Monday, August 31, 2009

Midnite session no 4..

Beberapa hari lepas pegi tengok midnite lagi. Citer yang menjadi pilihan kali ini adalah filem animasi Disney, UP. Tatau la kenapa, memang sejak menginjak usia yang sedikit tua ini, lagi suka tengok movie yang berunsurkan animasi dan ringan. Malas dah nak tengok filem yang perlukan pengamatan tinggi dan daya tafsiran tahap kelapan. Biarlah waktu² menonton wayang ni dihabiskan dalam kondisi yang paling rileks.



Tujuan asal sebenarnya bukan la nak tengok movie pun. Tapi kebetulan bie nak jumpa client untuk projek luarnya. Hehehe, tambah duit raya la katakan. Jadi alang² tempat pertemuan yang dijanjikan tu kat One Utama, sambil menyelam minum air la (jangan buat ni betul² ye, batal puasa!). Maka aku sebagai isteri yang sangat memahami tahap ketensionan seorang suami, dengan pantas buat online ticketing purchase. Hehe, zaman cyber ni takyah susah² dah beratur nak beli tiket.

Sebagai review kepada citer ini. Overall adalah sangat best. Boleh dikatakan animasi adventure yang sempoi. Sebagai bahan melepaskan tension, memang sangat sesuai. Kisah pengembaraan seorang budak pengakap bersama seorang tua penjual belon yang dah bersara, menggunakan rumah yang diterbangkan oleh belon. Nak tau lebih lanjut, sila la tengok ye. Memang boleh gelak² sakan. Yang paling bestnya, watak budak pengakap tu mengingatkan aku pada anak sedara aku, Alif!! Hahaha, sorry ye Alif. Alif tak gemuk, budak tu yang gemuk. Alif chubby je!!


Scene yang aku paling suka, dan mengingatkan aku pada Alif.. hehehehe

Habis midnite lebih kurang pukul2. Masing² dah tak larat nak bertahan. Cepat² cari kereta dan menuju ke jalan yang benar (balik rumah & tido), hahaha. Sampai je rumah, bie terus bersahur. Sebab memang dah tau esok takkan bangun punya. Maka, selamat sudah satu lagi sesi midnite kami..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, August 28, 2009

Ramadhan Teristimewa..

Alhamdulillah.. hari ini dah pun masuk hari ke-7 bulan Ramadhan. Cepat betul rasanya masa berlalu. Rasa macam baru je lagi aku & bie balik ke Semenyih bersahur dan berbuka kat sana masa hari pertama hari tu. Ini dah pun seminggu berlalu. Tapi sayang, hari ni adalah hari pertama aku 'bercuti'. Apa nak di kata, dah sampai masanya, terima jela. Maka bendera merah itu terpaksa la aku kibarkan jugak.

Apa yang istimewanya bulan Ramadhan kali ini? Sudah semestinya sangat istimewa. Manakan tidak, tahun ni adalah tahun pertama aku & bie menyambut Ramadhan dan insya-Allah Aidilfitri nanti sebagai pasangan suami isteri yang sah! Bagai ada satu perasaan yang asing aku rasakan masa hari pertama berbuka berdua dengannya (actually masa tu dah hari ke-3 puasa), tapi aku tak suarakan sampai la die sendiri yang lebih dulu tunjukkan rasa sebak dan terharunya depan aku. Well, bukan la aku nak membangga diri. Tapi aku tetap bangga dapat suami yang sensitif dan lembut hatinya macam bie. Itu tanda yang die tunjukkan betapa die hargai hubungan kami sebagai suami isteri kan. Thanks sayang, itulah antara bukti betapa kuatnya rasa kasih & sayang kita.

Oklah, cukup dengan citer² syahdu itu. Mari bercerita tentang aktiviti sepanjang ramadhan kami. Alhamdulillah, setakat ini kami berjaya balancekan perhatian kepada keluarga kedua belah pihak. Hari pertama memulakan Ramadhan, kami berdua bersahur & berbuka kat rumah Mak dan Ayah. Atas alasan tahun ni kami akan beraya kat Pahang, jadi masa bulan puasa keluarga di Semenyih jadi keutamaan lah. Tapi kami tetap adil membahagi kasih sayang. Hari kedua Ramadhan, giliran keluarga bie pulak. Berbuka dan keesokkannya bersahur kat rumah Mummy dan Abah. Walaupun suasana berbuka kedua² rumah ini berbeza (rumah mak ayah akan penuh dengan adik beradik & anak² sedara aku, manakala rumah mummy abah hanya kami berenam), tapi aku tetap rasa happy walau kat sebelah pihak mana sekalipun. Cuma extranya berbuka kat rumah mak ayah ni, adanya Hafiy yang menjadi 'pak lawak'. Bukan kelakar dengan lawak²nya, tapi lucu dengan keletahnya. Alahai anak sedara cikma yang sorang ni, dah makin pandai dan petah bercakap!!

Menyentuh pasal bazaar ramadhan pulak. Setakat ni, sepanjang 6 hari dah berpuasa (setakat semalam), aku baru 4 kali menyinggah bazaar ramadhan. Dan setakat ni, aku masih mampu mengawal nafsu bila terpandangkan lambakkan juadah yang dijual. Berbeza sangat dengan tahun² sebelum ni. Mungkin sebab aku dalam program on diet sejak 2 bulan lepas. Jadi memang minda aku dah pun diset awal². Makan seadanya!! Bie antara orang yang terasa pelik dengan perubahan tu. Sebab die sangat² faham dengan selera aku sebelum ni. Don't worry sayang, bukan hilang selera, tapi mengawal dengan segala daya yang ada. Hehehe. Dan antara banyak² bazaar ramadhan yang aku penah jejak selama ni, bazaar ramadhan TTDI yang paling aku gerun dan serik nak pegi lagi. Tak tau la kenapa, mungki timing aku pegi tu tak kena (aku tgh mengantuk yang sangat² masa tu), orang yang berkunjung teramat² la ramai. Sampaikan aku nak tengok juadah yang dijual pun susah.
Mungkin aku akan pegi lagi on weekend. Tidaklah aku sanggup nak pegi masa weekdays! By the way, pada yang teringin sangat nak ke bazaar ramadhan TTDI, sila la pegi awal sket kalau taknak bersesak dengan umat² yang kelaparan mencari makanan. Sebab so far, apa yang aku nampak, ok je juadah yang di jual. Varierty dan menarik. Just aku ni memang tak sanggup nak bersesak padat dengan manusia² lain tu. Huhu.

Note: Aku lagi prefer bazaar ramadhan Kg Sg Penchala. Aman damai dan yang penting sekali, ada murtabak sedap!!

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Tuesday, August 25, 2009

Yang ditunggu telah pun tiba :D

Apakah ini??



Hehehe, inilah die bendanya yang dinanti² tu. Sesuatu yang special dari seseorang yang sangat special. Sape lagi kalau bukan my beloved hubby kan. Order ini dibuat pada minggu lepas, dan hari ni sampai sudah ke tangan. Walaupun takde apa² wrapping dengan bunga² indah pada kotaknya, aku tetap boleh tersenyum lebar. Suka sangat..


Untuk aku..


...dan untuknya

Sebenarnya, takde la apa² occasion yang special pun. Bukan birthday, bukan anniversary, bukan apa² pun. Saje menggantikan yang lama dengan yang baru. Lagipun, kalau pemberian tu ikhlas takkan nak tunggu apa² hari baru nak diberikan, tak gitu? Anyway, terima kasih banyak² diucapkan kepada encik hubby tersayang. Sangat menghargai pemberian ini. Simbolik kepada berapa banyak masa sudah kite habiskan bersama. Dan ini juga akan sentiasa mengingatkan aku pada pentingnya masa untuk diluangkan bersama² dengannya. Setakat ni, aku harap masa yang diperuntukkan tu adalah cukup memadai (nasib baik kami memang pegi balik keje sama², hehe). Dan harap² kita akan terus menghargai masa² itu..

Insya-Allah, aku akan cuba jadi isteri yang terbaik untuknya..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, August 14, 2009

Kegilaan..

Lunch tadi aku ngan Biha keluar ke One Utama. Bosan kan dalam 5 hari bekerja mengadap tempat yang sama. Makan pun menu yang asyik lebih kurang sama. Tengok orang sekeliling pun lebih kurang sama je hari². Jadi apalah salah kiranya melepaskan diri sekali dalam seminggu jauh dari suasana yang dah terlalu biasa itu. Baru la life ni tak terasa sama je sepanjang masa.

Dan dah alang² pulak Biha ni nak menyambung koleksi novel sequal thrillernya - Eclipse (siri pertama - Twilight dah hampir habis dibaca katanya). Minah sorang ni memang dah terpengaruh sangat² dengan hasil penulisan si Stephenie Meyer itu. Aku pun tak tau la apa yang membuatkan die tergila² kan sangat. Sampai status YM-nya pun "Fall in love with vampire" sejak beberapa hari ni. Sebab aku setakat ni masih suci hati. Belum terlintas lagi nak terlekat dengan siri novel tu. Pernah la terjumpa masa MPH buat promosi few months back, memang lebih murah dari biasa. Tapi jiwa aku tak pulak terarah ke situ. So, baik jangan diarahkan. Takut nanti terlekat, aku jugak yang susah. Nak melayan membeli siri sampai 4 buah. Harga sebiji dah RM40++.. Huhu, terima kasih ajelah. Tapi kalau dah minat, walau harganya beratus malah beribu sekali pun, pastu ada yang sanggup menggagahkan jua. Walaupun tangan menggeletar menggoncang bumi masa nak mengeluarkan note-note kepala agung itu, kan?



Tapi nak buat macam mana kan. Itulah yang dinamakan fanatik, kegilaan yang melampau terhadap sesuatu. Memang kadang² kite sanggup buat apa saja untuk mendapatkan sesuatu yang kita betul² suka. Same goes to Biha ini la. Walhal, dalam bulan ni je aku tau banyak dah duitnya yang melayang kerana beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Tapi demi vampire yang digila²kan tu, sanggup berhabisan. What ever la kan, as long as u are happy dan tak menyusahkan orang lain. Tak salah nak meminati sesuatu, asalkan jangan berlebih² sampai memudaratkan diri sendiri. Ingat tu!

Oh, kebetulan pulak birthday si Biha ni jatuhnya pada bulan ni (ke bulan depan ek, confuse jap), jadi aku bercadang la bagitau kawan² yang lain pakat ramai² collect duit dan belikan die series yang last sekali - Breaking Dawn. Ini sudah tidak menjadi suprise sebab aku memang dah tanya die awal². Buat apa nak suprisekan pun. Kang kalau dibuatnya die dah beli sebelum die dapat hadiah tu, tak ke buat ngabeh boreh yo!! Jadi, misi tu akan aku sampaikan kepada ahli jemaah tingkap yang lain. Kalau proceed, maka akan dapat la die series itu sebelum sempat die beli series yang ketiga - New Moon. Dan aku yakin hadiah itu nanti akan menjadi salah satu feveret untuknya.



Selesai hal novel Biha kat OU tadi, kami meneruskan perjalanan untuk bersantap. Yang menjadi pilihan Biha, Mc Donald. Aku layankan aje la tekak die. Aku pun pening tak tau nak makan kat mana. Mana yang terlintas, aku ok je. Lagipun memang minggu ni aku ada berhajat nak makan McD. Kiranya ini sebagai menunaikan hajat jugakla kan. Mc Chicken menjadi pilihan, macam biasa. Such a boring part of me kan. Setia sangat, haha. Dah suka something, memang susah nak beralih selera dah.



Sebelum pulang, ada terpikir nak mencari face mask. Tapi dah leka sangat berbual, ketawa terlebih. Maka efeknya, terus lupa aku pada arah tuju. Facial mask tu hanya tinggal angan² jela. Padahal depan McD tu je ada Guardian Pharmacy . Tertangguh lagi la jawabnya..


yang bendera malaysia ada tak ek??

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, August 13, 2009

T-shirt Kampeni Yang Baru

Baru je lepas menerima t-shirt company yang baru. Sebelum ni pernah dapat sekali, kalau tak salah aku tahun lepas. Tapi masa tu t-shirt tu mendapat tentangan hebat sebab kualitinya yang ala² standard pasar malam. Takkan kitorang nak pakai t-shirt yang gayanya macam t-shirt hari sukan sekolah rendah dulu kan. Dah rasa macam setaraf makcik² cleaner pun ada jugak (bukan menghina okey, aku bagi perumpamaan je.. kan makcik cleaner suka pakai t-shirt.. Tapi ada gak yang glam terlebih!) . Jadi hasil daripada kesepakatan kami semua yang menentang, t-shirt itu telah menjadi pekasam di rumah masing² (even ada yang tak tau mana letaknya hamba Allah itu sekarang, tahap dewa punya keji sebab tak suka). Dan untuk aku, t-shirt ala-pasar-malam itu hanya tersimpan kemas dan rapi dalam almari, siap dengan plastik lagi tak bukak². Menunjukkan betapa tak pernah langsung ianya disarungkan ke badan ku yang comel ini!

Itulah jadinya kalau sesorang tu buat sesuatu untuk dipakai beramai², tapi langsung tak mintak pendapat sesiapa sebelum melaksanakannya. Kan dah terbazir duit kampeni buat t-shirt tapi takde sape yang nak pakai. Sape nak jawab tu?? Bukan ke membazir itu amalan syaitan (ada ke term ni dalam agama diorang?).

Dan sekejap lagi kami semua akan mendapat memo rasmi dari HR terus ke dalam peti-surat-ajaib a.k.a email kami ini. Pemakaian t-shirt ini akan diwajibkan setiap hari Jumaat. So, seminggu sekali akan ada la sekumpulan manusia yang berbaju sama, sehati sejiwa walau berlainan bangsa, yang pergi lunch mahupun yang pergi solat Jumaat dan mungkin juga yang merayap² sekitar kawasan ini. Berbangga la korang sebab memakai baju yang konon² nak menunjukkan ciri² korporat yang keparat ini ye. Dan nasib baik, yang diterima di tangan kali ini, boleh jugak diterima sampai ke hati. Maknanya adalah sikit terasa di jiwa nak memakainya. Kepada yang bertanggungjawab "mencipta" t-shirt yang hebat ini, terima kasih!! Anda telah berjaya membuatkan kami semua menjadi pekerja "korporat" yang hebat setiap hari Jumaat yakni bermula esok.. Dan kerana anda jugalah, kami tidak perlu memakai baju-sukan-sekolah-rendah itu ke tempat kerja.


Design yang sama je macam dulu, tambah ada tulisan sket kat belakang..

Note : Yeay.. t-shirt lama tu boleh buat pakai kat umah!! No worries kalau² baju tu nak kena pakai ke opis.

Note for Syasya : T-shirt ko aku dah simpankan dalam laci, TQ..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Wednesday, August 12, 2009

Wajah Baru..

Keinginan yang tersimpan agak lama akhirnya tercapai juga....

Hampir berminggu² aku menunggu masa yang sesuai nak mengubah penampilan layar blog aku yang tak sehebat mana ini. Kesibukkan dan lambakkan kerja yang melampau betul² membataskan aktiviti 'sampingan' ku ini. Dan hari ini, berkat kerajinan melampaui batas yang datang, aku gagahkan jari jemari yang tembam ini melayari segenap pelosok alam cyber yang maya ini. Mencari bahan untuk menggantikan apa yang patut diganti.

Hasilnya, nah!! Selayar wajah baru yang dapat aku tebarkan dan corat coretnya menyegarkan. Tak gitu? Elemen terang mengambil alih suasana yang dulu kelam dan gelap. Biarlah paparan kali ni lebih menyegarkan mata yang membaca. Lebih ceria, tapi elemen simple tetap menjadi pokok utamanya. Aku tak suka serabut. Efeknya akan terus sampai ke saraf otak! Hahaha, just kidding. Macam mana pun, aku agak berpuas hati dengan apa yang terhasil dari usaha kerasku ini. Mungkin tidak sehebat yang lain, tapi sekadar memuaskan hati sendiri. Apalah ada kiranya pada hati aku yang memang sedari dulu pun amat simple orangnya. Kata orang, "its not easy to make sure something remain simple..", betulkah? Entahla, terpulang pada diri sendiri untuk menilai. Semoga aku tetap dapat mengekalkan kesederhanaan ini. Aku suka, kerana ini identitiku.. Simple but nice!

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, August 07, 2009

Patah tumbuh hilang berganti..

Setelah hampir setahun si beliau itu menyemai bakti. Akhirnya sampai jugak hayatnya ke penghujung. Apakan daya, setiap yang baru, akan pasti menjadi yang lama. Dan yang lama itu sudah semestinya perlu diganti dengan yang baru pulak. Takkan selama² mesti berdamping dengan yang lama dan semakin buruk itu. Jadi, setelah sekian lama berfikir. Akhirnya kata putus dicapai, buang ajelah.. Beli yang baru.. Apakah?? Ohh, rupanya ini yang dimaksudkan..


Tadaaa... tenkiu hubby for all this..

Walaupun ia bukan la dari jenama yang mahal² seperti Bonia, LV ataupun Gucci. Namun ini cukup bagi menggantikan apa yang perlu diganti seperti yang lama ini, RUJUK SINI. Aku bukan la fashion freak atau penggila barangan berjenama. Asalkan sedap dipakai, sepadan dan selesa, that is more than enough! Kepada hubby tersayang, terima kasih banyak². Nanti boleh belanja lagi apa² yang patut eh. Rasa macam stok pakaian dalam almari tu pun dah semakin kurang yang sedap dan best nak dipakai. Jadi apakah maksudnya?? Hehehe.. I'll leave it to you to think about it ok my dear..

Note: Tu maksudnya nak shopping lagi la tu.. :-P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Ayam kampung - terbaik dari ladang!!

Lunch tadi aku di'kidnap' oleh sekumpulan mat dan minah kacau dan dibawa makan ke satu tempat yang aku sendiri tak penah tau sebelum ni untuk makan. Special menunya adalah, ayam kampung! Aku memang suka makan ayam kampung, tapi biasa yang aku makan masa raya puasa atau raya haji la. Samada rendang ataupun sup. Tapi paling aku suka kalau ayam kampung, mestilah sup. Yerp, aku memang sangat suke makan sup.


Di samping 2 orang budak nakal..


3 orang ini lah yang menjadi dalangnya..

Dan berbalik kepada kisahnya, tadi diorang yang bertanggungjawab meng'kidnap' aku ni bawak aku try makan kat Velodrom, Cheras. Huhuhu, sangat jauh tu dari opis aku ni. Tapi sebab hati pun teringin nak rasa, aku beranikan diri ikut jugak. Keluar dari opis sharp kul 12 (buat cam opis bapak aku je kan, padahal lunch hour start kul12:30), dan sampai sana lebih kurang pukul 12:45. Sampai je situ aku dah nampak dari jauh orang yang tengah ramai menghurung 1 kedai. Dan sangkaan aku tepat, itulah kedai yang kami nak tuju. Terus beratur dan bersiap sedia untuk menahan iman di dada. Deretan lauk pauk yang mengancam jiwa terlambak di depan mata. Huhuhu, mujurlah aku tau perut aku ni tak besar mana. Jadi makanan yang diambik cukup sekadar untuk mengisi ruang perut yang kosong dari pagi tadi.



Yang menjadi santapan aku tengah hari tadi:
• Nasi puteh
• Ayam kampung goreng kosong
• Udang galah
• Gulai tempoyak pucuk ubi
• Sambal tempoyak
• Limau ais

Semua diatas berjumlah RM14.oo kesemuanya. Mak aih, kalau pandang pada harganya memang terkejut perut. Tapi berbaloi la dengan apa yang dimakan. Mungkin akan menyinggah lagi lain kali. Tapi yang pasti bukan untuk masa yang terdekat ni. Takleh diamalkan makan banyak² selalu sangat, hehehehe..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, August 06, 2009

Again dan sekali lagi..?!!

Malang sungguh nasib aku sejak kebelakangan ni. Dalam masa kurang dari sebulan, 2 kali aku eksiden!! Dan 2-2 kali tu jugak salahnya bukan berpunca dari aku. 10/07/09, Kenari ku itu menjadi mangsa kebodohan seorang pemandu Viva, rujuk post ini. Dan semalam, 05/08/09, Kelisa pulak menjadi mangsa keadaan seorang manusia rabun yang keretanya je yang besar, tapi mata kecik. STUPID!! Sangat sakit hatiku ini. Satu pun tak settle lagi, satu lagi datang. Nasib baik Kelisa tu masih boleh bergerak. Jadi sementara menanti Kenari dan police report Kelisa tu siap untuk dihantar ke bengkel, terpaksa la aku usung kelisa tu ke sana ke mari dengan wajahnya yang dah rebeh sebelah. Poor our Kelisa.



Semuanya terjadi pagi semalam masa aku & bie baru nak memulakan perjalanan ke opis. Dalam bangunan parking lot rumah kami!! Macam biasa, bie memang akan bergerak dengan kadar yang sangat perlahan dalam parking lot tu memandangkan keadaannya yang agak sempit dengan orang² bodoh yang suka sangat block jalan dan parking orang lain. Setibanya betul2 berhampiran jalan keluar dari parking lot tu, aku nampak sebiji Toyota Hilux dengan lajunya nak masuk ke dalam. Bie berhentikan kereta dengan tujuan nak bagi laluan pada die masuk dulu. Tapi betapa bodohnya die (driver Hilux tu), masa masuk ke dalam kawasan parking lot tu aku boleh nampak dengan jelas matanya sikit pun tak memandang ke depan. FAK YU!! Dan dalam sekelip mata, BOOMMED!! Singgah satu ciuman mesra dari Hilux itu kepada muncung Kelisa kami. Aku sangat pissed off!! Dan aku hanya biarkan bie turun seorang. Aku hanya memerhati dari jauh. Ada la sikit tegang urat dan tikam lidah. Selepas beberapa minit, driver Hilux tu hanya terus berlalu tanpa sikit pun maaf. Jangan kata maaf, turun dari kereta pun tidak. Kami malas pikir panjang, terus ke balai dan buat report.

Jadi kepada anda sekelian, sila berhati² kalau nampak kereta Toyota Hilux, warna hitam, WSF 1868. Pemandunya seorang *cayanunalif* memang sangat² kurang ajar!! Jangan sampai aku sendiri jumpa die dalam kawasan parking tu, memang something will happen. Tak banyak, sikit aku akan bagi. Dan, aku percaya dengan hukum karma. Hari ni die langgar aku, maybe next time turn die pulak dilanggar lori kontena ke. Who knows?!!

Till my next post... Bye bye bye..



-END-

Tuesday, August 04, 2009

Jalan ke Melaka mencari makan.. Day 2

DAY 1

Seperti yang telah dirancangkan pada malam menyantap ikan bakar. Hari kedua kami di Melaka dipenuhi pulak dengan aktiviti berjalan² dan bergambar di sekitar Bandar Hilir dan sekitar bangunan² bersejarahnya yang berwarna merah itu. Atas permintaan Namo yang teringin sangat nak mengabadikan kenangan dengan gambar²nya di situ. Jadi seawal pagi masing² dah pun bangun dan bersiap sedia untuk memulakan hari yang baru. Aku dan bie bangun lewat sket dari 3 orang ibu dan anak² dara itu. Sesedar je dari tido aku dah dapat dengar bunyi riuh kat dapur ruang rumah tumpangan kami tu. Mereka tu dah pun bersiap² nak bersarapan. Dengan roti yang sempat mereka singgah beli semalam on the way balik. Siap dengan nak bakar roti kononnya. Tapi malang, toaster yang ada tu tak dapat nak guna sebab suisnya menendang setiap kali ditekan. Jadi makan saje la roti itu tanpa dibakar.

Tanpa melengahkan masa, aku mintak bie bangun dan bersiap² nak keluar beli sarapan. Die dengan pantasnya bangun dan terus mandi. Aik, rajin pulak mandi pagi² di hari minggu kan. Selalunya liat nak suruh mandi, hehehehe. Tiba² hari tu rajin pulak die nak mandi awal. Kenapakah? Tidak la aku tau apa sebabnya. Siap die mandi, tunggu pulak giliran seorang lagi kaum bapa nak bersiap dan mandi, Azhar. Takyah pegi jauh sangat pun, ada banyak kedai makan yang dekat dengan kawasan apartment tu. Jadi takyah la susah sangat nak cari jauh². Setengah jam lepas tu, pulang lah 2 orang kaum bapa itu dengan sebungkus makanan di tangan. Roti canai mamak menjadi pilihan. FYI, roti canai kat Melaka memang di makan dengan kuah asam pedas. Jadi kepada sesiapa yang rasa tak boleh terima dengan gabungan itu (contohnya bie & Namo), maka silalah cari mana² mamak yang berhampiran untuk kuah kari dan dal. Jadi aku memang awal² dah pesan kat bie beli roti canai kat mamak, jangan pegi kedai lain. Nanti menyesal tak sudah. Dan hasilnya mereka pulang dengan roti canai dan kuah kari beserta dal seperti yang semua inginkan. And guess what, hanya RM4.00 RM3.20 untuk 8 keping roti. Itu maknanya hanya 50sen 40sen sekeping. Memang sangat mengagumkan. Kat KL mana jumpa dah roti canai dengan harga macam tu kan?!!



Selesai makan, berehat, lepak², tido (cas battery) dan merilekkan perut, kami pun mula la bersiap dan berkemas. Tepat jam 11, maka semua ahli rombongan telah pun bersedia nak meninggalkan markas pinjaman itu. Agenda hari itu harus dilaksanakan secepat yang mungkin. Sebab kalau lambat sangat, takut nanti kami bakal tersangkut dengan jem yang maha dasyat kat highway PLUS tu. Huhu, itu kan akan menyebabkan keseronokkan bercuti ini spoil. So, itu memang patut sangat dielakkan. Selesai urusan check-out dan berposing², kami teruskan perjalanan ke bandar. Habis segala ceruk bangunan merah (as per mentioned by Namo) kami terjah. Selagi battery kamera masih bernyawa, selagi tu la gambar akan disnap di sana sini. Kalau la ini zaman negatif² (atau lebih mesra dengan panggilan kodak), entah berapa roll nak kena guna agaknya kan? Macam² aksi, macam² pose. Masing² menggunakan kesempatan yang ada nak bergambar di sana sini. Ini kiranya memang peluang keemasan la. Sebab kalau jalan berdua, susah nak mintak tolong orang ambikkan gambar, tak gitu?!




Dan sebagai mengakhiri perjalanan kami. Jonker88 sekali lagi menjadi pilihan. Cendol yang masih terngiang² rasanya itu akan kami santap lagi, yummmiii..!! Kiranya ini sebagai pelengkap la kiranya. Sekali mana cukup kan! 2 kali barula afdal. Hahahaha. Sekali dengan lunch la kami kat situ memandangkan masanya pun dah time. Aku memang aim nyonya asam laksa kat situ since day 1st lagi. Menggoda sungguh aromanya. Bie pulak dengan nasi lemak ayam rendang. Dan percaya atau tidak, harga makanannya hanyalah dalam range RM3 - RM4 sahaje!! Huhuhu, berbaloi² kan? Bie pulak tergoda dengan air buah yang dibuat betul² kat tempat kami duduk makan tu. 3 biji limau dijadikan fresh orange yang sangat sedap hanya berharga RM2.50. Huhuhu, memang sangat berbaloi tu..





Selesai makan, kami teruskan perjalanan untuk pulang. Lengkap la sudah program jalan² makan² kami pada kali ini. Kepada ahli rombongan sekalian, harap korang berpuas hati dan enjoy sepanjang trip kite itu okey! Insya-Allah trip akan datang kite buat bagus lagi. Marilah kite google mana lagi tempat menarik yang kite boleh terjah bersama dalam program trip akan datang. See u around...

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Jalan ke Melaka mencari makan.. Day 1

Kembara kali ini telah dirancang sejak beberapa minggu yang lalu. Melibatkan ahli mesyuarat tingkapnya iaitu aku dan Rina. Semua ini terjadi berkat hasil usaha aku dan bie mempengaruhi mereka² ini melalui entry aku yang lalu tentang ikan bakar Muara Sungai Duyung. Huhuhu, ternyata blog memang boleh memainkan peranan yang besar untuk mempengaruhi seseorang. Setelah perancangan rapi dibuat (rapi la jugak kalau dah siap susun agenda² aktiviti kat sana). Selalunya kan aktiviti akan diputuskan kemudian. Tapi kali ni kami ambik jalan yang proper (walaupun sebenarnya ini kali pertama kami trip bersama beramai²).



Tujuan utama kembara ini cuma satu, menyantap ikan bakar di Muara Sungai Duyung. Dan kemudiannya ditambah dengan agenda² tambahan yang lain. Alang dah ke Melaka, biar kite jelajah semuanya, tak gitu?!! Jadi pada Sabtu lepas, bermulalah perjalanan kami berenam ke negeri Melaka bersejarah. Aku dan bie gerak lebih awal dari Semenyih. Cadangnya nak gerak seawal pukul 9:30 pagi. Tapi harapan hanya tinggal angan². Perjalanan kami hanya dapat dimulakan sejam lebih lewat dari yang dirancangkan. Tapi takpe, sebab hal tempat tinggal dah diuruskan lebih awal. Di Melaka, kami menginap di homestay Jafmanurin's. Apartment 3 bilik yang terletak dalam kawasan MITC, sangat strategik untuk rombongan berkeluarga macam kami. Selesa dan berpatutan (iklan free ni, hehehe).

Kami berdua sampai ke Melaka tepat pukul 1 tengah hari. Sementara menantikan ahli rombongan yang lain tiba, sempat la merehatkan badan yang penat berjalan jauh. Selepas sejam menunggu, akhirnya yang dinanti telah pun tiba. Masing duduk dulu menghilangkan segala lenguh kaki dan badan. Fatin menjadi keutamaan sudah semestinya. Sementara berehat², perut Fatin terlebih dahulu diisikan. Kalau tak nanti meragam, lagi susah kata Rina. Siap bersolat dan berehat ala kadar, kami semua memulakan perjalanan. Destinasi pertama, Mc Donalds Ayer Keroh. Perut yang kosong perlu diisi, tapi bukan la makan sampai betul² kenyang. Space untuk aktiviti malam tetap diutamakan, hahaha. Untuk memastikan keadaan perut sentiasa dalam keadaan sedia menerima makanan malam nanti, jangan bagi ruang untuk sedikit pun angin masuk. Kalau tak nanti rugi banyak sangat angin. Hehehehe..



Selesai mengisi perut, kami terus ke Banda Hilir menunaikan hajat seseorang nak ke Jonker Street. Dan kalau dah ke sana tak sah kalau tak kena semangkuk cendol dan shopping. Tapi aku takdela bershopping sangat. Lebih kepada window shopping je rasanya. Budget untuk bershopping di sini tiada dalam peruntukkan, hehehe. Peruntukkan lebih tertumpu kepada makan² dan jalan². Nadiah a.k.a Namo adalah orang yang paling excited nak ke situ. Jadi kami bagi dia peluang nak menikmati segala² yang die nak. Letih berjalan dari hujung ke hujung, kami pun berenti membasahkan tekak dengan cendol dan ice kacang. Yummi, memang sangat² sedap dan perfect. Ditambah dengan cuaca yang sedikit panas. Maka cendol itu benar² memberi kelegaan tahap maksimum!! Pelbagai cendol sedia untuk dipilih, dan aku bermula dengan cendol biasa. Tapi sempat juga memcuri rasa mango ice kacang dari Rina. Yumm yummm, memang sangat sedap!! Yang paling memikat adalah gula Melakanya yang pekat dan likat. Sedap hingga menjilat sudu!! Hahahaha. Jadi kalau ada yang teringin nak merasa keenakkan cendol² ni, singgah la ke jonker88. Tak susah pun nak kenal kedai yang mana 1, sebab kedai ni je yang orang beratur sampai ke luar nak beli cendol punya pasal. Termasuklah kami, ehehehe..






Selesai menyantap cendol yang lazat itu, kami teruskan perjalanan kami ke destinasi utama kami. Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Ini merupakan kali kedua untuk aku dan bie, kali ke beberapa untuk Rina dan Azhar, dan kali pertama untuk Namo. Jadi, tentunya dapat diagak siapakah antara kami yang paling teruja kan?? Hehehe, aku pun teruja jugak. Sebab kali pertama dulu aku dan bie tak dapat nak menikmati segala hidangan yang kami pilih kerana terlalu senak dan padat perut kami masa tu. Akibat dari kesilapan aku ambik makanan lebih dari yang sepatutnya. Jadi belajar dari pengalaman, kali ni aku ambik seminima yang mungkin. Nak pastikan kami semua dapat merasa keenakkan makanan² tersebut. Dan ternyata, dari riak setiap wajah mereka semua, aku tau mereka sangat² berpuas hati. Thanks to Rina dan Namo yang sama² membantu masa memilih ikan dan seafood yang lain. Harap aku sorang, memang boleh hilang fokus. Semuanya nampak sedap. Apa yang penting masa ni ialah, fokus kepada tujuan sebenar. Makan untuk menikmati, bukan untuk dibazirkan. Hehehe, tu ayat Namo.






Jadi inilah yang menjadi pilihan kami kaum² ibu pada malam itu, hehehehe.

♣ Sotong - Goreng tepung, 3 ekor besar
♣ Ketam - Masak cili, 3 ekor
♣ Udang - Masak butter, 300g
♣ Pepahat - Masak halia, 300g
♣ Kupang - Sweet Sour, 500g
♣ Ikan Siakap - Bakar berlada, tak ingat berapa gram
♣ Ikan Kembung - Bakar kosong, sekor (untuk Fatin)
♣ Otak-otak - 10 pcs
♣ Nasi lemak - 3 bungkus
♣ Tauhu bakar - 1 set
♣ Air buah - 2 jug

Dan semua tersebut diatas hanya menelan RM135 (kalau tak silap, sebab kaum² bapa yang pegi bayar). Which is pada aku boleh dikira murah berbanding tempat lain, Alai atau Umbai. Selain daripada murah, kepuasan itu yang kami semua titik beratkan. Kalau murah tapi rasanya hampeh pun, buat apa kan?!! Jadi, secara keseluruhannya, misi kami untuk hari tersebut tercapai dan memenuhi objektif yang disasarkan. Tiada satu pun yang dibazirkan, habis licin semuanya. Bagus u all, anda semua melaksanakan misi ini dengan jayanya.



Dan dalam kekenyangan yang amat sangat itu, tiba² seseorang muncul dengan permintaan nak bergambar sekitar bangunan merah kat Banda Hilir,(yang sebenarnya adalah hint yang die nak makan cendol seround lagi, macam la kitorang semua tak tau niat asal die. Hahaha) siapakah orang itu, biarlah identitinya dirahsiakan. Hehehehe. Disebabkan itulah, maka adanya misi extended yang tiba² muncul tanpa dirancang. Kerana hari keesokkannya memang tidak diletakkan apa² agenda, maka permintaan si die itu ditunaikan. Dan adalah 1 lagi entry untuk day 2 pulak. Nantikan..

Sebelum pulang ke rumah tumpangan, kami sempat singgah ke Dataran MBMB melepaskan penat dan bergambar di sana sini. Just enjoy the pictures la okey..







Till my next post..



-To be continued-
Related Posts with Thumbnails