fresh badan yang lesu. Masa ni ada la insiden yang tak diingini berlaku. Memang ni antara detik paling panic seumur hidup aku kot. Salah sorang dari kami ni buat aksi terapung dan biarkan diri hanyut dibawa arus. Tapi nasib tak baik, sampai kat satu celah batu ni, boleh tersangkut pulak kat situ. Aku cuba tarik tapi memang tak terdaya. Kena sampai 3 orang yang menarik serentak barulah boleh lepas. Yang cemasnya sebab masa tu air yang deras tu menenggelamkan kepala dia. Damn scary!

Kepada Rina dan jugak kepada yang lain, jadikan ni iktibar la untuk kita. Next time kena lebih berhati² jangan banyak sangat main². Pesan orang tua selalu ada benarnya kan. Alhamdulillah la kan semuanya selamat. Lepas rilek sekejap kat atas, sambil makan². Kami sambung mandi lagi. Tapi kali ni kat depan chalet je yang airnya lebih tenang. Setakat nak relaxkan badan dan bersihnya badan dengan sabun. Sambil bincang² trip tahun depan pulak. Wakaka, dah jadi aktiviti wajib nampak gayanya.

Selesai mandi, terus naik nak salin baju & siap² untuk pulang. Kaum² adam dah selesai bersalin baju rasanya masa tu. Fatin pun pengsan kepenatan lama sangat berendam. Elok je selesai salin baju, hujan turun agak lebat. So, sempat la duduk lagi layan teh o panas sambil kunyah² keropok ikan. Memang layan sungguh! Reda je hujan, terus siap² nak berangkat pulang. Tak boleh bermalam kali ni sebab Rina & Azhar ada program lain. So, maybe next time jelah kita lepak BBQ kat situ.

Nice kan dapat picnic macam ni! :)

Nota kaki lapan: Mandi sungai ni memang best, lagi² kalau ada geng yang sekepala..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, October 27, 2010

Selepas 4 tahun berlalu..

Ding dong..

Siapa sangka, tempoh 4 tahun berputar tanpa kita semua sedar. Walaupun tempoh tu bukanlah suatu jangka masa yang pendek. Tapi dek kerana kelekaan dan kesibukkan hidup seharian, kita seakan tak perasan pun masa yang panjang tu berlalu pergi. Tambah pulak dengan kecanggihan teknologi perhubungan era kini yang langsung tak jadi batasan walaupun kita dipisah 7 gunung dan 7 lautan. FB, YM mahupun blog aku letakkan dalam kandang 'pesalah' pada ketiadaan perasaan atas kejauhan jarak dan kepantasan waktu yang berlalu. Sebab walau sejauh mana kita terpisah sekarang ni, apa saje perkembangan diri cuma di hujung jari. Lihatkan saje la status update yang terpampang kat laman FB, sure tau apa pun yang berlaku di kalangan kawan² yang jauh di mata.

Apa yang aku merepekkan pasal jarak dan waktu tu? Inilah kisahnya. Hari ni aku dapat peluang dinner bersama dengan salah sorang kawan lama yang agak lama jugak tak berjumpa. 4 tahun lamanya. Sebaya usia Hafiy! Bukan kami taknak berjumpa, tapi jarak kami yang dipisahkan dengan lautan membataskan segalanya. Mujur la kan sekarang ni internet tu bagai satu rahmat yang diturunkan tuhan. Setakat nak bertanya khabar tu, memang takde masalah langsung. Jadi, apa saje perkembangan dan citer antara satu sama lain kami dapat share sesama kami. Itu jela yang termampu. Nak jumpa kena plan betul², nak beli tiket kapal terbang je dah satu hal. Nak tunggu promo Air Asia, manjang la tak mendapat je kan.


Antara sebab yang membuatkan susah nak jumpa.
Timing selalu larikkkkk..


Kami kenal sejak lebih 6 tahun dulu, tahun 2004. Segar lagi dalam ingatan aku masa mula² aku menjejak kaki kat Adtec, Shah Alam. Aku masa tu memang dah ada geng dari ILPKL. Jadi, tak la terasa asing sangat walaupun tempat tu baru bagi aku. Dan kawan aku ni antara kawan yang bukan dalam list 'geng' aku masa tu sebab die datang dari jauh, Sarawak. Tapi kalau dah namanya sekelas, tambah pulak kami yang ayu² dalam kelas tu cuma 10 orang, maka lama kelamaan akhirnya kami semua boleh dikatakan akrab.

Boleh dikatakan apa je aktiviti yang dipaksa-rela kami join sama² 10 orang tu. Name it sport ke, kerja amal ke, handle jamuan ke, even sampai tahap kami semua 'terpaksa' tubuhkan kumpulan nasyid sebab kena wakil course masa pertandingan nasyid. Hahaha, masa tu agak lawak la sebab rata²nya antara kami tu sangat lah low profile. Tiba² kena expose diri depan orang ramai atas pentas camtu kan. Tapi nasib baik la 10 orang tu semua sporting je nak join jugak. Biarlah hanya sebagai penyanyi latar dan pemegang lilin je. Yang penting kami dapat tempat pertama masa tu. Siapa la agaknya vokalis merangkap tukang beli lilin masa tu kan? Hehehe..

Tapi tu semua sekarang dah tinggal kenangan. Tapi kenangan² tu lah yang kami semua bawak sampai ke hari ni. Walaupun ada antara kenangan tu tak enak untuk dikenang. But for me, itu semua experience yang mematangkan kita semua. Yang buruk kita simpan dalam laci, kunci dan anak kuncinya kita buang ke laut. Yang baik kita letak dalam almari kaca, dan kita tatap bila kita rindukan suasana yang pernah kita lalui dulu. Aku harap korang faham maksud aku dengan ayat tu ok.

Macamanapun, thanks to Sham a.k.a Dobot yang menunjukkan effort yang baik untuk menjayakan acara tadi. Tanpa kau sebagai organizer majlis, mungkin perjumpaan tadi takkan terjadi. Bukan senang sebenarnya nak mengumpulkan kawan² yang dah punya komitmen masing². Tak kiralah kerjaya mahupun keluarga. Mungkin la perjumpaan tadi nampak kecik pada saiznya, tapi sebenarnya amat besar dari segi maknanya. Objektif utama tadi bukanlah makan dan memenuhkan perut dengan makanan yang sedap² je, tapi jugak memenuhkan kekosongan dalam jadual² pertemuan kita.

Buat Diana, thanks untuk segala buah tangan yang kau bawak dari jauh. Walaupun baunya boleh buat orang pengsan, tapi kau sanggup usung ke hulu ke hilir dalam kete sampai lekat baunya. Kalau kau nak tau, macam tu la lekatnya persahabatan kita semua. Sebab tu la kita still boleh terus berhubung sampai sekarang walaupun ada terpalit citer² pahit sebelum ni. Aku harap perhubungan ni biar kekal sampai ke mati la. Walau tak dapat berjumpa dengan yang lain sekerap aku jumpa dengan Sham (sebab satu tempat keje, kalau tak sama jugak jumpa sekali sekala je), dapat sesekali macam ni pun ok la.


Ni baru baper peratus je join ni..

Insya-Allah, event demi event akan sentiasa menyusul di ruang FB tanpa rasa jemu. Aku cuma harap satu hari nanti kami dapat buat satu reunion yang complete. Bukanlah ramai, cuma 25 orang kalau tak silap (tu tak termasuk dengan yang dah tambah ahli keluarga la bilangannya). Tapi kalau dah semuanya bersepah serata Malaysia, susah la jadinya nak dapat satu masa yang semua sekali boleh bagi komitmen. It's okay, walau mungkin masa tu cuma akan datang 10 tahun lagi. Kalau ada jodoh, panjang umur dan murah rezeki, pasti akan datang jugak waktunya nanti. Mudah-mudahan..

P/s - Nama lokasi perjumpaan ialah Strawberry Cafe kat PJ, belakang bangunan MBPJ. Lain kali la aku review sebab tadi tak boleh nak fokus pada makanan sangat.

Nota kaki lapan: Setiap kali dapat buat perjumpaan, mesti gegak gempita. Kalaulah dapat kumpul semua sekali, maunya macam konsert jadinya!

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, October 26, 2010

Mari menyapu sawang

Ding dong..

Pergh.. Lama jugak aku biarkan blog ni bersawang kan. Ingat nak biarkan sebulan tak berisi, tapi macam kesian pulak. Dah alang² malam ni dapat pelepasan dari Incik Bie tersayang, taknak masak sebab aku nak makan piza jela. So, boleh la rileks sket update blog sambil tengok tv sementara tunggu Incik Bie balik keje. Tapi bukan la bersantai sangat pun, baju ada 2 baldi menunggu nak dibasuh. Stok² basuhan tangan yang tak sampai rasanya hati ni nak campak ke dalam mesin basuh. Biar la semalas mana pun aku rasa, aku tetap akan cuba basuh manually.

Lately, aku adalah sangat busy kat tempat keje. Bukan la busy mengejar dateline ke apa. Tapi buat masa ni tugas² yang aku dapat lebih kepada keje² aku tak boleh duduk diam setempat. Kejap ke hulu, kejap ke hilir. Nak duduk online YM atau FB pun payah aku rasa. Tambah pulak sekarang aku belum ada work station sendiri (yang aku tak tau bila baru boleh dapat). Jadi sekarang lebih banyak duduk menumpang kat kat pc dalam student lab. Kalau ada peluang, dapat la aku duduk mengadap pc dalam bilik kaunter (bukan kaunter makanan okey). Tapi ruang tu adalah open concept. So, takde privacy la nak lepak² sangat. Pc yang ada pulak sape² pun boleh guna (staff la maksudnya). So, takleh la nak buat macam harta sendiri.

Lagi merumitkan keadaan, sekarang ada
colleague dari building lain pindah ke building aku sekarang (which is building tempat die sudah shutdown, khabarnya nak buat multilevel city campus). Dek kerana dia ialah senior, maka aku yang junior ni kena la menghormati dan bagi laluan kat die kalau die nak duduk dalam kaunter tu guna pc. Walaupun aku nampak die boleh bantai main online game kat situ. Hampagas sungguh! Nak marah, tak berani pulak saya ni kan. Kang tak pasal² kena chop melawan tokey kan. Jadi, gasak kamu la kat situ nak main game sampai terbalik dunia sekali pun. Jangan dia kacau aku sudah.

Dan atas dasar protes yang meninggi, hari ni aku angkut laptop aku ke opis. Senang sket aku nak buat apa pun & kat mana pun aku nak online. Yang lagi syok, ada wi-fi foc untuk kegunaan dalam kawasan kampus. Sangat best la kan, jimat sket bandwith berokben aku. Jadi la aku macam gaya-hebat-terlebih-seorang-system-engineer. Usung laptop ke hulu ke hulir. Memang stok usung main kepit je, tak sempat dah nak masuk² beg. Feeling macam student pun ada jugak. Hahaha. Pedulik la kan, yang penting aku boleh online & surfing kat mana² aku nak tanpa perlu ada rasa risau kalau² aku mengganggu keje orang lain.

Wah, cukup la sudah citer pasal hal kat tempat keje. Kalau nak citer semua, maunya aku buat marathon entry nanti jadinya. But for now, apa yang bagusnya, aku belum ada rasa nak complaint pasal keje sekarang. Berbeza dengan keje² sebelum ni, ada je yang aku rasa tak puas hati. Dari hari pertama pun Incik Bie dah terpaksa mendengar keluhan dan rintihan hati aku kan. Tak puas hati ini, tak puas hati itu. Tak suka orang ini, tak suka orang itu. Tapi sekarang, balik keje kepala kosong. Tak payah pikir pasal keje sampai ke rumah, I loike!

Tapi... Dalam kesibukkan menghadapi keje dan kehidupan biasa aku sepanjang hari ni. Aku disampaikan berita sedih dari Incik Bie. Pulangnya salah seorang aki (atuk) saudara dia petang tadi ke rahmatullah, Aki Ngah. Baru je 2 hari lepas kami satu family jumpa arwah masa kenduri kawen anaknya kat kampung. Innalillah.. Tak sangka rupanya itulah kali terakhir kami semua berjumpa dalam hayatnya. Dan yang paling syahdu, rata² tamu yang datang masa kenduri tu terus jumpa dia kat dapur yang sememangnya memang dah tak larat nak ke sana ke mari. Semua yang bersalam pun sempat berpelukkan seolah² tau itu antara perjumpaan mereka yang terakhir. Aku sendiri pun yang selama ni tak pernah bersalam dengan arwah, boleh tergerak hati nak bersalam dengan die. Siap cium tangan. Ni la kuasa tuhan yang menggerakkan hati kita dengan apa pun tindakan kita.

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali. Moga roh arwah Aki Ngah ditempatkan di kalangan umat²-NYA yang diredhai. Kita yang hidup ni, teruskan perjuangan. Sentiasa la kita kejar keredhaan Allah sebelum 'loan nyawa' atas diri kita ni ditarik balik. Perbaiki apa yang buruk, lengkapkan apa yang kurang, buangkan apa yang tak betul..

Cukup sampai sini rasanya. Moga hidup kita semua beroleh keberkatan. Teruskan kehidupan, teruskan perjuangan. Sentiasa kita ingat, 'hidup ini umpama mimpi, mati itu PASTI'..

Nota kaki lapan: Apapun yang datang, selagi nyawa masih di badan, hidup harus terus!

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, October 07, 2010

Tempat Baru, Nafas baru, Hidup Pun Baru

Ding dong..

Alhamdulillah, hari ni genap seminggu aku kat tempat baru. Kejap je rasa dah berlalu seminggu tu. Pejam celik nanti dah sebulan. Pejam celik lagi nanti dah setahun pulak. Semoga perjalanan hidup aku kat sini nanti akan smooth dan happy selalu hendaknya. Bukan la kerana aku taknak berdepan cabaran. Tapi biarlah cabaran tu datang dalam keadaan aku betul² bersedia nak menerimanya. Eh, bukan la jugak aku kata aku tak sedia lagi kan. Just that, aku perlukan masa untuk bertenang kejap dari kehidupan yang chaotic dulu tu. Well, yang berlalu biarkan berlalu kan. Kite bukak lembaran baru, dengan semangat baru. (Aku je paham dan mengerti macam mana keadaan aku dulu)

So far, segala tugasan baru yang aku terima aku mampu pikul la. Bukan la seberat mana kan. Bukan aku kena angkat simen ke, angkat dulang penuh pinggan ke apa. Keje aku adalah simple sangat sekarang ni. Kadang² aku rasa macam 'kenapa la dari dulu aku tak dapat keje macam ni?'. Tapi, itu la yang kita namakan ketentuan Ilahi kan. Bersusah² dahulu, bersenang² kemudian. Sekurang²nya, apa yang aku lalui sebelum ni dapat aku jadikan kenangan dan simpan sebagai pengalaman yang berharga. At least kalau orang citer pasal keje kilang shift pagi, petang malam. Aku boleh layan sama bercerita. Kalau orang citer pasal keje yang banyak menulis sampai tangan lenguh, aku pun penah jugak rasa.

Yang paling penting, aku skang dah berada betul² dalam bidang yang aku usahakan selama 3 tahun menghabiskan masa remaja kat suatu tempat dulu. Walaupun ilmu tu dah lama aku simpan, tapi setakat ni semuanya masih belum berkarat la. Nasib baik jugak la aku selalu buat benda² tu untuk kegunaan sendiri.

Untuk mengelakkan anda² blur, aku skang sudah tercampak kembali ke pangkal jalan. Bidang IT Support dalam erti kata sebenar. Buat pc maintenance, repair itu ini (yang ni belum lagi setakat ni), setup pc untuk kegunaan lab dan in future mungkin macam² lagi. Tu secara ringkasnya. Walaupun mungkin ada orang akan rasa pekerjaan aku skang ni tak sesuai untuk gadis² ayu lagi anggun macam aku ni. Meh sini aku buktikan. Ingat aku tak boleh ke nak angkat server turun naik bangunan? Tapi dah ada troli & lif. Buat apa nak susah² angkat kan, hahaha.

Yang lebih menarik, kini aku kembali ke dunia kampus. Berdepan dengan kerenah remaja² yang baru nak 'up' bak kata orang kan. Macam² fesyen, macam² perangai. Ni baru seminggu dah macam² aku nampak. Lepas setahun lagi la macam² story aku boleh collect untuk jadikan simpanan. Hahaha. Aku harap aku tabah la melayan kerenah budak² ni semua. Bukan senang kan nak berdepan dengan orang dan dalam masa yang sama kena mengawal keadaan diri kalau ada apa² isu berbangkit. Dah la aku ni kepala berangin jugak adakalanya. Huhuhu.

Oklah, that's all for now. Nanti kalau rajin ada la lagi update yang terpampang. Aku dah jadi agak pemalas sket nak update sejak dua menjak ni. Rasa mood nak menulis tu adalah sangat kurang. Malas nak berpikir sangat pun ye jugak. Maafkan la saya kalau ada yang hari² masuk tapi takde apa pun yang berubah. Saya memang hantu yang pemalas..

Nota kaki lapan: Dulu tak merasa duduk universiti. So skang ni duduk la puas².. :P


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails