Alhamdulillah.. hari ini dah pun masuk hari ke-7 bulan Ramadhan. Cepat betul rasanya masa berlalu. Rasa macam baru je lagi aku & bie balik ke Semenyih bersahur dan berbuka kat sana masa hari pertama hari tu. Ini dah pun seminggu berlalu. Tapi sayang, hari ni adalah hari pertama aku 'bercuti'. Apa nak di kata, dah sampai masanya, terima jela. Maka bendera merah itu terpaksa la aku kibarkan jugak.
Apa yang istimewanya bulan Ramadhan kali ini? Sudah semestinya sangat istimewa. Manakan tidak, tahun ni adalah tahun pertama aku & bie menyambut Ramadhan dan insya-Allah Aidilfitri nanti sebagai pasangan suami isteri yang sah! Bagai ada satu perasaan yang asing aku rasakan masa hari pertama berbuka berdua dengannya (actually masa tu dah hari ke-3 puasa), tapi aku tak suarakan sampai la die sendiri yang lebih dulu tunjukkan rasa sebak dan terharunya depan aku. Well, bukan la aku nak membangga diri. Tapi aku tetap bangga dapat suami yang sensitif dan lembut hatinya macam bie. Itu tanda yang die tunjukkan betapa die hargai hubungan kami sebagai suami isteri kan. Thanks sayang, itulah antara bukti betapa kuatnya rasa kasih & sayang kita.
Oklah, cukup dengan citer² syahdu itu. Mari bercerita tentang aktiviti sepanjang ramadhan kami. Alhamdulillah, setakat ini kami berjaya balancekan perhatian kepada keluarga kedua belah pihak. Hari pertama memulakan Ramadhan, kami berdua bersahur & berbuka kat rumah Mak dan Ayah. Atas alasan tahun ni kami akan beraya kat Pahang, jadi masa bulan puasa keluarga di Semenyih jadi keutamaan lah. Tapi kami tetap adil membahagi kasih sayang. Hari kedua Ramadhan, giliran keluarga bie pulak. Berbuka dan keesokkannya bersahur kat rumah Mummy dan Abah. Walaupun suasana berbuka kedua² rumah ini berbeza (rumah mak ayah akan penuh dengan adik beradik & anak² sedara aku, manakala rumah mummy abah hanya kami berenam), tapi aku tetap rasa happy walau kat sebelah pihak mana sekalipun. Cuma extranya berbuka kat rumah mak ayah ni, adanya Hafiy yang menjadi 'pak lawak'. Bukan kelakar dengan lawak²nya, tapi lucu dengan keletahnya. Alahai anak sedara cikma yang sorang ni, dah makin pandai dan petah bercakap!!
Menyentuh pasal bazaar ramadhan pulak. Setakat ni, sepanjang 6 hari dah berpuasa (setakat semalam), aku baru 4 kali menyinggah bazaar ramadhan. Dan setakat ni, aku masih mampu mengawal nafsu bila terpandangkan lambakkan juadah yang dijual. Berbeza sangat dengan tahun² sebelum ni. Mungkin sebab aku dalam program on diet sejak 2 bulan lepas. Jadi memang minda aku dah pun diset awal². Makan seadanya!! Bie antara orang yang terasa pelik dengan perubahan tu. Sebab die sangat² faham dengan selera aku sebelum ni. Don't worry sayang, bukan hilang selera, tapi mengawal dengan segala daya yang ada. Hehehe. Dan antara banyak² bazaar ramadhan yang aku penah jejak selama ni, bazaar ramadhan TTDI yang paling aku gerun dan serik nak pegi lagi. Tak tau la kenapa, mungki timing aku pegi tu tak kena (aku tgh mengantuk yang sangat² masa tu), orang yang berkunjung teramat² la ramai. Sampaikan aku nak tengok juadah yang dijual pun susah. Mungkin aku akan pegi lagi on weekend. Tidaklah aku sanggup nak pegi masa weekdays! By the way, pada yang teringin sangat nak ke bazaar ramadhan TTDI, sila la pegi awal sket kalau taknak bersesak dengan umat² yang kelaparan mencari makanan. Sebab so far, apa yang aku nampak, ok je juadah yang di jual. Varierty dan menarik. Just aku ni memang tak sanggup nak bersesak padat dengan manusia² lain tu. Huhu.
Note: Aku lagi prefer bazaar ramadhan Kg Sg Penchala. Aman damai dan yang penting sekali, ada murtabak sedap!!
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment