Pagi ini..
*****
Bangun agak lambat dari yang dirancangkan. Ingat nak bangun pukul 6 sebab nak settlekan kain baju yang berendam dalam baldi. Sedar² dah terlajak rupanya. Disebabkan semalam dah janji ngan bie nak buat western bekfes, maka digagahkan jugak bangun dari katil. Rodok radak, rodok radak.. maka nah! Terhasil la sarapan ala² western cincai bocai dari aku. Jadi la kan, asal boleh telan, masuk perut, dan kenyang. Bie tak komen apa, elok je makan. Maknanya oklah tu kan. Asik makan nasi goreng, cekodok, roti bakar je. Hari ni tukar la menu sikit. Pasni akan improve skill memasak breakfast untuk bie ok..
Roti bakar + Baked beans + scramble egg
Malam tadi..
*****
Balik je keje terus ke JJ One Utama nak survey² harga vacuum. Nak buat banding² harga je, tak plan nak beli kat situ pun. Nak beli kat Sengheng je. Boleh jugak tambah point yang sedia ada. Confirm!! Harga sama je. So sebelum balik, pusing punya pusing. Terjumpa Conv a.k.a Fata (budak kengkawan chattingan). Sempat la borak² sikit. Sambil pusing² sempat survey² barang dapur. Sudah jatuh cinta pulak sama satu set pisau. Tapi sebab agak kemahalan, jadi malas la nak beli 1 set. Try usha² yang seperate punya. Tapi lepas kira² rupanya sama je harga (including beli bekas pisau). Baik ambik set. Maka bie dengan baik hatinya meng'offer' nak beli set tu.Thanks ye bie. Hahahaha, makna tersembunyi tu kan. Kena la rajin masak lepas ni ye. Bijak.. Bijak..
Settle bayar, pastu singgah solat Maghrib jap. Dalam surau lepas abis solat, jumpa lagi ngan minah Fata (nama die memang cam laki, tapi die pompuan ye). Sempat la borak² lagi. Haha, kuat la agaknya jodoh kitorang ni kot. Lepas tu meneruskan perjalanan ke Tesco, The Curve. Kata sepakat dicapai nak beli vacuum tu kat Sengheng jela. Kat Tesco tu sempat lagi survey harga dalam Tesco plak (yerp, aku memang suka survey dulu.. baru puas hati). Lepas betul² puas hati, terus la ke Sengheng. Tapi rupa²nya, store Sengheng yang ni tengah buat clearance. Memang licin licau terus, vacuum tu semua clear! Ciss, kenapa la berat sangat nak membeli natang ni! Hampa lagi la aku nampaknya ni..
Disebabkan tak dapat nak beli vacuum, kami hanya jalan²-tengok²-pandang² ajela. Ternampak seketul laptop Sony VAIO yang hanya berharga RM26XX! Tapi apakan daya, tiada budget untuk itu sekarang. Godek² jela ye. Takpe, akan ku dapatkan engkau satu hari nanti wahai laptop!
Electrolux Z1650.. wait for me!!
Maka selepas itu..
*****
Kami singgah kat Madam Lim's untuk bersantap. Tau dah kalau balik rumah baru nak masak, alamatnya tengah malam nanti la baru dapat menyentap segala juadah² tersebut. Hehehehe.. Maka dirasuk amukkan kelaparan, sekian banyak makanan yang lazat ini menjadi santapan kami berdua.
Spring Roll a.k.a Popia goreng
Watermelon Juice
Petang semalam..
*****
Harijadi Adam dah lama pun lepas sebenarnya. Tapi cikma hanya berkesempatan nak pos hadiah semalam. Harap Adam happy dengan hadiah dari cikma & pakcik k-mie yang tak seberapa tu. Tahun ni ada sikit pokai, tu yang hadiah pun stok ala² pokai la jugak. Sorry ye Adam. Next year insya-Allah, bagi yang best sikit.
Hadiah untuk Adam..
2 hari yang lalu, hari Rabu..
*****
Kami beramai-ramai (takla ramai sangat pun, berempat je) ke Jalan TAR. Bershopping untuk hari raya nanti. Mummy ajak pegi Jakel, nak beli kain untuk buat baju kurung. Tahun ni kali pertama beraya dengan keluarga bie. Agak lain jugak la rasa. Hijau menjadi tema pilihan tahun ni. I follow jelah. Tak kisah pun sebenarnya tema ke tak tema. Janji ada baju baru dah la. Dan tahun ni Mummy belanja lagi sepasang (tahun lepas & 2 tahun lepas pun Mummy belanja jugak). Tapi lagi best tahun ni belanja siap tempah sekali. Hehehe, untung suami saya kan :), save sikit duit raya. Thanks Mummy. "Bie, nak duit raya lebih tahun ni bleh??" :P..
Dah mula bosan la ni..
Ini pulak hari Isnin yang lalu..
*****
Kami berdua cuti panjang. Bukan honeymoon ye, tapi menghabiskan masa bersama keluarga bie. Mummy cadangkan sejak bulan lepas lagi. Nak ziarah adik beradik Abah yang duduk kat JB. Atas arahan veto itu, maka kami pun ambik la cuti 2 3 hari. Seawal 6:30 pagi kami dah gerak dari KL. Pagi² buta pun jalan tengah KL ni dah banyak kereta. "Masuk keje pukul berapa diorg ni?" Tak banyak sangat pun aktiviti kami kat sana. Dah namanya pun menziarah sedara-mara kan. Tambah pulak cuaca teramat sangat panasnya. Nak keluar pun malas. Just malam Isnin tu kami semua berjalan ke Danga Bay. Saje nak tengok² apa yang ada kat tempat yang dibanggakan sangat rakyat JB. Takde la apa sangat dapat dibuat pun, nama pun malam. Malaysia ni kalau dah malam, penuh ngan tempat makan jela. Sempat la snap 5-6 ketul gambar, hehe. Kamera memang tak pernah tinggal. Berkepit sentiasa. "Psst bie, sebenarnya ayang teringin nak main kat fun fair tu, tapi segan la nak cakap.. hehehe"
Peneman sepanjang perjalanan
Hubby & Wifey
Malam itu..
*****
Balik dari Danga Bay malam tu sempat jugak kami singgah nak menggolek bola yang berat ini. Apa lagi kalau bukan mem-bowling. Kebetulan rumah Ayah Ngah (adik Abah) dekat dengan sports centre ni. Apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mari pow orang!! Hahaha, kesian Syafiq kena belanja malam tu (sebab Abang K-Mie die konon² lambat kuarkan duit. Cehh, trick je tu!) Anyway, thanks Syafiq.
Newbie lagi..
Inilah jagoan malam itu... ciss
Dan esok..
*****
Kami akan menjelajah ke selatan lagi. Esok nak ke Melaka. Menghabiskan 1 malam bermalam kat sana. Nak pekena ikan bakar Muara Sungai Duyong yang khabarnya sangat sedap + murah + berpatutan. We'll see la nanti camne. Hari Ahad pulak akan memulakan perjalanan ke Gemas, N9. Salah seorang classmate zaman ADTEC dulu mengakhiri zaman bujangnya. Jauh nun kat Felda Palong 9. Huhuhu, dah try tengok kat google maps. Mak aih.. jauhnya la!! Tabahkan hatimu ye wahai Kenari ku sayang.
Till my next post.. Caucendolpulut!!
-END-
3 Mak Joyah Bertandang:
vacuum itu adalah vacuum saya juga! pon dibeli kat sengheng. Bes sbb bagless.. penuh je bukak n buang habuk2 tu, takyah susah2 tuka bag.
wahh,jadi bukan la Fatin mem-vacuum lantai dengan perutnya ye? hahaha.. memang nak yang tu sebab tu antara bagless vacuum dalam range harga yang paling rendah,hehe..
hahha terpakai acc azhar plak time mengomen semlm..
fatin skang rajin tlg kemas bakul sampah kertas.. kertas2 yg dah buang dlm tong sampah.. dia kuarkan balik.
ini la akibatnye kalau kasi dia naik walker
Post a Comment