Monday, January 30, 2012

Hari ini ada rasa tak sihat sikit. Sana sini rasa sakit..

Ding dong..

Kepala sakit, perut sakit, tangan sakit, kaki sakit. Adei la, apsal la semua nak rasa sakit hari ni ek. Sabar jela wahai hati. Kepala ni dah lebih seminggu asyik berdenyut je. Tapi sebab dia tak constantly berdenyut, jadi aku malas la nak pegi klinik. dalam sehari tu ikut suka hati mak tijah dia je nak berdenyut bila² pun. Nak telan ubat aku tak berani la pulak. Tahan jela gamaknya ni. Ikutkan hati, nak je sambung tido terus sampai ke petang. Pak akal la sedar diri skang ni kat opis, kalau kat rumah memang confirm aku dah peluk bantal siap sarung selimut.

Tangan & kaki pun dah mula rasa sakit. Ni mungkin pembawakkan peknen je. Jejari aku yang dulunya 'runcing' skang dah gemuk². Yang tak tahannya, tiap pagi dia akan bengkak dengan jayanya la kan. Sampai nak menggenggam pun rasa tak mampu. Dan skang jugak aku dah tak boleh bukak tutup botol mineral terutamanya yang baru beli. Sebab nak pulas penutup tu terasa amatlah seksa. Nasib baik ada Bie tolong bukakkan. Kalau tak, aku bukak pakai gigi jela kot. Eh, ni bukan merungut tau, nak cerita je. Merajuk pulak baby dalam perut nanti kalau dengar ibu dia merungut camni. Takpe sayang, ibu rela lalui semua ni demi kamu!

Skang dah masuk fasa² akhir peknen. Makanya, rasa ngilu² kat perut tu agak kerap la jugak. Kadang² dari duduk tu nak bangun agak seksa jugak la. Sebab senak semacam je rasanya. Tu belum lagi tengah² jalan tiba² baby mengeras, rasa nak meletup pundi kencing kalau baby himpit ke bawah. Nasib baik la setakat ni tak penah lagi terkucil tengah jalan. Tapi bila batuk & bersin, kadang² memang takleh nak control. Huhuhu. Selalu sangat dah jadi dari awal² dulu pun.

Baby punya gerak pun skang ni lain macam feeling dia. Dulu setakat rasa tendang kuat sekali sekala. Skang ni tiba² je boleh rasa perut berombak² macam dia tengah joget samba dalam tu. Eceh, belum keluar dah tunjuk perangai nampak. Hahaha. Ada masanya, tengah baik punya landing, tiba² dia takmo duduk diam dalam tu. Tak sabar nak keluar ke ha? Jangan la keluar awal² sangat ek, ibu tak puas lagi bawak perut ni ke hulu ke hilir (tipu! sebenarnya dah penat jugak la, hahaha). Mudah-nudahan baby akan terus aktif dan sihat sampai la keluar nanti ek.

Minggu ni masuk 33 minggu dah. Alhamdulillah, so far barang baby pun dah almost complete. Setakat keperluan asas la kiranya. Kalau ada tak cukup pun, insya-Allah nanti boleh tambah kemudian. Utamakan yang penting² dulu. Tapi masalahnya skang ni, keperluan mak dia masa pantang tak cukup² lagi ni. Tak tau bila nak cukupkan, asyik bertangguh manjang. Kang ada la pulak orang pantang tak berbengkung agaknya. Hahaha, takpela. Akan cuba completekan sebelum hujung Febuari ni.

Fokus selepas ni nak kemas semua barang² baby tu. Mana yang nak kena basuh apa semua. Dah mula buat pelan² sejak awal lagi. Tapi ada lagi baaaanyak nak kena settlekan. Start malam ni nak basuh lagi kalau boleh by end of this week semua dah settle. Pastu nak mintak Bie pasangkan cepat² drawer untuk dia yang beli kat Ikea hari tu, mau susun semua benda elok² dalam tu. Takde la bersepah sana sini macam skang. Kang bila tiba² nak pakai, dah kelam kabut nak cari. Aku pun pening sebenanya tengok barang dia terlonggok sana sini. Tak letak setempat. Serabut perut rasanya.

Tengoklah weekend ni. Cuti panjang, banyak sket masa nak menservice bilik baby tu..

Nota kaki lapan: Niat hati nak cat bilik, tapi tah bila² nak start buat pun tak tau la..

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-

Wednesday, January 18, 2012

Alhamdulillah..

Ding dong..

Sampai je opis pagi² tadi, terus laju² check akaun bank..
Alhamdulillah, rezeki untuk si tecik nanti agaknya..
Terima kasih Ya Allah atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah..
Memang sejak adanya si tecik dalam rahim aku ni, rezeki datang tak henti²..
Bersyukur sangat.. :)

Kepada the top management of my company..
Terima kasih atas suntikan vitamin 'B' tersebut..
Insya Allah saya akan bekerja dengan lebih gigih, kot..... :P

Tak sabar nak tengok senyuman ni secara live..

Nota kaki lapan: Bersyukur seadanya.. :)

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-
Related Posts with Thumbnails