Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan 1433 Hijrah

Ding dong..

Alhamdulillah, bertemu lagi aku dengan bulan yang mulia ni. Tahun lepas indah dengan berita gembira. Tahun ni lebih indah dengan kehadiran puteri tersayang. Moga2 aku dikuatkan semangat, sihat tubuh badan sepanjang perjalanan dalam bulan puasa ni. Tambah2 dengan keadaan sekarang sebab Hanan Zulaikha yang masih menyusu badan. Memang terasa peritnya tekak ni, tapi ku gagahkan juga.

Nak tido dulu, penat balik kampung tak hilang lagi (macam la Semenyih tu jauh sangat pun kan, hahaha). Hanan dah selamat pun tido dari pukul 9:30 tadi. Dia sekarang dah dapat perangai baru, mengamuk2 sebelum tido. Lagi dia mengantuk, lagi kuat dia terjerit2. Pening ibu abah dia tiap kali dia buat perangai. Sabor jela. Peel beralih bulan agaknya, layankan jela.

Oklah, otak memang dah jammed ni. Esok la update entry kalau sempat. Nak update pasal budak tecik tu. Senang nak bagi dia baca balik bila dia besar nanti.

Nota kaki lapan: Berharap dapat puasa penuh tahun ni. *wink*

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, July 10, 2012

Jammed packed!!

Ding dong..

Adeh, tertangguh2 nak menaip dari Jumaat lepas. Asal mula nak menaip je, mata ngantuk. Asal mata ngantuk je, masa tu la baru rasa nak menaip. Sudahnya, terkubur niat nak mengupdate. Begini la nasib ko wahai encik blog, selalu dipinggirkan. Padahal ngadap laptop hari2, tapi pemalas!

Weekend baru2 ni banyak betul program. Tak duduk diam kat rumah la jugak. Asalnya nak ke Kuantan, trip mencari makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur. Tapi berkesudahan dengan ketidakjadian sebab salah sorang ahli rombongan jatuh sakit. Kesian cik adik Farah, sampai warded dengarnya sebab kena bronchitis. Moga2 dah sembuh sepenuhnya la. Tak sempat nak pegi melawat, tak berkesempatan.

Disebabkan program Kuantan dah cancel, maka program gantian mengambil tempat. Masa dok pikir2 mana nak pegi, salah sorang ex-opismet bagi cadangan suruh pegi cari baju raya. Aku memang tak tempah baju lagi, padahal dah nak masuk bulan puasa ni. Bie pun asalnya tak cadang nak buat baju melayu tahun. Tapi lepas aku pujuk2, dia pasrah jela dengan pujukan aku. Tahun ni kami nak ber'biru2' pulak. Hehehe.

Pagi Sabtu, bangun bermalas2 dulu kat rumah. Sebab takde apa nak dikejarkan sangat pun. Lagipun malam Jumaat tu tido lambat sket sebab melayan Hanan yang taknak tido. Jumaat malam sempat pegi Williams Setapak. Layan tekak yang dah lama teringin nak makan kat sana. So balik dah agak lewat. Hanan dah puas tido dalam kete masa perjalanan balik. Sampai2 rumah dia bantai ajak borak dengan dia.
  
Yang sorang lagi tu anak sulong kami, besar dah kan. Hahahaha.. 

Saya makan seslice pizza je, caye tak?
 
Ini la boss kecik saya, steady kan dia!
Tengah landing2, bie ajak pegi KL Sentral beli tiket Hanan untuk pegi Padang bulan 10 nanti. Dah alang2 takde apa nak buat tu, aku on je. Balik dari KL Sentral, terus ke Keramat. Cari tempat tempah baju yang kawan aku citer. Tapi sampai situ just tanya harga tempah & tengok2 yang dah siap. Tak beli pun. Lepas tu, sempat singgah restoran nasi arab kat Jelatek, Restoran Nasi Arab SABA. Makan2 lepas tu terus balik.

Skang ibu dah start belajar pakai wrap ni nak kendong Hanan..

Dah lama bie nak belanja aku makan nasi arab ni, tapi asik la tertunda. Dari sebelum pregnant, sampai Hanan dah masuk 3 bulan! Tapi sebenarnya aku bukan la beria sangat pun nak makan. Sebab aku ni bukan fancy sangat dengan benda2 makanan berunsurkan kambing2 ni. Dah pegi makan nasi arab pun, order ayam jugak. Sama jela lebih kurang macam makan nasi briyani ayam kat mana2. But anyway, thanks hubby. Rajin benar melayan tekak isterimu ini. Bertambah gemok la aku tak lama lagi, huhuhuhu..

Malamnya ada program makan lagi. Berapa banyak kali nak makan daaa. Tapi ni melayan tekak bie pulak. Plan yang last minute jugak sebenarnya. Mula2 setakat gurau2 je cakap, sudahnya betul2 pegi. Repeat makan steak kat Ayers Rock. Last makan hari tu sehari sebelum aku masuk wad nak bersalinkan Hanan. Sebab masa tu bajet2 lama lagi la baru dapat nak makan situ lagi. Kenangkan ada anak kecik lepas tu kan. Mesti pergerakkan terbatas nak keluar2 malam.


Tapi, disebabkan Hanan dah menunjukkan ciri2 sporting dia setiap kali keluar, so berani la nak bawak dia. Padahal malam sebelum tu dia dah tido lambat kan, sian anak ibu kena layan kerenah parents dia yang suka merayap. So far, dia dah mula boleh tolerate kalau kitorang keluar makan ke apa. At least dia takde la mengamuk2 nak tido la apa la. Suka la ibu & abah dia kan. Tunggu dah besar esok2 kita tengok camne plak ragam dia.

This is the prove yang ada anak kecik bukan penghalang untuk kita bersosial dengan kawan2. Yang penting kita kena pandai la nak tackle anak tu aku rasa. kalau dah dia jenis cepat bosan, sekali sekala kena la layan dia jugak. Kalau dia jenis suka tido, kena la bagi dia tido dulu sebelum keluar. But, setiap orang lain cara. And this is my way. Train Hanan dari baby2 so that bila dia besar nanti dia dah biasa dengan perangai ibu & abah dia yang suka berjalan tak kira masa.

Hari Ahad cadangan tak rasminya nak balik Semenyih. Sebab hari Isnin kami semua nak ke Melaka. Nak ikut encik abah bekerja. Dia kena outstation 3 hari. Dah alang2 aku dah jadi housewife & Melaka pulak dah macam negeri aku jugak (sebab penah duduk sini 2 tahun), so aku decide nak ikut sama. Tapi sebab barang satu apa pun tak kemas lagi, plus Hanan pulak bukan main lagi tido bangun lambat. So, bertangguh2 sampai ke tengahari.

Dalam kul 1:30 camtu dapat call dari Zura, my bff dari 10 tahun lepas (weh, 10 tahun dah kita kawan kan? tak sangka!!) cakap dia nak datang serang rumah aku. Sebab kitorang ni ada perjanjian lepas aku pindah rumah dulu. Janji kononnya diorang akan datang lepas aku ada baby. Masin mulut tuan badan tu, boleh mintak doakan dapat project margin juta2 ni, boleh aku mintak bie belikan banglo pulak! Hahahaah (gelak evil). Maka skang aku dah ada baby, diorang kena kotakan la. Kalau tak nanti aku akan menghantui tido malam diorang.

Maka cancel la plan balik Semenyih. Tunggu je diorang sampai. Sempat la aku siapkan pasta resipi-ikut-suka-aku 2 pinggan besar. Tau dah ada tukang habiskan nanti, tak risau. Janji pukul gerak dari Putrajaya, tapi pukul 5 baru terhegeh2 call tanya alamat. Ceh, dasar melayu, janji takleh pakai. Nasib baik aku ni ada mix2 sket, janji memang ditepati selalu.

Makan-borak-gelak-makan-borak-gelak, tu saja la kejenya kalau jumpa budak2 ni. Rumah aku yang biasanya sunyi sepi, bergegar2 jugak la dengan ketawa segala. Masing2 ni kalau dah jumpa, tak sakat menyakat tak sah. Kira kalau tiba2 diam membisu seribu bahasa tu, memang pelik la. Sampai terkejut2 Hanan dengan orang ketawa kuat sangat. Yelah, ibu & abah dia kan bersopan santun. Mana biasa ketawa kuat2 ni. Hahahaha (ketawa tutup mulut dengan tangan ni tau, sopan :-p ).

Anyway, thanks la korang. Sudi datang ke teratak kami yang sekangkang kera ni. Rumah tak besar mana, jadi memang senang la nak borak2. Jarak dari meja makan ke ruang tamu tu tak sampai 10 langkah kan. Jadi takleh la nak mengumpat sangat kan. Nanti senang terdengar.

Dan semalam, kami sekeluarga (3 orang je pun) selamat sampai Melaka. Pagi2 dah bersiap & gerak ke opis bie dia nak ambik barang. Lepas siap breakfast, terus gerak. Hanan tido je sepanjang jalan sebab sebelum gerak tu aku dah bagi ubat selsema kat dia. Sian anak ibu, seminggu dah selsema tak baik2. Jangan sampai demam la mintak2nya.
Muka budak yang happy dapat tido puas2..

Bila masuk je plaza tol Ayer Keroh tu, terasa macam down with memory lane. Banyak jugak kenangan aku kat negeri ni. Sebab kat negeri ni la bermulanya episod kerjaya aku. Dan kali ni aku datang dengan gelaran baru. Ibu & isteri sepenuh masa. Datang pun bukan sebab nak bercuti macam sebelum2 ni. Tapi datang menemankan suami outstation untuk tugasan dia. Rasa lain yet still happy.

Kalau dah sampai sini, tak sah kalau tak makan ikan bakar. So malam tadi gagahkan jugak pegi makan ikan bakar sebab takut malam ni tak sempat. Tapi makan berdua, takleh la nak ambik macam2 sangat. Belajar dari pengalaman yang lepas. Sebab kali pertama datang makan dulu, sampai tersandar nak mengabiskan makanan banyak sangat.

Ok, dah penat ni. Panjang betul menaipnya. Hanan pun tido tak bangun2 dari tadi. Mentang2 la dapat tido dalam ekon, syok la dia. Hidung srot2 sret2, tido tetap tido. Petang ni kalau sempat nak bawak dia pegi taman. Tempat ibu dia selalu joging petang2 dulu. Tempat ibu dia kena ngorat dengan mat2 melaka yang nak cuba nasib. Tapi sorry, i'm single but not available, masa tu la. Skang dah triple and definitely not available!

Nota kaki lapan: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...


Till my next post.. Bye bye bye..
 


-END-
Related Posts with Thumbnails