Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan wish di atas kepada sekelian insan yang bergelar bapa, ayah, abah, papa, daddy, abuya, abi, ayahanda, atau apa saje gelaran yang diberi kepada mereka yang menjadi tulang belakang kepada sesebuah keluarga ini. Tanpa mereka tak mungkin adanya aku yang menulis di sini, takkan adanya anda² semua yang sedang membaca di saat dan ketika ini di sana. Jadi, agak²nya sebesar manakah balasan yang mampu anda berikan sebagai membayar segala perit jerih, suka duka, payah getir dan kesusahan yang dialami insan yang seorang ini?
Aku? Tiada apa yang mampu aku buat untuk membayarnya. Sebab bagi aku, sebanyak mana pun aku cuba membalas, takkan setanding dengan banyaknya jasa yang aku terima. Namun, mungkin sebagai tanda ucapan terima kasih (walaupun tak diucapkan di bibir), apa yang kami adik beradik cuba lakukan adalah sesuatu yang setidak²nya dapat menggembirakan hati kedua orang tua kami. Anggap ajelah apa yang kami lakukan ini bukan je sempena Hari Bapa, tapi ia adalah sempena Hari Ibu & Bapa. Credit for my eldest sister, Akak atas effort yang ditunjukkan dalam menjayakan family trip kali ini. Thanks jugak kepada semua siblings yang memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Abang Zam, Abang Johan, Mie & Kak Gie, Joey (thanks for the tickets sponsoring), Jefri and Jani. My cute little anak² sedara, Alif, Adam and Hafiy. Dan juga 2 orang cousin, Fitri dan Hajar (yang menggantikan tempat kosong yang ditinggalkan dua org adik aku yang gile bola - Amry & Eddy). Walaupun ada sedikit cacat cela di sana sini. But it's ok, as long as each and everyone of us dapat rasa keseronokkan hari itu walaupun sedikit, especially our beloved Ayah & Mak.
Oklah, enough with the mebebel² tingy. Kita layan saja gambar² kami sekeluarga berhibur nun di atas puncak Genting Highlands sepanjang hari Ahad lepas. Lets the pictures lead all the story okey!
Jadual yang dirancang pada asalnya nak gerak pukul 7 pagi dah pun drag ke pukul 9 pagi!! Sesuatu yang sebenarnya memang aku dah jangka. Dengan bilangan ahli keluarga kami yang ramai ni, teramatlah susah nak arrange masa dengan mereka ini. Tapi macam mana pun, berjalan lancar jugak la. Kami bergerak dalam 4 kereta. Baju pink tu la organizernya, Akak. Dan Hafiy pulak adalah Big Boss pada hari itu. Hehehe..
Perjalanan kami tak mengambil masa yang lama. Cuaca yang cantik dan jalan yang lancar menjadi penyumbang utama. Kami semua sampai sekitar jam 11 pagi. Keadaan yang berkabus dan nyaman. Aku agak teruja sebab kali terakhir aku jejakkan kaki ke atas ni mungkin lebih 15 tahun yang dulu. Aku sendiri pun tak ingat. Bie pulak memang tak ingat langsung. Yang die tau memang die pernah sampai, tapi tak sure berapa umurnya masa tu. Pendakian kami ke atas berjalan lancar sehingga lah....
Ayah dan yang lain² berenti kat satu kawasan lapang (mungkin parking lama yang tak digunakan). Kereta ayah problem masa ni. Ada bau hangit dari enjin. Jadi memandangkan hari pun dah tengahari, kami semua pun berenti la untuk bersantap terus. Bukak bonet dan makan ala² buffet. Macam² ada. Mak yang masak sejak awal pagi lagi. nak memastikan makanan yang dibawa tu cukup untuk semua yang ada. Sambil makan sambil snapping around..
Inilah antara yang ada pada hari tu. Kiranya adik beradik aku yang takde hanya dua orang, Amry & Eddy. Mamat 2 orang ni memang hantu bola. Diorang ada futsal hari yang sama. Jadi, tinggal la mereka jadi orang bujang kat rumah.
Akhirnya sampai la jugak kami kat puncak. Jalan beramai² ke outdoor theme park. Masing² dah tak sabar nak sampai ke situ. Nak² Alif & Adam. Seronok dan teruja sungguh die masa nampak macam² game yang diorang nak try.
Finally, kami semua berjaya jugak menjejakkan kaki ke tempat yang kami semua nak tuju, Taman Tema Luar!!! Budak² tu ada yang dah terlonjak² bila nampak kaunter masuk dari escalator yang kami naik. Joey menjalankan tugas sebagai tokey tiket hari tu. Die la yang sponsor kami semua (dengan voucher free hasil 'keje' lebih masa die).
Apa game pertama sekali kami main? Ayah & Mak buat keje gile, apa bendanya tu? Adam menangis ketakutan kat 1 tempat, kenapa dan kat mana? Aku & bie serik dengan...? Apa ek? Di hujung perjalanan kami, sesuatu yang aku tak suka terjadi.. apa bendanya? Sama² kite tunggu sambungan update ini okey. Sorry ler terpaksa sambung, penat dah nak upload gambar banyak sangat. Rasanya malam ni kena buat keje photo editing sket la.
To be continued..
2 Mak Joyah Bertandang:
walawei, kata takmor buat n3 sambung² ag, huhuhu! kena tggu ar nih! cet!
huhuhu main organiser rupenye... yg x ikut dua org tu kerana futsal tp berbaloi menang dgr nye, ade gambar masuk paper, tak ingat paper mana.
Post a Comment