Sesungguhnya citer ini sangatlah kelakar.. sampai sakit perut ketawa sepanjang citer!
So semalam, lepas je keje terus shoot ke One Utama. Movie kul 9:10 malam. Jadi kami ada masa lagi nak hang around. Malas nak jalan ke mana², akhirnya decide nak lepak makan kat Glitters GSC. Ini merupakan kali kedua dok lepak kat sini. Tapi masa first time dulu just minum je. I like the teh tariknya and my beloved hubby suke ice lemon teanya. Beli hotdog kat kaunter makanan GSC tu, then cadangnya nak makan hotdog tu dan order air je kat Glitters. Tapi ternyata, bie sudah pun tergoda dengan set makanan dalam menu itu. Niat asal nak makan hotdog je sudah bertukar kepada makan hotdog dulu, dan kemudian.... Ish ish ish, kenapa selera berganda ni ye encik bie ku itu? Tapi takpela, kali ni bagi chan. Jadi order kami pada malam itu ialah, ice lemon tea dan black pepper chicken chop (ye ke camni nama dalam menu tu? Tah la, tak ingat dah) dan aku hanya order apple & peach drinks (aku hanya bedal hotdog je la, malam mana boleh makan banyak kan. Hehehe). Tak order teh tarik sebab benda tu kena order set la pulak. Malas la aku nak makan macam².
Yummi..
Lepas makan, masih ada masa terluang sebelum boleh masuk movie. Jadi arah tuju seterusnya ialah, game centre! Hehehe. Yerp, kami memang suka pegi game centre kat mana² shopping complex pun. Bukan nak main beriya sangat pun. Kadang² setakat nak main² gendang bodoh tu je. Enjoy apa, dapat jugak released tension. Masa budak² dulu tak puas main, ni la jadinya. Sampai ke tua la terbawak perangai agaknya. Hahaha.
Dan tadi waktu lunch 2 orang (Biha & Nana) teman seopis tiba² meroyan. Tak penah² ajak aku makan kat luar, tiba² pulak hari ni rajin ajak aku join agenda jahat mereka. Aku memang tak kisah, on je. Tambah² kalau hari jumaat. Tapi bila ditanya nak ke mana, boleh pulak diorang cakap takde idea. Ciss, ni yang tak gemar ni. Takde proper planning sungguh. Pastu boleh plak ajak aku makan sushi kat Sushi King. Huh, sangat jauh citarasa tekak aku dan mereka. Aku memang alergic sushi (ada ke penyakit ni? hehe). Jangan kata makan, bau pun tak sanggup. Bukan aku gedik² taknak makan, tapi memang aku dah cuba. Dan hasilnya, aku hampir nak muntah lepas makan benda alah tu. Oh, tidak akan ku ulang kesilapan lalu weh! Jadi pusing punya pusing, citer punya citer. Kitorang decide nak pegi One Utama (alahai, naik bosan dah aku asik pegi tempat yang sama je). Pegi redah je sebab 2 org makhluk tuhan paling seksi itu masih lagi belum decide apa yang nak dibedal. Sesampainya kat OU, baru la terkedek² mencari keputusan. Mulanya macam nak makan kat The Chicken Rice Shop, pastu tukar plak Delifrance. Alih² on the way nak ke Delifrance, kami lalu kat depan Dave's Deli (betul ke aku eja ni?). Boleh pulak on the spot decide nak makan kat situ. Adoih, planning memang fail tahap ke-8 sungguh. Aku tak kisah, janji halal & makanannya sedap. Dan menu yang menjadi pilihan adalah seperti berikut, (hahaha.. dah macam soalan SPM la pulak)
* Biha - Grilled chicken + ice lemon tea
* aku - Boneless chicken + ice lemon tea
* Nana - Lamb chop (sangat besar daging lamb itu!) + ice lemon tea
Sedap jugak makanannya. Selama aku hangout kat OU ni, tak pernah sekali pun aku terpikir nak singgah makan kat sini. Aku ingat just ada jual sandwich je Dave's Deli tu, rupanya macam² ada. Yang menariknya, die prepare masakan tu kat depan which is customer boleh nampak macam mana benda tu dimasak. Itu maksudnya, makanan² tersebut bukanlah di'microwave'kan bila diorder. Dan tambah menarik, on weekdays semua meal akan mendapat 30% off! Nice! Kami menghabiskan sepenuhnya 2 jam yang ada pada waktu lunch tadi. Sepatutnya lunch hour 1 jam je, tapi biasa la dah kalau tokeynya tak betul, mana mungkin anak² buahnya nak betul jugak kan, hehehe. Kepada korang 2 orang, tolong la jangan buat gile macam tadi lagi ye. I tak biasa la jahat² ni, hahahaha..
Note: Bie, nanti kite pi try la ek makan berdua kat Dave's Deli ni.. :)
Till my next post, bye bye bye..
-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment