Monday, July 13, 2009

Hancur hatiku..

Jumaat lepas adalah hari yang gembira sebab aku nak balik Semenyih jumpa ngan budak debab si Hafiy. Tapi belum pun kegembiraan itu berpanjangan, sesuatu yang tak diduga terjadi. Apakah? Hurm, marilah mendengar luahan dan rintihan hatiku ini, *sob *sob *sob (sambil kesat air idung).

Petang jumaat yang permai itu, aku bergegas turun dari opis sekitar jam 7 malam. Bie dah sedia menunggu kat bawah. Hati ni dah tak sabar nak balik Semenyih. Nak melayan celoteh Hafiy yang makin pandai bercakap. Dalam perjalanan, semuanya kelihatan seperti biasa. Jem di sana sini. Tu memang tak boleh nak elak dah la gamaknya hidup kat tengah bandar ni. Kami berdua dok dalam kete kenari kesayangan kami itu dengan penuh tenteram, sambil borak² dan layan radio. Dari opis kami buat keputusan nak ikut LDP je. Terus ke Semenyih.

Sampai je kat TOL Plaza Sunway, keadaan dah memang sesak (situasi biasa hari² kat situ, lebih² lagi Jumaat). Aku tengah sibuk mengutip syilling 50 sen dalam bekas duit nak dimasukkan dalam botol (saje nak kumpul duit syilling 50 sen), sementara bie khusyuk memandu. Lebih kurang 500 meter lepas TOL, bie brek kete. Berhenti agak sedikit mengejut tapi masih dalam keadaan terkawal, sebab memang kete² depan dah mula berhenti. Aku sempat jeling kete belakang dari cermin sisi. Lega sebab kete belakang tu berhenti tanpa sebarang masalah. Tapi belum sempat aku nak menoleh balik, tiba dengar bunyi skidding. Aku dah mula cuak masa tu walaupun aku tak pasti bunyi tu menghala ke mana. Dan tak sampai berapa saat, BOOMED! Kete belakang aku dihentam, dan impaknya menyebabkan kete aku jugak terbabit sama. Huuhuhuhu, naik darah aku kejap. Aku memang dah terasa sedikit temper masa tu.

Bie lebih dulu turun dari kete sementara aku duk dulu dalam kete nak kasi temper aku turun. Kalau tak kang ada yang kena maki hamun. Dan bila aku turun dari kete, aku terus ke belakang. Damn it! Kete yang berhenti belakang aku tadi skang dah betul² mencium buntut kete aku. Huhuhu, hati ku sangat panas masa tu okey. Kalau tak kenangkan adab sopan, mau je aku sepuk driver yang skidding tu. Bodoh punya budak viva. Poor my Kenari. Baru setahun menabur bakti, dah tercedera pulak kan. Apalah nasib kamu wahai kete ku sayang. Takpela, nanti akan kuhantar mu ke klinik kete yang berkenaan utk dirawat. *Sob *sob *sob. (Sib baik bleh claim insurans je. Kalau kena kuar duit sendiri, memang teruk la budak viva tu aku sepuk² kat muka yang tak berapa hensem tu). Masa tu aku tengok budak viva tu dah cuak² je muka. Ala² kelat pun ada jugak la. Tau pun takut. Yang paling takleh terima, die bagi alasan paling bodoh dalam dunia, "tak nampak la bang". Masa tu memang kena la die sebijik ngan bie yang memang tengah hangin satu badan. "Kepala hotak kau tak nampak, terang² jem, kete semua berenti". Haih, geramnya!! Aku senang je, citer banyak takde. Balai je terus. Nak mintak bayar terus kang, takut tak terbayar je dek mamat tu. Baik gi repot, biar die kena saman. Baru padan ngan muka tu.


Poor my car..


Si sengal dan keretanya yang biol..

So, kami bertiga (kete la 3 tu maksud aku) terus nak ke balai polis. Driver yang kete second (seorang asoh yang agak clumsy) tu cadangkan kami pegi balai polis kat Bandar Puteri, Puchong. Konon nak jalan sekali. Alih² budak viva ni jalan stret je masa sampai kat simpang Bandar Puteri. Sampai kat Bandar Puteri, berenti somewhere kat kawasan gelap² mana tah. Tunggu kakak pada driver kete second tu. Sambil merungut sebab bajet budak viva tu dah cabut. Tapi aku tak heran pun kalau die nak cabut, details semua dah dalam tangan. Bila kakak org tu sampai, bincang² apa benda tah diorg, pastu die ajak pegi balai kat bandar Puchong (seberang IOI Mall tu je). Ciss, tadi taknak pegi terus. dah kena berpusing pulak. Sampai je balai, terus tulis repot (apa daa main tulis² tangan, ketinggalan zaman betul). Tengah sibuk² kami mengarang repot tu, budak viva tu tiba² muncul. Rupanya die balik amik awek. Bengong betul, sempat la plak ko nak amik² awek bagai. Marah betul aku! Huhuhu. Settle repot, bie masuk interview ngan polis tu, pastu kitorang pun terus balik. 2 jam hanya untuk settlekan repot je!! Gile la! Dan yang paling menyakitkan hati, budak viva tu hanya buat muka seposen jek. Sikit sorry pun takde. Takde adab punya orang. Nyampah aku tengok die menggedik² ngan awek die.


Konon² je nak amik gambar punya pasal. Padahal aku yang menulis.. haha

2 hari lepas kejadian, which is semalam. Masa kat Semenyih.

Haih, dah la. Kang tambah tah apa² ayat aku kuar kat sini. Jadi, sampai di sini jela ye.

Note: Selama ni aku asyik snap gambar kete orang lain eksiden. Tapi hari itu... aku pulak menjadi mangsa keadaan. Huhuhu..

Till my next post.. bye bye bye..

-END-

1 Mak Joyah Bertandang:

zamreen said... Jawab Balik

sabar je lah, mmg sakit hati kalau accident, nak2nye bile bukan salah kite.

Related Posts with Thumbnails