Wednesday, September 30, 2009

Goyang!!!!

Baru je kira-kira 10 minit tadi kami kat opis ni merasakan gegaran. Terkejut semua orang. Terkejut bercampur blur. Aku pulak sedang syok melepaskan 'sisa kumbahan' kat dalam bilik hajat. Ingatkan kepala aku yang berpinar, sekali aku pandang atas, tengok hose pipe water heater tu beralun. Lariiiiiii... Selamatkan diriiiiii...

Kami semua bergegas turun ke bawah menyelamatkan diri. Agak cemas jugak rasanya. Alhamdulillah, takde apa yang serius berlaku. Mudah²an Allah akan sentiasa memelihara keselamatan negara kita yang tercinta ni. Jauhkan kita semua dari bala bencana yang melanda negara² jiran kite tu. Aminnnn...


Gambar sekadar hiasan..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Ceritera Di Hari Raya..

Mungkin masih belum terlambat aku nak kongsi² cerita aku berhari raya tahun ni. Sesuatu yang baru, sesuatu yang lain dari tahun² sebelum ni. Manakan tidak, inikan tahun pertama aku berhari raya sebagai seorang isteri dan jugak seorang menantu. Jadi untuk cover cerita yang tertangguh selama berminggu lamanya, aku akan ringkaskan seringkas mungkin dengan bantuan gambar² yang ada. Let's pictures do the talking okay..

HARI RAYA PERTAMA...


Note: Ini bukan gambar anak kami okey, pinjam je kejap..

Ini adalah sekitar pagi raya pertama. Sessi bersalaman dan bergambar mengambil ruang sebaik saja semua balik dari sembahyang sunat hari raya. Keluarga sebelah Jerantut (sebelah mummy) penuh satu rumah. Raya tahun ni turn untuk semua adik beradik mummy balik Jerantut. Meriah!!


Lengkap semuanya. Gamat suasana!


Himpunan 2 generasi.. Ikutkan ada 4 generasi patutnya..

Selesai sessi bergambar², perjalanan kami sekeluarga diteruskan ke Kuala Lipis (sebelah abah) pulak. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam kalau aku tak silap. First time aku berjalan jauh pagi raya pertama. Sebelum² ni, raya pertama aku lebih kepada menjadi 'orang dapur' je kat rumah. Tak ke mana² sangat. Dan akibat dari perjalanan kami pagi tu, aku diserang mabuk jalan dan migrain yang agak parah. Mungkin jugak disebabkan oleh 2 ketul lemang yang aku sebat kat rumah wan Lalang (wan Kuala Lipis, Lalang = Kampung Lalang). Sudahnya, aku hanya mampu bertahan sampai pukul 3 petang. Kepala aku dah mengeluarkan warning supaya berhenti makan walau apa pun. Dek kerana kepala yang berdenyut, mood nak snap gambar terus turun mendadak.

*******************
HARI RAYA KEDUA...

Malang untuk aku, kepala masih berdenyut masa ni. Jadi tak banyak yang aku mampu buat. Seharian duduk rumah je. Kebetulan sebelah tengahari kaum kerabat dari Jerantut datang beraya. Jadi ada la jugak aktiviti aku melayan tetamu. Selebihnya, hanya dipenuhi dengan berbaring, dan duduk je. Petangnya kami berdua ditinggalkan kat rumah. Mummy & abah pegi beraya sekitar kampung. Tinggal la aku & bie melayan suasana kampung yang damai dan permai. Nyaman!!


Penuh dan riuh bila semua dah sampai dan mula makan. Lauk wajib sudah pastinya asam tempoyak ikan patin!!


Ni la kedamaian yang aku dambakan, KL mana ada semua ni..

*******************

HARI RAYA KETIGA...

Baru la aku rasa sihat sepenuhnya. Setelah mendapat khidmat Mak Ngah yang mengurut aku malam sebelumnya. Thanks Mak Ngah!! Pagi tu selesai bersarapan, acara melemang dimulakan manakala Pak Anjang dan Ayah Ngah menebang dahan rambutan kat belakang rumah. Agak berlainan cara mereka kat sana melemang. Kalau kat Semenyih, aku biasa tengok mak melemang dengan cara memasukkan beras pulut kemudian baru masukkan santan bergaram dalam buluh. Tapi kat Pahang ni, mereka campurkan sekali beras pulut dan santan dalam periuk, kemudian ditenggekkan atas api sampai agak² sebati. Kemudian baru masukkan ke dalam buluh dan dibakar macam biasa, tetapi dengan masa yang lebih singkat. Benda baru yang aku dapat belajar kali ini.


Semua bertungkus lumus, aku pun sama menyibuk jugak.. hehehe...

Tengah harinya aku & bie mula meninggalkan rumah wan untuk balik ke Semenyih pulak. Banyak betul rumah yang aku nak cover raya tahun ni kan. Biasanya balik satu kampung je. Kali ni kena balik 3 kampung. Berbeza sungguh rasanya.


Gambar yang kurang menjadi. Nasib baik boleh edit bagi cun sket...

Kat Semenyih pun, tak banyak aktiviti yang aku buat. Nak beraya pun dah malas, hehe. Ada la 3-4 rumah je aku pegi. Itu pun aku ikut je kat mana orang ajak. Harap nak pegi sendiri, memang jangan harap la. Dah terbiasa dari dulu apa² keputusan kalau bab nak pegi beraya ni, mak yang decide. Tahun ni mak pulak tak berapa sihat nak pegi beraya sana sini. Pandai² kami la adik beradik nak berjalan. Tapi tetap jugak jalan walaupun sikit kan. Itupun dah raya ke-4 baru la kami keluar berhari raya.


3 generasi berbeza..


Gambar selingan: All about Hafiy..

Ini jela gamaknya yang dapat aku kongsikan serba sikit. Banyak lagi rumah sedara mara & sahabat handai yang belum sempat kami singgah. Insya-Allah, ada kelapangan sampai la kami nanti. Moga Allah merahmati kita semua, dan semoga ibadat kite sepanjang ramadhan yang lalu diterima oleh-Nya..


Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari kami berdua..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, September 18, 2009

Akhirnya..

Sejak dari pagi lagi, aku dah terasa sangat² malas. Rasa macam nak buat keje pun takde mood. Si polan depan aku ni selamat dah pun sampai ke kampung agaknya. Syok die dapat cuti awal ek. Tapi die tak dapat cuti seminggu macam aku ngan syasya. Hahahaha. Gilir² la kan, takkan tiap² tahun orang yang sama je kena standby.

Jadi sesampainya kat opis pagi ni, aku meneruskan rutin macam biasa. Settlekan report² yang berkenaan. Lepas tu terus sambung menyiapkan kerja² yang masih berbaki. Tak boleh terus meleka-leka, takut nanti tak siap keje aku sampai ke sudah. Dengan gigihnya aku melaksanakan segala tugas yang ada. Semuanya mesti aku pastikan selesai sebelum petang menjelang. Sambil ditemani lagu² raya yang berkumandang kat radio, aku tetap tabah mengharungi sehari lagi bekerja. Chaiyyok!!

Dan tepat pukul 3 petang, semua kerja² yang nak aku lunaskan telah pun selesai. Alhamdulillah, akhirnya terbayar sudah hutang² yang tertunggak. Boleh la aku nak bercuti dan berhari raya dengan gembira. Update blog pun dalam mood yang hepi² je kan. Mana taknya, cuma menghitung masa nak berambus dari opis yang membosankan ni. Dari pagi aku duk memandang jam yang terasa pusingannya amat perlahan. Haih, bila la nak pukul 4:30 ni.. :P



Gambar 1 - Buat keje ; Gambar 2 - Lelapkan mata kejap, penat!! ; Gambar 3 - Kerja haram, burn lagu raya :P

Ni pulak kisah berbuka puasa semalam. Memandangkan semalam merupakan hari terakhir berbuka kat rumah. Jadi segala juadah dan makanan nak berbuka kami beli je kat bazaar ramadhan. Mudah dan ringkas. Takyah masak² sebab aku malas nak mengemas dan meninggalkan saki baki makanan lagi. Biar peti ais tu suci dari segala sisa makanan yang tak habis dimakan. Yang mentah tu tak boleh nak buat apa la, takkan aku nak buang pulak kan.


Nasi kerabu untukku, nasi campur untuknya. Satay 10 cucuk. Ikan pari bakar sepotong. Yong tau fu semangkuk.

Semalam sempat jugak la aku gunting rambut bie yang dah panjang tu. Biar di hari raya nanti hensem bergaya suamiku itu. Lepas tu dengan pantasnya jugak menggosok baju raya. Malas nak gosok kat kampung, takut nanti kena kiu (beratur) panjang² menanti turn. Dah siap awal² kan senang. Sambil tu bie pulak mengemas rumah. Vakum semua habuk² yang ada sebab lepas seminggu ditinggalkan nanti mesti lagi menimbun² habuk yang tiba. Siap mengemas rumah dan barang² yang nak dibawa balik kampung lebih kurang pukul 2. Penat!!

Natijahnya, kami lambat bangun sahur. Tapi suami tersayang ku itu gagahkan jugak hati die bangun masak air dan buat air untuk aku. Roti prhata segera yang tinggal sekeping tu aku biar bie makan sorang. Biarlah aku mengalah sekali sekala kan. Aku cuma bersahur dengan milo panas je pun takpe. Takpe bie, ayang tak kisah : ) . Selesai bersahur, sambung tido lagi. Nak topup tido semalam yang tak cukup tu. Tapi bie tak tido kot, sebab aku bangun² tengok die dah sidaikan segala tudung² yang aku spin masa sahur tadi. Tenkiu sayang!!

Kami meninggalkan rumah lebih kurang pukul 8 pagi. Sarat dengan segala macam beg baju dan barang² nak balik kampung. Nasib baik ada beg 'akademi fantasia' aku yang besar gedabak tu. Boleh la aku sumbatkan segala baju² kami sekali gus. Lepas tu tarik je la sampai ke kereta. Tak la penat nak mengendong beg berat².


Semoga rumah kami dipelihara dari sebarang kejahatan dan dilindungi oleh Allah SWT sepanjang ketiadaan kami nanti. Aminnn.

Kepada teman² yang berada di mana saja kat luar sana, tak kira walau di mana anda semua berada. Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon ribuan, jutaan, million² ampun dan maaf jikalau sepanjang aku mengenali dan berblogging ni ada yang terkasar, tersilap, tersasul dan segala terr la kan. Mintak dimaafkan dari hujung rambut sampai la ke hujung kaki. Semoga kite semua diberkati Allah selalu. SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, September 17, 2009

Malas dah hujung² ni...

Ini adalah update lapok dan sedikit berkulat, hehehe..

Sepanjang bulan puasa ni, ada la beberapa kali aku & bie berbuka kat luar (beberapa kali? ye ke?). Antara yang paling besar budget dan eventnya ialah, berbuka buffet ramadhan kat Dynasty Hotel. Last year pun kami berdua berbuka kat sini masa hujung² ramadhan. Ingat lagi masa tu aku terus balik Semenyih malam tu jugak lepas drop bie kat umah die (masa tu belum kawen, so tak boleh la nak balik raya bersama kan.. Ooppss!!). Tahun ni berbeza la sikit sebab kami dah pun jadi hubby-wifey, jadi boleh la pegi mana² hari pun yang ada kelapangan. Takyah plan beriye² sangat. Credit to Abang Eddie sebab booked meja yang besar untuk kami (makan berdua, tapi dapat duduk meja 4 org, punya la gile kuasa!!).


Perkarangan hotel.. saje aku blurkan bawah tu sebab banyak "gagak".. :P

Kami pergi last week hari Jumaat. Kebetulan masa tu tengah rancak dengan hal Persidangan MIC kat PWTC. Jadi, tak pasal² la kami terpaksa bersesak dengan kaum² tersebut yang kebetulan ramai ada kat area Dynasty tu. Jalan yang memang hari² jem jadi bertambah jem la gamaknya. Nak u-turn depan Dynasty tu pun sampai ambik masa dekat 20 minit. Benci!! Sesampainya dalam hotel, memang bersepah² kaum itu. Nak parking kereta pun payah. Penuh semedang (sesaje). Naik lif pun, penuh sesak dengan "mereka²" jugak. Haisy, cam nak pengsan aku rasa dalam lif tu.

Sesampainya kat Aseanna Cafe (tempat buffet ramadhan diadakan), kami disambut oleh encik 'menejer' F&B-nya coffee house, Abang Eddie dan jugak staff² yang lain. Owh, lupe bagitau. Bie memang dah kenal dengan mereka semua sebab penah buat system untuk Dynasty masa keje tempat lama dulu. Jadi, boleh la dapat special rate dan special punya layanan kan, hehe. Lepas tengok meja kat mana, terus solat asar dulu. Selesai semua, duduk la tercanguk menunggu waktu berbuka. Takleh buat apa la kan, kalau berbuka kat luar memang macam tu la. Kalau kat umah boleh jugak melayan sinetron ke apa. 5 Minit sebelum berbuka, kami berdua mula ambik juadah² yang terasa berkenan di tekak. And guess what, we are among the first yang mulakan sebelum yang lain² follow. Ciss, perut kebulur sangat dah tu!!

Dapat je apa yang nak disentap, terus kami menyantap sebaik je azan berkumandang. Owh, ini ada tips yang aku belajar dari seorang teman kalau nak manfaatkan ruang perut masa berbuka buffet. Make sure sebelum menjamah apa², minum 2-3 teguk air suam (bukan sejuk ye). Tujuannya untuk pastikan angin dalam perut yang kosong tu dapat dikeluarkan. Dengan cara apa? Depends la, sendawa ke *tut* ke. Lepas tu tunggu la dalam 2-3 minit. Baru la mula makan, but make sure jugak jangan terus menyental yang berat². It's better kalau mulakan dengan kuih muih dulu. Macam kami malam tu, lepas makan kuih muih, terus pegi solat dulu. Lepas tu baru la makan macam lupa diri kan, hahaha!! Buffet kan mahal, jadi kena la makan sampai rasa berbaloi² dengan duit yang nak diterbangkan.


Yummi..!!


Dessert a.k.a sekerim layan diri.. Superlicious!!


Sukanya la dua orang budak kecik ini..!! :D

Lepak kat situ sampai la pukul 9 malam. Kalau boleh nak lepak sampai cafe tutup :P. Tapi sebab mata pun dah berat, perut pun dah penuh. Jadi baiklah kami berangkat pulang je.

Dan bermula dari detik tu sampai la ke hari ni, aku dah mula malas nak masak untuk berbuka. Mana taknya, Sabtunya kami sambung berbuka kat rumah Pak Busu aku kat Kajang. Ahadnya pulak berbuka kat umah mak. Isnin konon²nya nak berbuka ramai² dengan ex-classmate tapi kesudahannya aku berdua je berbuka dengan bie kat Pizza Hut. Selasa pulak menggunakan alasan nak ambik baju raya yang dah siap kat rumah mummy, jadi berbuka la kat rumah mummy. Semalam lagi hebat la, berbuka kat rumah, tapi lauk yang ada semua reheat je. Hari ni? Awal² aku dah plan nak pegi bazaar ramadhan TTDI. Esok, sah² lepas balik keje terus gerak balik Jerantut. Berbuka dalam kereta je. So, complete la seminggu aku tak masak langsung untuk berbuka. Hehehe, kemalasan di hujung ramadhan kan. Gitu la gamaknya. Apa nak jadi ko ni Izma????


Macam monyok je muka tuan tanah ni.. kenapakah?? :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, September 10, 2009

Bazaar Ramadhan Feveretku 2009

Sepanjang bulan puasa ni, tak banyak bazaar ramadhan yang aku pegi. So far kalau dikira² ada la 5 tempat yang berbeza. Kat pekan Semenyih, TTDI, Kg Sg Penchala, Kg Batu (a.k.a kem Ampat Tin) dan Flat PPR Kg Batu (kat depan rumah aku yang bakal siap tahun depan, hehe). Tapi setakat ni, yang paling kerap aku kunjungi ialah bazaar ramadhan Kg Sg Penchala. Sebab tempatnya dekat ngan rumah aku dan tak sepadat TTDI. Sekali je aku pernah singgah bazaar ramadhan TTDI tu. Tapi end up kepala aku berpusing dan mata aku berpinar sebab terlalu ramai umat manusia berpusu² nak membeli. Sampaikan ada gerai yang aku tak boleh tengok pun apa yang dijualnya.

Boleh dikatakan dalam seminggu 2-3 harii mesti aku ada singgah situ walau sekadar untuk beli murtabak dan popia basah. Yerp, aku memang penagih popia basah dan murtabak tegar, tak kira bulan puasa ataupun tak. Kalau pegi pasar malam pun, 2 benda tu la yang wajib aku cari dulu. Lain² kalau tak jumpa pun, tak kempunan mana la gamaknya. Jadi disebabkan kriteria² di atas, maka tahun ini bazaar ramadhan Kg Sg Penchala menjadi pilihan feveret aku tahun ni. Antara yang aku rasa menarik kat sini ialah salah satu gerai murtabak. Tak pernah lagi setakat semalam aku tengok orang yang beratur kat situ kurang dari 3 orang. Memang hari² berderet manusia yang beratur sanggup menanti walaupun hari hujan. Rahsianya? Pada pendapat aku mungkin intinya yang tak sama macam yang orang lain jual. Pakcik ni memang betul² ikhlas meniaga pada aku. Kalau daging, memang terasa dagingnya. Kalau ayam, memang boleh nampak isi ayamnya. Kentangnya pun dimasak macam inti karipap sebelum dicampurkan ayam/daging dan telur. Sorry to say, selalunya org lain punya murtabak, lebih telur je. Which is bagi aku terlalu common kat mana² pun. Tapi aku puas hati dengan harga RM2.50 yang di bayar pada abang tu walapun ada murtabak lain yang harganya RM2 aje kat situ.


Tengok jela telur yang berkotak² itu..


Murtabaknya pun gemuks²..

Satu lagi feveret aku kat situ ialah popia basah. Kalau kat Semenyih/Kajang ada popia S. Ali yang sangat femes. Tapi aku rasa kalau die meniaga kat situ mungkin takkan setanding popia basah akak ni. Why i'm saying like that? Aku agak frust dengan popia S. Ali tu sebab hari pertama puasa, aku ada beli popia basah dan popia goreng kat die. But apa yang mengecewakan, rasanya dah tak seperti dulu. Mungkin popularitinya membuatkan quality rasanya menurun. Rasa popia basah akak ni memang lain dari yang lain. Kalau kebiasaan orang guna carrot, sengkuang dan timun. Akak ni pulak ada lain sikit. Sayur yang die guna ialah tauge segar (terasa kesegarannya every bite tau), timun dan sengkuang (sengkuang ni dimasak ye, bukan mentah). Setakat ni aku tak pernah missed beli popia basah akak ni. Sosnya pun tak pedas sangat, tak manis sangat, just nice. Walaupun ada peniaga lain yang jual popia basah lebih murah dari akak ni, tapi orang tetap sanggup beratur menunggu popia basahnya. Kenapa agaknya ek?


Deretan popia basah yang baru nak digulung..

Rasa dengan lidah, nilai dengan akal dan buat la pilihan tepat. Renung² kan dan selamat makan.. Hehehe..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Wednesday, September 09, 2009

Hampir tewas mata ku..





Aku sangat mengantuk hari ni. Ditambah pulak dengan keadaan badan yang agak kurang memuaskan sejak pagi tadi. I've been attacked by flu!! Dah pegi klinik tadi, bukan H1N1 alhamdulillah. So far simptom yang ada hanya la selsema. Takde demam dan yang lain². Jadi seharian ni mood aku untuk buat keje teramat la sedikit. Malas yang amat sangat. Tadi doktor dah offer mc, tapi aku menolak. Nak balik pon takde apa yang boleh aku buat selain daripada tido. Baik aku duduk kat ofis, boleh jugak surfing, hehe :P..


By the way,
punca mata aku kuyu hari ni bukan la disebabkan selsema yang menyerang aku ni. Tapi semua ini disebabkan oleh Chuck Bartowski!! Hehehe, no no no. Dia bukan boifren baru aku okey. Boifren aku tetap selama²nya yang satu itu. Al-kisahnya malam tadi aku memenuhi permintaan akak aku meng'super impose'kan gambar Hafiy. Jadi sementara aku leka ngadap pc, hubby tersayang melayan Chuck kat TV sorang². Selesai je aku menggodek gambar Hafiy, aku keluar tgk² si dia dah pun terlena. Kebetulan Chuck yang terpasang tu dah sampai ke episod yang aku nak tengok (aku memang follow TV Series ni), apa lagi, layan la!!! Memandangkan episod untuk season 2 ni tinggal lagi 3 je aku nak abiskan, jadi perasaan teruja tu meluap².



Lepas satu episod, sambung lagi episod yang seterusnya. Habis satu, sambung lagi satu. Sampai la habis semuanya. Satu episod memakan masa sejam, 3 episod tak 3 jam jadinya?!! Puas hati aku dapat tengok sampai ke penghujung season 2 tu (aku layan dvd je, tak berkesempatan nak tgk kat TV, rumah saya takde astro ye tuan² dan puan²). Selesai je, terus tutup TV. Cepat² tido sebab pikirkan aku ada 2 jam je untuk tido sebelum nak bangun semula bersahur (cheit, baru nak pikir??).

Alhamdulillah, nasib baik tak terlajak waktu sahur. Nasib baik jugak mee hailam yang aku masak untuk berbuka semalam ada berbaki. Boleh panaskan dan terus makan. Takyah la aku nak masak lagi benda lain. Thanks untuk hubby tersayang sebab sabar mengejutkan isterinya yang liat ni tiap² pagi. Sorry ye dear kalau kadang² saya ni agak moody di pagi hari.. :-]

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Tuesday, September 08, 2009

Happy 2nd Birthday Hafiy!!

Kisah Seorang Budak Menyambut Harijadi Tumpang..


sebelum & selepas

Besar dah budak debab ni. Pejam celik dah pun masuk 2 tahun umurnya kan. Actually birthday Hafiy jatuhnya pada esok, 09.09.09 (nice number isn't it). Tapi memandangkan tarikh tu jatuh pada weekdays, mamanya decide nak buat Sabtu lepas. Double celebration dengan Pak Lang (my brother) yang sambut birthday ke-28 pada 06.09.09 which is Sabtu lepas. Hampir semua adik beradik aku ada malam tu. Termasuk la pak² sedara dan mak² sedara yang turut sama memeriahkan sesi berbuka puasa beramai² itu. Nasib baik buat kat rumah atok, lapang la jugak nak berbuka.



Disebabkan sekarang ni tengah bulan puasa, jadi majlisnya terpaksa la dibuat masa berbuka puasa. Buat siang² kalu, meleleh la air liur mak² dan ayah² memandang kek yang lazat itu kan. Hehehe. Manakan tidak, kek Choc Indulgence Secret Recipe tu teramat la menyelerakan walaupun bukan di bulan puasa, inikan pulak di kala berpuasa menahan lapar dahaga ni. Ditambah pulak dengan hidangan lain yang penuh semeja. Culture yang memang tak boleh diubah dalam family aku ni. Kalau bab² makan, tak sah kalau tak buat banyak & macam². Dah macam nak meniaga kat bazaar ramadhan pon ada, hahaha.


Juadah yang terhidang!!

Seronok sangat Hafiy malam tu (walaupun ikutkan birthday dia bukan malam tu,hehe). Dapat hadiah baju, terus je mintak tukar baju baru. Dapat senapang Ben10, terus pegang taknak lepas. Dapat mainan golf cart (ehem ehem, sape kasi ni??), terus layan golf tak henti². Hilang terus demamnya yang kononnya bertandang tu. Hehehe, sukenye die dapat 'minan'!! Tahun ni Hafiy takyah duit raya la ek, dah dapat hadiah 'minan' tu, :P

Alahai Hafiy.......

Doa cikma & pakcik, semoga Hafiy cepat besar, panjang umur, murah rezeki (untuk mama & ayah die), bertambah² bijak la hendaknya lepas ni ek. Harap² kalau dah makin besar, perangai tu jangan yang tidak² aje tau. Nanti semua org marah, dah asyik merajuk pulak. Akhir kata, semoga Hafiy comel selalu dan playful sentiasa. Takpela penat nak kejar kalau Hafiy lari, cikma tak kisah :-)


Isy.. Isy.. Isy..

Sekian, laporan dari Cikma..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Minan = Mainan dalam bahasa Hafiy

Friday, September 04, 2009

KFC Jejari Udang??

Suatu perkara yang sangat biasa jika nak dikaitkan dengan KFC, indah khabar dari rupa. Yerp, sape yang tak setuju, angkat kaki pegi main jauh². Hehehehe.


Menipu je kejenye!!

Kenapa timbulnya persoalan ini? Bukannya apa, aku sebagai penggemar udang agak tertarik jugak la dengan menu terbaru dari KFC, Shrimp Stix. Yang digambarkan dalam iklan teramat la lazat rupa wajah dan fizikalnya. Siap ada tunjuk udang 2-3 ekor dalam stix tu. Maunya tak terliur di bulan² ramadhan ni kan? Tambahan pulak aku ni memang kurang kuat iman bile tengok iklannya yang sangat tempting itu (note: aku maksudkan untuk dimakan masa berbuka puasa ye, bukan ponteng puasa). Aku sendiri bayangkan saiz shrimps stix tu setidak²nya sama dengan chicken fingers Ayamas tu ke kan.


Nampak besar kan, at least lebih besar dari jari budak KFC ni..

Tapi alangkah dukacitanya, semalam masa aku sibuk merayap di sana sini dalam alam cyber yang penuh fana ini. Aku terjumpa satu blog yang menceritakan kekecewaannya pasal die dah mencuba shrimp stix KFC tu. Kesian die, punya la mengharap nak makan. Sekali tengok² shrimp stix tu ada la sebesar jari kelingking. Huh!! #@&%(*&, rasa cam nak mencarut di bulan puasa agaknya dia kan.


Super duper punya kecik

AKU BANNED KFC!!

Moral of the story: Don't judge a book by it's cover. Don't craved for something from KFC just by it's commercial view..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Tuesday, September 01, 2009

Baju Raya + Family bertandang berbuka..

Seperti tajuk diatas. Itu adalah antara inti pati update kali ini ye pembaca semua..

Bersempena menjelangnya hari raya, aku dan bie ke Jalan TAR untuk mencari baju melayu untuknya. Kalau ikutkan die, memang taknak beli tahun ni. Sebab baju melayu yang beli masa nikah hari tu still dalam keadaan yang sangat baik. Tapi atas dasar kuasa veto yang digunakan oleh mummy, tahun ni kena jugak beli sepasang kaler hijau. Khas sempena kenduri kawen sepupu bie bulan 10 nanti. Takpela, kalau orang boleh follow tema masa kite dulu. Why not kali ni kami pulak follow tema org kan.


Pakcik belakang tu tengah pening nak pilih.. banyak sangat!!

Jadi, hari sabtu yang indah dan permai itu. Keluar la kami suami isteri pepagi buta sebab nak servis kete dulu kat Batu Caves sebelum meneruskan perjalanan ke Jalan TAR sebaik selepas kete siap diservis. Lebih kurang pukul 12 tengah hari, kete siap diservis. Terus tanpa melengahkan masa kami gerak ke Jalan TAR. Perjalanan mula²nya macam sangat lancar. Tapi panas yang ku sangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Masuk je area KL, jem yang agak teruk dah pun bermula. Kereta bertali arus di setiap penjuru. Orang lain pun dah mula bershopping untuk hari raya gamaknya. Jadi, bersama la kami mengharungi jalan yang jem teruk itu. Nak menyampai ke Jalan TAR tu pun dah makan masa 2 jam!! Haih, sangat tensi rasanya. Sampai je kat Jalan TAR tu, kebanyakkan jalan masuknya ditutup. Disebabkan dah tak tau nak parking kat mana dan bie pulak dah terlajak jalan, kami ambik keputusan nak parking kat KL Sentral jela. Naik LRT dari sana. Settle!!


Gambar selingan: Kete baru yang mendapat restu, confirm ke tak eksiden ni??

Kat Jalan TAR, org dah penuh sesak. Betul la sangkaan aku, orang dah start bershopping sakan untuk sambut hari raya. Walaupun baru je seminggu kite mula berpuasa. Aku tak toleh kiri kanan sangat, terus je kaki ni diarahkan ke Wisma Yakin. Bie yang telek² baju melayu tu. Tapi lepas 1-1 kedai masuk, takde jugak hasil. Maka, aku pun segera la ajak die ke kedai yang sama masa beli baju nikah dulu. Telek, cuba, tukar, cuba lagi. Akhirnya dapat jugak yang berkenan di hati dan sedap dipakai (duit yang keluar pun sedap jugak, huhu), bie decide beli yang itu je. Sebelum balik kami singgah Mydin memborong apa yang patut dan selepas tu terus balik rumah. Settle!! Esoknya aku ada satu mission yang penting..

Keesokkan harinya, tibalah hari yang ditunggu² sepanjang minggu itu. Rombongan berbuka puasa dari Semenyih akan tiba pada sebelah petangnya. Inilah kali pertama mak & ayah serta yang lain² datang bertandang ke teratak sempit kami itu. Seawal pagi aku dan bie dah bangun mengemas rumah. "Kemas untuk disepahkan", itu yang aku cakap pada bie. Sebab tau sangat dah bila 'bala tentera' seramai 3 orang itu sampai. Maka akan tunggang langgang la rumah itu nanti, hehehe. Tapi takpe, pakcik & cikma tak kisah pun..

Selesai mengemas rumah, berehat sekejap dan lepas tu terus keluar. Hajat hati nak ke tesco beli barang basah. Elok² sampai tesco, Alif call bagitau dah sampai area Damansara, The Curve. Jadi aku dan bie cepat² shopping, lepas tu terus jumpa Abg Zam (abang ipar aku) untuk ambik Adam dulu. Die akan menyusul kemudian. Lepas tu kami cepat² balik sebab masa tu pun dah pukul 4:30. Takut tak sempat masak. Sampai je rumah aku terus sarung apron and start my action kamen!! Tengah² khusyuk masak, Joey (adik aku) call bagitau dah sampai. Haih, lain yang ditunggu lain yang sampai dulu. Kisahnya, Abg Zam dah salah simpang dan tersesat sket sebelum jumpa dengan jalan yang betul. Hahahaha, dugaan di bulan Ramadhan. Takpe, akhirnya sampai jugak.

Tepat pukul7, aku settle masak. Alhamdulillah, sempat jugak aku siapkan semua. Simple² je sebab ada lagi tambahan yang lain² dari bazaar ramadhan. Mak pulak ada bawak kuih muih dari Semenyih. Import khas daripada Lina's Bakery (Mak uda aku), hehe. Penuh jugak la semeja (istilah je ni, meja umah aku tak muat pun nak isi semua). Kali pertama rasanya dapat makan beramai² kat rumah sendiri. Selalunya aku makan berdua je dengan bie. So, seronok la jugak rasanya dapat makan ramai. Hafiy macam biasa la, jadi pemeriah suasana. Tak reti duduk diam walau sesaat. Lepas berbuka, masing² hanya lepak depan tv. Masing² menanti nak tengok bunga api (rumah aku kan tingkat 22, boleh nampak The Curve). Tapi sampai ke sudah, takde pun bunga apinya. Takpela, tunggu new year nanti la ye kalau nak tengok bunga api. Hehehe. Mak balik malam tu jugak, akak & family pulak balik keesokan harinya. Puas la Hafiy pusing satu rumah cikma kan..


Santap time!!


Hafiy yang tak reti dok diam!


Menanti bunga api yang tak kunjung muncul.. sian die..

Sebaik je semua mereka balik, terus lengang rumah aku seperti biasa. Lepas hantar akak & family ke bawah. Petang tu kami hanya menghabiskan masa dengan.... tidorzzzz.. Balas dendam sebab 2 hari cuti yang tak dapat tido lama tu. Petangnya, berbuka puasa kat rumah mummy pulak. Haih, bila mummy, abah, along, nana & adik nak datang berbuka kat rumah kite pulak bie?? Tolong jawab sket.. hehehe..


Inilah mereka..
Depan dari kiri: Jepp, Hafiy, Adam, Alif, Bie
Belakang: Joey, Ayah, Mak, Akak
Tiada dalam gambar: Abg Zam


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails