Tuesday, June 30, 2009

Transformasi

TIDAK, tajuk diatas tidak ada langsung kene mengena dengan movie Transformers yang tengah hangat kat wayang skang ni. Just hari ni nak citer apa aktiviti kami hubby & wifey pada Sabtu lepas kat rumah. Setelah sebulan berlalu, baru la sekali ni merasa duduk kat rumah waktu weekend. Kalau tak asyik padat je aktiviti luar. Fuh, kalah menteri dah rasanya busynya tu tau.

So, atas kelapangan waktu yang kami ada kali ni. Aku & bie gunakan sebaik mungkin untuk laksanakan hajat aku yang terpendam sejak 2 bulan lepas lagi. Takde la hajat besar mana pun sebenarnya. Just nak ubah kedudukan perabot dalam bilik tidur dan lepas tu nak alih barang² dalam bilik 1st ke bilik tengah yang lebih kecik. Rasa macam membazir pulak space dalam bilik yang 1st tu diguna untuk letak barang² je. Bilik tengah tu pulak kami guna jadi bilik ampai kain + bilik solat sebelum ni. Punya la sempit terasa duniaku dalam tu. Tapi apakan daya, memang takde masa nak mengubah², mengalih² barang dalam rumah tu.

Kebetulan program paintball yang dirancang bie & kawan² Sabtu lepas cancel. Jadi ada la masa aku nak mengerjakan rumah yang dah semakin terbiar tu (biarpun rumah tu aku sewa je, tapi nak jugak rasa selesa kan, tak gitu?!). Jadi tugas pertama celik mata pagi tu ialah, sediakan sarapan. Tak buat sarapan berat pun, bie alas perut dengan roti+telur. Aku pulak cukup dengan oat semangkuk. Yang buat sarapan pun bukan aku, tapi bie. Ehehehe, aku bangun lambat. Kira celik mata sarapan dah ada atas meja. Ciss, hampehnya aku ni kan.

Lepas perut terisi, kerja² pun dimulakan. Sasaran pertama ialah, bilik yang terletaknya barang². Bilik yang dah sarat dengan barang dan jugak benda² tak berguna (masa kemas la baru jumpa benda yang rasanya dah tak berguna). Lepas dah kosong, bie menjalankan tugas yang dah diamanahkan. Aku memang banyak jadi mandur je sepanjang proses mengemas² ni. Mop lantai, vaccum, lap sana, lap sini. Paling besar pun keje yang aku buat just cuci tingkap jela. Haha, mengelat je lebih.

Inilah antara barang²nya tu.. Banyak yang tak berguna je sebenarnya

Bekerja keras.. yeah!

Dan keras lagi.. yeeahhhaa!

Hampir sejam jugak la mengerjakan 1 bilik tu. Settle akhirnya. Bilik yang 1st skang dah menjadi bilik solat a.k.a bilik laundry (sebab ampai baju lepas basuh kat dalam tu). Bilik kecik yang tengah tu pulak jadi bilik barang. Lupa pulak nak snap gambar before & after progress bilik tu. Penat la kan, angkat barang sana sini (ye ke ni?) hehe. Sempat la belek² barang lama sambil mengemas tu. Nampak pulak album gambar lama, selak la jugak. Mengenang zaman² kekurusan dahulu. Skang camne, kurus ke? (huhu, usah ditanya soalan itu). Cukup², kerja perlu diteruskan. Maka barang² yang menimbun tu kami angkat dan susun cantik². Baru la sedap mata memandang. Lepas puas hati dengan kebersihan yang ditonjolkan oleh lantai rumah kami itu, bilik tidur utama pulak menjadi sasaran deco casa impian. Haha, tak taraf tu pun sebenarnya. Takat alih² je, takde la sampai nak deco²nye weh.
Sebelum dan selepas.. Spot the different? Dalam gambar memang tak nampak, meh la datang rumah tengok lagi senang. Hehe..

Dan tengah rancak kami mengemas² tu, Azhar-Rina SMS ajak lepak ke IKEA. Memang dah tau plan diorg nak pegi IKEA dari hari jumaat. Kami berdua on je. Setakat IKEA, naik beskal pun kejap dah sampai. Kira nasib baik takde beskal jela, hahaha. So, lepas siap berkemas. Juadah lunch disediakan. Aku dah masak nasi, tapi tiba² bie mintak makanan segera a.k.a megi. Jadi, takyah la aku bersusah payah masak lauk, yes!! Aku just makan nasi ngan sup tauhu je. Kan tengah diet, mana bleh makan banyak sangat. Tak gitu sayang?! ☻☺

Settle sudah agenda kemas-mengemas yang dirancang sejak sekian lama. Alhamdulillah, selamat semuanya (ceh, dah macam buat kenduri la plak main pikir selamat²).

Till my next post.. Chau Sien..

-END-

1 Mak Joyah Bertandang:

zamreen said... Jawab Balik

baru semlm tokwa sembang2, bile nak jalan rumah cikma ni.

Related Posts with Thumbnails