Aksi² sepanjang aktiviti berlangsung....
Malang tak berbau. Walaupun aku berjaya mengelakkan peluru² sesat yang datang. Tapi ke'over excited'an aku dah memberikan aku hasil yang parutnya boleh dibawak sepanjang hayat. Dalam game pertama, aku menunjukkan aksi slide yang hebat tapi malangnya kaki aku terluka (tak tau la kena kat kayu ke apa ke). Akibatnya, sampai ketika entry ini ditulis. Lukanya masih terasa sakit. Mungkin agak dalam kot. Jadi ini menambahkan lagi koleksi parut sedia ada pada kaki kiri aku, huhuhu. Tapi semua itu berbaloi. Sebab akhirnya yang menang tetap team kami. Yahoo!! Menang pada game pertama dan kedua, tapi tewas di game terakhir. Aku adalah the last person remain. Kalah game terakhir pun bukan sebab kena tembak, tapi sebab kehabisan pellet. Kalau tak, memang berbekas la badan Anip (opismate bie a.k.a teammate bie jugak) yang kebetulan lalu betul² depan aku masa tu. Nasib die baik je tu, hehe.Anyway, ia tetap adalah hari yang enjoy untuk kami semua hari itu! Bukan kemenangan yang kami kejar pun. Tapi keseronokkan dan peluang melupakan sekejap hal² kerja yang menimbun tak pernah abis kat opis tu. Sesekali dapat released tension camni, memang best sangat. Terasa macam kembali ke zaman kanak², main kombat² dengan senapang kayu buatan sendiri dan peluru terung. Hehehe, bestnya zaman² yang berlalu tu kan. Dan seperti biasa, lepas main tujuan seterusnya semestinya mandi sungai. Sg Congkak jadi pilihan kali ini. Dapatlah berendam kejap melepaskan penat lelah berlari dan berguling-gulingan dalam hutan tadi.
Jadi sampai di situ saje la aktiviti kami pada hari tersebut. Masing² pun dah refresh + lega lepas dapat berendam dalam air yang sejuk dan dingin. Isi perut dengan bekalan yang ada, bersiap² dan lepas tu terus balik. Dalam perjalanan pulang, sempat aku & bie singgah beli beberapa biji durian untuk dijadikan bekalan makan kat rumah pulak. By the way, kebetulan tempat kami berhentikan kereta tu betul² kat kawasan air panas. Ada 1 kolam buatan (betul² dekat simpang masuk ke IKBN Dusun Tua). Aku ingatkan hanya kolam biasa. Rupanya air dalam kolam tu panas. Sempat jugak la try masukkan kaki dalam tu. Huhuhu, panasnya! Camnela ada orang boleh berendam dalam air panas camtu ek? Tak masak ke daging? Hehehe. So, kalau ada yang melalui jalan tu, singgahla try rendam kaki dalam tu. Sure terlompat kejap sebab terkejut. Amacam, ada berani? Hahaha..
-END-
Kalau malam² sure aku tak singgah. Scary jek!
Till my next post.. Bye bye bye.. -END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment