Tuesday, December 20, 2011

Sangat mengantuk laaaa!

Ding dong..



Ni tak tau la penangan daripada pekebenda agaknya. Dari semalam lagi mata berat je rasa cam nak tido sepanjang hari. Semalam pun memang berkali² dah terbabas, terlelap depan pc opis ni. Siap kantoi 2-3 orang lecturer lain yang lalu depan cubicle aku berdehem². Sorry la u guys, ini maybe pembawakkan budak kecik kot (alasan yang paling kukuh setakat ni, haha).

Aku pikir mungkin sebab hari Ahad aku dah seharian berjalan agaknya. Pagi² dah kena kejut dek encik suami. Sebab aku jugak yang sibuk sangat cakap nak berjalan, takmo duduk umah. Tapi Bie yang lagi dulu bangun bersiap segala. Ikut hati aku macam dah malas nak bangkit. Nasib baik mengenangkan dia dah semangat bersiap tu, aku gagahkan jugak la.

Keluar ke The Curve tanpa tujuan sangat pun. Memang setakat keluar nak mengisi hujung minggu. Tengok movie citer Mission Impossible : Ghost Protocol. Tu pun sebenarnya takde plan apa pun, dah nampak citer tu ada, maka belasah saja la. Takkan korang nak aku tengok citer Datin Ghairah pulak, pleassssseee la! Memang tidak sama sekali. Lepas tengok wayang just jalan² buang masa jela. Round sana sini takde arah tujuan. Masuk kedai Anakku, tengok² saja tak beli apa. Pastu masuk Daiso, terbeli la 2-3 benda yang takde dalam list pun.

Lepas makan tengahari kat Waroeng Penyet, singgah beli buah kat MBG. Makan buah tepi kolam macam pasangan bercinta, I suap u, u suap I. Pastu terus balik rumah. Punya la takde hati sangat nak berjalan kan. Padahal masa tu baru pukul 4:30. Orang lain baru sibuk² nak carik parking, kitorang dah nak balik pun. Badan pun dah penat sebenarnya, tak larat dah nak ronda² takde arah. Baby pun hari tu macam aktif, kejap² bergerak, kejap² menendang. Maka, perlu cari bantal kat rumah cepat² kasi badan rest.

Hari ni pun sebenarnya hampir² dah nak tertewas dengan mata yang berat ni. Duduk buat keje depan pc dengan mata yang sangat kuyu ok. Tinggal lagi elok sket pasal boleh tahan daripada terlelap je. Naik berair jugak bijik mata. Padahal semalam pukul 10 aku dah selamat berlayar depan tv. Beriya² la beli kebab konon nak buat supper sambil tengok tv kan, nan ado! Aku tersedar tah kul baper sebab terbau Bie tengah makan kebab dia. Ceh, mata je lelap tapi hidung still alert kan. Tapi setakat bukak mata beberapa saat je, pastu... selamat sampai ke sudah.

Aku tak tau masa bila Bie dah siap selimutkan apa semua. Tau² dia dah kejut ajak masuk bilik, lampu semua dah padam. Memang tak tau pun masa tu pukul berapa. Jalan pun terhuyung-hayang nak masuk bilik. Letak je badan atas katil, terus tak sedar apa dah lepas tu. Tau² dah pagi. Betul punya lena tido kan.

Tapi kenapa pagi ni still mamai lagi ni?????

Nota kaki lapan: Once upon a time, saya memang kuat tido. Diakui ramai pun pasal ni.. :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, December 14, 2011

26 minggu dan terus menunggu

Ding dong..

Alhamdulillah, hari ni genap 26 minggu si tecit dalam kandungan ni. So far, tak banyak sangat kerenahnya. Semuanya berjalan lancar. Cuma keadaan aku yang tak berapa bagus sebab ditakdirkan terkena GDM ataupun diabetis orang peknen. Takpela, pembawakkan budak tecit ni, sabar jela harungi dugaan² yang mendatang. Harap² semuanya berjalan dengan baik sampai ke hujungnya nanti. Tak sangka, pejam celik tinggal lagi 14 minggu, insya-Allah si tecit ni akan melihat dunia. Tak sabar!

Semalam, kali kedua menjejakkan kaki ke Hospital Selayang (HS). Atas rujukan doktor dari KKIA, aku terpaksa la redah orang ramai semalam. Kali pertama dulu sebab aku kata nak bersalin kat Hospital Selayang, maka doktor dari KKIA bagi surat rujukan ke Hospital Selayang memandangkan KKIA yang aku pergi tu dalam kawasan KL, dan hospital yang dia akan hantar nanti HKL. Jadi, untuk booking tempat aku kat HS, aku kena ada surat rujukan tu. Tambahan pulak aku ni berdarah negatif jadi suntikan yang dinamakan Rogum untuk kes² berkaitan darah negatif tu, aku kena ambik kat Hospital Selayang.

Tapi bila pegi ke HS dan dah jumpa doktor pakar kat situ, dia suruh aku follow up check up macam biasa je kat KKIA. Tak payah suntik apa² selagi takde apa² abnormality atau bleeding. So, takde la cucuk. Entah, aku pun tak paham macam mana diorang punya SOP sebenarnya. Lain hospital lain SOP ke apa? Tapi dah kalau doktor tu cakap camtu, what I can say. Ikut je la kan. Walaupun bila balik ke KKIA, berulang kali aku kena explain benda yang sama bila diorang tengok rekod aku belum kena suntik Rogum tu lagi. Confusing betul.

Yang aku kena ke refer ke HS semalam tu sebab bacaan BSP aku agak tak terkawal, mengikut kata doktor kat KKIA la. Jadi, dia cadangkan jumpa dengan doktor pakar kat HS untuk insulin initiative (yang cucuk² ubat kencing manis tu). Hampir sejam menunggu nak jumpa doktor, end up aku hanya dipanggil kat depan kaunter je. Kat situ jugak nurse tu explain apa yang doktor kat dalam dah bagitau & tulis atas surat rujukan yang aku bawak.

Antara isinya:
- Tak payah insulin sebab bacaan BSP tu belum masuk tahap layak nak insulin
- Follow up check up kat KKIA macam biasa
- Follow diet control yang disarankan dari awal
- Datang balik kalau bacaan tu bertambah teruk

Huh, dah aku agak. Mesti kena tendang balik semula. Kali ni even worse la, jumpa doktor pun tidak. Aku pun tak paham sebenarnya macam mana diorang tentukan setiap prosedur samada nak dah sampai tahap kena refer ke apa. Yang sana kata dah bahaya, yang sini kata boleh kawal lagi. Dah macam bola pulak rasanya kan. Tapi, aku sabar jela. Malas nak serabut²kan kepala otak. Just follow with the flow. Yang penting, penghujungnya nanti moga² semuanya selamat.

Dan memandangkan dah alang² ke situ, Bie suggest terus nak tanya pasal FPP and terus register untuk bersalin nanti. FPP ni sebenarnya salah satu skim yang agak baru diperkenalkan kat hospital gomen. Yang mana patient boleh pilih nak buat full payment atas rawatan yang diterima. Salah satu rawatannya bersalin ni la. Aku pun secara tak sengaja terbaca masa mula² cari info tempat bersalin dulu. Tapi so far memang info yang ada agak limited. Jadi semalam baru la nampak clear sket bila dah dapat tengok brochure yang nurse bertugas tu bagi.

And my sweet hubby dengan rajinnya buat satu karangan pasal FPP ni dalam FB note dia. Mari saya kidnap note tu dan letak kat sini. Tapi dalam BI la, sebab dia malas nak buat 2 version bahasa. Haha..

Hospital Selayang Full Paying Patient Scheme - Pregnancy & Delivery

[Doctors]

There are currently 5 doctors allocated for this scheme (4 male, 1 female). Names are listed below. However do take note that Dr Arifah may be relocated to another hospital after Jan 2012 and there is still no words on female doctor that will be replacing her. As such, she will only take the patient with EDD before or in the month of Jan 2012.

- Dr Roslan

- Dr Param

- Dr Arifah

- Dr Philip

- Dr Xu

[Procedures]

The mother are required to register at the FPP counter located at Aras 3 (nearby Klinik Pakar). You can then choose your preferred doctor and will be required to do check-up at least once at the FPP clinic by your chosen doctor. You will need to pay a one-time registration fee of RM110.00. Then for every subsequent visit, the charge will be RM60.00.

Payment for delivery deposit is to be done when you are warded (fixed amount of RM3,000.00). Then once you are discharged, depending on your total charges you may be refunded the balance or needed to top-up some more money. Well there's an ATM outside of the registration counter anyway..

[Opinion]

I have read somewhere saying the visiting hours for FPP patient does not follow the normal hospital hour, but the FPP staff didn't say so. As such, I can't confirm on the special visiting hour for FPP patient. The nurses are also said to be experienced and will treat you professionally. Also, I personally think government doctors are at par in terms of skills with their private counterparts. Their services generally have also improved although it is still far from what the private has to offer. But then, some private hospitals do charge exorbitant prices for their service (e.g: epidural shots at private hospitals can reach up to RM600.00 each). Up to you to weight which option to take.

[Charges]

** The underlined parts below are where the charges are different from each delivery type. For Caesarean, do take note on the "per hour" clause.

Epidural (Normal Delivery): RM28.40 per syringe

Normal Delivery

Deposit: RM3000.00

Registration: RM10.00

Ward Charges: RM130.00 per day

Specialist Visitation:

- Mon-Fri (Office Hour): RM60.00 per visit

- Mon-Fri (After Office Hour): RM90.00 per visit

- Sat & Sun: RM120.00 per visit

- Public Holiday: RM180.00 per visit

Maternity Ward / Operation Theater: RM250.00

Delivery: RM401.00

BTL: -

Anesthesia: -

Cardiology (CTG): RM100.00

Full Blood Count (FBC): RM30.00

Renal Profile (RP): RM51.00

Liver Function Test (LFT): RM51.00

Group & Crossmatch: RM10.00

Estimated Total Cost: RM2,000.00 - RM2,500.00

Breech Delivery

Deposit: RM3000.00

Registration: RM10.00

Ward Charges: RM130.00 per day

Specialist Visitation:

- Mon-Fri (Office Hour): RM60.00 per visit

- Mon-Fri (After Office Hour): RM90.00 per visit

- Sat & Sun: RM120.00 per visit

- Public Holiday: RM180.00 per visit

Maternity Ward / Operation Theater: RM250.00

Delivery: RM601.00

BTL: -

Anesthesia: -

Cardiology (CTG): RM100.00

Full Blood Count (FBC): RM30.00

Renal Profile (RP): RM51.00

Liver Function Test (LFT): RM51.00

Group & Crossmatch: RM10.00

Estimated Total Cost: RM2,500.00 - RM3,000.00

Caesarean Delivery

Deposit: RM3000.00

Registration: RM10.00

Ward Charges: RM130.00 per day

Specialist Visitation:

- Mon-Fri (Office Hour): RM60.00 per visit

- Mon-Fri (After Office Hour): RM90.00 per visit

- Sat & Sun: RM120.00 per visit

- Public Holiday: RM180.00 per visit

Maternity Ward / Operation Theater: RM250.00 per hour

Delivery: RM1,501.00

BTL: RM751.00

Anesthesia: RM200.00 per hour

Cardiology (CTG): RM100.00

Full Blood Count (FBC): RM30.00

Renal Profile (RP): RM51.00

Liver Function Test (LFT): RM51.00

Group & Crossmatch: RM10.00

Estimated Total Cost: RM3,000.00 - RM5,000.00

Aku punya first intention yang sampai nak ambik FPP ni sebenarnya sebab kalau boleh aku nak doktor pompuan yang menyambut si tecit ni nanti. Well, a bit concern pasal aurat la kan. Memang orang cakap banda ni masuk dalam kategori terpaksa dan darurat. Tapi kalau kita ada pilihan yang kita rasa kita mampu, rasanya tak salah kita memilih. Aku ada terbaca kat satu ruangan yang aku dah lupa kat mana. Dah lama pun aku terbaca pasal ni. Kalau boleh, pilihan pertama biarlah doktor wanita muslimah, kalau takde, pilih doktor wahita bukan Islam. Takde jugak, pilih la doktor lelaki muslim. Dan terakhir sekali kalau takde jugak semua pilihan yang awal tadi, baru la kita gunakan pilihan yang terakhir, doktor lelaki yang bukan Islam.

Mula² dulu aku ada terpikir nak pegi mana² hospital private. Sebabnya lagi senang nak dapat khidmat doktor wanita kalau kat hospital private ni. Tapi bila dah dikaji², aku rasa tak berani nak ambik risiko. Memandangkan bila ke private ni, kalau terjadi kes² macam terpaksa bedah ke, ada extra ubat ke apa. Kosnya jadi ridiculous punya mahal. Takut nanti terlebih dari apa yang dah dibajetkan. Kalau boleh dapat claim dari company, tu lain citer la.

So, final decision aku ialah FPP kat HS ni. Bukan la pasal nak membazir duit bayar memahal sedangkan ada option untuk yang tak makan banyak belanja. Tapi bak kata Bie, dia nak aku dapat keadaan yang paling selesa saat aku sakit nak melahirkan tu nanti. Takmo la ada gangguan dari sekeliling yang biasa kita dengar kat hospital gomen ni. Memang tak semua, tapi benda tu nasib². Kalau nasib baik, memang la semuanya ok. Kena nasib yang tak baik? Time tu la dia bawak segerombolan doktor pelatih jadikan kau bahan eksperimen? Time tu pulak dapat doktor yang tengah moody asyik nak marah²? Time tu jugak dapat nurse yang tak mesra alam waima nak bagi secalit senyum pun susah? Takkan time tu baru nak mintak tukar masuk FPP tu?? Dan yang paling penting, kau takde pilihan nak memilih sape yang bakal menyambut baby tu nanti.

Sebagai prevention untuk benda² macam tu, mungkin ini la yang terbaik dapat seorang suami macam Bie sediakan. Which is aku sangat² berterima kasih pun kat dia. Memang bak kata orang sakit yang dirasa tu nanti sama je walau semahal mana kau bayar. Tapi ketenangan yang kita dapat sepanjang proses tu nanti, bagi aku priceless..

Maka, selamat sudah aku register semalam. Insya-Allah, Jumaat ni appointment dengan doktor yang dipilih. Memandangkan Dr Arifah tu tak tentu lagi akan ada kat HS atau tak lepas Januari 2012. Jadi aku pilih Dr Roslan. Itu pun dah tanya siap², andai kata lepas Januari nanti Dr Arifah tu tak jadi pindah, atau ada doktor wanita baru yang masuk, boleh tukar ke tak. Jawapannya boleh. Lega sikit hati mendengarnya..

Nota kaki lapan: Moga semuanya berjalan lancar. Si tecit skang dah makin aktif!

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Friday, December 09, 2011

Happy Birthday Sunshine.. :)

Ding dong..

Tahun ni saya tak buat apa² surprise. Sebab tahun ni keadaan tak berapa mengizinkan. Lagipun, susah sket nak sorok² hadiah sebab pegi keje sama², balik keje sama². Kalau hadiah kecik boleh jugak nak selit kat dalam handbag, tapi packaging hadiah tahun ni besar sket dari biasa. Besar bungkus je, isinya tak seberapa.

Jadi, sempena birthday encik sayang yang ke sekian² tahun ini. Saya doakan semoga encik sayang akan terus jadi pemimpin yang sukses baik dalam keluarga maupun dalam kerjaya. Dah jadi bos, jangan garang² sangat. Macam tu jugak bila dah jadi abah pada anak² nanti, takmo garang² sangat la. Muka awak tu memang dah garang semulajadi. Jangan tambah lagi, nanti takut sangat pulak orang tengok. Hehehe.

Dan semoga encik sayang akan sentiasa sihat walafiat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberkati dalam segala apa yang dilakukan. Jadilah ketua keluarga yang paling hensem lagi bergaya dan macho macam selalu ok. Saya sayang awak sangat²!


Hepi beday sayang mucuk bam saya!

Nota kaki lapan: Biar la simple mana pun wish & presentnya, janji ikhelasssss...

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, December 07, 2011

Kuat jugak badai Ombak Rindu ni ye

Ding dong..

Isnin baru² ni Mummy keluarkan statement yang sangat best untuk didengar. Aku memang tercari² je kalau ada sape² nak bagi statement yang sama. Tapi tak sangka plak MIL aku ni yang akhirnya bersuara. Beliau mengajak saya menonto filem Ombak Rindu. Masa tu memang jawab tanpa pikir panjang, jommmm! Lagi happy bila awal² Mummy dah cakap "ko beli je tiket tu dulu, nanti mummy bayarkan semua." Pucuk dicita ulam mendatang la kan.


Dicopet dari google

Makanya dengan gigih la dari hari Isnin sampai ke tadi. Hari² bukak tgv nak tengok schedule. Ingat nak pegi Rabu punya screening. Tapi sebab timing yang ada & boleh ditengok tu tak baper cun, kul 7:10 malam (yang ni confirm rejected pasal waktu maghrib) & 9:45 malam (yang ni pulak aku tak sanggup, kang esoknya nak keje lagi). Maka pilihan yang ada hari Jumaat la pasal hari Khamis Mummy confirm nak pi surau beryasinan.

Jadinya tadi pepagi alam, sebaik je menjejakkan kaki ke opis. Terus dengan laju bukak tgv nak membeli tiket online. Sekali kau, half panggung sudah penuh. Yang tinggal memang line dari tengah sampai la depan screen. Nasib baik sempat, kalau dah depan² sangat, malas la aku nak tengok. Buat sakit tengkok je nak terdongak 2 jam dalam tu. Maunya dah terdongak camtu, lama² aku tertido terus sebelum citernya abis.

Dan, 7 keping tiket selamat dibeli. Ramainya sampai 7 orang kan. Haha. Aku bertiga ngan Mummy & Nana. Mak Nyang (mak sedara Bie) berempat ngan anak² dara dia. Girls night out la nampaknya nanti ni. Yang jantan² memang awal² dah angkat bendera putih takmo join. Terpaksa la saya yang menjadi drivernya malam tu rasanya. Pasal yang ada nanti semua pun either takde lesen or ada lesen tapi hanyalah hiasan. Tak kisah, nanti pinjam Innova auto Mak Nyang tu je senang sekali jalan. Tu pun kalau berani bawak la. Rasa² macam tak je, hehehe.


Orang belanja punya pasal, sanggup!

Aku sebenarnya dah lama tunggu Ombak Rindu ni keluar. Dari mula² tau masa zaman Legenda Budak Setan kuar movie dulu. Start dari situ memang tertunggu² la. Sebabnya memang aku dah baca novelnya lama dulu. Tak beli pun masa tu, pinjam je sape punya tah. Eh, ke beli sendiri tapi dah hilang ek? Lupa aku. Memang baca 3 round, 3 kali jugak la mata masuk habuk sampai kuar air mata (konon). Memang touching la rasanya sampai ke hati.

Pastu last year aku ada beli kesinambungan dia pulak, beli sehari sebelum tragedi ciken pox bermula. Jadi sempat la aku baca sampai abis sepanjang cuti sakit kat umah sorang² tu. Cinta Tiada Akhirnya. Pun sampai masuk² habuk dalam mata ni bila baca. Asik la berair je bijik mata kan. Tapi sebab citernya happy ending, jadi makcik pun happy la jugak nak membacanya. Haha.

Gambar dicilok dari google

So, kita tunggu dan lihat apa akan jadi Jumaat ni. Adakah filem ini touching benar bagai diwar²kan semua orang sampai ada yang status kat FB konon macam nak nangis sepanjang jalan dari kuar panggung sampai depan pintu umah (melampau ko kan over nak mam!), atau hanya sekadar lite² je perasaan aku yang tersentuh nanti?

Apapun, aku takmo letak expectation yang tinggi melangit la. Sebab selalunya plot citer filem² adaptasi novel ni tak semestinya 100% follow apa yang tertulis dalam novel. Jadi, untuk orang yang dah menghayati novel tu sampai boleh terngiang² dialog diorang dalam novel tu ke hari ni. Mungkin akan ada part yang aku rasa 'eh, tak sama la dengan dalam novel tu'. Harap² garapannya tak menghampakan la. I kan pengkritik terhebat dalam donia..

Nota kaki lapan: Watak Izzah dalam citer tu selalu buat aku terbayangkan Izzah anak Nuar Berahim. So soft gitew kan..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, December 06, 2011

Ini sambungannya ye

Ding dong..

Ahad pulak...

Cadangan asal pagi² nak pegi dah melawat pak sedara Bie kat Ampang Puteri tu. Lepas jenguk & borak ala kadar, terus dengan pantasnya nak ke Kedai-Mak-Kiah-Janda-Berhias a.k.a IKEA. Tapi, dah pukul 9:45 baru terhegeh² nak buat roti bakar dengan telur separuh masak untuk Bie. Memang harapan la nak pegi pagi² tu. Sudahnya, pukul 1 jugak baru kitorang keluar rumah. Nasib baik jalan semua clear & smooth je. MRR2 dah femes dengan jem tak kira hari apa sekali pun. So, nasib kami adalah baik di pagi Ahad itu.

Memang dah kata nak datang jenguk je kan. Aku rasa ada la 15 minit je kot kitorang duduk situ. Tu pun puas bagi hint kat Bie ajak dia bangun. Bukan apa, takut kang dah lambat² sangat nak mencarik parking kat IKEA tu sket punya seksa. Maunya 5-6 kali pusing baru dapat. Nasib tak baik, terus takleh masuk parking je nanti. Kalau kena menapak jauh², memang aku tak sanggup. Tapi mungkin tuah yang menyebelahi kot. Dalam pada berderet² kete yang nak mencarik parking tu, kami dapat jugak parking betul² depan pintu masuk. Sekali pusing je pulak tu, takyah nak melilau² sangat pun. Alahai, bertuahnya la rasa.. :)

Tujuan utama ke sini memang nak beli barang yang dah siap² letak dalam list. Kira seboleh² takmo la capai benda kecik² merepek sepanjang jalan tu. Sambil tu nak survey harga cabinet nak tambah kat dapur. Ada orang tu kata dia nak try install sendiri sebab dah ada kemahiran mendrill kan. Kita tunggu dan lihat je nanti kesudahannya macam mana.

Malas nak citer panjang lebar la. Sebab dah kalau pegi sini, tak sah kalau tak makan meatball & kek daim tu. Wajibulghunnah! Siap makan, terus dengan segera menjalankan misi penting. Memang takde nak lepak tengok lama² sangat la, pusing ala² kadar je. Yang lama masa nak memilih benda yang memang nak dibeli & mensurvey ukuran & harga benda yang akan dibeli nanti.

Dan inilah hasil tangkapan untuk hari tersebut...


Ni nanti guna untuk nursing baby.. cewah!


Tempat meletakkan barang² si tecik nanti. Belum pasang lagi..


Ini pulak untuk si tecik berkubang!

Yang ni pulak hampir² nak beli sebelum kesedaran paling nipis aku hilang, aku cepat² tetapkan pendirian. Ambik yang mula² dah memang plan nak beli je. Jangan cepat terpengaruh dengan keselesaan yang dirasakan itu. Huhuhu... Takpe², ni next project ye sayangku. I tau you dah berkenan sangat. Siap mintak ni as birthday present! OYEMGI!! Nanti la ek, kita dulukan apa yang penting dulu..


Ni next time ye, skang tak mampu.. :(

Ooo, nak tau camne ramainya umat manusia kat situ? Ini masa kat cafe nak makan. Aku rasa line tu dah sampai ke entrance cafe ni kot. Giler! Kaya² rupanya rakyat Malaysia ni kan. Oo, aku tak kaya pun. Picisan je setakat menyemakkan lagi keadaan. Nak beli ni pun sebab dah kumpul² duit sekian lama. Dan jugak durian runtuh yang dapat tiba² hari tu. Kira rezeki anak la kot tu kan..



Lepas dah penat berjalan, tekak teringinkan cafein. Nak taknak, langgar la pantang sekali. Lama dah tak kena ni. Puas hati dapat apa yang dihajati. Walaupun bila mengenangkan RM yang melayang terbang tu agak nyilu jugak hati, tapi aku tetap happy sebab tau ni semua untuk kegunaan orang tersayang jugak, bukan pembaziran.. :)


I promise, ni last!

Lepas minum sempat singgah lagi kedai barang baby, pastu singgah pulak kedai letrik. Haih, singgah memanjang. Ada je penyebab nak membeli tu kan. Oo, dan malam tadi Bie kena pegi menjemput encik Paklong Keri yang baru balik dari obersi, dan pagi ni sepagi alam dia dah bangun siap² nak pi Nismilan bermeeting. Maka aku ni di passnya kat umah mummy untuk abah hantarkan pegi keje. Mata memang rabak jangan citer la. Tapi sebab dah bersiap sebelum pegi rumah Mummy, takkan nak sambung tido pulak. Tahankan jela mata ni.

Eh, disebabkan entry ni tak 'sempat' nak post semalam, makanya ada cerite tambahan. Sebenarnya mula² keluar idea nak pegi IKEA tu sebab tertengok brochure christmas promo masa kat umah Mummy. Tapi rupanya tersalah tengok tarikh, benda yang nak dibeli tu promonya hari Isnin which is semalam. Boleh pulak bie dia bagi idea bernas lepas aku tunjuk apa benda yang aku nak sangat beli tu. Kebetulan, semalam Encik Bie ku itu kena pegi meeting kat Seremban. Kalau balik awal dia singgah belikan benda tu.


Ini untuk bungkus si tecik tu nanti.
Tapi tunggu dah besar sket la baru pakai.. :)


Dan seperti yang dijangka, semalam dia habis meeting awal, jadi sempat la singgah. Maka tercapai la hajat aku yang nak kan sangat benda tu. Tenkiu mucuk!

Nota kaki lapan: Singgah kedai letrik tu ada sebab. Thanks encik sayang sebab memastikan mandian pagi saya tidak sejuk lagi selepas ini. Ilefyusomac!

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, December 05, 2011

Pokai terus kalau hari² camni

Ding dong..

Yuhuhuhuukkkk.. Tersedak kat hujung sebab terasa macam weekend kali ni cepat sangat berlalu. Tak puas lagi landing² kat rumah, santai² tengok tv. Tiba² hari ni dah Isnin, kena keje dah. Alahai, I seriously need a long rest lah! Dah tak larat rasanya nak mengadap komputer ni untuk keje. Tapi untuk benda² bukan keje, tiba² mata boleh jadi segar plak. Tu namanya memang dah tebiat mengular sebati dalam diri. Penat camne pun, tang curik tulang tiba² hilang penat kan.

So, apa aktiviti weekend anda baru² ni? Eceh, bajet macam ada orang nak jawab la kan buat soalan² camtu? Aku adalah super loaded with activity hokeh! Dari pagi Sabtu, sampai ke malam Ahad. Nak kata tak penat tu, memang tipu la. Tapi sebab aktiviti yang dilakukan tu buat aku happy, kurang la sket rasa penatnya. Most of the activity adalah bersangkut paut dengan baby! Tu yang best sangat rasanya sampai lupa badan ni sebenarnya tak larat pun nak ke sana ke mari sangat.

Apa yang berlaku?

Sabtu....

Pagi² dah bangun sebab kena pegi opis. Standby sambil sudahkan mana² keje yang tertangguh. Ikut hati macam dah malas nak pegi, sebab tau dah budak² student ni dah mula cuti semester. Confirm la takde apa² kelas aku kena standby. Tapi kuatkan semangat, bangun jugak pegi opis. Mengenangkan dah set memang nak siapkan keje.

Cadang mula² untuk hari tersebut pagi nak pegi opis, tengahari nak ke Ampang Puteri melawat pak sedara Bie yang baru lepas operate, lepas tu ke PJ memborong barang baby kat Pureen Warehouse Sale, last sekali singgah rumah kawan melawat baby baru. Tapi sudahnya program bertukar last minit bila tau sale tu sampai pukul 6 je. Takut tak sempat nak pegi, maka tukar program tu ke tengahari. Tapi itu pun dah kul3 baru sampai SS14, baru terkedek² nak makan apa semua. Gara² menempuh Jalan Genting Kelang di tengahari, jem tak sudah². Tak tau la jem sebab Amenoh punya perhimpunan tu atau apa.

Nasib baik la aku dah paham selok belok PJ ni. Jadi takde la sesat barat nak mencari tempatnya. Sampai² situ, manusia adalah sangat ramai weh! Sampaikan nak bergerak mencari parking pun susah. Tapi nasib kami agak baik la, parking tak jauh dari pintu masuk tempat tu. Jadi takyah la nak menapak jejauh sangat.

Dan ini lah hasilnya...




Ini pulak umat manusia yang macam semut je ramainya. But, tabik spring gak la kat management dia. Kaunter nak bayar ada dekat 30! Kira proses nak bayar tu smooth la. Aku masa tengah² last kopek pilih pampers, dengar pengumuman last payment receive pukul 6. Lebih dari tu takkan dilayan. Tengok jam, dah pukul 5:20. Apa lagi, menggelupur la cepat² nak beratur. Bajet macam takut ramai orang nanti, tak sempat. Sekali tengok takyah beratur pun. Baru tunggu kejap kat line tu dah ada kaunter kosong. Masih ramai lagi pejuang² yang taknak mengalah mengorek longgokkan baju² & barang² tu kot. Haha.



Memang puas hati la dah dapat beli semua ni. Mungkin belum lengkap lagi, tapi at least untuk permulaan, kira dah ok la ni. Pasni tinggal nak carik sket² je. Boleh pegi beli kat JJ je nanti. Tak larat dah nak redah sale² macam ni. Mau pengsan aku nanti nak menyelit tengah orang ramai. Ni pun kira nasib baik aku tabah menahan panas nak memilih tu. Kalau kena macam masa pegi Midvalley baru² ni, memang takde la aku nak borong banyak² macam ni. Baru 2 jam pusing, aku dah surrender. Sebabnya masa kat Midvalley tu nama je tempat ada ekon, tapi sempit nauzubillah! Nak menyelit pilih barang pun susah. Memang hilang la kesabaran aku.

Punya la banyak barang masa kat Midvalley tu, believe me or not, aku just beli less than 10 items! Memang masa tu dah tak kuasa sangat². Bie pun dah tak larat nak join menyelit sama nak pilih barang. Dah bila aku kena pilih sorang, memang lama² fedap la kan. Susah nak tanya² dia sebab dia takde sekali. Kena pulak ambik dulu, tunjuk kat Bie dari jauh, tanya ok ke tak. pastu pilih lagi yang lain. Ah, memang tak larat la kan. Sudahnya, selamat tinggal wahai expo!



So far, aku rasa barang baby almost complete la. Tinggal yang kecik² kena menambah. So dah tak pening sangat. Insya-Allah nanti bali Semenyih, nak collect simpanan turun temurun kalau ada. Lepas tu baru tengok kalau ada lagi benda nak kena tambah, beli je kemudian. Tapiiiiii.. aku sibuk² beli barang baby ni, diri sendiri punya keperluan satu haper pun tak beli lagi. Hadoi la, bajet nak carik online je ni. Sebab malas nak pegi mencari². Ada tak agaknya jual bengkung bersalin, batu tungku ngan akar kayu segala jadah tu semua? Ni serius punya tak reti ni, bukan main².

Kena la beli masa next round punya shopping ni. Lagi lama tangguh kang, perut makin besar. Kang bila sampai tahap dah tak larat nak jalan, aku jugak yang penat. Worse case scenario yang paling aku risaukan, kalau tiba² si tecik ni nak kuar awal. Halamak, matik la Bie kena carik sorang² segala barang keperluan aku. Bak kata Bie, dia tak penah pulak bersalin. So kalau tanya dia apa² pasal hal orang beranak, memang dia tak tau. Hahaha. Hampeh betul lah.

Lepas settle menyopping, terus balik ke opis balik. Settlekan keje² yang tertangguh. Pastu balik rumah, mandi² menyegarkan badan. Kensel kisah nak pegi Ampang, tunda ke hari berikutnya. Tapi plan nak pegi tengok baby still jalan. Walaupun macam bongok la jugak sebab rumahnya kat Pantai Dalam, dekat je ngan Pureen Warehouse sale tu. Tapi disebabkan dah berjanji nak pegi malam plus ada keje lagi kat opis, terpaksa la pusing dulu balik ke Setapak, pastu balik ke rumah, pastu pusing ke Pantai Dalam pulak. Hambek! Kalah posmen kan aku punya perjalanan.

Malamnya pegi tengok baby Syasya yang dah masuk 2 bulan dengan 2 orang lagi geng yang mengusung 'hangbag' masing². Budak gemok dobok yang kejenya tido je masa kitorang datang. Geram tengok baby sampai rasa macam nak picit². Dah berketul² pun muscle dia semua. Lepak sampai kul12 tengah malam kat umah orang dengan tak malunya. Dok cakap, "oklah, jom la kita gerak dulu" tapi tak jugak bangun². Hahaha.

Ahad punya sambung esok. Sebab ada kejadian yang menyakitkan jiwa raga berlaku sebentar tadi. Why la boleh tertutup browser masa tengah rancak menaip? Why?!!!!!

Nota kaki lapan: Gua dalam mood yang sangat panas!!!!!

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Saturday, November 19, 2011

Banyak cerita, tapi tak banyak masa

Ding dong..

Cerita pertama

Bulan lepas merasa bercuti sekeluarga. Kali ni jauh sikit cutinya, naik kapaterobang. Tapi tidaklah ke luar negara pun. Masih lagi dalam Malaysia je. Plan yang dah dirancang sejak setahun lepas, akhirnya sampai jugak ke hari yang dinanti tu. Ni la jadinya kalau beli tiket promosi Air Asia, tahun ni beli, tahun depan baru terbang. Haha. Destinasi pilihan sekeluarga, Kuching, Sarawak.

Ni merupakan pengalaman pertama aku menjejak kaki kat kepulauan borneo. Selama hidup, memang tak penah la sekali pun sampai. Lepas 27 tahun hidup, baru la merasa. Tapi, sebenarnya semenanjung pun aku tak habis jalan lagi sebenarnya. Hahaha, kesian betul.

So far, sepanjang 3 hari 2 malam kat sana, ok la. Perjalanan & aktiviti pun smooth. Sebab puan organizer (akak aku yang sulung) dah ada experience tambah dengan dia memang dah buat research mana nak pegi, mana nak makan, mana nak minum, mana nak shopping. 24 jam berkepit dengan iPad2 dia. Sambil jalan sambil intai forum sana sini. So, kami sebagai ahli rombongan, ikut jela ke mana pun diusung.

Group kami 14 orang semuanya, termasuk askar² kecik sekali. Jalan ke mana² naik van siap dengan driver. Which is baru aku tau kat sana memang van tu umpama macam teksi je kat sini. Memang tu dikira pengangkutan awam diorang. Baru la mokcik tau.

Yang tak laratnya bila ikut trip macam ni, bila banyak sangat bergerak. Aku yang membawa orang di dalam perut ni, kejap je dah mula rasa penat. So, memang ada sampai satu ketika, aku surrender la. Tak larat nak follow diorang berjalan shopping. Dok je kat mana² tunggu diorang selesai. Bab shopping pun, aku memang tak shopping banyak mana. Dapat t-shirt selai sorang jadik la kan. Dan beli benda² yang wajib beli macam kek lapis & ikan terubuk masin tu.

Tapi sampai ke hari ni, kek lapis tu masih ada lagi baki dalam fridge, ikan masin pun ada lagi 3 ekor belum distribute. Aku ada niat nak bagi someone, tapi susahnya sebab diorang ni payah nak jumpa. Tu yang lama terperam tu. Last2 nanti aku rasa benda alah tu aku kasi orang lain kot, huhu. Kira kalau ada rezeki orang tu, dapat la bagi kat dia. Tapi kalau aku dah bagi kat orang lain tu, consider tu bukan rezeki diorang la tu kot.

So, sepanjang 3 hari kat sana, aktiviti memang berjalan sesaja. Masuk muzium (padahal kat KL punya muzium tak penah jejak pun), tengok orang utan, tengok buaya, shopping kat Waterfront, borong kain batik kat India Street (betul ke ni nama dia ek?), makan seafood kat Top Spot, lepak tepi laut dekat² Santubong kot (yang ni aku lupa nama tempat sebab aku dah mula mabuk² jalan sepanjang hari), and last but not least makan mee kolok, mee kolok, mee kolok. Hahaha, tapi sekali pun aku tak penah order sendiri. Tumpang rasa je orang lain punya. Tekak aku tetap la nak makan nasi jugak sepanjang masa.



Alhamdulillah, perjalanan kitorang selamat semuanya. Lancar dari pegi sampai la balik. Yang tak lancarnya sebab flight delay pegi balik! Pegi delay sejam, balik pun delay sejam. Masa pegi lagi kelakar, dah la delay, boleh pulak bila dah masuk kapaterobang tu, tow truck yang tolak² kapaterobang tu boleh rosak lepas siap tolak² kapaterobang kitorang. Ada la 15 minit jugak kot tunggu baru dapat mula take off. Aku yang takut naik flight ni dah mula pikir macam². Ingatkan kapaterobang tu rosak la, ada technical problem la. Mula la anasir² jahat masuk ke otak nak menakutkan aku yang dah memang takut.

Dah tu fligth yang balik pulak, sampai² KL tengah hujan lebat. Punya la berpeluh tapak tangan aku menahan nerves masa mula nak start landing tu. Gegar satu macam je aku rasa. Tapi tengok bie kat sebelah rilek je macam takde benda. Nasib baik masa tu lampu diorang tutup. Kalau tak mesti semua orang boleh nampak muka aku yang dah pucat kot. Hahaha, takut tak penah hilang weh, biar la dah berkali² naik pun, tetap serammmmm..

Cerita kedua

Mari bercerita pasal budak tecit. Hari ni dah masuk 22 minggu dan 3 hari. Bersamaan dengan 5 bulan setengah lebih kurang. Perut pun dah mula nampak sikit, tapi bila pakai t-shirt, still maintain je macam slim (macam je la, tapi tetap gemok!). Last scan sebelum pegi Kuching hari tu, masa tu dah nak masuk 19 minggu. Tapi puas doktor pusing², tetap tak nampak jugak gender. Alahai anak ibu, pandai sorok kan. Tapi maybe sebab kecik sangat lagi, so susah doktor tu nak tengok. Insya Allah awal bulan depan ada appointment untuk scan dengan gomen. Mungkin masa tu dah boleh nampak ke, mana la tau kan.

Tapi, apa pun jantinanya, kitorang tak kisah. Baik laki atau pompuan kan, yang penting dia sihat walafiat sudah la. Aku kadang² risau jugak, tambah dengan keadaan aku kena daibetis ni. Tapi bie selalu ingatkan, jangan pikir yang bukan². Kalau kita pikir elok, elok la dia dalam tu. Jangan runsing sangat. Aku pun, pasrah jela. Tapi tiap kali rasa si tecit ni gerak, terus aku senyum. Sihat la tu kan. Doa je banyak².

Tapi yang tak tahan, masa aku pegi check up awal bulan hari tu. Nurse suruh baring pastu dia check perut. Check sambil buat muka yang something. "Erm, tak boleh nak rasa ni". Waaa.. aku macam nak nangis dengar nurse cakap macam tu. Cuak pulak aku kan. Nasib baik lepas tu dia test dengar bunyi jantung baby, desyus2 dia punya bunyi. Baru la lega sikit hati. Bikin gua seriau betul itu nurse la. Hopefully everything going to be fine lor. Aku pun takmo risau² sangat, takut nanti efek ke baby.

Khamis lepas pegi check up lagi, semuanya ok kecuali aku punya BSP. Last 2 weeks aku buat test tu tiba² bacaan dia naik. Jadik, minggu depan doktor suruh buat sekali lagi, pastu dia nak jumpa untuk tengok result. Hurm, matik ler tetiap minggu kena pegi klinik. Tapi aku rasa BSP hari tu naik mesti sebab banyak sangat makan masa raya haji kot. Makan tanpa kawalan. Lemak² daging korban tu belum clear lagi, tu pasal la bacaan tiba² naik kan. Ayat nak sedapkan hati je ni, haha.

Owh, bulan ni dah nak mula beli barang² si tecit ni. Setakat ni katil, stroller, baby carrier / carseat dah ada. Hasil turun temurun je dari kak ipar aku. Awal² dia dah suruh aku angkut bawak balik sebab nak kurangkan benda kat umah diorang. Lagipun kakak syina (anak sedara saya) tu dah tak guna pun semua benda² tu. Nak tunggu pakai untuk bakal adik dia, maybe lambat lagi kot. Hahaha. Jadik, nak kasi bakal adik sepupu dulu pakai.

So, barang² yang disebut di atas tu boleh la strike out dari list nak beli. Selamat sikit poket abahnya nanti. Minggu ni pulak kebetulan ada baby fair kat Midvalley sampai esok. Memandangkan hari ni keje, so kena tunggu esok baru dapat pegi. Tak tau lagi la akan beli belah ke tak kat sana, tapi kalau nampak apa² keperluan dia & aku yang rasa memang nak guna. Insya Allah beli la. Bajet untuk barang baby pun dah ada sikit simpan dari awal² tau pregnant hari tu (tq abahnya!).

Sat lagi, nak print list barang yang nak dibeli. Senang kalau dah ada list ni, takde la pening sangat nanti pusing² tak tau apa nak dicari. Lagipun risiko adalah sangat besar kalau berjalan shopping tanpa list ni. Sebab nanti akan end up beli benda yang bukan² sebab mata dah rambang. Hahaha.

Bilik baby pun mungkin akan di deco dalam masa terdekat ni. Bilik kedua kat rumah tu sekarang fungsinya lebih kepada bilik sidai kain & bilik solat. Tapi in near future, kalau ada rezeki lebih Insya Allah nak tukar mesin basuh. Aku dah goda² dan pujuk rayu bie mintak dia beli washer dryer je terus. Senang nanti basuh kain tu tak payah nak sidai² dah. Keluar dari mesin tu dah kering terus lipat je. Nasib baik mesin lipat kain belum ada orang cipta lagi, kalau ada, memang harus la mintak yang tu sekali. Hahaha.

Andai kata dah dapat tukar mesin basuh nanti, maka tak payahla sidai kain baju dalam bilik tu lagi. Boleh simpan ampai² yang dok dalam bilik tu. Space yang ada tu boleh letak katil baby. Katil yang ada dalam tu pun mungkin nak tukar ke katil single je nanti. Katil skang ni besar sangat, buat menambah space aku nak menyemakkan tempat je. Sebab katil tu besar dan kosong, harusla jadi tempat melonggok kain baju belum lipat. Maka unsur² yang menambah kemalasan ni, harus dihapuskan sesegera mungkin.

Kalau bilik tu dah lapang sikit, baru la selesa nak jadikan nursing room. Sebab nanti mesti nak ada sebijik almari kecik untuk letak baju², stok² pampers segala. Tu belum kira nak simpan stroller, carrier apa semua dalam bilik tu. Rumah kecik kan, nak longgok semua tu kat ruang tamu kang, takde ruang pulak orang nak bergerak. Semak otak aku nanti. Jadik, kalau boleh nanti semua barang tu aku nak sumbat dalam bilik je. Kot sepah2 camne pun, benda tu dalam bilik. Tak pening sangat memandang.

Cerita ketiga

Ini cerita pasal rumah pulak. Semalam baru lepas confirm deal nak pasang tinted cermin. Dah dekat setahun pindah baru la dapat nak buat. Nak buat camne kan, semua tu memerlukan bajet. Jadik, kena tunggu ada bajet baru boleh buat. Alhamdulillah, encik bie manage to get the bajet untuk 'aksesori' tambahan untuk rumah tu.

Untuk second phase ni, antaranya nak pasang tinted, pasang sliding window kat bahagian yard (sekarang just ada grill je) dan tambah wall cabinet kat dapur untuk simpan² barang yang banyak sepah² kat dapur tu. Ikutkan hati aku, macam banyak je lagi nak tambah, tapi ukur bajet di poket sendiri la kan. Baper yang ada tu, setakat tu jela dulu.

Wall cabinet tu penting sebenarnya. Sebab aku dah mula membayangkan nanti bila si tecit dah keluar, barang² dia kat dapur konfem kena ada satu space. Tempat nak simpan susu, simpan botol, simpan alat² BF pump, simpan warmer, simpan food processor (kalau dah beli nanti), simpan nestum (bila dia dah start makan nanti). Semua tu kena pikir dari sekarang.

Macam aku cakap tadi la, rumah aku kecik. Kalau benda tu bersepah², nampak sangat la tak tersusunnya. Kang aku jugak yang pening tengok rumah berserabut. Jadi, kena betul² plan tempat untuk pastikan benda² ni semua akan organize kat tempat yang sepatutnya.

Owh, berbalik kepada cerita nak beli washer dryer & katil single tu. Jadinya sekarang aku kena carik buyer untuk katil queen & mesin basuh yang ada tu. Bie punya syarat memang camtu, selagi tak dapat jual, dia takkan proceed untuk beli yang baru. Logik la kan, dah kalau yang baru tu sampai nanti, yang lama still ada dok kat umah tu, mana nak sumbat? Kalau roof top rumah aku tu diorang ada bukak ruang simpanan, boleh jugak aku tumpang sebulan ke dua bulan kan. Tapi nan ado, maka pepandai la carik solution sendiri yakni menjual benda² tu.

Maka dengan itu, saya sudahi entry panjang lebar saya ini dengan satu pengumuman..

Kepada sesiapa yang berminat nak beli mesin basuh jenama Samsung berkapasiti 7kg dengan fungsi fully auto dan katil queen yang disertakan dengan tilam sekali (tilam 100% baru tanpa sebarang tanda yang tidak diingini). Sila la tinggalkan pesanan untuk saya hokeh!

Nota kaki lapan: Ni namanya lepas gian nak menulis. Ikutkan hati, banyak lagi nak letak, tapi dah penat. Maka harusla berenti dulu..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, October 19, 2011

Slurpp!

Ding dong..

Semalam waktu bosan mengadap keje yang tak sudah², terus la mengikut kebiasaan hari², merayap tengok blog orang (mana yang berupdate jela). Tiba di satu blog kazen saya yang fofuler ni, ternampak sesuatu yang merangsang deria rasa. Tajuk dia je dah buat kecur air liur ni. "Cendawan Masak Lomak Cili Padi". Arghhh!! I kenot tahan tengok itu menu, sudah lama sangat tak dapat makan.

Maka balik je keje semalam, dengan gigihnya singgah kedai nak carik cendawan tiram. Kebetulan bahan² memang ada je stok kat rumah. Sampai kedai terus call bie yang memang ada kat umah, double check kalau² ada barang yang tak cukup. Nasib memang sangat² baik kot, cendawan tiram tu port baek punya dalam chiller kat kedai tu. Kemain segar lagi dia dok dalam tu. Ambik sebungkus tanpa banyak pikir. On the way nak bayar, ternampak telur asin. Hurm, lama dah tak makan, mari capai sebiji!

Terus balik rumah lepas tu. Cepat² bukak apa yang patut. Pastu ke dapur nak masak cepat². Sebab masa tu dah pukul 6:40pm gitu la. Ada 10 minit sebelum date depan tv tiap hari Isnin sampai Khamis. Sofiyya punya pasal, tu yang malas nak follow² drama bersiri. Terganggu rasanya keje² lain, cehh! Macam la hari² masak pun, poyo je citer lebih².. :P

Tepat pukul 7pm, bie tanya lama lagi ke tak. Aku ingat dia dah lapar, tapi rupanya dia nak suruh stop kalau lama lagi, suruh tengok tv dulu. Hahaha, memahami sungguh kan. Tapi tak stop pun masak, tetap sambung masak sambil pasang tv dengan volume kasi up sket. Nasib baik la rumah sekangkang kera je, dari dapur pun boleh dengar tv tu loud & clear.


Telur masin tiada dalam gambar

Approximately pukul 7:30pm siap dah masak. Cendawan tiram masak lomak cili padi, ayam masak kicap *podeh² & telur asin rebus. Siap sudah, terus sambung tengok Soffiiya yang tak sudah² konflik jiwa hari².

*Podeh = Pedas

Nota kaki lapan: Hilang gian lepas 2 minggu tak masak. Naik bosan makan/ bungkus dari kedai & pasar malam.

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, October 18, 2011

Lamanya....

Ding dong..

Rasa macam nak stop blogging. Tapi bila pikir² balik, nanti takde pulak catatan kenangan kan. Nak tulis diari, jangan harap la. Bukan apa, bila tulis dalam blog ni, sekali sekala kalau nak refresh memory ke, nak carik info yang dah terlupa ke, nak retrieve apa² event yang penah buat ke apa senang sket. Tapi tu la, sejak dua menjak ni, pemalas yang amat nak update. Bila jadi apa2 yang macam best nak dijadikan entry, masa tu jela excited nak update, konon. Bila dok depan pc, mula la kering idea, malas segala. Arghhh... pembawakkan mengandung kot. Eh, bukan salah ibu mengandung. Tak baik cakap macam tu kan.

Oklah, ni azam tahun baru 2012 saya. Awal² dah plan kan. Saya berazam untuk lebih rajin menulis. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri saya sendiri. Ni skang dah susah nak ingat balik apa² fakta penting bila perlu. Macam hari tu, sebelum puasa. Ada pegi makan ikan bakar kat Bagan Lalang. Skang nak ingat balik apa yang dimakan, baper banyak, baper jenis, baper hengget, semua dah tak ingat. Skang nak plan untuk reunion dengan kawan² sekolah, dah menggagau nak mengingat balik. Padan muka saya.

Update pasal pregnancy pun tak nampak bayang kan. Padahal kalau orang lain ni, setiap kali check up, setiap kali cukup minggu, cukup bulan, semua dia nak karang berjela2. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri. Tapi saya ni, alahai... Pemalas! Macam taknak highlight, macam tak excited. Even citer peknen saya adalah sangat complicated & berliku². Kira kalau buat entry, orang yang membaca pun boleh pening2 lalat la sebab banyak sangat benda nak citer. Tapi bila dok depan pc je, takde benda lain yang dihadap melainkan pesbuk tu sampai la bosan sebab bukan ada benda sangat nak dihadap pun dalam tu. Tapi sebab pemalas tahap gaban kelapan, maka tetap jugak la hadap.

Owh, alang² dah citer pasal budak tecit dalam ni. Meh saya update sket. Alhamdulillah, skang dah nak masuk 18 minggu, which is dah 4 bulan plus². Penyakit morning sickness ke, ngidam merepek2 tu pun, alhamdulillah tak pernah datang la. Baby pun membesar dengan sihat. Semalam baru je lepas pegi Hospital Selayang book tempat bersalin. Kena book awal² sebab masalah darah rhesus negative. Ni nanti bila² rajin akan citer secara detail. So, semalam kebetulan doktor tu scan baby untuk make sure everything is fine. Dah nampak jelas si tecit tu. Siap buat head banging masa doktor scan. Nak tunjuk dia sihat la tu kot. Hahaha, hilang sket beban fikiran dengan segala dugaan² yang menimpa bila nampak dia gerak camtu. Terus senyum. Tapi doktor tu tak bagi gambar, jadi tak dapat la nak share kat sini.

Talking about dugaan, memang banyak sebenarnya. Lepas satu, satu lagi datang. Tapi alhamdulillah, dikurniakan seorang suami yang sangat² supportive. Dia la yang banyak buat keje kat rumah skang. Basuh kain baju sampai la ke lipat sekali. Bila rumah bersepah, dia la yang mengemas. Bila saya cakap saya tak larat / malas nak masak, dia siap offer nak masakkan. Walaupun end up saya suruh beli / makan kat luar jela. Kesian kalau tengok dia bersilat sorang² kat dapur. Faham keadaan dia yang sebenarnya penat jugak memikirkan hal kat opis yang tak sudah². Bersyukur sangat kat situ. Sanggup rasanya nak mengandung 10 kali untuk dia.. :)

Untuk makluman, saya disahkan ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau bahasa ringkas dia, kencing manis masa mengandung. Disebabkan itu, perjalanan peknen saya agak berliku. Check up 2 kali sebulan (sedangkan orang lain sekali je). Belum campur yang kena jumpa pakar, kena ambik darah untuk test, kena test darah untuk tahu paras gula 4 kali sehari setiap 2 minggu. Semua benda tu sebenarnya memeningkan kepala jugak.

Bila buat keputusan nak tukar ke klinik swasta, mula² smooth. Tapi tiba², kali kedua jumpa doktor kat klinik swasta tu, kena tolak ke gomen semula. Sebab rhesus negative, diorang tak berani nak tanggung risiko kot. Masa doktor tu explain panjang lebar, fikiran saya macam kosong kejap. Doktor sampai tanya sebab dia kata muka saya nampak sugul. Saya cuma boleh jawab, "I'm confuse".

Tapi percayalah, semua tu sikit pun tak melemahkan semangat saya nak teruskan semua ni sebenarnya. Makin bersemangat ada lah. Sebab saya yakin, Allah takkan menduga hambanya kalau dia tau hambanya tu tak mampu nak menghadapi dugaan. Buat saya terfikir, ada sebab saya dapat suami yang sangat² memahami macam si dia tu. Sebab Allah tau, saya tak cukup kuat nak hadapi sorang². Alhamdulillah..

Nota kaki lapan: Pe kes guna ganti-nama yang sopan santun hari ni? Hahaha, sajew jew.. :)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, September 28, 2011

I miss You mucuk!

Ding dong..



Saat ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhanalah seluruh pancaindera

Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada dua

Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta

Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti

Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restu Illahi

Ku doa kau hadir
Duhai Putera mahligaiku
Hidup mati cinta kita bersama

Nota kaki lapan: Rindu sangat kat dia.....

Update: si dia sudah pulang, dan saya sangat sukerrrr....

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, September 19, 2011

Numb..

Ding dong..

Banyak sebenarnya nak ditaip, nak dicerita, nak dikarang. Tapi mood nak menulis tu belum sampai. Bukan takde masa, tapi bila mengadap laptop / pc, rasa nak menulis tu tak datang. Ikutkan, dah macam2 benda jadi this few weeks. Dengan tiba2 penyakit yang tak disangka2 pulak datang. Siapalah aku nak menghalang takdir tuhan yang satu ni kan. Takpela, nanti kalau datang kerajinan, akan diupdate, walaupun kebanyakkan yang baca pun bukan la orang luar pun. So, majority memang tau apa update terbaru aku kot.

Nota kaki tecik: baby saya sudah 3"+.. :)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, September 06, 2011

Ting Tong..

Ding dong..

Hari pertama bekerja selepas 10 hari bercuti. Kepala masih ting tong lagi ni. Nak buat keje pun malas je rasa. Penyakit nak tido lama2 lepas subuh tu memang tengah menular dengan giatnya skang ni. Jadi, marilah cari port nak tido kejap.

Kalau ada kerajinan, malam ni ada la entry hari raya & balik kampung. Kalau rajin la.. :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, August 25, 2011

Speechless

Ding dong..

Semalam my pregnancy genap 10 minggu.
Memang dari bulan lepas cadang nak scan minggu ni.

So, Balik keje semalam terus singgah Klinik Seri Indah, Taman Samudera.
Memang klinik ni macam selesa sket pada aku sebab doktor2 pakarnya semua perempuan.
Lepas je register, 5 minit macam tu dah kena panggil.
Masuk bilik doktor terus cakap nak scan.
Pegi bilik sebelah, baring atas katil tu & doktor start scan.

Masa tu....
I am really speechless!
Sungguh pun tak nampak jelas.
Sebab doktor cakap takde air kencing, so susah nak nampak.
Tapi bentuknya tetap la kelihatan.

Doktor: "Aaa, doktor nampak dah heartbeat dia"
Me: *Terdiam sambil tercari2 mana denyutnya*
Doktor: "Takpe, doktor nampak. Doktor tau la.. :)"


To my precious little baby..
Membesar dengan sihat ok.
Nanti ibu & abah nak tengok lagi bulan depan.
Abah nampak samar2 tu pun dia dah terdiam, happy tak terkata.
Kalau nampak betul nanti, pitam terus agaknya, hehe..


hurm.. :)

Nota kaki lapan: Jarang sungguh
update blog skang ni kan.. :(

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Saturday, August 20, 2011

Ho ho ho..

Ding dong..

Haha, tak tau nak letak tajuk entry apa, jadi aku main bedal jela. Yang pasti, jap lagi nak balik kampung. Tak jauh pun, Semenyih je. Tapi even dekat je KL-Semenyih, believe it or not, baru ni la nak balik dalam sepanjang bulan puasa. Last balik hari tu bila ek, lupa pulak aku bulan berapa. Tapi yang pasti masa tu belum puasa la.

Kebetulan tahun ni awal hari raya kami kat Pahang, so macam mana pun kena jugak cari satu weekend yang free untuk balik Semenyih. Minggu depan hari Sabtu memang confirm aku sudah meninggalkan KL. Jadi minggu ni jela yang tinggal.

Bestnya rasa nak balik kali ni sebab kami balik berdua 'setengah'. Bukan 1st time la, sebab yang balik hari tu actually dah ada. Tinggal lagi belum pasti & belum announce. Bila dah announce ni best la sket. Pasal aku awal2 dah request benda yang nak dimakan. Puas dah pusing2 param sana sini carik. Tapi takde yang menarik pada pandangan mata. Nak yang Semenyih punya jugak.

To be exact, nak yang mak punya air tangan jugak (atau mungkin air tangan Maklang Gie, pun tak kisah). Bendanya pun simple je, sambal goreng jawa. Susah kot nak carik yang kena dengan tekak ni. Nasib baik la ada yang rajin melayan permintaan aku kan.


Cilok gambar dari sini sebab gambar sendiri takde..

Jadi, marilah kita bersiap2 nak balik kampung yang 'jauh' itu. Tapi on the way balik ni pun banyak tempat nak singgah ni. Tak tau la cukup masa ke tak nanti. Kalau ada yang kena skip tu, terpaksa la skip.

**Berita yang baru saya terima, kazen baru sudah selamat melihat dunia pagi ni kul 3. Yeay, ada baby baru la kat umah Atok nanti nak cubit2!

Nota kaki lapan: Raya lagi seminggu, tapi kami berdua rilek je apa pun tak prepare. Baju raya pun recycle je baju lama. Haha..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, August 10, 2011

Register sudah..

Ding dong..

Ini kisah 2 hari lepas. Hari ni baru terhegeh2 nak update sebab kemalasan ditambah dengan keadaan kat opis yang 'agak' busy sket. Tak busy pun kena buat2 macam busy sebab dah 2 hari berturut2 asik hilangkan diri dari opis. Bukan saja2 aku nak hilangkan diri, tapi terpaksa. Kadang2 bila berurusan dengan agensi kerajaan ni, masa bukan kita yang tentukan. Jadi terpaksa la turut je keadaan.

Tadaa! Ini la penyebabnya tu. Hari Isnin aku cabut dari opis masa lunch hour. Cakap dengan opismet nak pegi register dengan klinik gomen. Mungkin balik opis lambat atau tak balik langsung. Tapi sudahnya memang aku tak balik opis pun. Walaupun sebenarnya ada lagi sejam setengah sebelum habis ofis hour. Haahaha..


Buku pink yang jambu gitew..!!

Aku register kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) Taman Koperasi Polis 2. Tempatnya tak jauh pun, dalam kawasan rumah MIL je. Betul2 sebelah dewan tempat kenduri kawen aku dulu. Kebetulan jugak kawasan rumah kami termasuk dalam kawasan khidmat klinik ni. So, memang takde problem untuk register. Mula2 tu risau jugak takut kena tolak pegi Sentul ke, Selayang ke apa. Sebab MIL cakap diorang layan kes2 dari kawasan perumahan tu je. Nasib baik la bukan macam tu. Kalau tak memang malas la nak pegi jauh2 ke tempat lain pulak.

Sebelum datang, memang aku dah buat research sendiri. Bie pun sama2 buat research jugak. Cari apa prosedur, apa nak bawak, apa nak buat & seeloknya datang sebelah pagi ke petang. Kebetulan jugak ada jiran yang jadi nurse kat KKIA TKP2 tu. Lagi la senang nak tanya2. Siap dia dah bagi hari apa yang sesuai datang, hari apa yang kena elak. Lagi la senang macam tu kan. Jadi, kebetulan bie ada meeting pagi Isnin tu, kitorang decide nak pegi sebelah petang je. Orang kata pun sebelah petang ni tak ramai orang sangat.

Jadi, ini la benda yang kena bawak kali pertama nak register..
  • IC sendiri & suami (fotostat pun takpe)
  • Sijil nikah
  • Bil api / air (untuk pengsahan tempat tinggal)
Bawak benda2 tu pegi ke kaunter, cakap je register kes baru. Lepas tu bermula la episod tunggu giliran sana dan sini. Panggilan pertama, dapat nombor. Lepas tu kena panggil, untuk interview session. Selesai interview, tunggu lagi panggilan seterurnya. Test urine, test HIV, test itu, test ini. Last sekali check fizikal. Kaki, mata, tiroid, breast. Lepas abis semua test & check itu ini, dengar consultation pulak. What to do, what to prevent segala. Dan semua tu tadi done by nurse, tak merasa jumpa doktor pun. Sebab doktor pun cuma ada certain2 hari je. Tak kisah la, yang penting skang ni aku dah register. Tu pun dah cukup.

Ingatkan segalanya berakhir la kat situ. Rupanya kena datang balik keesokkannya untuk ambik darah & minum air gula. Jadi, terpaksa la masuk opis lambat 'sikit'. So, semalam 7:30 pagi aku dah terpacak depan pintu klinik tu. Sekali tengok dah ramai rupanya, cis. Ingat aku yang pertama. Tapi tak kisah la, harung je semuanya.

Bie mula2 nak tunggu sampai settle. Tapi lepas sejam, baru no aku dipanggil. Dia dah risau2 pasal ada hal urgent kena siapkan pagi tu kat opis, lepas tu dia nak pegi Matrade pulak submit tender. Lepas aku kena ambik darah, kena minum air gula pulak. Pergh! Sungguh la masa minum tu rasa cam nak pitam. Perit tekak ni bila air yang manis & suam2 tu lalu kat tekak. Memang sungguh bagai dikata selama ni rupanya. Tapi nasib baik la aku tak muntah balik lepas tu. Kalau tak naya kena minum lagi sekali. Lepas minum, nurse cakap kena tunggu 2 jam & ambik darah sekali lagi. Aku tengok jam dah 8:45.

Keluar dari bilik tu, terus cakap kat bie. "Saya tau anda suami mithali yang nak menemani isteri tengah check up, tapi rasanya anda pergilah ke pejabat sekarang. Kerana saya tak mahu kerana saya anda terlepas projek juta2 itu. Kot2 projek tu proceed nanti, ada jugak bahagian untuk modal decorate bilik baby". Hahahaha, ok tipu. Takde la ayat camtu pun. Tapi memang aku terpaksa merelakan bie pegi keje dulu. Pasal lama lagi nak menunggu.

Jadi sementara menunggu, aku terus carik port terpencil untuk tido. Baek punyer. Tempat dah ekon sejuk2, kerusi dah empuk2 ada span, tapi... nyamuk banyak!!! Rasanya lepas ni kalau datang pagi kat sini kena pakai patch untuk halau nyamuk tu la. Aku ni dah la obses nyamuk. Pantang nampak mesti nak tepuk kasi penyek. Haizz..

Dan penantian berakhir pada pukul 10:30 pagi. Masuk bilik, ambik darah sekali lagi. Just that this time sakitnya terasa pasal urat degil takmo timbul. Sampai akak nurse sudah salah cucuk. Cucuk jarum, tapi bila tarik injection tu, takde darah yang keluar. Rasa macam mau nangis. tsskk... :(

Macam mana pun, aku dah rasa lega sket sebab step pertama dalam senarai-semak-makbuyong aku dah boleh check and done. Selagi tak pegi buat menda alah ni, selagi tu la aku rasa tak lengkap & tak tenteram hati ni. Disebabkan ini 1st pregnancy aku, jadi kalau buat lambat2 nanti, takut ada apa2 benda yang penting aku terlepas pandang. At least dah lepas buat step yang satu ni, aku tau la tahap kesihatan aku skang berada di paras yang mana satu kan. Baik atau sebaliknya.

Disebabkan check dengan klinik gomen ni adalah sangat basic (kot la basic, aku pun tak pasti). Jadi insya allah 2 minggu lagi nak pegi klinik swasta yang pegi mula2 masa nak confirmkan pregnant hari tu. Mau scan tengok apa dah jadi kat dalam. Rasa macam... er, ada ke takde ni? So, nak scan jugak la.

Nota kaki lapan: Saja buat entry ni nak bagi orang lain yang meng'google' pasal prosedur register tu tersesat ke sini. Sebab aku pun nak carik main google2 je..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Saturday, August 06, 2011

1st Ramadan Entry

Ding dong..

Kemalasan mengupdate blog terserlah. Kalau tahun lepas, tiap2 hari dalam bulan puasa ni ada saja entry. Diari ramadan la kononnya. Tapi tahun ni terasa malas benar nak menaip. Padahal kemudahan internet tu, memang terbentang depan mata. Kat rumah boleh, kat opis boleh, kat mana2 pun boleh sebenarnya kalau nak update blog. Tapi kalau dah namanya pemalas, memang semua tu jadi tak membantu pun.

Oklah, cerita pertama. Pasal permulaan puasa dan beberapa hari sebelumnya. Iaitu minggu lepas. Hari Jumaat minggu sebelum puasa tu, kami berdua dengan gigihnya ke Cheras mencari tempat makan BBQ steambot. Bukan la kerana minat sangat nak makan ataupun tempat tu sedap sangat ke apa, tapi sebab dah 'ter'beli voucher diskaun beberapa bulan dulu. Dan expired date untuk voucher tu 31hb Julai. So, nak tak nak kena la pegi jugak. Kalau tak kang membazir pulak.

Jadi, dengan gigihnya la mencari tempat, mengharung jem MRR2 di petang Jumaat nan indah. Tempatnya pulak boleh tahan tersorok. Nasib baik la skang dah ada GPS. Kalau tak, memang confirm takkan jumpa. Terceruk sangat kawasannya. Selera makan aku agak kurang sejak dua menjak ni, so walaupun hidangan buffet yang terbentang panjang depan mata, rasanya cuma separuh yang aku ambik.

Memang kalau diikutkan portion yang kami ambik, memang tak berbaloi kot dengan harga yang kami bayar tambah dengan minyak kereta kami ke situ. Tapi memang masa tu tekak dah say no no no. Aku terpaksa berenti makan (cewah, terpaksa tu. maknanya nak lagi kan?). Lepas makan, on the spot perut rasa lain macam. Menggelodak je sepanjang masa. Adakalanya mual sampai ke tekak & rasa macam nak muntah. Tapi aku tahankan jela. Sepanjang jalan nak balik tu, memang tak senang duduk dalam kereta. Rasa semacam je 1 badan.

Sebelum balik rumah sempat singgah rumah MIL. Solat dulu apa semua. Tapi sebelum solat, terhambur keluar hampir setengah kot benda2 yang aku dah makan tadi. Selamat ke dalam sinki bilik air. Kesian bie, terpaksa la dia tolong bersihkan. Lepas muntah, badan pun mula la goyang.

Pagi Sabtu, walaupun badan rasa seram sejuk & tak larat je. Terpaksa jugak pegi opis sebab memang kena standby, tak boleh nak elak. Masa kat opis, tuhan saja yang tau macam mana terseksanya. Dah la memang badan tengah rasa seram sejuk, tambah pulak dengan hujan lebat. Memang tertekan sungguh. Lepas tu tiba2 pulak ceri beri datang menyerang. Atas keluar, bawah keluar. Memamng rasa macam nak pengsan! Tengaharinya balik rumah, memang betul2 pengsan. Tak bangun2 sampai ke malam. Demam tiba2 datang menyerang.

Hari Ahad, alhamdulillah demam dah kebah. So, terus la rancang kuar shopping dengan bie. Ke OU sebab cadangnya nak pegi Jusco. Sekali Jusco tak siap renovate lagi. So, just jalan2 cuci mata sampai tengahari, sebab nak lepaskan hajat makan kat Dave's Deli. Dah berubah wajah pun restorannya. Punya la lama dah tak makan situ. Dulu masa duduk rumah sewa, boleh kata sebulan at least sekali mesti nak pegi. Tapi, walaupun makanan yang terhidang tu nampak sedap, aku tak mampu pun nak menikmati. Perut memang rasa tak best sepanjang hari tu. Mesti si kecik marah sebab makan yang bukan2, tu yang dia meragam tu.. :(

Balik dari OU, tetap jugak teruskan plan nak ke Jusco. Jauh jugak la berpusing ke AU2 pulak. Sanggup tu. Padahal nak beli benda yang kat tempat lain pun ada jual. Saja je, yang sebenarnya nak berjalan yang lebih. Selesai beli apa yang dicari, plan terus nak balik. Tapi masa lalu kat bahagian handbag & purse, saja la tengok2. Purse saya memang sudah sangat hazab. Apa nak diharapkan pun, dah beli pun rege RM30. Takkan nak expect boleh tahan bertahun2 kan. Sekali tiba2 bie offer nak belanja. Wah, daripada setakat saja tengok2, terus jadi tengok2 nak beli. Saya sukerrr.

Dan tengah sedap2 membelek, perut bagi warning. Lariiiiii cari toilet!!

Lepas selesai, sambung membelek purse. Lepas belek lebih2 kurang mana yang rasa berkenan, terus sambar. Thanks bie! Harap2 yang ni biar la tahan lama sket. Malas la asik nak tukar2 purse. Ye, saya memang pemalas dalam semua hal kecuali makan.

So, balik umah, singgah klinik sebab ceri beri tak sudah2 lagi. Pastu terus balik rumah, rehat2 untuk prepare puasa keesokkannya. Takmo memenatkan diri sangat. Malamnya, pegi dinner kat luar je sebab saya dilarang memasak sepanjang tempoh awal2 preggy ni. Sian bie, rindu air tangan isteri ek. Sabar ye sayang. Nanti saya buat siakap stim limau pujaan hati kita tu. Senang je pun, tak memenatkan sangat nak masak.

Dan memang sepanjang tempoh dah 5 hari puasa ni, saya tak penah masak waima sekali pun. Berbuka & bersahur adalah dibeli saja. Semalam punya sahur bie masak sambal sardin. Berselera makan sebab dah bosan dengan lauk pauk dari bazaar ramadan hari2. Naik muak rasanya. Tahun ni pun memang tak larat nak makan banyak sangat. Perut cepat je dah rasa sebu. Murtabak yang digila2kan sangat tu pun tak penah lagi telan. Memang selera makan aku sudah swing ke arah lain kot. Tapi bagus jugak macam ni, boleh la diet2 sket. Hehehe.

Malam ni Mummy dah kuarkan arahan berbuka kat rumah sana. Jadi malam ni kita berdua-'setengah' takyah makan lauk dari bazaar ramadan la ek. Yeay! Tapi tekak hari ni tiba2 teringin nak makan satay la, how??

Nota kaki lapan: 1 hari sudah failed puasa kali ni. Takde maknanya kalau preggy tu confirm boleh puasa penuh sebulan.. :(

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, July 26, 2011

Alhamdulillah, makbul sudah segala doa..

Ding dong..

Ini adalah berita yang kami suami isteri dan semua ahli keluarga sangat2 nantikan sekian lama. Lepas 2 tahun 4 bulan kami kawen. Akhirnya sampai juga masanya. I'm really speechless on that moment. Memang sangat2 terpaku sebenarnya. Even at the first, I just can't believes my eyes! Maklum, masa tu baru bangun tido, kul 6:15 pagi di pagi Sabtu. Tapi, ini memang benar, bukan lagi mimpi. Rasa macam nak lompat bintang masa tu jugak. Hehehe.


Tak nampak pun kan. Macam bayang2 je..

Lepas dah betul2 confident, terus kejut bie bangun dari tido. Dengan terpisat2, aku paksa dia bangkit jugak dari katil. Suruh dia basuh muka siap2 sebelum aku tunjuk apa yang aku baru tengok sebelum tu. Dia pandang sekilas, lepas tu terus senyum. Tapi lepas tu still keep it as a secret dari sape. Sebab belum betul2 pasti kan.

Then pagi semalam, sekali lagi test dengan rasa penuh tak sabarnya. Alhamdulillah, line kedua tu jelas kelihatan. Petangnya ke klinik untuk confirmkan dengan doktor. I'm in my first trimester and my baby is already 5 weeks. Still a long long way to go. So, kesihatan sangat2 perlu dititikberatkan. Tak boleh la redah sesuka hati apa nak buat, apa nak makan, mana nak pegi apa semua. Masa2 macam ni, kandungan sangat2 la fragile. Moga2 si kecik di dalam ni pun kuat untuk bertahan. Hehehe.


Yang ni baru la konpiden sket hati den ni.
Balik keje malam tadi tengok it's become clearer, sama kaler ngan yang 1st line.. :)


Buat semua yang sentiasa mendoakan, terima kasih yang tak terhingga. Semoga aku terus kuat la tambah2 dengan puasa yang nak menjelang minggu depan je. Tapi kalau tak larat, green light will always be there for me. Hopefully tak sampai tahap aku terpaksa berbuka la nanti kan, hehe.

Maka dengan ini, rasmilah kami bergelar mommy&daddy-to-be.. :)

Nota kaki lapan: Banyak dah sebenarnya posting yang tergendala dalam draft, tapi ini jugak yang keluar dulu. Hahaha..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, June 23, 2011

Akhirnya, aku terpaksa melepaskan...

Ding dong..

Hahaha, tajuk tak boleh blah punya sedih kan. Tapi jangan risau, entry adalah sangat happy go lucky bini punya. Nak update citer ni dari semalam lagi. Tapi masa tak mengizinkan aku nak lepak depan pc menaip lama2. Kat rumah plak dah kepenatan seharian puasa. Makanya, lepas berbuka mata aku boleh bertahan dalam 2 jam je. Pastu dah mula rasa nak lelap. Memang tak dapat la nak sambung mengadap laptop kat rumah ke apa.

Ye, sebagai info terselit, aku memang tengah puasa skang ni. Pulun terus buat 2 minggu straight. Sebabnya puasa yang lepas aku tak ingat sangat baper hari aku 'bercuti'. Lepas tu aku lupa jugak baper hari yang aku dah ganti. So, jalan paling selamat dia ialah puasa je 10 hari. Confirm cukup untuk 'bayar hutang' aku tu kan.

Berbalik kepada citer asal, sebenarnya aku just nak bagitau aku dah tukar henfon!! Finally, selepas bertahun2 sebenarnya menanam hasrat. Tapi selama ni hasrat tu setakat tersimpan dalam hati je la. Sebab aku tau selagi takde sebab kukuh, Bie mesti tak berapa sokong decision aku tu. Bagi aku pulak, aku sendiri memang kedekut bab nak berbelanja lebih2 ni. Rasa rugi je membazir untuk benda yang kita dah ada & boleh pakai lagi. Tu yang tangguh2 je pasal nak tukar henfon. Walaupun sebenarnya bila tengok model2 baru keluar kat market, geram je rasa nak grab sebijik.


HTC Wildfire S.. :)

Mungkin dah takdir orang kata kan. Kebetulan henfon aku yang lama tu dah mula meragam, buat perangai 24 jam. Sebenarnya dulu pun pernah jadi kes yang memang hampir2 menyebabkan aku nak tukar henfon baru. Bukan sikit2 punya kes woo. Ni tahap dah terendam dalam air punya kes. Tapi dia gila dalam 4-5 hari je. Lepas tu dia ok. Maka, tak jadi la. Kecewa makcik ni masa tu sebab hasrat nak merasa melaram dengan henfon baru terkubur.

Tapi yang kali ni punya problem, berpanjangan berbulan2 dah lamanya. Battery asik la weak even malam aku dah charge kaw2, esoknya tahan setengah hari jela. Pastu mula la nak mati je gaya. Pernah tukar pakai battery baru, tapi masalah yang sama je. So, aku assume problem pada henfon, bukannya battery. Jadi, adegan berangan-nak-tukar-henfon pun bermula. Boleh kata hari2 aku complaint kat Bie pasal henfon yang problem tu. Memang la orang kata small matter boleh bawak charger. Tapi in case kalau aku terlupa bawak kat opis, pastu takde sekor manusia pun yang ada charger macam aku (sebab diorang skang sumer pakai canggih2, berlagak tau takmo sama charger ngan aku). Tak ke pening?

Penah jadi satu malam tu, aku kena jemput Bie kat opis dia. Aku dari opis aku henfon memang dah gila2 nak mati je gaya, charger pulak tak bawak sebab kononnya pagi tu aku tengok battery full. So, aku cuba la hantar sms last kopek untuk Bie bagitau aku dah nak ke opis dia. Tapi in the middle nak send sms tu, henfon kiok! Aku pulak masa tu dah gerak meninggalkan opis. Satu keje la plak nak patah balik call dari opis. So, teruskan perjalanan. Sampai opis bie cuba lagi nak send sms tu. Dapat send, tapi pastu terus kiok balik, tak on langsung. Aku punya la tunggu Bie turun, tapi tak turun2. Dah menggelabah cari public phone. Pusing sana sini tak jumpa2. Tapi sebenarnya bukan tak jumpa, just tak biasa dah pakai public phone. So, memang tak perasan la walaupun sebenarnya dah lalu berkali2.

See, betapa menyusahkannya bila jadi camtu kan. Kiranya, itu antara kes2 pencetus la pada keputusan nak tukar henfon ni. Bie pulak dah bagi green light. Aku apa lagi kan, yade yade yade, gumbira!! Terus cepat search sana sini tengok model2 latest yang menarik hati. Boleh kata 2 minggu jugak la keje aku asik mengadap website2 henfon. Hahaha. Sebabnya aku memang clueless tak tau model apa yang aku nak. Bie la aku punya guidance terdekat. Nasib baik la dia mengikuti perkembangan & penguncupan dunia henfon ni. Makcik memang tak ambik port.

So, Selasa lepas tah kenapa tiba2 hati aku ni teringin sangat nak survey henfon secara live in person orang katakan. Bagi ayat mukadimah baik punya kat Bie, "jom kita berbuka kat tempat yang ada booth2 jual henfon. boleh la survey2 sekali". Atau dengan bahasa mudah dia, "jom kita pegi tengok henfon". Hahahaha. Baik punya ayat2 tersirat bagi kan.

Disebabkan aku dah survey online selama 2 minggu, so tak susah la nak tengok kat kedai. Kiranya aku dah ada selected model yang aku nak. Apek kat kedai tu takyah susah2 nak explain la, sebab aku dah tau semua. Silap2 aku lagi tau dari dia. Ahaha. Masa tengok tu dah dekat nak berbuka, maka kitorang tengok sket2 je pastu pegi makan dulu. Apek tu suruh beli terus, tapi bie cakap hujung bulan nanti datang balik. Masa makan tu, takde la citer lain. Ulang2 cakap pasal henfon tu. Agaknya bie kesian kot aku dah excited melebih2 sangat, jadi dia kata, "yelah2, jom kita pegi beli terus. takyah pikir2 dah, Bie tengok yang tadi tu pun dah ok". YABEDABEDU!! :)

Pegi balik booth yang dah tengok tadi tu, kasi Bie pulak belek habis2an. Dia nak make sure semua benda memang betul2 ok. Maklumla, makcik ni setakat tengok ada camera+flash, boleh call, boleh sms, main mp3 & ada wifi. Cukup. Lain2, tak ambik peduli sangat. Ada la 15 minit jugak kot Bie membelek. Apek tu muka dah tension je takut kitorang setakat tengok je. Habis je belek, Bie angkat muka, "okey boss, proceed!" sambil kuarkan duit dari poket dia. Aku apa lagi kan, senyum sampai telinga la.


Belek sampai macam nak masuk dalam tu!


Kira 3-4 kali tu. Taku terlebih.. :P

Lepas tu, apek tu pun terus la mulakan keje dia. Install itu ini masuk henfon tu. Tanya aku apa software aku nak la apa la. Aku jawab senang je, "apa you rasa ok, you masukkan saja la. saya apa pun tak tau la apek". Ada la setengah jam jugak tunggu. Dia siap pasangkan screen protector terus. Senang sket. Dulu2 benda tu semua kena cari sendiri sebab aku beli henfon online je. Yang ni semua tauke kedai tu siapkan. Senang sket keje aku. Tapi model yang aku beli tu baru sangat lagi keluar. So, screen protectornya takde stok lagi. Kena DIY ambik yang model lain dan potong. Takpela, untuk sementara ni. Nanti akan ku tukar dengan yang efek cermin punya. Takyah susah2 nak tengok cermin nak betulkan tudung. Hehehe.


Amoi ni tengah DIY screen protector

As on today, dah masuk 2 hari aku dengan si gadget ku ini. Tapi masih pening lagi la nak mencari itu ini. Aku dah biasa dengan henfon dulu yang simple & easy tu, bertahun2 dah pakai kan. Orang lain kiri kanan sibuk la tukar henfon 3-4 bulan sekali. Tapi aku masih setia dengan yang sama. Aku ok je asalkan jangan bagi masalah kat aku sampai aku tension. Kan dah kena sack! Hehehe.


Belakang tu ialah senarai no telefon.
Macam bisneswomen! Punya la banyak!


Buat Puan HTC ku yang baru, selamat berkhidmat dengan tuan yang baru nak berjinak2 dengan touchscreen ye. Maafkan saya kalau2 tuan mu ini adalah selowpok sket kan. Kepada Cik SE ku yang lama, jangan risau. Khidmat bakti anda masih diperlukan. Nanti aku belikan ko sekeping kad yang ada makhluk kuning selalu ikut sana sini sebagai peneman ko ok. Jangan sedih2 ek, aku kasi ko cuti rehat 2 minggu.. :) *HTC tu puan sebab aku beli lepas dah kawen, SE tu beli masa bujang dulu*

Ok, tammat! Membebel panjang lebar pasal benda yang cuma satu, hahaha. Over excited kot..

Nota kaki lapan: Thanks Bie kerana merealisasikan impian isterimu ini. You are my strongest support in any circumstances I ever gone thru! Love you sayang.. :-*


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails