PART 3..
Hey, berapa banyak part daaa...
Oklah, ini yang terakhir untuk entry hari ini. Hehehe. Next week akan ada entry yang fresh dan segar. Bukan lagi entry² basi macam minggu ni :P
20 Jun 2009
*****************
Turn mengikut bie balik ke Jerantut. Habiskan masa weekend bersama ahli family bie. Ada undangan kenduri kawen dari sedara die yang duduk kat Felda Jengka. Satu yang agak best kat Jerantut ni, suasana paginya yang nyaman sangat. Sejuk je rasanya. Mana taknya, bukit bukau belakang rumah. Tapi sayang seribu kali sayang, kalau balik rumah wan ni, pagi² dah kena bangun. Pastu takde can dah nak tido balik. Sebab dah memang style diorang akan bangun sarapan ramai² dan lepas siap sarapan, terus bersiap² nak makan tengah hari pulak. Tapi biasanya yang pompuan je sibuk kat dapur. Yang laki dengan hal masing² la. Bie? Hehe, tido la. Apa lagi kan? Tapi yang kali ni lain sikit la. Sebab tengah hari kami semua nak ke Jengka. Jadi acara memasak untuk makan tengah hari tu takde la. Tapi takkan la aku nak sambung membuta kan. Segan la weh! Jadi layan jela baby kembar yang ada sambil tgk² TV.
Lebih kurang pukul 11 pagi, kami gerak ke Jengka. Yang veteran² dah gerak lebih awal. Tinggal kami yang muda mudi dan separuh veteran jela. Asalnya nak gerak 3 kete. Tapi lepas dikira², ada banyak ruang kosong kat kete lain. Disebabkan kete kami yang paling kecik, jadi kami la yang dapat menumpang. Yahooo!! Save minyak, save tenaga. Naik Toyota Innova Pak Anjang. Sangat best dapat duduk belakang. Bezanya rasa dengan Kenari ku itu.Huhuhu..
Kat rumah kenduri takde apa sangat nak dibuat pun. Sampai je terus duduk join geng veteran yang tengah melepak. Cukup time, makan. Abis acara, balik. Menariknya pasal kenduri yang ini. Kendurinya diadakan sebelah pihak lelaki terlebih dahulu. Sebelah pihak perempuannya kemudian. Pelik kan? Tapi ini bukan yang pertama aku dengar. Salah seorg teman sekuliah (cewah, sekuliah tu) pun buat dengan cara yang sama. Sebelah pihak lelaki didulukan. Tak kisah la sebelah pihak mana yang dulu sekali pun, asalkan segalanya berjalan lancar sudah.
Inilah perantinnya.. kacak dan manis! Purple memang sweet!!
Sebelah petangnya aktiviti menggunting rambut bie. Kesian die rambut dah panjang sangat. Nasib baik isterinya yang tersayang ni boleh guntingkan. Save duit bie kat situ. Ada anak nanti pun takyah pegi² kedai, gunting kat laman rumah je. Hehehe. Bak kata Mak Teh, "ada style la, macam pro". Hehe, inilah namanya anugerah tuhan. Skill yang aku dapat hanya dengan cara try & error. Memang aku tak penah ambik apa² course. Sekurang²nya skill tu dapat jugak dipraktikkan kepada adik², ayah, abang² & pakcik² aku. Kan ke save cost namanya tu!
Rambut baru yang kacak! Hahahaha
Ahad pulak balik ke KL. Sempat singgah Bentong nak tengok baby baru Makcu & Pakcu. Comel sangat, tapi belum ada nama. Nak bagi bie try pegang, tapi die takut. Takpe², nanti bleh prektis. Banyak masa lagi. Kejap je singgah. Lepas tu terus balik KL. Balik rumah Koperasi dulu. Rehat²kan badan. Tapi sebelum dapat berehat, Kenari ku sayang dah pun menunjukkan tanda² memerlukan rawatan pada 'kaki'nya yang sebelah kanan. Rupa²nya ada kebocoran kat 'kaki' die. Kesian. Maka kebocoran itu ditampal. Time nak balik, tiba² aku terpandang pulak ada benjolan kat 'kaki'nya yang sebelah kiri. Haih, selepas diperiksa. Terpaksa tukar 'kaki' baru. Huhuhuhu, melayang beberapa 'rat' di situ. Tabahkan hati mu bie sayang.
Masa ni belum tau lagi yang sebelah kiri tu pon problem.. Dan ini la saat dan ketikanya....
Sebagai tanda menjaga 'hati' Kenari ku sayang yang mungkin merajuk kerana dilenjan tanpa henti saban minggu. Maka die pun dibawa untuk mandi pada suatu petang hari rabu yang lalu.
Sedang mandi buih... Diperhatikan waktu 'dimanja²'
Oklah, end of topic jalan² aku. Ini pula adalah update tentang sesuatu yang aku berhajat nak beli sejak bulan² yang lepas. Sila rujuk pada entry ini. Terima kasih buat bie yang sudi melayangkan kad-hutang-emasnya itu pada malam tersebut. Jasa anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Hehe.
Dapat jugak akhirnya
Sekian dulu untuk update yang berjela² ini. Petang ni nak balik Semenyih. Boleh la jumpa ngan Hafiy-si budak debab (skang tak debab sangat dah). Esok rasa macam nak bawak die berjalan², tu pun kalau mama die kasi kami pinjam die kejap la kan.
Till my next post.. Tatatitititu..
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment