Monday, June 22, 2009

Hafiy @ The Mines

Sabtu lepas berjaya meminjam hafiy dari mamanya. Kebetulan pagi tu akak aku nak ke ofis, jadi pelawaan aku mungkin sesuatu yang bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Bukannya apa, Hafiy ni dalam proses membesar. Jadi die teramatlah agressif dan hyperaktif. Calang² orang, memang tak larat nak jaga die. Tapi walau selincah mana pun die, kepetahan die membebel dalam bahasa yang hanya die sendiri fahami, memang menghiburkan hati.

Kami memang dah tido kat rumah mak & ayah Jumaat malam lepas. Dari ofis kami terus gerak balik ke Semenyih. Pagi Sabtu tu celik je mata, Hafiy dan abang²nya dah pun sampai. Memang suara die je yang memenuhi ruang rumah. Baru nak belajar bercakap. So setiap tutur kata die tu adakalanya kedengaran sangat lucu. Contohnya "duduk" disebut "dodok", hahaha.

Pagi tu, akak aku dah terlebih dulu "melarikan diri" dari Hafiy lepas siap bersarapan. Takut kalau die nampak mama die nak keluar, berkejar pulak die nak mengikut. Itu pun die dah mula nangis masa sedar mamanya dah takde. Tapi dengan segala skill dan kepakaran yang aku ada, berjaya jugak aku pujuk dan lekakan die sementara menanti bie a.k.a pakciknya bersiap untuk sambung jaga die. Tepat pukul 11 pagi, kami bertiga keluar dari rumah mak. Singgah rumah atuk hantarkan mihun yang mak masak. Lepas tu meneruskan perjalanan ke rumah Kak Tina (ex-mak andam aku masa kahwin hari tu). Nak hantar CD gambar² kahwin kami. Kesian die dah 3 bulan menunggu. Dalam perjalanan, tak lama pun Hafiy bertahan. Ada la dalam 10 minit sebelum matanya terus kuyu, sayu, layu dan akhirnya terus tertutup rapat. Memang die dah mengantuk sangat dari rumah tadi yang pastinya. Anggap saja ini adalah cara untuk die cas balik segala tenaga die untuk terlompat² kat The Mines nanti, hehe.

Baru bangun tido....

Dan seperti yang dijangka. Mata Hafiy yang tadinya layu dan kuyu itu tiba² terbuka kembali sebaik aje Pakcik parking. Haih, macam tau² je dah sampai. Tapi masa ni die belum energetic lagi. Mungkin masih mamai². Ajak berjalan pun die macam malas². Satu yang kelakar, die takut sangat dengan patung yang ada kat kedai². Tah sejak bila die pandai takut dengan benda alah tu aku pun tatau. Tangannya pun tak lepas dari memegang tangan kami berdua. Comel sungguh muka die masa takut, hahaha. Tujuan kami pegi The Mines tu nak cari barang je sebenarnya. Aku nak beli card reader (menggantikan card reader yang jahanam - rujuk POST ini), sementara bie pulak nak beli DVD-R kosong.

Hafiy memang nampak sangat bosan. Jadi selesai pusing² dalam Challenger (kedai barang PC), kami bawak die main kat game centre. Tapi... kenapa muka die macam tak semangat? Habis RM5 duit cikma beli token, Hafiy tetap tunjuk muka seposen die. Haih, maybe die penat kot. So aku ambik keputusan nak pegi makan dulu. Tak tau nak makan apa bila tgk McD full. Kami ambik yang dekat jelah, KFC. Bie pegi order, aku duduk tunggu ngan Hafiy kat meja. Sebotol susu dihabiskan Hafiy. Masa ni la baru start nampak die ceria kembali. Ooo.. rupanya Hafiy lapar ek? Sampai je makanan, aku suapkan die roti + mashed potato. Makin lama die makin hepi nampaknya. Dan jelas, die sudah mula lincah macam biasa. "Tetebang... ak ampai ya, tu tetebang.." Paham tak? Hahaha, itu la antara line yang keluar dari mulut Hafiy, mula² tak paham jugak. Tapi lama² paham la, "Kapal terbang, tak sampai la, tu kapal terbang.." Hehehe..

Lepas makan bawak Hafiy tengok ikan kat tasik dan sambung pegi game centre balik. Bagi die main sampai puas. Dan anda saksikan aje lah perbezaan Hafiy, sebelum makan dan selepas makan. Beza, memang sangat berbeza.

Sebelum.....

Satu.. dua..
..tiga.. dan...

Selepas perut kenyang...
Yahoo!!!

Till my next post.. ♥ ♥

-END-

4 Mak Joyah Bertandang:

TukangKarut said... Jawab Balik

Hafiy paling takut clown. Dia jerit siap menggeletar masa clown lalu depan dia. Belum kenal lagi clown tu orang...biasa lakan.
Nak tengok hafiy ketawa terbahak bahak...buat buat jatuhkan botol kat dia pastu tangkap botol tu cepat cepat. Berdekah dekah dia ketawa.

i.z.m.a said... Jawab Balik

Hahaha, inilah budaknya yang konon² macam tak takut apa². Tapi sebenarnya tengok itik banyak² dalam sangkar pun die boleh nangis!

zamreen said... Jawab Balik

hahaha daddy amat memahami hafiy... nak tgk dia menjerit cubelah lalu dpn patung uncle steven.

i.z.m.a said... Jawab Balik

hahaha.. betul betul betul.. uncle steven tetap top ranking patung paling hafiy takut...

Related Posts with Thumbnails