Wednesday, September 30, 2009

Ceritera Di Hari Raya..

Mungkin masih belum terlambat aku nak kongsi² cerita aku berhari raya tahun ni. Sesuatu yang baru, sesuatu yang lain dari tahun² sebelum ni. Manakan tidak, inikan tahun pertama aku berhari raya sebagai seorang isteri dan jugak seorang menantu. Jadi untuk cover cerita yang tertangguh selama berminggu lamanya, aku akan ringkaskan seringkas mungkin dengan bantuan gambar² yang ada. Let's pictures do the talking okay..

HARI RAYA PERTAMA...


Note: Ini bukan gambar anak kami okey, pinjam je kejap..

Ini adalah sekitar pagi raya pertama. Sessi bersalaman dan bergambar mengambil ruang sebaik saja semua balik dari sembahyang sunat hari raya. Keluarga sebelah Jerantut (sebelah mummy) penuh satu rumah. Raya tahun ni turn untuk semua adik beradik mummy balik Jerantut. Meriah!!


Lengkap semuanya. Gamat suasana!


Himpunan 2 generasi.. Ikutkan ada 4 generasi patutnya..

Selesai sessi bergambar², perjalanan kami sekeluarga diteruskan ke Kuala Lipis (sebelah abah) pulak. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam kalau aku tak silap. First time aku berjalan jauh pagi raya pertama. Sebelum² ni, raya pertama aku lebih kepada menjadi 'orang dapur' je kat rumah. Tak ke mana² sangat. Dan akibat dari perjalanan kami pagi tu, aku diserang mabuk jalan dan migrain yang agak parah. Mungkin jugak disebabkan oleh 2 ketul lemang yang aku sebat kat rumah wan Lalang (wan Kuala Lipis, Lalang = Kampung Lalang). Sudahnya, aku hanya mampu bertahan sampai pukul 3 petang. Kepala aku dah mengeluarkan warning supaya berhenti makan walau apa pun. Dek kerana kepala yang berdenyut, mood nak snap gambar terus turun mendadak.

*******************
HARI RAYA KEDUA...

Malang untuk aku, kepala masih berdenyut masa ni. Jadi tak banyak yang aku mampu buat. Seharian duduk rumah je. Kebetulan sebelah tengahari kaum kerabat dari Jerantut datang beraya. Jadi ada la jugak aktiviti aku melayan tetamu. Selebihnya, hanya dipenuhi dengan berbaring, dan duduk je. Petangnya kami berdua ditinggalkan kat rumah. Mummy & abah pegi beraya sekitar kampung. Tinggal la aku & bie melayan suasana kampung yang damai dan permai. Nyaman!!


Penuh dan riuh bila semua dah sampai dan mula makan. Lauk wajib sudah pastinya asam tempoyak ikan patin!!


Ni la kedamaian yang aku dambakan, KL mana ada semua ni..

*******************

HARI RAYA KETIGA...

Baru la aku rasa sihat sepenuhnya. Setelah mendapat khidmat Mak Ngah yang mengurut aku malam sebelumnya. Thanks Mak Ngah!! Pagi tu selesai bersarapan, acara melemang dimulakan manakala Pak Anjang dan Ayah Ngah menebang dahan rambutan kat belakang rumah. Agak berlainan cara mereka kat sana melemang. Kalau kat Semenyih, aku biasa tengok mak melemang dengan cara memasukkan beras pulut kemudian baru masukkan santan bergaram dalam buluh. Tapi kat Pahang ni, mereka campurkan sekali beras pulut dan santan dalam periuk, kemudian ditenggekkan atas api sampai agak² sebati. Kemudian baru masukkan ke dalam buluh dan dibakar macam biasa, tetapi dengan masa yang lebih singkat. Benda baru yang aku dapat belajar kali ini.


Semua bertungkus lumus, aku pun sama menyibuk jugak.. hehehe...

Tengah harinya aku & bie mula meninggalkan rumah wan untuk balik ke Semenyih pulak. Banyak betul rumah yang aku nak cover raya tahun ni kan. Biasanya balik satu kampung je. Kali ni kena balik 3 kampung. Berbeza sungguh rasanya.


Gambar yang kurang menjadi. Nasib baik boleh edit bagi cun sket...

Kat Semenyih pun, tak banyak aktiviti yang aku buat. Nak beraya pun dah malas, hehe. Ada la 3-4 rumah je aku pegi. Itu pun aku ikut je kat mana orang ajak. Harap nak pegi sendiri, memang jangan harap la. Dah terbiasa dari dulu apa² keputusan kalau bab nak pegi beraya ni, mak yang decide. Tahun ni mak pulak tak berapa sihat nak pegi beraya sana sini. Pandai² kami la adik beradik nak berjalan. Tapi tetap jugak jalan walaupun sikit kan. Itupun dah raya ke-4 baru la kami keluar berhari raya.


3 generasi berbeza..


Gambar selingan: All about Hafiy..

Ini jela gamaknya yang dapat aku kongsikan serba sikit. Banyak lagi rumah sedara mara & sahabat handai yang belum sempat kami singgah. Insya-Allah, ada kelapangan sampai la kami nanti. Moga Allah merahmati kita semua, dan semoga ibadat kite sepanjang ramadhan yang lalu diterima oleh-Nya..


Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari kami berdua..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

4 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

kecian, diserang sakit kepala m'jelang raya...adakah?????

i.z.m.a said... Jawab Balik

Pembetulan: Bukan menjelang ye, tapi semasa.. rite on the 1st day dah kena serang!!

k-mie said... Jawab Balik

yela, sampai menimbulkan spekulasi kata dah ada 'isi'..

i.z.m.a said... Jawab Balik

en hubby - syyyhh.. tu rahsia, jangan citer kat sini :P

Related Posts with Thumbnails