Friday, June 19, 2009

Menyusuri perjalanan - Selatan - Timur - Barat

PART 1..

Hehehe, aku mengambil keputusan untuk buat update kali ni part by part. Bermula dengan kisah yang pertama. Heh, mestilah yang pertama dulu kan. Takkan terus nak citer yang ke-3 pulak. Oklah, back to the topic. Banyak nak cerita ni, tu yang sampai kena part by part.
13 Jun 2009
************
Kami memulakan perjalanan dari rumah di Damansara seawal 10 pagi. Singgah sapedek kat mamak dulu untuk alas perut. Lebih kurang 11:30 pagi kami memulakan perjalanan. Ke mana? Hahaha, ini sebenarnya idea bidan terjun yang aku terpikir minggu sebelumnya. Memandangkan kami berdua akan membalas undangan perkahwinan dari Liza & Amir di Gemas. Jadi rasanya ini salah satu peluang yang akan kami guna nak keluar dari KL dan tenangkan fikiran. Tempat yang menjadi pilihan adalah, Melaka. Kenapa Melaka? Well, ada sesuatu yang aku suka tentang negeri yang kecik nonet ni. Suasananya yang tenang, takde traffic jam cam kat KL, nak ke bandar senang (sebab tempat die kecik je kan), and the most top reason is - makanannya murah.

Stay 1 malam kat Lisbon Hotel. Last minute booking yang bie buat (1 day before check-in). Dengan bersusah payah jugak la nak mendapatkan hotel yang kosong. Sebab kebanyakkan hotel lain dah fully booked. Takleh kata apalah kan, kan tengah school breaks. Tapi alhamdulillah, dapat jugak akhirnya. Hotel yang quit nice lah. Tempatnya yang terletak betul² dalam kawasan perkampungan Portugis.

Lisbon Hotel yang letaknya betul² kat tepi laut..

Al-kisahnya masa dah nak sampai Melaka, jammed teruk kat hihgway. Kami stuck hampir sejam setengah kat situ. Padahal, exitnya hanya lagi 1KM je. Arghhh, tensionnya. Dah la panas pulak tu. Dugaan sungguh!! Mungkin wrong timing kot. Kebetulan Melaka tengah ada event yang agak banyak minggu tu. Dengan Pesta Sungai la, Sukan Tadika Se-Malaysia la, persidangan itu, perhimpunan ini. Jadi tak menghairankan la ramai yang menghala ke negeri kecik comey ni. Dah la plaza tol-nya sikit. Tak padan ngan kereta yang nak masuk.

Kat signboard persimpangan exit "Melaka - 1 KM"

Agak susah jugak la nak mencari hotel ni. Sungguh pun aku dah pernah menetap kat Melaka lebih setahun setengah kat sana. Siap terlajak2 sampai tah ke mana. Tapi berkat tunjuk arah dari sorang akak kat stesen minyak Petronas Jalan Ujong Pasir, sampai jugak kami akhirnya. (Tq akak!) Nasib baik aku tak turun sama dari kete masa tu. Kalau tak, nak je aku snap gambar akak tu sekeping, tampal kat sini. Tanda penghargaan, hahahaha..

Akhirnya pada jam 5 petang sampai jugak kami ke hotel tu. Mak aih!! 5 jam dari KL - Melaka. Gile punya penat. Padahal perjalanan sepatutnya hanya 2 jam ++. Ini semua jammed punya pasal. Lepas je check-in, aku dengan penuh tak sabarnya terus on aircond. Perut dah lapar gile masa tu. Tapi sanggup mencekik roti je demi untuk memastikan ruang yang mencukupi ada untuk malamnya pulak. Apakah agenda itu? Hahaha, sama² kite nantikan dalam Entry PART 2..

Tak lama sangat la tunggunya. Petang ni aku update la. Sementara menunggu, layan la gambar gedik² santai kami petang tu. Selepas puas merehatkan badan di atas tilam empuk dan bilik yang sejuk ditambah pulak rendaman bathtub yang hangat. Syiok!!

Layan la gambar² gedik kami ni ye..

Terasa amat poyo ketika ini..

Masa ni dah nak senja, tengah sunset.. Cantik tak?!!

To be continued...

4 Mak Joyah Bertandang:

rina said... Jawab Balik

aku tau part 2 tu ko nak cite pasal ape. haha sbb laki mu telah meracun aku utk meracun azhar juge utk pergi lagi ke tpt itu..hehe
btw.. cantik ah hotel tu (dr pandangan luaran la)

ch@ said... Jawab Balik

gambar yg masa nak senja tu, tak bape clear ar.....

k-mie said... Jawab Balik

rina, jom2. organize trip makan ikan bakar kat sana. ajak bapok2 yg lain sama.

i.z.m.a said... Jawab Balik

Syasya - bukan tak clear, itu la dinamakan siluet (teknik amik gambar)

Rina - Luar cantik, dalam not bad. Jom2, arrange la cepat!!

Related Posts with Thumbnails