Friday, June 19, 2009

Menyusuri perjalanan - Selatan - Timur - Barat

PART 2..

13 Jun 2009
**************

Aktiviti malam tersebut adalah tak lain dan tidak bukan, IKAN BAKAR!!! Kali ni tempat terjahan kami ialah, Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung. Tempatnya yang agak jauh terpencil kat hujung muara sungai mungkin akan sedikit memberikan suasana seram la jugak. Tapi aku dah biasa. Memang kebanyakkan tempat kat Melaka memang macam ni.

Untuk sampai ke tempat ni mengambil hanya lebih kurang 10 minit dari hotel tempat kami menginap. Nak ke tempat ni pun tak susah sangat. Kalau dari Bandar Hilir, hanya perlu ikut Jalan Ujong Pasir menghala ke Jalan Padang Temu. Jalan terus sampai la jumpa sungai dan bersedia la nak masuk ke kanan betul² lepas jambatan. Confirm takkan sesat sebab signboard yang sebesar alam ada betul² kat lorong masuknya. Jalan terus sampai ke hujung jalan (sungai kat sebelah kanan sepanjang jalan masuk tu). Sebenarnya aku tau tempat ni pun dari salah satu blog(here) yang aku dok google². Sebelum ni aku hanya akan selalu ke Crystal Bay, Alai kalau nak pekena ikan bakar.

Apa yang boleh disimpulkan kat sini, makanannya murah, masakkannya boleh tahan, servicenya tiptop (korang sure terkejut tengok cara staff die kemas meja, dah macam superman - pantas!!). Kami sampai situ jam 7:45 malam. Orang dah pun ramai. Macam kat pasar dah keadaannya dalam tu. Hingar bingar macam bunyi langau pun ye gak. Tapi nasib baik la, walaupun orang ramai giler, kami tetap berjaya mendapatkan port. Aku beratur amik benda² makanan dan bie stay kat meja. Masa ni pun aku sangat bernasib baik. Sebaik je aku beratur, tiba² berderet orang beratur belakang aku. Bayangkan kalau aku lambat seminit? Kebulur la jawabnya menunggu.

Dan hidangan yang menjadi pilihan pada malam itu ialah..

* Ikan Siakap - Bakar berlada (sederhana besar mungkin dalam 600g kot)
* Sotong - Goreng tepung (200 g)
* Ketam - Masak pedas (2 ekor)
* Pepahat - Masak halia (1/2 kg)
* Udang - Goreng blackpepper (1/2 kg)
* Kupang - Masak Sweet Sour (1/2 kg)
* Sayur - Goreng capcai (betul ke aku eja ni?)
* Otak² - 10 keping
* Nasi lemak - 2 Bungkus
* Fresh Orange - 1 jug

Dan kesemua itu berjumlah RM160 RM115! Ye, ia agak mahal untuk makan berdua kan? Tapi hakikatnya, makanan yang terhidang tu terlalu banyak!!! Silapnya masa ambik udang, kupang dan pepahat tu aku biar brother yang timbang tu buat keputusan berapa nak ambik. Sebab benda² alah tu ada kat belakang (yang kat depan dah abis). Sekali siap masak, nak terbeliak jugak la mata aku tengok. Jadi, moral of the storynya, sila la bagitau tukang timbang tu korang hanya makan berdua. Pada aku, apa yang kami makan tu sama dengan hidangan untuk 4-5 orang. Kesudahannya, hanya ketam, kupang dan ikan je yang kami mampu habiskan. Pepahat agak failed sebab rasa macam berpasir. Udang yang ada dalam 15 ekor hanya luak 2. Otak² pun hanya luak 2. Terpaksa la tapau je yang lebih tu. Haih, kantoi betul bab agak² nak order ni. Lepas makan, balik hotel dan terus boomed (gendang gendut tali kecapi, kenyang perut pastu jom kite tido mati.. hahaha). Memang kekenyangan yang amat sangat.

Selesai...

Esoknya kami memulakan perjalanan ke Gemas lepas check-out. Sebelum check-out sempat la bekfes dulu pagi itu. Semangat lami bangun pagi nak bekfes punya pasal. Dan makanannya not bad la. Kena dengan selera. Ada buffet macam², tapi aku & bie hanya pekena roti bakar & nasi lemak je.

Nasi lemak Roti Bakar + Teh O

Slumber je ngan baju tido pooh die Secawan kopi di pagi hari..

Sempat snap gambar pas bekfes..

Jauh jugak rumah minah ni rupanya, Felda Palong 9. Nun di hujung Negeri 9. Sesat barat jugak la kami. Sampai je kat rumah pengantin, dah takde sape. Tinggal ahli keluarga die jela. Lantak la, perut yang lapar perlu di isi. Opps, sorry takde gambar pengantin. Lapar sangat sampai lupa nak snap sekeping dua. Hahaha.. Anyway, tahniah kepada Liza dan pasangannya Amir. Semoga berbahagia sampai ke akhir hayat!!

To be continued...

3 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

gila, makanan penuh semeja makan dua worang! perut stokin ke korang ni wei!

rina said... Jawab Balik

lawak la perut stokin.. huhuuh
nnt aku tunjuk gamba ni kat azhar.. sedapnye pepahat.. ala tp berpasir??tak syok la plak dgr.
oi kmie, ilang macho gi bfast pakai baju pooh.

i.z.m.a said... Jawab Balik

sya² - perut aku je stokin, kmie takleh blah dah masa tu. tapi sestokin mana pun perut aku malam tu, tak mampy seyh nak abiskan.. haha

rina - die memang camtu weh, baju tu penah dipakai berjalan kat giant & bawak gi opis lama die.. huhu

Related Posts with Thumbnails