Showing posts with label Lesson. Show all posts
Showing posts with label Lesson. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

Yeay, berjaya buat Comment Box Yang Cumilll

Ding dong..

Ini ialah entry auto-published. Penulis kini mungkin sedang enak makan cendol Jonker Street kat Melaka. Yummiii...

Pagi² ni kalau dah bosan memang best kalau dapat belajar sesuatu. Tengah dok merayau² blog orang, tiba² terpandang sesuatu yang baru dan best kat blog MakcikBedahBawakKancilBiru. Haruslah cuba diaplikasi kan betul tak? Jadi, dengan bersungguh² aku follow semua instruction yang ada.

Dengan usaha yang bersungguh itu, makanya..

..



...




....




.....




TADAAA!!!



Suka suka suka. Suka sangat bila dapat buat sesuatu yang baru dengan sekali percubaan je. Tanpa ada sebarang error yang akan memeningkan otak. Jadi, kalau nak try. Boleh la refer pada si dia yang comel dan rajin ini. Thanks banyak² sebab sudi sharing tutorial itu. Arigato sis!!

Step pertama: Macam mana nak buat Comment Box

Step Kedua: Macam mana nak letak button reply

Selamat Mencuba!!!

Nota kaki lapan: Suka boleh try, tak suka boleh diam! Sebarang kejahanaman terhadap blog anda adalah atas tanggungan sendiri. Harap Maklum.

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, January 04, 2010

Kelalaian Membawa Padah

Perghh, tajuk ngeri je dengar! Tapi itulah hakikatnya. Dek kerana kelalaian yang tak terjangka, padah yang aku dapat. Beg duitku baru je kehilangan atau lebih tepatnya kecurian (dicuri, dirembat, disapu dan seangkatan dengannya) semalam. Malang tak berbau. Hanya dalam beberapa minit je terlepa, hilang lesap.

Kejadian berlaku masa aku tengah sibuk memilih baju. Semalam ke jualan gudang branded apparel kat Kepong. Punya la excited memilih baju lelong 5 helai RM10. Mau tak terbeliak biji mata ni nak memunggah. Bukan sikit² nak mengorek tu. Setelah hampir 2 jam, berjaya jugak memilih dan mencukupkan korum (5 helai tu mesti sama brand, aku amik 3 brand yang berbeza). Dalam pada kesibukkan mencari, mengorek, mencuba baju² tu. Tak sedar aku dah letak handbag aku yang gojes itu kat dalam salah satu rak masa nak mencuba try test baju. Dan selepas itu dengan selambenya aku jalan tanpa menghiraukan handbag yang diletakkan dalam rak tadi. Tengah asyik memilih sebab nak mencukupkan baju² tu, tiba² terdengar amoi staff warehouse tu jerit, "hellooo, ini sape punya?!!!". Aku menoleh dan alangkah terperanjatnya melihatkan handbag aku yang gojes itu ada pada die. Aku terus ambik tapi tak terus check apa yang hilang. Sambung memilih baju (demm!! penyakit gile masa shopping memang susah nak kikis), hinggalah beberapa minit lepas tu terpikir nak check dalam handbag tu.


Gambar² diatas sebelum purse tu hilang.. :(

Sekali tengok dah tau ada yang kurang. Dan kurang itu adalah sesuatu yang sangat common. My purse is gone!!! Menyesal sudah tiada gunanya. Dengan pantas check benda² lain. Mujur handphone dan camera selamat. Handphone tersimpan dalam compartment lain, camera pulak kebetulan baru keluarkan nak snap gambar. Kalau tidak, pastinya lenyap semua. Dan aku pastinya akan menangis tak berlagu. Huhuhu. Dan mujur jugak card holder yang aku guna untuk letak ic, lesen dan kad nikah aku letak kat tempat lain (biasanya semua ada dalam purse). Bila dah sure memang purse tu memang dah 'selamat' di bawa ke alam 'barzakh', aku pun mula la calling sana sini nak cancelkan card² yang patut aku cancelkan sebelum terlambat.

Pengajarannya, don't ever letak beg atau barang berharga masa tengah ghairah shopping. Sebab manusia ni memang dah Allah anugerahkan dengan penyakit lupa yang sebenarnya memang tersemat kemas. Tak boleh nak kikis walaupun kite ada reminder dalam handphone, PDA atau 'Stoberry' (BlackBerry mngikut kata Adam) untuk mengingatkan. Sentiasa la beringat walau dalam keadaan apa sekalipun. Kali ni mungkin aku hanya hilang purse dengan isinya hanyalah kad kredit, atm, membership sana sini, resit² lama dan duit RM1 yang cuma ada 3-4 keping (mujur la memang belum ambik duit). Siapa tau, dek kerana kelalaian yang berterusan, lebih banyak aku akan hilangkan nanti. Mintak simpang la!!

Anyway, shopping tetap shopping. Selesai call card centre sana sini, aku sambung memilih baju. Hasilnya dapat la 15helai baju lelong (sehelai RM2 ajo) dan 3 helai baju turun harga murah² (RM10, RM15 dan RM8). Duitnya hanya spend RM63 untuk kesemuanya (i like warehouse sale!). Yang dah hilang, tak mungkin dapat jumpa balik. Redhakan jela kehilangannya. Aku pasrah je dengan ketentuan tuhan. Anggap je ini dugaan dan takdir untuk aku memperbaiki diri. Mana tau, kehilangan yang ni akan dibalas dengan kehadiran sesuatu yang lebih berharga lepas ni. Takdir tuhan siapa tau kan, "kun faya kun"..



Nota kaki lapan: "Kadang² kita perlu kehilangan sesuatu untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan menghargai sesuatu yang menjadi pengganti kepada sesuatu itu..." - izma dealola..


Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Thursday, December 24, 2009

Klik Klik Nuffnang? Apa komen anda??

Pagi ni aku tertarik nak baca blog salah sorang akak yang ada dalam bloglist aku. Tajuk entrynya agak menarik perhatian aku sebab memang sejak sekian lama aku agak tercari² maklumat pasal menda alah ni. Actually, sampai ke hari ini pun aku masih kabur dan masih tercari² kaedah sebenar nuffnang ni dikira (ye, saya budak baru belajar.. ambik galah tolong jolokkan okey). Thanks kepada akak ini yang telah menambahkan kesedaran pada aku yang kabur ni. Aku pernah terbaca pasal ni, tapi masa tu aku ignore sebab mata dah kelam dengan janji manis $$$ yang aku nampak. Tapi.. semua itu plastik!!

Untuk information semua, blog aku ni trafficnya memang hidup segan mati tak mau. Tapi aku takde la kisah sangat. Memang tujuan aku bangunkan blog ni (cehh, ayat tak hengat), semata² untuk aku luahkan dan coretkan apa yang terlintas kat kepala. Sekurang-kurangnya bila someday aku bosan², aku ada tempat untuk hilangkan bosan (baca je balik entry² yang ada). Bagi aku mungkin dari situ jugak, aku akan teringat sesuatu yang pernah aku lupakan. Mana la tau kan. Aku ni bukannya jenis rajin menulis diari ataupun nota dan simpan kat mana². Jadi pada aku, blog adalah satu tempat yang sesuai untuk aku simpan semua data dan memori yang aku ada. Tambahan pulak, naluri sharing is caring tu memang dah ada dalam diri aku. Aku memang suka share experience, skill atau apa² saje yang boleh memberi manfaat dan pengajaran samada untuk diri aku, mahupun untuk orang lain yang mungkin terbaca entry tu.

Sampai la satu saat ni, tergerak hati aku nak letak ads dalam blog ni. Kata orang sambil menyelam, sambil minum air. Apa salahnya kalau ada sesuatu yang aku buat tu boleh mendatangkan ongkos tambahan kan. Jadi aku bermula dengan Google Adsense. Agak susah jugak nak bermula sebab ikut kata bie, google adsense akan tapis dulu content yang ada dalam blog dan lepas tu baru decide samada nak letak ads ke tak kat blog tu. Berbulan² jugak aku tunggu, tapi tetap takde ads yang keluar. Bie cakap, maybe sebab blog ni dalam bahasa melayu. So, mungkin google tak accept untuk iklankan ads diorang kat sini. Fine, aku tak kisah sangat. Then, aku terbaca pasal Nuffnang. Agak tertarik jugak nak letak. Sekadar nak mencuba je. Peringkat permulaan, hampir 6 bulan aku letak. Tapi bila aku tengok earning, macam freeze je tak bergerak². Tapi aku tak peduli sangat pun. Biarkan je la die nak gerak ke taknak. Hingga ke satu hari, aku tengok ada perubahan angka yang agak drastik. Dari situ, aku mula $$bling$$ $$bling$$. Hehehe. Jadi aku kaji la apa cara nak naikkan jumlah earning. Cuba naikkan jumlah unique IP yang singgah blog ni.

Dan sampai la ke satu saat, aku terjumpa satu kaedah ni, 'kamu klik saya klik'. Masuk blog orang, then klik la apa yang ada. Lepas tu tinggalkan jejak kasih kat shoutbox. Mula² memang enjoy, tapi lama² rasa bersalah dan tak patut pulak. Terasa perhubungan tu macam tak ikhlas. I give you something if i get something. 'Kalau kamu tak klik, saya pun takkan klik kamu'. Yerp, itu memang berlaku. Seminggu aku tinggalkan perihal klik mengklik ni. Jumlah visitor yang masuk menjunam jatuh sampai menyembah bumi! Aku ada rasa sikit upset jugak la. Yelah, nampak sangat kurangnya keikhlasan tu. Bukan la semua, sebab aku still ada nampak jugak 3-4 orang yang still singgah even aku menyepi selama seminggu tu. Tapi kecewa tu tetap ada la, sebab aku terasa bodoh je selama ni membina so called 'rangkaian perhubungan' tu. Tau kenapa aku menghilang selama seminggu, sebab aku terlebih menolong klik blog orang lain sampai IP pc aku di'block' dari masuk ke mana² website blogspot! But what i get as return? Nothing..

Aku sedar efek dari entry ni mungkin akan sedikit sebanyak menjejaskan imej aku di kalangan mereka yang terlibat. So sorry semua, aku bukan nak menjatuhkan atau menutup so called what so ever periuk nasi ke apa. Tapi aku adalah jenis manusia yang belajar daripada pengalaman. Dan bila aku rasa memang ada something wrong dalam satu² tindakan tu, aku akan research segalanya sampai ke akar umbi. Dan ternyata, apa yang aku dah libatkan diri selama ni (klik sana klik sini) tu memang menyalahi term & cond yang telah ditetapkan, salah tetap salah. Jadi aku dengan rela hati akan menghentikan segala kegiatan tu. TAPI, insya allah. Kunjungan untuk untuk membaca akan tetap aku buat andai ada entry yang menarik perhatian aku. Kebanyakkan blog yang aku singgah, memang aku ada simpan linknya. Don't worry. But its up to you all untuk terus menjalin hubungan sosial maya yang dah kita jalankan sebelum ni ataupun tak (belum la lama sangat pun). Semoga kita semua perbaiki kesilapan untuk jadi manusia yang lebih bijak untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain.

Sumber boleh dipercayai:
Sumijelly
MySuperKids
NorizamShah

Nota kaki lapan: Buat baik tu memang susah. Tapi kalau terlalu baik pun susah jugak.

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Friday, November 20, 2009

Ikan Bebek.. Apa tu??

Beberapa hari lepas, kalau tak salah aku hari Selasa. Aku menghabiskan masa dengan menerjah blog² yang ada dalam list aku. Masa melepak membaca entry² yang ada kat blog bro Mazidul, aku terbaca satu entry yang dah agak lama (bulan 9 2008 kalau tak silap). Dalam entry tu die ada cerita pasal gerai makan kat kawasan perindustrian PJ, jalan ss51/217. "Ikan bebek" namanya. Pelik kan bunyinya. Tapi sebenarnya itu adalah nama lain bagi menu ikan cencaru sumbat sambal. Aku pun baru kali pertama terbaca. Tak pernah pulak tau ikan tu ada nama lain. Jadi, tengaharinya aku ajak bie ke sana. Nasib baik la aku ni dapat suami yang sporting dan memahami. Die dengan rela je nak pegi dengan syarat aku yang drive. No problem, asalkan dapat pegi cuba.


Nasi panas, ikan panas, cuaca mendung.. Great combination..


Simple..


Licin pinggan dua orang yang kebulur sangat

Niat kali ni memang sekadar nak mencuba je. Memenuhi kehendak tekak yang datang tiba². Mungkin takde lagi percubaan kali kedua. Sebabnya ialah, tempatnya yang agak jauh dari opis aku dan kami terpaksa menempuh jalan² yang ada kemungkinan untuk jem bila² masa iaitu Federal Highway. Sedap sangat ke? Entah la, kalau ikut pengamatan aku. Hanya ikan tu je yang membuatkan orang ramai sanggup menunggu kot. Ikan tu memang digoreng panas², jadi bila makan memang terasa la enaknya. Dengan nasi putih 2 pinggan berlaukkan ulam raja, 5 ekor gulai udang, sambal belacan, seekor "ikan bebek", telur asin, air suam dan limau ais. Perut yang kosong sudah pun selamat diisi dengan penuh manfaat. Dan kami membayar RM8.20 untuk kesemua itu. Boleh la, tak mahal, tak murah..

Tapi spoil sikit sebab masa kami sampai, nasi belum masak (aku tak sure tu round keberapa diorang masak nasi). Kami menunggu nasi untuk 15 minit tanpa sebarang sapaan dari tuan punya kedai, contohnya bagitau yang nasi tu ada lagi berapa minit, suruh order air dulu ke.. It was just nothing. Ada terasa macam orang bodoh pun ye jugak berdiri kat situ tanpa layanan (well, aku kan customer. Semestinya memerlukan layanan kan!). Mungkin jugak dek kerana permintaan yang banyak, ikannya digoreng kurang sempurna. Tapi untuk gerai seperti tu, apalah sangat layanan yang boleh aku harapkan. Jadi, aku terpaksa redha jela. Maka, itu la kali pertama dan mungkin juga terakhir aku makan kat situ.

Ini pulak entry selingan..

Semalam masa pergi keje, macam biasa kami melalui jalan² yang agak sibuk. Masa baru masuk ke LDP, tiba² aku terpandangkan satu suasana yang tak sedap mata memandang. Mula² aku tak perasan, bie yang tiba² menjerit "ish! bawak baby camtu je ke??". Rupanya ada sepasang ibu ayah yang kurang akalnya membahayakan nyawa anak kecil mereka tanpa rasa belas kasihan. Baby tu mungkin lingkungan umurnya hanya 8-12 bulan. Didukung dan diletak atas ribaan ibu tanpa ada sebarang tali atau pengikat yang menjadi menyokong kedudukannya atas ribaan ibu. Hanya berbekalkan pegangan erat (yang bisa je terlerai andai sesuatu yang buruk itu berlaku) ibunya. Apa yang ada dalam fikiran kedua ayah dan ibu tu agaknya? Mungkin ada di kalangan kita tak mampu nak berkereta sendiri, tapi tak ada ke cara lain selain dari bermotor macam tu? LDP tu bukan calang² sibuknya di pagi hari. Kereta, motor, lori dan segala jenis kenderaan mencelah dengan laju² belaka. Jadi, untuk kedua ayah dan ibu ini. Fikirkanlah ye. Takkan kamu berdua saje yang maukan keselamatan dengan menutup litup kepala kamu tu dengan helmet yang canggih dan mahal? Sedangkan anak kamu itu kepalanya terdedah tanpa sebarang perlindungan. Ada akai, guna la!!


Sebaik je selepas gambar ni diambil.
Si ayah dengan slumbernya main pass² botol susu ke belakang!!


Jadi untuk ayah, papa, daddy, abi, walid dan juga mak, ibu, mama, ummi, mummy di luar sana. Jangan la pentingkan diri sendiri je. Jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah. Kenanglah susah payah nak mendapatkan seorang anak. Jangan dengan mudahnya menggadai nyawa mereka demi kepentingan kita orang² dewasa semata-mata..

Nota kaki lapan: Lokasi yang sama (depan MOFAZ) pernah terjadi kemalangan maut melibatkan penunggang motor yang dilanggar kereta. Sekitar awal tahun ini..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, November 16, 2009

Sharing Is Caring



Perasan tak ada sedikit perubahan kat sini? Tak perasan? Cube tengok kat title blog aku tu. Yerp, ianya bergerak kan. Hehe, thanks kepada teman blog yang sudi berkongsi ilmu yang dia ada pada semua rakan² lain. Should i pronounce u as Lili or Precious ye? Tak kisah la, apapun namanya. Janji orangnya sama. Kalau nak try, boleh la singgah ke blognya dan belajar. Selamat mencuba!

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Update:
20-11-2009, aku buang scrolling code tu sebab ramai yang complaint susah nak konsentret, hehehe :P

Friday, October 02, 2009

Ketam Masak Lemak Cili Padi.. Meletops!!

Ini adalah menu malam tadi. Memang dari asal beli ketam hari Selasa lepas dah plan nak buat masak lemak cili padi. Tapi sebab balik dari beli barang Selasa lepas dah agak lewat, jadi plan menggulai tu terpaksa la aku postpone dan digantikan dengan tomyam seafood.


Terlupa nak snap gambar masa hidang.
Dah lapar sangat masa tu, haha..


Semalam, aku memang dah plan sejak dari opis lagi nak buat masak lemak cili padi. Jadi sampai je kat umah, terus keluarkan bahan² yang nak di masak. Menu malam tadi ialah:

1. Ketam masak lemak cili padi
2. Daging kicap black pepper
3. Goreng berlada kacang botor (botol) + ikan bilis.

Satanem!!

So sebagai perkongsian ilmu dengan yang tak biasa buat masak lemak cili padi, hari ni aku berbesar jari.. eh hati untuk berkongsi ilmu dengan anda sekelian di luar sana. Bagi yang dah pandai dan terer, sila abaikan pelajaran ini ok. Nak bagi tips pun bagus jugak.

Bahan-bahan
-------------
1. Ketam 3 ekor
2. Santan kotak Ayam Brand sekotak
3. Air 1 gelas
4. Cili padi 20 ulas (atau sesedap rasa)
5. Serai 2 batang
6. Bawang merah seulas
7. Bawang putih seulas
8. Daun kunyit sehelai
9. Garam secukup rasa
10. Tomato sebiji
11. Serbuk kunyit satu sudu teh

Cara-cara menyediakannya
----------------------------
1. Blender cili padi, bawang merah, bawang putih dicampur dengan santan dan air
2. Masukkan bahan² yang dah diblender tadi dalam periuk
3. Masukkan serbuk kunyit, daun kunyit (dikoyak²kan), serai (dititik) dan garam
4. Kacau sehingga mendidih (kalau boleh kacau sentiasa bagi mengelakkan bertahi minyak)
5. Setelah mendidih, masukkan ketam yang telah disiang (suka hati la nak kerat 2 ke tak)
6. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau lebih kurang 10 minit

Siap!! Selamat mencuba..

Note: Lauk diatas juga menjadi lauk pauk yang aku bawak untuk potluck 'poyo²' kami kat opis kejap tadi. Jap lagi akan aku citer pasal tu pulak.

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, August 06, 2009

Again dan sekali lagi..?!!

Malang sungguh nasib aku sejak kebelakangan ni. Dalam masa kurang dari sebulan, 2 kali aku eksiden!! Dan 2-2 kali tu jugak salahnya bukan berpunca dari aku. 10/07/09, Kenari ku itu menjadi mangsa kebodohan seorang pemandu Viva, rujuk post ini. Dan semalam, 05/08/09, Kelisa pulak menjadi mangsa keadaan seorang manusia rabun yang keretanya je yang besar, tapi mata kecik. STUPID!! Sangat sakit hatiku ini. Satu pun tak settle lagi, satu lagi datang. Nasib baik Kelisa tu masih boleh bergerak. Jadi sementara menanti Kenari dan police report Kelisa tu siap untuk dihantar ke bengkel, terpaksa la aku usung kelisa tu ke sana ke mari dengan wajahnya yang dah rebeh sebelah. Poor our Kelisa.



Semuanya terjadi pagi semalam masa aku & bie baru nak memulakan perjalanan ke opis. Dalam bangunan parking lot rumah kami!! Macam biasa, bie memang akan bergerak dengan kadar yang sangat perlahan dalam parking lot tu memandangkan keadaannya yang agak sempit dengan orang² bodoh yang suka sangat block jalan dan parking orang lain. Setibanya betul2 berhampiran jalan keluar dari parking lot tu, aku nampak sebiji Toyota Hilux dengan lajunya nak masuk ke dalam. Bie berhentikan kereta dengan tujuan nak bagi laluan pada die masuk dulu. Tapi betapa bodohnya die (driver Hilux tu), masa masuk ke dalam kawasan parking lot tu aku boleh nampak dengan jelas matanya sikit pun tak memandang ke depan. FAK YU!! Dan dalam sekelip mata, BOOMMED!! Singgah satu ciuman mesra dari Hilux itu kepada muncung Kelisa kami. Aku sangat pissed off!! Dan aku hanya biarkan bie turun seorang. Aku hanya memerhati dari jauh. Ada la sikit tegang urat dan tikam lidah. Selepas beberapa minit, driver Hilux tu hanya terus berlalu tanpa sikit pun maaf. Jangan kata maaf, turun dari kereta pun tidak. Kami malas pikir panjang, terus ke balai dan buat report.

Jadi kepada anda sekelian, sila berhati² kalau nampak kereta Toyota Hilux, warna hitam, WSF 1868. Pemandunya seorang *cayanunalif* memang sangat² kurang ajar!! Jangan sampai aku sendiri jumpa die dalam kawasan parking tu, memang something will happen. Tak banyak, sikit aku akan bagi. Dan, aku percaya dengan hukum karma. Hari ni die langgar aku, maybe next time turn die pulak dilanggar lori kontena ke. Who knows?!!

Till my next post... Bye bye bye..



-END-

Thursday, July 16, 2009

Sayu dan pilu..

Pagi ni lepas siapkan keje² rutin, aku terus masuk blog dan usha apa² yang menarik untuk dibaca. Merayau sana, menerjah sini. Akhirnya aku sampai ke satu blog ni. Blogger ni bercerita tentang satu kes pembunuhan student KUIAM yang baru je solved beberapa hari yang lalu. Kebenaran akhirnya terbukti dan yang salah akhirnya bakal menerima hukuman yang setimpal. Hidup ini ada karmanya. What u give, u will get it back. Skarang ni tuhan lagi banyak bagi cash payment banding dengan credit. Itulah satu prinsip yang kadang² kite tak berapa amik peduli. Jahat dibalas jahat, baik dibalas baik. Sebenarnya, secara jujur aku memang tak tau sangat pasal kes ni. Aku memang jarang baca paper. Berita terkini yang biasa aku dapat hanya dari siaran berita kat TV. Tu pun kadang² banyak yang missed. Bila terbacakan artikel ni kat paper semalam (ye ke semalam, tak baper ingat dah), aku agak tertanya² la jugak. Kenapa aku tak perasan tentang kes pembunuhan ni? Padahal mangsa tu adalah pelajar KUIAM, dekat sangat kolej tu dengan rumah mak mertua aku. Well, mungkin sebab cerita ni dah agak lama. 2 tahun yang dulu. Dan kes itu pulak tak terjadi dikalangan yang aku kenal (nauzubillah, mintak dijauhkan).

Untuk yang nak mengetahui kisah arwah secara detail, singgahlah kat laman blog sahabat²nya yang bersama susah dan senang hingga akhir hayat arwah..

Sahabat 1
Sahabat 2

Dan artikel kosmo selepas keputusan kes baru² ini.

Apapun, mari kite doakan semoga roh arwah JULIANA dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman. AL-FATIHAH..

Till my next post... bye bye bye

-END-
Related Posts with Thumbnails