Saturday, April 21, 2012

Licin sudah...

Ding dong..

Selamat dah rambut Hanan Zulaikha aku kejekan pagi tadi berdua dengan abahnya. Hahaha, makin bulat montel budak ni jadinya bila dah botak licin. Sepatutnya nak mintak mak aku yang cukurkan, sebab takde orang lain yang berani nak buat. Tapi tunggu punya tunggu, sebulan dah pun umur dia. Kang lambat sangat cukur, lambat la nak panjang balik. Kesian nanti hari raya rambut dia still tak baper nak ada. Kalau budak laki lain la citer kan.


Oklah, bertambah satu lagi skill set ibu dia. Lepas ni kalau ada sape2 nak mintak perkhidmatan mencukur rambut baby, bagitau je. Aku charge harga kawan2 je. Hehehe. Setakat nak gunting rambut dia lepas ni sampai ke besar, memang no problem la. Dah memang ibu dia tukang gunting terhandal pun kan. Hahaha..

Nota kaki lapan: Semua pun buat sendiri jela nampak gayanya kan. Hurmmmm..


Till my next post.. Bye bye bye..






 -END-

Friday, April 20, 2012

Full Moon

Ding dong..

Hari ni genap sebulan usia anakanda Hanan Zulaikha. Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar besar dah anak ibu yang kecik molek ni. Dalam tak sedar jugak, genap dah sebulan aku berpantang. 12 hari kat rumah mak Semenyih, 20 hari kat rumah sendiri. Macam tak percaya je aku mampu dok rumah sorang2 dalam pantang dengan anak yang masih kecik. Alhamdulillah, mungkin tuhan yang banyak membantu memudahkan jalan. Dalam pada sakit2 susah nak bergerak ke sana ke mari, aku gagahkan jugak.

My little precious angel ni pun tak banyak ragamnya. Siang dia tido je. Bangun nak susu & bila dia rimas lampin dia penuh. Selain dari tu, memang mata dia lelap sentiasa. Cabarannya bila malam la. Ada masa ragamnya datang taknak tido. Mata celik terbuntang sampai pukul 3 - 4 pagi. Nasib baik la ada suami yang understanding. Rajin jugak dia berjaga bila aku dah tak larat. Memang la orang cakap dalam pantang ni patutnya si ibu boleh tido cukup waktu siang. Tapi tak boleh aplikasikan kat aku yang tinggal berdua je dengan baby. Aku bukan boleh tido lena nyenyak2 waktu siang. Sebab sikit je dia berkuit, aku mesti terus bangun. Bertuah ada suami yang memahami.



Ni jela keje saya di siang hari..

Tambahan pulak Hanan Zulaikha ni menyusu badan. Jadi, kekerapan dia bangun malam tu lebih la sket (ni normal mengikut apa yang aku baca la, sebab baby yang menyusu badan cepat digest). So, even dia tak meragam nak berjaga waktu malam. Still aku akan terjaga setiap sejam atau 2 jam bila dengar dia merengek nak susu. Kalau pun Bie yang terjaga, dia kena kejutkan aku la. Sebab susunya kat badan aku kan, bukan kat badan Bie. Haha. Just that skang aku dah bagitau, in case aku tak larat bangun. Panaskan je susu yang ada dalam fridge. Feeding dengan botol jela nak bagi Hanan Zulaikha sambung tido. So far, Bie makin biasa la. Walaupun dulu dia pegang baby pun tak pernah.

2 hari lepas bawak Hanan Zulaikha pegi klinik. Sebab dia nampak macam selsema. Aku pun tak sure baby newborn ni kalau sakit kena bagi makan ubat ke tak. Tapi tak kisah la, asalkan tau dia tak sihat tu, lagi baik bawak jumpa doktor. At least doktor tu boleh check betul2 keadaan dia. Aku taknak tunggu sampai keadaan dia jadi teruk baru terhegeh2 nak bawak pegi klinik. Bie pun memang concern sangat2 pasal anak dia yang sorang ni. Lepas jumpa doktor, rupanya takde bagi ubat makan pun. Just dapat ubat titis untuk nose blockage. Moga2 anak ibu cepat sembuh.

So, hari ni dah masuk hari ke 32 aku berpantang. Tapi aku rasa badan aku dah fit to manage the house chores. Tapi dah katanya pantang orang melayu ni 44 hari kan. Aku pun takmo la lasak2 sangat. So far, masak memasak memang aku tak buat la. Mengemas rumah pun tak. Tapi Hanan Zulaikha memang 100% aku yang uruskan. Even dari awal dulu pun, memang aku yang mandikan dia apa semua. Masa kat Semenyih je mak aku ada mandikan dia. Tapi kat sini (rumah sendiri), tak pernah lagi aku pass dia kat orang lain untuk mandikan. Tugas mummy memang masakkan lauk je. Tu pun sekarang mummy dah takde datang hari2 macam masa minggu first kat sini hari tu. Kalau dia tak datang, Bie la yang akan pegi ambik makanan kat rumah mummy. Thanks mummy, banyak dah bantuan dia sepanjang aku berpantang sorang ni.

What else to write down ek..

Hurm, tak sabar nak abiskan tempoh pantang ni. I really need to freshen up my body la. Terperuk dalam rumah berminggu2 ni, betul2 merunsingkan kepala aku. Benda pertama aku nak buat pagi hari ke 45 nanti ialah, bangun seawal yang boleh, ajak Bie pegi breakfast kat kedai makan nasi lemak!

Nota kaki lapan: Lesen aku mati 2hb May nanti. Ngam2 ho la time tu abis pantang. Huhuhu..

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-
Related Posts with Thumbnails