Author: i.z.m.a
•6:42:00 PM
Semalam bertungkus aku ke sana ke mari demi nak menjayakan program rahsia aku ni seorang diri. Waktu lunch sanggup ke OU nak mencari hadiah. Lepas tu balik je dari keje singgah Secret Recipe beli kek (1 slice jela). Perancangan yang teliti dibuat supaya tuan punya diri tak perasan langsung. Hehehe..

Kat rumah pulak, puas jugak la cuba nak menyorokkan benda² yang dah dibeli tu. Dah la hadiah pun memang belum berbalut. Aku tabah je menunggu tuan punya diri itu terlelap depan tv (ni memang feveret die hari²). Sebaik je aku nampak bie dah terlena, cepat aku mulakan projek kerja kursus tahunan ini, hehe. Mula dengan membalut hadiah, lepas tu menulis atas kad ucapan. Asalnya, aku tak perasan semalam adalah malam 9 Disember. Aku ingat nak surprise die malam ni, hahaha. Nasib baik memang dah tersedar masa kat opis. So sempat la nak menerjah apa yang patut.


Baik punya lena.. Apapun tak sedar dah..

Menanti pukul 12 malam pun dugaan jugak la untuk aku. Mata dah mengantuk, tapi aku tahankan je. Kalau tertido, alamatnya pagi esoknya jela aku surprise kan die. Tapi alhamdulillah, berjaya jugak aku menahan mata. Sebaik je jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Aku terus keluarkan kek dan pasang lilin siap².


Kek yang dah sedikit penyek. Kad yang baru ditulis. Hadiah yang baru dibalut.


Masa aku kejutkan bie, die ingat aku nak panggil di masuk bilik. Then, bila penyanyi terulung ni start nyanyi lagu happy birthday. Baru la die perasan kek dan lilin yang terpasang tu. Haha, termangu² la tuan punya badan. Tapi macam mana pun senyuman tetap terukir di bibir..


Tak sabar nak tengok apa ada dalam kan..

Hope you like it dear. Bukan saje hadiah (sebab hadiah aku kasi tu very the cheapo pun), but everything. Insya Allah, untuk tahun² yang akan datang I tetap akan cuba kasi surprise untuk you (kalau tak nyanyok lagi la)..

Nota kaki lapan: Suka dapat buat seseorang yang disayang rasa bahagia.. :)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Author: i.z.m.a
•12:00:00 PM
Hari ini.. 27 tahun dahulu..
Sangat istemewa untuk seseorang,
Hari yang membahagiakan ramai orang,
Hari yang menggembirakan hati kedua-dua insan itu..

Hari ini.. 27 tahun dahulu..
Seorang insan istemewa hadir,
Membawa sinar harapan,
Memberi cahaya kehidupan..

Hari ini.. 27 tahun dahulu..
Lahir seorang insan,
Dan sehingga kini,
Dia masih terus membahagiakan..
Semua insan disisinya..

Hari ini.. Segalanya masih berputaran..
Kerana hari² yang mendatang selepas 27 tahun dahulu itu,
Dan mungkin untuk 27 tahun akan datang,
Aku bersyukur menjadi sebahagian dari mereka..
Yang bahagia di sampingnya..

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..

Dari isterimu, yang sentiasa akan menyayangi kamu!!



Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Author: i.z.m.a
•4:20:00 PM
Semalam menyinggah kat blog kazen I dan telah ternampak nama I dalam tag mengetag. Jadi, inilah balasan yang dapat saya sediakan ye..

1. Adakah anda rasa anda hot?
Saya memang hot!! Sebab hari² saya dengar hot.fm.
Dalam kete dengar. Kat opis pun dengar jugak..

2. Upload gambar kegemaran anda.


3. Cerita pasal gambar?
Ini adalah family baru saya selepas kawen..
Happy sebab akhirnya impian jadi kenyataan.
Family lama I tak pernah lupa tau!!

4. Bila kali terakhir makan pizza?
2 bulan lepas kot. Makan kat Pizza Hut Tesco, Mutiara Damansara.
Chicken Supreme rasanya masa tu, kot..

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Ada Apa Dengan Cinta, tengah terpasang kat radio ni ha..

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Keje, mengular, fesbuk, blog walking

7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Banyak sangat!! Yang paling takleh terima, ROSMARIE. Motifnya??

8. Tag lagi 6 orang
i - Syasya
ii - Rina
iii - Namo
iv - Melz
v - Precious
vi - Tina

9. Siapakah orang No.1 pada anda?
Seorang kawan yang berkepit sejak 7 tahun yang lalu.
Dari zaman belajar sampai la sekarang ni, keje pun satu opis,
satu department, satu team.. Haisy!!

10. Kata sesuatu mengenai orang no 5
Seorang blogger yang suka kongsi tips nak tambah duit poket.
Blog dia pun banyak tips² yang berguna..

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Ada ke? Tak sure la, rasa macam ada, tapi dia rahsia² kot..
Top secret agaknya..

12. Bagaimana pula orang no.4?
Seorang yang suka sharing ilmu dan tips lebih² lagi pasal blogging..

13. Pesanan kepada orang no 6.?
Update la blog tu. Bersawang dah weh!

Eh, mana orang no.2? Takpe², meh I tambah sendiri..

14. Apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2 ni?
Die sangat kepochi. Suka berceloteh walaupun baru kenal 5 minit.
Tapi I know, dia baik hati jugak kan!!


Okey, pada yang dah kena tag tu, sila la jawab ye bila² anda ada masa nanti. Sila jawab dalam bahasa melayu. Rojak sikit pun takpe kot :P

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-
Author: i.z.m.a
•12:25:00 PM


Oklah, ada 10 minit untuk post entry ini.

Hari ni aku akan berdepan dengan big boss untuk interview tahunan. Hari ni merupakan hari di mana segala kerja dan tatatertib aku dalam opis selama setahun ini akan direview. Adakah aku memenuhi segala kriteria yang mereka inginkan? Adakah aku berada pada tahap yang mereka harapkan? Adakah segala tanggungjawab yang diberi mampu aku laksanakan? Adakah KPI aku berjaya aku penuhi?

Segalanya akan terjawab petang nanti. Hopefully segalanya berada pada tahap yang baik dan terbaik untuk diri aku dan jugak yang lain. Kerana keputusan daripada appraisal yang akan berlangsung pada hari ini akan menentukan segala yang bakal aku terima pada tahun depan. Tu pun kalau aku masih terus berada kat sini, duduk di kerusi aku yang 'hot' ini. Sama² kite doakan okey!

UPDATE (2009-12-04 18:20:25): Appraisal aku telah postpone ke hari Isnin atas sebab² yang tak dapat dielakkan.. Hurmm, menunggu lagi nampaknya..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Author: i.z.m.a
•4:55:00 PM

Ninja Assassin

Genre: action

Studio: Warner Bros.

Director: James McTeigue

Cast: Rain, Naomie Harris, Rick Yune

Sinopsis (versi aku):
Kisah tentang Raizo (lakonan Rain) seorang ninja yang dilatih dari kecik untuk jadi pembunuh yang takde hati perut bersama sekumpulan anak yatim yang senasib dengannya yang digelar 'ozuno'. Mereka diculik dan dibawa ke suatu tempat rahsia. Semasa dalam 'kem latihan', Raizo adalah murid kesayangan kepada masternya (apa nama tah, lupa) yang sangat ganas mukanya. Dalam 'kem latihan, Raizo jatuh cinta dengan Kiriko yang jugak 'ozuno' sepertinya. Tapi Kiriko dibunuh sebab cuba melarikan diri. Apabila dewasa, Raizo diarahkan membunuh seseorang untuk membuktikan kesetiaan dan ketaatannya kepada 'keluarga'nya yang dikenali sebab 'Clan 9' (bukan cloud 9 ye adik²). Selepas berjaya melaksanakan tugasan tu, die menghadapi satu lagi ujian dimana masternya mengarahkan dia membunuh seorang budak perempuan yang cuba melarikan diri dari 'kem latihan'. Di sinilah segalanya bermula. Dia dengan sengaja mengingkari arahan itu dan mencederakan masternya menggunakan senjata specialnya (yang aku tatau apa nama die) tepat ke muka masternya.




Darah cam air sirap kat kenduri kawen je

Setelah keluar dari 'keluarganya' itu, die masih terus berlatih dan menjadi ninja baik yang sentiasa cuba membantu mangsa yang menjadi mangsa ninja jahat (boleh paham tak ayat tu?). Raizo bertemu Mika (Naomi Harris) seorang penyelidik forensik yang cuba menyelidik tentang beberapa kes yang berkaitan dengan ninja secara mendalam. Ini menyebabkan dia (Mika) diburu oleh kumpulan ninja 'ozuno' itu tanpa dia sedari. Raizo yang cuba menyelamatkan Mika telah membawa Mika lari bersamanya. Tapi mereka tersalah langkah setelah menemui rakan sekerja Mika, Ryan (yang aku tatau lakonan sape). Raizo ditangkap dan dikurung di sebuah tempat yang tak diketahui. Namun 'ozuno' yang memburu Mika dan Raizo berjaya menjejaki mereka. Maka berlakulah pertempuran yang dasyat.


Brutal gile mamat ni!


Inilah Mika..

Mika berjaya menyelamatkan Raizo daripada dibunuh dan membawanya ke suatu tempat. Raizo yang cedera parah akhirnya diculik oleh kumpulan 'ozuno' yang memburunya. Tapi Mika yang sememangnya menyedari keadaan tu akan terjadi awal² lagi dah memasukkan sejenis peranti untuk mengesan ke mana Raizo di bawa. Peranti yang diberikan Ryan kepada Mika itu akhirnya berjaya menemukan mereka dengan 'kem latihan' yang selama ini tersembunyi. Pertempuran antara ninja dan angkatan tentera US yang dasyat pun bermula.

Sekian.

Kalau nak detail lagi, sila la pegi tengok movie ni ye. Tapi dinasihatkan kepada mereka yang geli dengan darah, sila jangan menempah maut! Sebab sepanjang cerita ni, dari awal sampai ke akhirnya, darah memancut² di sana sini macam air sirap. Pertempuran mereka teramat ganas sebab tunjuk sampai tahap badan boleh putus dua, putus tangan, putus kaki dan tak kurang jugak putus kepala! Haih, aku yang dah tengok ni pun boleh terasa nak muntah lagi kalau diingatkan. Ngeri betul! Walaupun aku tau itu semua hanya tipu belaka. Walaubagaimanapun, aku salute jugak la dengan teknk CGI yang mereka guna dalam filem ni. Nampak real dan meninggalkan kesan yang mendalam. Cuma yang tak bestnya, ninja kalah jugak di akhir cerita. Biasalah US, mesti die nak tunjuk mereka yang terhebat. Padahal boleh je ninja² tu guna teknik pembahagi bayang ke, teknik ilusi ke apa nak kasi askar² US tu kalah, hahaha. Naruto la pulak!


Naruto gak best nak layan kalau bab ninja² ni
Takde ke sape² nak filemkan naruto ni ek?


Kelemahan filem ni mungkin pada jalan ceritanya yang bosan dan kurang isi penceritaan. Jadi plot ceritanya nampak terlalu ringkas dan ada setengahnya seolah-olah muncul tiba². Jadi untuk sesiapa yang berniat nak menonton cerita yang berseni, berdialog, bercerita dari hati ke hati. Ini bukan filem yang sesuai untuk anda okey..!

Nota kaki lapan: Cam tak caye je tengok badan Rain tu dah berketul² macam tu. Aku rasa masa Drama Full House dulu badan die normal je cam orang biasa..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-
Author: i.z.m.a
•12:57:00 PM
Semalam balik dari keje aku dan bie tersayang plan untuk tengok movie. Filem pilihan kali ni, Ninja Assassin. Review akan keluar petang nanti okeh! Kali ni tempat yang jadi pilihan ialah Tropicana City Mall. Kali pertama mencuba tempat baru. Memang agak tercangak² la jugak. Mana taknya, bukan kami pernah sekali pun datang sini, cari entrance parking pun meraban jugak la (aku pernah sekali la, tu pun duduk belakang je jadi big boss). Nasib baik jumpa walaupun dah agak suspen jugak sebab kena tawaf kat area bangunan sebelah yang macam tak siap lagi.

Masa nak cari petak parking pun, agak menggelabah jugak la. Mana taknya, tempat tak familiar langsung. Sudahnya termasuk kat kawasan yang dead end! Cis, nape la tak letak apa² tanda ke, kon ke apa. Tak pasal² kena berundur nak keluar. Tapi nasib baik la on the way mengundur tu, ada org nak keluar. Jadi dapat la kami parking betul² sebelah pintu masuk yang siap ada autopay. Best², I sangat suka.

Jadi settle parking, terus menuju ke atas. Nak terus ambik tiket movie kat kaunter. Nasib baik dah siap² beli dengan m2u. Jadi taklah risau kalau² tiket abis ataupun line nak beratur tu panjang sangat. Dalam perjalanan nak mencari kat mana duduknya GSC, ternampak Shinlin Taiwan Snack. Yahuu, memang baru je terasa nak makan menda ni last week kat OU. Tapi sebab masa tu terlupa (dan juga sebab malas nak berjalan jauh dari JJ ke situ), hasrat tu dilupakan ajelah masa tu. Alang² dah jumpa ni, terus la beratur nak beli Sweet Potatonya yang best. Tapi cari dalam list menu takde la plak. Jadi order Seafood Tempura. Tu pun kira feveret jugak. Kepada yang was² atau takut² nak try. I suggest pada anda sila la try. Memang best dan ianya HALAL, insya-Allah. Dah siap order Seafood Tempura (rasa die cam kopok lekor!!), tiba² terpandangkan signboard sebesar alam kat depan tukang goreng 'Sweet Potato bla bla bla'. Huhuhu, benci la. Takkan nak kensel order. Jadi lain kali jela gamaknya.





Selesai lepas ambik tiket movie kat kaunter. Terpandangkan Subway kat sebelah je dengan GSC. Langsung la ia menjadi pilihan untuk dinner. Dah lama pun rasanya tak makan Subway ni. Lagipun kat Tropicana ni memang teramat kurang tempat makan. Foodcourt pun aku tak nampak bayang. Subway melt untuk aku, Roast Beef untuk bie. Ittadakimas!! Selesai makan, layan game kat arcade. Cam biasa la, kalau tak dapat layan game Time Crisis sementara menunggu movie start, memang tak sah. Menghabiskan duit nak mengkayakan orang lain, hahaha. Oklah, tunggu review Ninja Assassin versi aku pulak lepas ni..





Nota kaki lapan: Ada insiden yang tak best masa nak cari kete. Cam orang gile turun naik tempat yang sama tapi tak jumpa. Padahal dah patut jumpa pun masa kali pertama sampai kat parking lot. Kepada encik BIE, i'm so sorry sebab naik angin puting beliung tiba². Saya penat, sebab tu la emo terlebih. I know i've no rite to do that on u. SOWIE!!

Credit untuk tuan punya beberapa gambar diatas:-
Kedai Shinlin
Shinlin Sweet Potato
Subway Melt

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Author: i.z.m.a
•2:56:00 PM
Boleh ke wish macam tu?? Hehe, ye aku tau aku agak terlambat nak wish. Tapi rasanya tak salahkan, biar lambat asal selamat!



Sedikit cerita sepanjang hujung minggu berhari raya. Tak banyak aktiviti yang aku buat. Memang kebiasaannya macam tu. Jarang sangat aku berjalan kalau time raya korban ni. Ditambah pulak dengan keadaan aku yang tengah 'merehatkan' perut ni. Lagi la aku rasa malas nak ke mana². Jadi duduk kat rumah adalah keadaan yang paling selamat untuk aku. Hehe, faham² la kenapa ek.

Malam raya which is hari Khamis lepas, terus shoot dari rumah ke rumah pak busu. Ada kenduri kesyukuran. Tapi aku cuma dapat join di penghujug majlis. Masa aku sampai pun jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Apa nak di kata, malam raya. Jem di sana sini. Mujur bie ambik jalan jauh yang kurang jem. Walaupun merentasi KLIA dan jugak sebahagian dari Nilai (highway PLUS dari Damansara - Selatan). Memang sepanjang jalan, berderet² kereta yang menghala ke utara. Masuk je highway PLUS KL - Seremban, kereta yang bersusun hampir tak bergerak menghala ke selatan. Mujur la aku hanya melawan arus. Perjalanan kami sangat smooth!

Di pagi raya pulak, aku mau pun bie tak bangun awal sangat pun. Kepenatan semuanya. Mak pagi² lagi dah siap menghidang juadah² wajib pagi raya (nasi impit, lemang, rendang, kuah lodeh) yang mengancam selera. Tapi aku kuatkan semangat! Alhamdulillah, setakat hari ni, saat entry ini ditulis taip, aku masih mampu bertahan. Usaha tangga kejayaan. Dugaan itu berlanjutan sepanjang hari! Malah keesokkan harinya jugak. Apa nak dikata, kalau dah namanya hari raya kan. Makanan dan perayaan kan dah macam aur dengan tebing. Tak boleh dipisahkan. Tambahan pulak raya korban, sup daging / tulang tu dah menjadi sesuatu yang lazim (aku adalah pemangsa sup tegar!!). Mujur la aku dapat mak yang memahami. Takde la kena paksa jugak makan. Kalau tak, naya jugak aku. Di hari Ahad pulak, ikut mak ke kenduri kawen. Aduh, dugaan hebat jugak ni. Ayam masak merah yang memanggil², tapi hati tetap tabah sambil dipanah matahari. Bukan la lapar pun, cuma nafsu yang menggelodak. Lebih hebat, ada pulak godaan cendol. Lagi la aku rasa tertekan sedikit. Tapi takpe, aku masih mampu bertahan sampai saat ini.



Tapi malam ni, aku terpaksa mengalah. Kondisinya kalah-kalah, menang-menang. Apa pun keputusan, ia tetap tak menyebelahi mana² pihak. Jadi baik aku pilih yang di tengah². Malam ni ada appreciation dinner untuk aku dan kawan² seopis lain yang sama² berhempas pulas (ye ke?) masa annual dinner yang lepas. Takpe, akan aku hadapi dengan tenang segala makanan² yang terhidang tu nanti. Yang penting, kawal diri kawal nafsu.


Menung jela keje ko skang!!


Inilah tempat yang nak dituju malam ni..

Oh, ye. Aku dalam program diet yang bersungguh² kali ni. Semangat memang sangat membara. Harap² baranya bertahan lama. Jangan nanti ditiup angin lepas tu terus padam. Doa²kan la kejayaan aku okey! Insya-Allah, bila dah capai matlamat yang aku nak, aku akan reveal dan tepek testimoni aku kat sini.

Nota kaki lapan: Ini dah macam bukan cerita raya kan.. Hahaha, lantak lah..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Author: i.z.m.a
•10:50:00 AM
Semalam balik dari keje aku & bie singgah ke Jusco OU. Niat di hati nak mencari rice cooker elektrik yang kecik sebab yang ada kat rumah tu besar sangat untuk masak nasi kami berdua. Kalau masak sikit sangat dalam periuk besar tu, nanti nasinya jadi tak sedap (macam keras sket). Buat masa ni aku menggunakan cara tradisional je nak masak nasi, dalam periuk biasa atas dapur gas. Melainkan kalau nak masak lebih dari biasa, baru la aku guna rice cooker yang besar tu. Sebenarnya dah lama sangat plan nak beli tu, tapi masih tertangguh sampai sekarang. Kebetulan masa singgah Jusco OU minggu lepas, aku sempat jenguk kat bahagian elektrikal. Ada diskaun 15% untuk JCard member. Tapi memandangkan JCard Day just around the corner, kami tangguhkan dulu.

Dalam pada merancang nak beli rice cooker, thermopot kat rumah pulak buat hal. Port untuk power cablenya dah pecah sikit tak lama dulu. Tapi bie dah repair dan gamkan balik. Malangnya, gam tu tak cuku kuat nak menampung. Pagi semalam, bie terpaksa la sarapan dengan air kosong je sebab tak boleh nak masak air. Thermopot tu tak dapat nak dihidupkan walaupun bie dah buat macam². Jadi, alang² menyeluk pekasam. Buying list ditambah lagi satu. Nak cari electric kettle bagi menggantikan tugas thermopot selama ni. Thermopot tu akan direhatkan selepas dihantar repair kat kedai nanti. Maka tag 'not fit to work' mungkin akan tertampal padanya sampai la ianya direpair dan selepas itu akan disimpan bagi menjimatkan ruang yang memang sudah sedia sempit atas cabinet tu. Khidmatnya mungkin akan disambung lepas masuk rumah baru tahun depan (ke tahun 2011 ye?).


Terjulur je wayarnya..


Bersedia untuk proses penyimpanan
Terima kasih diatas jasa mu selama ini ye..


Sampai kat Jusco semalam, seperti yang dijangka. Orang terlalu ramai. Nak parking pun sampai kena tawaf 3-4 kali la jugak. Dan nasib kami baik dapat parking betul² depan pintu lif. Selesai solat maghrib, terus mulakan operasi mencari. Rambang jugak mata memandang kertas² tergantung, 70%.. 50%.. 20%.. "Aduhai hati, kuatlah engkau hendaknya". Singgah kat bahagian lelaki sebab bie nak cari seluar keje. Selepas hampir sejam, sepasang baju keje berjaya disambar dengan diskaun 70% dan 50%. Ayat bie: "lepas ni shopping baju masa JCard day jela, murah sket". Heh, baru tau ke sayang? (Now u know why on earth orang berpusu² masa JCard Day kan, hehe).

Settle pembayaran, terus ke bahagian elektrik. Tapi sayangnya, rice cooker yang nak dibeli tu takde diskaun. Even diskaun 15% yang ada hari tu pun dah takde! Aduh, tertangguh lagi la gamaknya. Mujur kettle tu dapat 10% diskaun. Harganya tak la mahal (bie yang kata, bukan aku), RM49.90 je. Lepas diskaun dapat la RM44.++ lebih kurang. Bie mintak aku tukar mind set bahawa RM30 above tu is still okey. Tapi what to do, bagi aku ia tetap mahal sebenarnya. Hehehe. I'm just being me, sangat berhati² dengan angka! (Aku dulu beli kettle kat Mydin je, RM15.90 tau!)


Fresh from the 'oven'


Si comel ini akan bersama kami selepas ini
Selamat berbakti ye cik kettle..


Jadi pagi tadi kami dapat menikmati sarapan dengan milo panas macam hari² sebelum ini. Saya sangat suka!!

Nota kaki lapan: Pasni tunggu JCard Day yang lain. Kawan², kalau ada info tolong roger² ye!!


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Author: i.z.m.a
•8:51:00 PM
Kepenatan!!

Tapi penat yang dilalui sepanjang 2 hari hujung minggu kali ni terasa amat berbaloi. Saat entry ni ditaip, penat berjalan jauh masih terasa. Tambah pulak sesampainya kat rumah mummy ni, berehat hanya sekejap. Terus sambung membasuh kereta yang dah azab sangat rupanya. Tak tahan dah rasa hati memandang.

Al-kisahnya begini.. Bulan lepas dah berjanji dengan Pak Andak (pak sedara bie), kami nak datang berziarah ke rumahnya kat Seri Manjung, Perak. Memandangkan sepanjang aku mengenali mereka, tak pernah sekali pun berkesempatan untuk ke sana. Bulan lepas kami ada ke Pangkor, tapi dek kerana kami bersama rombongan beramai2, tak dapat la nak menyinggah. Kebetulan jugak wan (nenek bie) ada kat KL, jadi kami berjalan ke sana merangkap menghantar wan ke sana. Wan akan beraya haji kat KL minggu depan. Jadi pak andak akan bawak wan ke KL pulak minggu depan. Begini la rutin wan sejak mak tam ke Mekah (sebelum ni mak tam la yang menjaga wan kat kampung).

Sebagaimana yang dijanjikan, selepas subuh (sebelum zuhur), lebih kurang jam 10 pagi kami mulakan perjalanan ke Perak. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Lama jugak terasa, tapi apakan daya. Tugas aku sebagai co-pilot menghalang aku daripada melelapkan mata (walaupun ada masanya terbabas jugak mata ni, hehehe). Perancangan asalnya nak menyinggah ke rumah salah seorang teman yang sama belajar dulu kat kem navy, tapi last minute die ada hal. Jadi sesampai je kat rumah pak andak, kami terus lunch dan berehat2 mengumpul tenaga. Sempat jugak melelapkan mata sejam dua. Petangnya, ke Teluk Batik pulak. Ini kali pertama aku ke situ. Tapi takde apa yang kami lakukan. Hanya duduk2 ambik angin petang tepi laut. Agak sunyi sekitarnya, mungkin sebab sekarang adalah musim hujan. Tambah pulak poket2 manusia bekerjaya masih belum 'lebat'. Jadi lengang la suasana sekeliling. Kami duduk tak lama. Selesai solat maghrib kat sana, kami terus bergerak ke pekan Lumut pulak. Tujuan seterusnya nak membeli ikan bilis dan kudap2 yang sememangnya dah sangat sinonim di sana. Sempat juga singgah membeli t-shirt Teluk Batik sebelum terus ke Pekan Lumut. Singgah di masjid pekan Lumut menanti waktu Isya' sebelum teruskan perjalanan. Kami yang dah siap menjama' hanya duduk di luar melayan nyamuk yang banyak. Selesai pak andak dan anak2nya bersolat, kami terus ke tempat yang nak dituju. Selesai memborong, terus balik rumah. Perancangan awal nak pekena ikan bakar dibatalkan sebab ada program saat akhir yang memerlukan kami bangun awal esoknya. Apa program itu? Teruskan membaca la ye.


Dah macam promo Nur Kasih lak gambar ni, ahaha..

Dalam perjalanan pulang dari memborong, kami singgah untuk beli makanan untuk makan malam. Memandangkan kami perlu tidur awal, char kuey teow jadi pilihan untuk dinner kami semua. Pak andak yang rekomen char kuey teow ni sebab katanya ia agak istimewa. Tapi sedap atau tidak, ia sangat subjektif kan. Pada tekak aku, ia memenuhi standard yang aku letakkan. Aku memang penggemar char kuey teow tegar. Hahaha. Jadi kalau takde apa yang meng'spoil'kan selera aku, sedap la maknanya tu. Apa yang menariknya tempat yang kami beli ni, ada 'air bonus' disertakan untuk setiap 3 pinggan char kuey teow yang dibeli. 'Air bonus' tu ialah air free, tak kira la oren ke, sirap ke. Dan malam itu 'air bonus' ialah oren ais. Nice! Kalau ada yang pernah ke Manjung, atau memang menetap kat sana dan sekitarnya tapi tak pernah tau pasal ni. Boleh la cuba sekali sekala. Letak gerainya tak susah nak dicari. Betul2 di hujung jalan antara Hospital Manjung dan Sekolah Menengah Seri Manjung (kalau tak silap la, sebab banyak sangat sekolah kat situ). Dengan harga RM3 sepinggan, kuantitinya pasti mengenyangkan perut yang kosong. Servicenya pun sangat pantas. Bayangkan saje la kuali yang menggorengnya pun ada 4 sekali jalan!


Gambar dari kamera2 henfon, tak baper cantik..

Pagi esoknya, hari Ahad yang damai. Pagi yang kalau diberi pilihan aku akan jadi orang yang paling lambat mau meninggalkan katil. Tapi apakan daya, ada misi yang perlu dilaksana. Seawal jam 7:30 pagi, kami semua dah pun memulakan perjalanan dalam sejuk2 dan dingin gerimis. Hala tuju kami pagi itu ialah, Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku keluar seawal ini hanya untuk bermandi-manda di sungai. Lokasinya yang memakan masa 1 jam setengah dari rumah pak andak memaksa kami keluar seawal ini. Juga untuk mengelakkan orang yang mungkin akan ramai di sana nanti. Tapi, mungkin atas sebab cuaca. Sepanjang kami bermandi manda, tiada sesiapa pun yang muncul melainkan sekumpulan pelajar (mungkin) yang sedang berkursus rasanya. Walau gerimis turun, kami tetap terjun ke dalam air yang sejuknya bak air batu! Kalau demam esok atau lusa, rasanya aku tau mungkin ini la antara puncanya kan. Selesai 2 round berendam, kami bersiap2 untuk pulang. Tapi sekali lagi program mengejut datang. Atas sebab hari masih awal, pak andak ajak kami ke pekan Kuala Kangsar untuk lunch sambil berjalan. Huh! Program bertambah2 nampak gayanya. Bie cakap, macam ni la gayanya kalau berjalan dengan pak andaknya tu, banyak program luar jangkaan.

Sampai di pekan Kuala Kangsar, kami semua dibawa berpusing sekitar kawasan Kuala Kangsar. Melalui Masjid Ubudiah dan juga sekitar kawasan istana negeri Perak. Sayangnya, kamera yang ada hanya la kamera henfon. Terasa rugi sangat. Banyak rasanya shot menarik yang terlepas dek kerana kurangnya kuasa dari kamera henfon kami itu. Takpela, ini akan menjadikan sebab adanya kunjungan kali kedua aku dan bie pada masa akan datang. Dan kalau dah sampai ke pekan Kuala Kangsar, tak lengkap rasanya kalau tak merasa laksa Kuala Kangsar. Laksa dibeli sudahnya dibawa pulang ke KL sebab aku dan bie dah terpandangkan pak andak dan family menjamu nasi dengan ikan sungai bakar. Yummi, mana boleh tahan! Selesai makan tengahari, kami semua singgah masjid (yang aku dah lupa namanya) untuk solat sebelum terus balik ke destinasi masing2.


Masjid Ubudiah


Laksa Pak Ngah dan ikan bakar yang best..


Wan dan cucu kesayangannya..

Aku dan bie teruskan perjalanan dari Kuala Kangsar terus ke Kuala Lumpur. Penat bermandi manda, berjalan ke sana ke mari memang amat terasa. Tapi semua itu dapat diatasi dengan kepuasan sebab dapat menghabiskan masa2 berkualiti bersama.


Hasil dari perjalanan 2 hari..
Tak termasuk dengan benda kudap2 dan ikan bilis dari Lumut!


Nota kaki lapan: perut aku bakal direhatkan untuk beberapa bulan bagi memberi ruang untuk ia berkerja keras mengurangkan apa yang tak sepatutnya terus membesar..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-
Author: i.z.m.a
•2:18:00 PM
Beberapa hari lepas, kalau tak salah aku hari Selasa. Aku menghabiskan masa dengan menerjah blog² yang ada dalam list aku. Masa melepak membaca entry² yang ada kat blog bro Mazidul, aku terbaca satu entry yang dah agak lama (bulan 9 2008 kalau tak silap). Dalam entry tu die ada cerita pasal gerai makan kat kawasan perindustrian PJ, jalan ss51/217. "Ikan bebek" namanya. Pelik kan bunyinya. Tapi sebenarnya itu adalah nama lain bagi menu ikan cencaru sumbat sambal. Aku pun baru kali pertama terbaca. Tak pernah pulak tau ikan tu ada nama lain. Jadi, tengaharinya aku ajak bie ke sana. Nasib baik la aku ni dapat suami yang sporting dan memahami. Die dengan rela je nak pegi dengan syarat aku yang drive. No problem, asalkan dapat pegi cuba.


Nasi panas, ikan panas, cuaca mendung.. Great combination..


Simple..


Licin pinggan dua orang yang kebulur sangat

Niat kali ni memang sekadar nak mencuba je. Memenuhi kehendak tekak yang datang tiba². Mungkin takde lagi percubaan kali kedua. Sebabnya ialah, tempatnya yang agak jauh dari opis aku dan kami terpaksa menempuh jalan² yang ada kemungkinan untuk jem bila² masa iaitu Federal Highway. Sedap sangat ke? Entah la, kalau ikut pengamatan aku. Hanya ikan tu je yang membuatkan orang ramai sanggup menunggu kot. Ikan tu memang digoreng panas², jadi bila makan memang terasa la enaknya. Dengan nasi putih 2 pinggan berlaukkan ulam raja, 5 ekor gulai udang, sambal belacan, seekor "ikan bebek", telur asin, air suam dan limau ais. Perut yang kosong sudah pun selamat diisi dengan penuh manfaat. Dan kami membayar RM8.20 untuk kesemua itu. Boleh la, tak mahal, tak murah..

Tapi spoil sikit sebab masa kami sampai, nasi belum masak (aku tak sure tu round keberapa diorang masak nasi). Kami menunggu nasi untuk 15 minit tanpa sebarang sapaan dari tuan punya kedai, contohnya bagitau yang nasi tu ada lagi berapa minit, suruh order air dulu ke.. It was just nothing. Ada terasa macam orang bodoh pun ye jugak berdiri kat situ tanpa layanan (well, aku kan customer. Semestinya memerlukan layanan kan!). Mungkin jugak dek kerana permintaan yang banyak, ikannya digoreng kurang sempurna. Tapi untuk gerai seperti tu, apalah sangat layanan yang boleh aku harapkan. Jadi, aku terpaksa redha jela. Maka, itu la kali pertama dan mungkin juga terakhir aku makan kat situ.

Ini pulak entry selingan..

Semalam masa pergi keje, macam biasa kami melalui jalan² yang agak sibuk. Masa baru masuk ke LDP, tiba² aku terpandangkan satu suasana yang tak sedap mata memandang. Mula² aku tak perasan, bie yang tiba² menjerit "ish! bawak baby camtu je ke??". Rupanya ada sepasang ibu ayah yang kurang akalnya membahayakan nyawa anak kecil mereka tanpa rasa belas kasihan. Baby tu mungkin lingkungan umurnya hanya 8-12 bulan. Didukung dan diletak atas ribaan ibu tanpa ada sebarang tali atau pengikat yang menjadi menyokong kedudukannya atas ribaan ibu. Hanya berbekalkan pegangan erat (yang bisa je terlerai andai sesuatu yang buruk itu berlaku) ibunya. Apa yang ada dalam fikiran kedua ayah dan ibu tu agaknya? Mungkin ada di kalangan kita tak mampu nak berkereta sendiri, tapi tak ada ke cara lain selain dari bermotor macam tu? LDP tu bukan calang² sibuknya di pagi hari. Kereta, motor, lori dan segala jenis kenderaan mencelah dengan laju² belaka. Jadi, untuk kedua ayah dan ibu ini. Fikirkanlah ye. Takkan kamu berdua saje yang maukan keselamatan dengan menutup litup kepala kamu tu dengan helmet yang canggih dan mahal? Sedangkan anak kamu itu kepalanya terdedah tanpa sebarang perlindungan. Ada akai, guna la!!


Sebaik je selepas gambar ni diambil.
Si ayah dengan slumbernya main pass² botol susu ke belakang!!


Jadi untuk ayah, papa, daddy, abi, walid dan juga mak, ibu, mama, ummi, mummy di luar sana. Jangan la pentingkan diri sendiri je. Jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah. Kenanglah susah payah nak mendapatkan seorang anak. Jangan dengan mudahnya menggadai nyawa mereka demi kepentingan kita orang² dewasa semata-mata..

Nota kaki lapan: Lokasi yang sama (depan MOFAZ) pernah terjadi kemalangan maut melibatkan penunggang motor yang dilanggar kereta. Sekitar awal tahun ini..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails