Tujuan asal sebenarnya bukan la nak tengok movie pun. Tapi kebetulan bie nak jumpa client untuk projek luarnya. Hehehe, tambah duit raya la katakan. Jadi alang² tempat pertemuan yang dijanjikan tu kat One Utama, sambil menyelam minum air la (jangan buat ni betul² ye, batal puasa!). Maka aku sebagai isteri yang sangat memahami tahap ketensionan seorang suami, dengan pantas buat online ticketing purchase. Hehe, zaman cyber ni takyah susah² dah beratur nak beli tiket.
Sebagai review kepada citer ini. Overall adalah sangat best. Boleh dikatakan animasi adventure yang sempoi. Sebagai bahan melepaskan tension, memang sangat sesuai. Kisah pengembaraan seorang budak pengakap bersama seorang tua penjual belon yang dah bersara, menggunakan rumah yang diterbangkan oleh belon. Nak tau lebih lanjut, sila la tengok ye. Memang boleh gelak² sakan. Yang paling bestnya, watak budak pengakap tu mengingatkan aku pada anak sedara aku, Alif!! Hahaha, sorry ye Alif. Alif tak gemuk, budak tu yang gemuk. Alif chubby je!!
Habis midnite lebih kurang pukul2. Masing² dah tak larat nak bertahan. Cepat² cari kereta dan menuju ke jalan yang benar (balik rumah & tido), hahaha. Sampai je rumah, bie terus bersahur. Sebab memang dah tau esok takkan bangun punya. Maka, selamat sudah satu lagi sesi midnite kami..
Till my next post.. Bye bye bye..

-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment