Friday, September 04, 2009

KFC Jejari Udang??

Suatu perkara yang sangat biasa jika nak dikaitkan dengan KFC, indah khabar dari rupa. Yerp, sape yang tak setuju, angkat kaki pegi main jauh². Hehehehe.


Menipu je kejenye!!

Kenapa timbulnya persoalan ini? Bukannya apa, aku sebagai penggemar udang agak tertarik jugak la dengan menu terbaru dari KFC, Shrimp Stix. Yang digambarkan dalam iklan teramat la lazat rupa wajah dan fizikalnya. Siap ada tunjuk udang 2-3 ekor dalam stix tu. Maunya tak terliur di bulan² ramadhan ni kan? Tambahan pulak aku ni memang kurang kuat iman bile tengok iklannya yang sangat tempting itu (note: aku maksudkan untuk dimakan masa berbuka puasa ye, bukan ponteng puasa). Aku sendiri bayangkan saiz shrimps stix tu setidak²nya sama dengan chicken fingers Ayamas tu ke kan.


Nampak besar kan, at least lebih besar dari jari budak KFC ni..

Tapi alangkah dukacitanya, semalam masa aku sibuk merayap di sana sini dalam alam cyber yang penuh fana ini. Aku terjumpa satu blog yang menceritakan kekecewaannya pasal die dah mencuba shrimp stix KFC tu. Kesian die, punya la mengharap nak makan. Sekali tengok² shrimp stix tu ada la sebesar jari kelingking. Huh!! #@&%(*&, rasa cam nak mencarut di bulan puasa agaknya dia kan.


Super duper punya kecik

AKU BANNED KFC!!

Moral of the story: Don't judge a book by it's cover. Don't craved for something from KFC just by it's commercial view..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

3 Mak Joyah Bertandang:

nas said... Jawab Balik

Klu duduk di sp boleh la gi RFC..HPA punya..kita sokong buatan malaysia n islam..

noorina said... Jawab Balik

KFC mmg sengal..aku gi kfc mkn ayam je la..takpon mashed potato or cheezy wedges dia.. yg lain tu sume aku dah malas nak layan..ingat lg time McD kuar foldover, kfc ada gak kuar ape alah tu..mcm foldover gak la..tp menyesal aku beli..twister pon dah tak sedap yg baru ni.dlu2 time skolah sedap la. pastu yg XXL burger ngan fish burger ape tu..sume nampak je besar dlm iklan, tp menghampakan in real life.

i.z.m.a said... Jawab Balik

nas - RFC tu macam ada kat sini, tapi tak sure kat mana.. penah ternampak lori die kat giant batu caves sabtu lepas..

Rina - aku mmg keciwa sangat dengan KFC ni.. banyak sangat dah tertipu!!

Related Posts with Thumbnails