Monday, July 06, 2009

Disiplin sungguh mereka..

Pada suatu pagi Ahad yang sangat malas, aku dan bie keluar mencari sesuatu untuk disumbatkan ke dalam perut. Desebabkan dah lama tak makan nasi lemak sotong, maka kami pun keluar la cari kedai/stall nasi lemak mana lagi yang ada bukak pada pukul 10:30 pagi (kalau kat kampung kul10 tu orang dah start nak prepare lunch agaknya).

Sampai je di satu stall, kami terpandangkan senario yang sangat asing ini..

Macam tak percaya!!!

Terpegun dengan kehadiran mamarazzi yang jelita di belakang mereka.. Haha

Macam tak percaya rakyat Malaysia ni masih ada lagi rupanya disiplin yang tinggi. Aku ingat budak sekolah je yang pandai beratur time perhimpunan atau time rehat nak beli makanan kat kantin! Sedangkan naik bas pun orang Malaysia kite ni boleh rebut² macam orang gile, ni kan pulak nak beli makanan. Amazing!!

Note: Mesti makcik jual nasi lemak ni garang mengalahkan guru besar sekolah rendah agaknya, tu yang semua jadi berdisiplin. Hahaha... By the way, kejadian ini berlaku kat kawasan perumahan mertua aku - Taman Koperasi Polis Fasa 2.

Till my next post..

-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

noorina said... Jawab Balik

duduk taman koperasi polis, kena la berdisiplin..
tp aku bangga ada masyarakat yg berhemah mcm ni.

i.z.m.a said... Jawab Balik

yerp,aku pun sangat bangga. sebab biasanya kat stall nasi lemak camtu orang main kerumun² jek.. takde maknanya nak beratur elok² gitu rupe!!

Related Posts with Thumbnails