Thursday, August 13, 2009

T-shirt Kampeni Yang Baru

Baru je lepas menerima t-shirt company yang baru. Sebelum ni pernah dapat sekali, kalau tak salah aku tahun lepas. Tapi masa tu t-shirt tu mendapat tentangan hebat sebab kualitinya yang ala² standard pasar malam. Takkan kitorang nak pakai t-shirt yang gayanya macam t-shirt hari sukan sekolah rendah dulu kan. Dah rasa macam setaraf makcik² cleaner pun ada jugak (bukan menghina okey, aku bagi perumpamaan je.. kan makcik cleaner suka pakai t-shirt.. Tapi ada gak yang glam terlebih!) . Jadi hasil daripada kesepakatan kami semua yang menentang, t-shirt itu telah menjadi pekasam di rumah masing² (even ada yang tak tau mana letaknya hamba Allah itu sekarang, tahap dewa punya keji sebab tak suka). Dan untuk aku, t-shirt ala-pasar-malam itu hanya tersimpan kemas dan rapi dalam almari, siap dengan plastik lagi tak bukak². Menunjukkan betapa tak pernah langsung ianya disarungkan ke badan ku yang comel ini!

Itulah jadinya kalau sesorang tu buat sesuatu untuk dipakai beramai², tapi langsung tak mintak pendapat sesiapa sebelum melaksanakannya. Kan dah terbazir duit kampeni buat t-shirt tapi takde sape yang nak pakai. Sape nak jawab tu?? Bukan ke membazir itu amalan syaitan (ada ke term ni dalam agama diorang?).

Dan sekejap lagi kami semua akan mendapat memo rasmi dari HR terus ke dalam peti-surat-ajaib a.k.a email kami ini. Pemakaian t-shirt ini akan diwajibkan setiap hari Jumaat. So, seminggu sekali akan ada la sekumpulan manusia yang berbaju sama, sehati sejiwa walau berlainan bangsa, yang pergi lunch mahupun yang pergi solat Jumaat dan mungkin juga yang merayap² sekitar kawasan ini. Berbangga la korang sebab memakai baju yang konon² nak menunjukkan ciri² korporat yang keparat ini ye. Dan nasib baik, yang diterima di tangan kali ini, boleh jugak diterima sampai ke hati. Maknanya adalah sikit terasa di jiwa nak memakainya. Kepada yang bertanggungjawab "mencipta" t-shirt yang hebat ini, terima kasih!! Anda telah berjaya membuatkan kami semua menjadi pekerja "korporat" yang hebat setiap hari Jumaat yakni bermula esok.. Dan kerana anda jugalah, kami tidak perlu memakai baju-sukan-sekolah-rendah itu ke tempat kerja.


Design yang sama je macam dulu, tambah ada tulisan sket kat belakang..

Note : Yeay.. t-shirt lama tu boleh buat pakai kat umah!! No worries kalau² baju tu nak kena pakai ke opis.

Note for Syasya : T-shirt ko aku dah simpankan dalam laci, TQ..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails