Tuesday, April 05, 2011

Lama betul menanti

Ding dong..


Tengok sket tarikh mula2 dapat tu bila?
Giler punya lama!!


Selepas 2 tahun menebeng, baru skang mencapai minimum target. Hahahaha. Tapi takmo usik la, biar je kat situ beranak pinak. Setakat RM50, sekali hadap Pizza Hut dah abis.. :)

Tapi sejak 2 menjak ni rajin pulak la *BE aku tu menyala kan. Padahal entry haramjadah punya tahap pemalas nak buat. Dalam sebulan tak cukup pun 5 jari nak bilang. Thank u la Nuffnang sebab murah hati nak bagi blogger pemalas macam aku ni merasa BE tu bertenggek kat blog picisan yang tak mendapat sambutan pun ni. Kalau murah hati, bagi la lagi ye. Aku terima je dah kalau orang nak memberi. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..


3 sekali berderet.
Tapi apa la sangat kalau nak dibanding dengan blogger fofuler yang lain tu kan..


Nota kaki lapan: Saya tak mengejar earning...

*BE = Buffered Earning

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, April 01, 2011

Dari satu kepada dua kepada tiga dan.....

Ding dong..

Woohoo, sudah hari Jumaat! Saya sangat suka sebab esok saya tak keje. Tapi walau pun tak keje, tetap kena bangun pagi. Sebab ada tugasan khas pagi esok, jeng jeng jeng. Takleh citer la sini hari ni, biarlah rahsia.

Semalam balik keje terus bergegas ke satu tempat yang aku panggil Kedai Mak Kiah. Kalau ada yang penah baca entry2 sebelum ni mesti tau kat mana letaknya Kedai Mak Kiah ni kan. Hahaha. Dah plan dari kelmarin lagi dengan Bie. Sebab memang ada benda yang nak aku beli, benda yang dah tertangguh sekian lama.

Kat mana Kedai Mak Kiah? Tengok ni betul2. Pastu mesti on the spot terus tau kat mana..



Bulan lepas Kedai Mak Kiah a.k.a IKEA ada buat sale besar2an. Tapi sayangnya aku tak berkesempatan nak pegi. Memang sibuk sangat2 kot sampai takde peluang nak luangkan masa nak ke sana. Tapi, bersyukur jugak tak pegi. Sebab dengar citer penuh ibarat ikan sardin dalam tin. Kebetulan jugak weekend yang masa ada sale tu memang aku berada di luar kawasan. So, tak dapek la nak menyinggah.

Mula2 macam frust jugak. Tapi bila pikir balik, IKEA tu bila2 pun ada je sale dia. Takyah nak redah sangat. Dan semalam daripada niat asal dia cuma nak beli meja 'kanak2 tadika' (ini nama yang dibagi oleh seseorang), dah melarat sampai la membeli segala rack dan jugak rod nak menggantung2. Tu belum kira yang benda kecik2 mana yang sempat dicapai.


Nampak macam sikit je kan..

Tiba tang nak membayar, berpeluh kejap..

Nah, hambek kau! Habis RM400 untuk benda yang kurang dari 15 ketul. Tapi dah dijangka pun sebenarnya. Sebab kalau dah rack tu pun dah RM99 harganya. Campur itu ini, seploh hengget, seploh hengget. Tak ke berganda2 jadinya. Nak buat camne kan, godaan kuat jugak tu. Tapi so far, yang dibeli tu memang benda2 yang nak diguna. So, pada aku berbaloi la tu. Bukan la main sambar je ikut kehendak hati mana yang nak.


Inilah subjek utama sebenarnya..

Apapun, puas hati kan dah dapat beli semua tu. Lepas ni kena cari time masa bila nak pasang. Malam tadi sampai2 je rumah terus pasang mana yang boleh pasang sendiri dulu. Sekarang ni tinggal mana yang nak kena drill la. Lemah betul mikirkan benda yang nak kena drill2 ni. Sebab rule kat rumah tu Isnin - Jumaat, 9:00am - 5:30pm je yang boleh buat keje2 mengetuk & mendrill ni. Takkan kena ambik cuti kot? Kalau tak cuti, nak suruh sape pulak pasangkan? Aku ni dah la fobia nak suruh orang buat keje tanpa pengawasan ni. Kang banyak sangat benda yang aku tak puas hati.


Hasil pemasangan orang2 yang handal.
Aku ngan Inchek Suami ku ler.. :P


Tapi kalau nak buat sendiri, mampu ke? Itu hari drill untuk gantung gambar pun menggigil tangan memasing. Yang ni pulak dah beli cermin sampai 3 keping & rod untuk gantung spice rack 2 batang. Pengsan kot kalau pasang sendiri ni. Ada sape2 yang hebat dalam keje korek mengorek dinding tak? Meh sini lapor diri kat aku. Yang penting, mesti bagi free la. Aku belanja makan cukup la kan. Takyah la mintak bayar memahal. Takde *pitih dah ni!

Kalau nak charge jugak, sila charge bawah dari RM50 untuk semua keje2 tu. Pastu kalau aku mintak tambah itu ini, tak boleh mintak extra charges. Kita sign agreement la nak? Hahaha. Kalau takde jugak solution lain, aku rasa ada jugak la yang kena paksa seseorang ambik cuti sekali ngan aku bila2 nanti. Dan calonnya tak lain tak bukan, Inchek Suami la!! Hehe, buleh ye yang?


Ini la cerminnya.
Tapi dalam bulatan tu dah ada pecah sket, boleh kasi tukar ke tak ek?


Gini la gaya kalau masuk rumah baru kot. Selagi rumah tu tak penuh, selagi ada ruang, selagi tu la nak ditambah nak diisi. Aduh, tetiap bulan la poket kami short kalau camni kan. Boss, bila mau bagi bonus besar2an aa? Sesak gila rasanya ni!

Nota Kaki Lapan: Selagi tak habis wishlist untuk rumah baru, selagi tu la takkan berenti bershopping tiap2 bulan. Haha..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails