Lunch tadi aku ngan Biha keluar ke One Utama. Bosan kan dalam 5 hari bekerja mengadap tempat yang sama. Makan pun menu yang asyik lebih kurang sama. Tengok orang sekeliling pun lebih kurang sama je hari². Jadi apalah salah kiranya melepaskan diri sekali dalam seminggu jauh dari suasana yang dah terlalu biasa itu. Baru la life ni tak terasa sama je sepanjang masa.
Dan dah alang² pulak Biha ni nak menyambung koleksi novel sequal thrillernya - Eclipse (siri pertama - Twilight dah hampir habis dibaca katanya). Minah sorang ni memang dah terpengaruh sangat² dengan hasil penulisan si Stephenie Meyer itu. Aku pun tak tau la apa yang membuatkan die tergila² kan sangat. Sampai status YM-nya pun "Fall in love with vampire" sejak beberapa hari ni. Sebab aku setakat ni masih suci hati. Belum terlintas lagi nak terlekat dengan siri novel tu. Pernah la terjumpa masa MPH buat promosi few months back, memang lebih murah dari biasa. Tapi jiwa aku tak pulak terarah ke situ. So, baik jangan diarahkan. Takut nanti terlekat, aku jugak yang susah. Nak melayan membeli siri sampai 4 buah. Harga sebiji dah RM40++.. Huhu, terima kasih ajelah. Tapi kalau dah minat, walau harganya beratus malah beribu sekali pun, pastu ada yang sanggup menggagahkan jua. Walaupun tangan menggeletar menggoncang bumi masa nak mengeluarkan note-note kepala agung itu, kan?
Tapi nak buat macam mana kan. Itulah yang dinamakan fanatik, kegilaan yang melampau terhadap sesuatu. Memang kadang² kite sanggup buat apa saja untuk mendapatkan sesuatu yang kita betul² suka. Same goes to Biha ini la. Walhal, dalam bulan ni je aku tau banyak dah duitnya yang melayang kerana beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Tapi demi vampire yang digila²kan tu, sanggup berhabisan. What ever la kan, as long as u are happy dan tak menyusahkan orang lain. Tak salah nak meminati sesuatu, asalkan jangan berlebih² sampai memudaratkan diri sendiri. Ingat tu!
Oh, kebetulan pulak birthday si Biha ni jatuhnya pada bulan ni (ke bulan depan ek, confuse jap), jadi aku bercadang la bagitau kawan² yang lain pakat ramai² collect duit dan belikan die series yang last sekali - Breaking Dawn. Ini sudah tidak menjadi suprise sebab aku memang dah tanya die awal². Buat apa nak suprisekan pun. Kang kalau dibuatnya die dah beli sebelum die dapat hadiah tu, tak ke buat ngabeh boreh yo!! Jadi, misi tu akan aku sampaikan kepada ahli jemaah tingkap yang lain. Kalau proceed, maka akan dapat la die series itu sebelum sempat die beli series yang ketiga - New Moon. Dan aku yakin hadiah itu nanti akan menjadi salah satu feveret untuknya.
Selesai hal novel Biha kat OU tadi, kami meneruskan perjalanan untuk bersantap. Yang menjadi pilihan Biha, Mc Donald. Aku layankan aje la tekak die. Aku pun pening tak tau nak makan kat mana. Mana yang terlintas, aku ok je. Lagipun memang minggu ni aku ada berhajat nak makan McD. Kiranya ini sebagai menunaikan hajat jugakla kan. Mc Chicken menjadi pilihan, macam biasa. Such a boring part of me kan. Setia sangat, haha. Dah suka something, memang susah nak beralih selera dah.
Sebelum pulang, ada terpikir nak mencari face mask. Tapi dah leka sangat berbual, ketawa terlebih. Maka efeknya, terus lupa aku pada arah tuju. Facial mask tu hanya tinggal angan² jela. Padahal depan McD tu je ada Guardian Pharmacy . Tertangguh lagi la jawabnya..
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment