Tuesday, July 21, 2009

Resipi - Gulai Tempoyak Ayam

Atas permintaan Rina, ini die resipi lengkap berserta cara² membuatnya sekali. Andaikan ini hidangan untuk satu famili ye.

Bahan²nya adalah..

☺Ayam (sekor)
☻Kunyit Hidup (seinci)
☺Cili Padi (Merah / Hijau, dedua pun boleh. Ikut la nak pedas letak banyak)
☻Daun Kesum (ikut selera, letaklah dalam 20 helai ke kalau rajin nak kira)
☺Asam Keping (2 keping)
☻Tempoyak (4-5 sudu, kalau nak pekat letak lebih)
☺Air (3-4 gelas, ikutla periuk tu muat banyak mana)
☻Garam secukup rasa

Cara²nya pulak..
♠ Tumbuk cili dan kunyit hidup sampai lumat
♠ Campurkan semua bahan dalam periuk (Ayam, tempoyak, air, bahan² yang ditumbuk, asam keping, daun kesum dan garam)
♠ Tenggek periuk atas dapur, hidupkan api dan kacau² sampai la ayam tadi empuk

Sesungguhnya masakan ini sangatlah senang, bahannya pun simple je. Ayam tersebut boleh digantikan dengan daging atau ikan. Kalau dapat ikan patin, lagi piaw!! Hehehe..

Selamat Mencuba!!

Note: Lebihkan air, kurangkan tempoyak kalau nak kuah tu cair. Lebihkan tempoyak, kurangkan air kalau nak kuah tu pekat.



Till my next post.. Bye bye bye..

-END-

1 Mak Joyah Bertandang:

noorina said... Jawab Balik

baca pon dah terliur!
mari print ini recipe!

p/s: aku tak tau azhar makan ke tak kuah ni :P

TQ..

Related Posts with Thumbnails