sebelum & selepas
Disebabkan sekarang ni tengah bulan puasa, jadi majlisnya terpaksa la dibuat masa berbuka puasa. Buat siang² kalu, meleleh la air liur mak² dan ayah² memandang kek yang lazat itu kan. Hehehe. Manakan tidak, kek Choc Indulgence Secret Recipe tu teramat la menyelerakan walaupun bukan di bulan puasa, inikan pulak di kala berpuasa menahan lapar dahaga ni. Ditambah pulak dengan hidangan lain yang penuh semeja. Culture yang memang tak boleh diubah dalam family aku ni. Kalau bab² makan, tak sah kalau tak buat banyak & macam². Dah macam nak meniaga kat bazaar ramadhan pon ada, hahaha.
Juadah yang terhidang!!
Seronok sangat Hafiy malam tu (walaupun ikutkan birthday dia bukan malam tu,hehe). Dapat hadiah baju, terus je mintak tukar baju baru. Dapat senapang Ben10, terus pegang taknak lepas. Dapat mainan golf cart (ehem ehem, sape kasi ni??), terus layan golf tak henti². Hilang terus demamnya yang kononnya bertandang tu. Hehehe, sukenye die dapat 'minan'!! Tahun ni Hafiy takyah duit raya la ek, dah dapat hadiah 'minan' tu, :P Alahai Hafiy.......
Doa cikma & pakcik, semoga Hafiy cepat besar, panjang umur, murah rezeki (untuk mama & ayah die), bertambah² bijak la hendaknya lepas ni ek. Harap² kalau dah makin besar, perangai tu jangan yang tidak² aje tau. Nanti semua org marah, dah asyik merajuk pulak. Akhir kata, semoga Hafiy comel selalu dan playful sentiasa. Takpela penat nak kejar kalau Hafiy lari, cikma tak kisah :-)Sekian, laporan dari Cikma..
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
Minan = Mainan dalam bahasa Hafiy
5 Mak Joyah Bertandang:
wah...byknye makanan..mmg dah taraf niaga kat bazar tu..:)..tp kek choc indulgence mmg menduga iman aku..though tak kenal hafiy..hepi bday!:)
hahaha.. tu dah memang menjadi trademark family aku namo.. kalau masak tak penuh satu meja, tak sah.. Hafiy my nephew actually :D
happy beday hafiy, acik doakan hafiy cpt besar, kuat dan sihat. jgn nakal2 taw! cubit nnt =)
hafiy ade geng sambut bday same tarikh..anak sedara aunty..:)
syasya - die tak nakal sya, bijak terlebih je.. hehehe
Namo - nanti bleh la kenalkan hafiy ngan nur kasih tu.. kot2 berjodoh!! hahahaha
Post a Comment