Tuesday, July 07, 2009

Sumbang menyumbang..

Jom menderma darah!!

Aku baru je selesai menderma darah tengah hari tadi. Ternampak poster pasal kempen derma darah tu kat cafe CP Tower (tempat aku biasa makan sebelah dengan building opis aku). Memandangkan tempoh menderma darah aku dah valid, jadi aku tak lepaskan peluang yang ada. Condition badan pun mengizinkan aku untuk mengeluarkan sebahagian darah yang ada dalam badan aku ni. Simpan lama² pun nak buat apa kan, baik pergi derma. Beri pada insan² yang memerlukan lebih dari aku. Tambahan pulak aku ni berada dalam kelompok golongan yang mempunyai jenis darah yang sangat rare, B Rhesus Negative. Jadi amatlah bagus kalau aku boleh menambah lagi bekalan dalam tabung darah negara. Well, tak lama lagi nak puasa, lepas tu raya pulak. Musim raya nanti mesti banyak darah² spare yang diperlukan. So, why not kan. By the way, ini masuk kali ke-6 aku menderma. Jadi perasaan takut tu dah almost takde langsung. Bukan berlagak okey, tapi itu kenyataan. Tanya la pada mereka yang dah biasa menderma, pasti jawapannya sama je macam aku.


Cuak ke?

Amik gambar pakai handphone jek. Sebab masa ni patutnya aku berdua dengan ofismate, Biha. Tapi die hilang entah ke mana. Bie pulak belum sampai. Jadi snap jela diri sendiri, hehehe. Takpela, janji jelas kelihatan kat situ kan, ada tiub, ada darah. Yang paling penting sekali, ada muka aku la. Baru la real!


Goodie bag dan sijil...

Dan macam biasa, kalau derma darah mesti dapat goodie bag macam ni. Depends la pada anjuran sape kempen tu kan. Kali ni kempen yang aku pegi tu anjuran BERNAS bersama dengan Pusat Darah Negara. Jadi kalau dah penganjurnya syarikat beras, goodienya pun ada la beras jugak. Hehehe, rezeki jangan ditolak!

Oklah, tahun ni cukupla 2 kali je derma. Tunggu next year la pulak kalau nak menderma lagi. Korang² yang kat luar sana tak terasa nak menderma? Pikirla demi orang² yang tersayang ye..

Till my next post..

-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

rina said... Jawab Balik

bes gile dpt beras.. dulu paling2 pon dpt air kotak je ngan biskut :P
lama dah tak pegi derma darah..sbb 2 kali terakhir pegi, lepas derma n rilek2.. bgn je rasa nak pengsan..1st time tu ok lg, masuk 2nd time jadi camtu, stop dlu la menderma ni..total dah 8 kali, last kat pusat darah taun 2006.. hahahah lama gile dah.. kena start pegi derma balik camni.
p/s: tak mampu derma duit, derma darah pon jadi la kan??

i.z.m.a said... Jawab Balik

ye betul!! darah simpan lama2 pun tak elok, baik derma kat orang. bleh gak ganti darah baru,hehehe. lepas ni rasanya nak daftar penderma organ pulak. tapi still under consideration lagi :D

Related Posts with Thumbnails