Tuesday, August 04, 2009

Jalan ke Melaka mencari makan.. Day 2

DAY 1

Seperti yang telah dirancangkan pada malam menyantap ikan bakar. Hari kedua kami di Melaka dipenuhi pulak dengan aktiviti berjalan² dan bergambar di sekitar Bandar Hilir dan sekitar bangunan² bersejarahnya yang berwarna merah itu. Atas permintaan Namo yang teringin sangat nak mengabadikan kenangan dengan gambar²nya di situ. Jadi seawal pagi masing² dah pun bangun dan bersiap sedia untuk memulakan hari yang baru. Aku dan bie bangun lewat sket dari 3 orang ibu dan anak² dara itu. Sesedar je dari tido aku dah dapat dengar bunyi riuh kat dapur ruang rumah tumpangan kami tu. Mereka tu dah pun bersiap² nak bersarapan. Dengan roti yang sempat mereka singgah beli semalam on the way balik. Siap dengan nak bakar roti kononnya. Tapi malang, toaster yang ada tu tak dapat nak guna sebab suisnya menendang setiap kali ditekan. Jadi makan saje la roti itu tanpa dibakar.

Tanpa melengahkan masa, aku mintak bie bangun dan bersiap² nak keluar beli sarapan. Die dengan pantasnya bangun dan terus mandi. Aik, rajin pulak mandi pagi² di hari minggu kan. Selalunya liat nak suruh mandi, hehehehe. Tiba² hari tu rajin pulak die nak mandi awal. Kenapakah? Tidak la aku tau apa sebabnya. Siap die mandi, tunggu pulak giliran seorang lagi kaum bapa nak bersiap dan mandi, Azhar. Takyah pegi jauh sangat pun, ada banyak kedai makan yang dekat dengan kawasan apartment tu. Jadi takyah la susah sangat nak cari jauh². Setengah jam lepas tu, pulang lah 2 orang kaum bapa itu dengan sebungkus makanan di tangan. Roti canai mamak menjadi pilihan. FYI, roti canai kat Melaka memang di makan dengan kuah asam pedas. Jadi kepada sesiapa yang rasa tak boleh terima dengan gabungan itu (contohnya bie & Namo), maka silalah cari mana² mamak yang berhampiran untuk kuah kari dan dal. Jadi aku memang awal² dah pesan kat bie beli roti canai kat mamak, jangan pegi kedai lain. Nanti menyesal tak sudah. Dan hasilnya mereka pulang dengan roti canai dan kuah kari beserta dal seperti yang semua inginkan. And guess what, hanya RM4.00 RM3.20 untuk 8 keping roti. Itu maknanya hanya 50sen 40sen sekeping. Memang sangat mengagumkan. Kat KL mana jumpa dah roti canai dengan harga macam tu kan?!!



Selesai makan, berehat, lepak², tido (cas battery) dan merilekkan perut, kami pun mula la bersiap dan berkemas. Tepat jam 11, maka semua ahli rombongan telah pun bersedia nak meninggalkan markas pinjaman itu. Agenda hari itu harus dilaksanakan secepat yang mungkin. Sebab kalau lambat sangat, takut nanti kami bakal tersangkut dengan jem yang maha dasyat kat highway PLUS tu. Huhu, itu kan akan menyebabkan keseronokkan bercuti ini spoil. So, itu memang patut sangat dielakkan. Selesai urusan check-out dan berposing², kami teruskan perjalanan ke bandar. Habis segala ceruk bangunan merah (as per mentioned by Namo) kami terjah. Selagi battery kamera masih bernyawa, selagi tu la gambar akan disnap di sana sini. Kalau la ini zaman negatif² (atau lebih mesra dengan panggilan kodak), entah berapa roll nak kena guna agaknya kan? Macam² aksi, macam² pose. Masing² menggunakan kesempatan yang ada nak bergambar di sana sini. Ini kiranya memang peluang keemasan la. Sebab kalau jalan berdua, susah nak mintak tolong orang ambikkan gambar, tak gitu?!




Dan sebagai mengakhiri perjalanan kami. Jonker88 sekali lagi menjadi pilihan. Cendol yang masih terngiang² rasanya itu akan kami santap lagi, yummmiii..!! Kiranya ini sebagai pelengkap la kiranya. Sekali mana cukup kan! 2 kali barula afdal. Hahahaha. Sekali dengan lunch la kami kat situ memandangkan masanya pun dah time. Aku memang aim nyonya asam laksa kat situ since day 1st lagi. Menggoda sungguh aromanya. Bie pulak dengan nasi lemak ayam rendang. Dan percaya atau tidak, harga makanannya hanyalah dalam range RM3 - RM4 sahaje!! Huhuhu, berbaloi² kan? Bie pulak tergoda dengan air buah yang dibuat betul² kat tempat kami duduk makan tu. 3 biji limau dijadikan fresh orange yang sangat sedap hanya berharga RM2.50. Huhuhu, memang sangat berbaloi tu..





Selesai makan, kami teruskan perjalanan untuk pulang. Lengkap la sudah program jalan² makan² kami pada kali ini. Kepada ahli rombongan sekalian, harap korang berpuas hati dan enjoy sepanjang trip kite itu okey! Insya-Allah trip akan datang kite buat bagus lagi. Marilah kite google mana lagi tempat menarik yang kite boleh terjah bersama dalam program trip akan datang. See u around...

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

3 Mak Joyah Bertandang:

k-mie said... Jawab Balik

roti canai rm0.40. total sumer rm3.20..

i.z.m.a said... Jawab Balik

ooo.. salah ek??

rina said... Jawab Balik

huhu..
Kuantan pon ada tpt ikan bakar yg bes.. hehehe
Tanjung Lumpur tu..org kata la
hehehe..

Related Posts with Thumbnails