Apakah ini??
Hehehe, inilah die bendanya yang dinanti² tu. Sesuatu yang special dari seseorang yang sangat special. Sape lagi kalau bukan my beloved hubby kan. Order ini dibuat pada minggu lepas, dan hari ni sampai sudah ke tangan. Walaupun takde apa² wrapping dengan bunga² indah pada kotaknya, aku tetap boleh tersenyum lebar. Suka sangat..
Sebenarnya, takde la apa² occasion yang special pun. Bukan birthday, bukan anniversary, bukan apa² pun. Saje menggantikan yang lama dengan yang baru. Lagipun, kalau pemberian tu ikhlas takkan nak tunggu apa² hari baru nak diberikan, tak gitu? Anyway, terima kasih banyak² diucapkan kepada encik hubby tersayang. Sangat menghargai pemberian ini. Simbolik kepada berapa banyak masa sudah kite habiskan bersama. Dan ini juga akan sentiasa mengingatkan aku pada pentingnya masa untuk diluangkan bersama² dengannya. Setakat ni, aku harap masa yang diperuntukkan tu adalah cukup memadai (nasib baik kami memang pegi balik keje sama², hehe). Dan harap² kita akan terus menghargai masa² itu..
Insya-Allah, aku akan cuba jadi isteri yang terbaik untuknya..
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment