Friday, July 17, 2009

Gulai Tempoyak Ayam yang sukses!!

Dari opis semalam dah terpikir² apa menu nak dibuat sebelah malam nanti untuk Bie dinner. Untuk diri sendiri tak kisah sangat, sebab aku memang dah isytihar puasa malam since awal bulan hari tu. Memang segala mak nenek nasi dan lauk dah lama aku lupakan. Kecuali atas dasar² tertentu. Contohnya masakkan mak yang terlalu menggoda, mana bleh tahan. Sesekali langgar jugak la pantang kan. Maka untuk aku cukupla sekadar fresh salad dan thousand island. Jadi semalam, sepanjang hari aku dok pikir punya pikir apa nak masak. Last sekali aku decide nak buat ayam masak kicap jela. Memandangkan Bie suka makanan berkicap, so i guess mesti die tak kisah. Lagipun Bie bukan jenis orang yang memilih sangat bab makan. Asalkan tekak die rasa ok, die akan makan. Tambahan pulak dalam frigde kat rumah memang ada ayam (yang dah lebih seminggu beli, tak abis² masak!), so baik aku abiskan stok yang ada sebab weekend ni dah nak balik Jerantut pulak.

Masa lunch, aku khabarkan la benda ni kat Bie. Kot la kalau² die ada teringin nak makan apa² selain dari menu yang aku nak hidangkan tu. Jawapannya takde, so aku on jela. Jadi sambil keje sambil pikir apa bahan yang tak cukup kat rumah. Balik je dari opis, singgah kat kedai bawah rumah aku tu nak cari bahan² tambahan nak cukupkan apa yang kurang. Tapi sebaik je aku melangkah kat bahagian sayur, tiba² tergerak pulak nak buat gulai tempoyak kesukaan hubby aku yang tersayang tu. Bila aku ajukan kat die, senyum die dah nak sampai telinga! Suka la tu kan, orang nak buatkan feveret gulai die. Untuk pengetahuan, ini first time aku nak masak sendiri gulai ni. Selama ni aku hanya makan je (kalau balik rumah mummy atau balik Pahang), tapi malam tadi dengan beraninya aku offer nak masakkan untuk Bie. Huhuhu, gigil la jugak takut rasa die tak sama. Well, aku penah la buat sekali masa balik Lipis dulu, wan lalang yang guide dari mula sampai abis. Berbekalkan pengalaman tu la aku masak semalam.

Memula agak suspen jugak. Sebab aku ingat² lupa bahannya. Bila dah start buat, warnanya pulak tak sama macam yang mummy atau wan selalu buat. Aku anggap warna tu jadi camtu sebab aku guna cili padi merah (lebih dari cili yang aku dah kisar awal² n simpan dalam frigde untuk sambal tempoyak mentah), sedangkan mummy atau wan selalunya guna cili padi hijau. Masak punya masak punya masak, masuk ayam kunyit segala.. Agak² dah menggelegak kuah tu, aku pun rasa la (masa ni belum letak garam).. Sekali masin daaa.. Bila aku pikir² balik, kenapa masin padahal aku belum letak garam. Pastu baru teringat, cili yang aku kisar tu aku dah bubuh garam siap², tempoyak tu pun kalau tak salah memang dah bergaram. Mungkin terlebih letak tempoyak campur pulak dengan cili yang dah sedia masin. Maka hasilnya, berdengung la masinnya!! Huhu, takpe². Boleh repair lagi. Tambah air sket, pastu acceptable la rasanya. Panggil Bie rasa sket, dan senyumnya terpamer. Hehehe, maknanya berjaya la tu. Alhamdulillah, Bie makan sampai licin pinggan. Ayam tu yang memang saje aku buat lebih, cuma berbaki 2 ketul jek. Kira banyak la die ratah ayam tu. Bie cakap, "sama la rasa dengan yang mak itam (mak sedara die yang duduk Jerantut) masak, pedas!" hehehe..





Begitu la kisah cubaan pertama aku masak gulai tempoyak kesukaan hubby tersayang aku ni. So lepas ni boleh la buat lagi. Ada rezeki nanti boleh buat untuk orang kat Semenyih pulak. Bagi mak rasa masakan anak die ni. Mak aku sure suspect aku ni tak pandai masak sebab aku memang malas masak kalau balik Semenyih. Keje nak tengok tv je manjang, pemalas sungguh!! Hahahaha..


Layannnn...


Till my next post.. bye bye bye




-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

noorina said... Jawab Balik

letak recipe weih... aku nak try!

i.z.m.a said... Jawab Balik

ngehehe.. baik2, akan diletakkan recipe dan cara2 nak buat sekali nanti..

Related Posts with Thumbnails