Huhu, tajuk tu je dah memberitahu apa isi kandungan update entry kali ni kan. Sebenarnya takde la sibuk sangat sampai takde masa untuk 'merayap²'. Macam mana sibuk pun hari ni, still jugak sempat singgah² kat fesbuk jenguk comment dan status kawan². Main game seround dua. Tgk² gambar sekeping dua. "My life sucks without fesbuk!!", meminjam ayat seorang teman seopis masa mula² dapat memo menatang sekor tu akan diblock dari diaccess melalui internet connection company aku ni. Tapi, di mana hilangnya kata² dari memo itu?? Aku pun tak tau, mungkin mereka (HR) merasakan tak wajar nak blocking² ni. Lagipun, kalau die block macam la takde cara lain org nak access jugak. Heyy, ini zaman teknologi la. Makcik cleaner pun silap² tau apa nak buat kalau die hari² mengadap PC 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Inikan pulak pada org² IT freaks dalam company aku ni. Rasanya kejap je diorg dah boleh by pass semua tu agaknya.
Berbalik kepada tajuk asal. Hari ni aku terasa amat rajin. Memang dari pagi lagi aku dah mulakan kerja (yang biasanya aku akan tangguhkan sampai la mood aku datang, teruk!). Dan hasilnya, hampir 70% kerja tertangguh aku dah pun aku siapkan, hoorayyy!! Dalam perancangan aku nak settlekan semua kerja2 tertangguh itu by this week! Boleh ke aku ni?? Perangai terbawak² dari dulu agaknya. Kalau ada kerja selagi boleh tangguh, memang bertangguh la jawabnya. Tapi pagi tadi tiba² datang satu suntikkan semangat baru. Aku pun tak sure apakah suntikan itu. Tapi aku betul² rasa semangat pulak nak siapkan keje² hari ni (biasanya keadaan ni akan terjadi kalau benda tu dah nak sampai deadline je, huhu).
Dan kerana kerajinan terlampau itu, maka inilah jadinya...
Bajet boss lalu nanti boleh buat die kagum la konon tu? Hahaha. Tapi yang kelakarnya, elok² aku take 5 untuk melegakan otot² mata dengan mengadap game kat fesbuk, tiba² bos aku datang hantar simcard testphone yang die pinjam pagi tadi. Dan sambil tu die bagitau pasal esok die nak adakan meeting. Dan (baper banyak dan daaa..) ketika itu jugak la, PC aku yang maha lembab ini telah mengkantoikan aku. Ciss, masa tu la pulak aku alt+tab (kalau tak paham apa istilah ini, sila rujuk google) page aku die bleh hang! Mangkuk ayun betul!!! Apakan daya, kantoi sudah walaupun aku sangat rajin hari ini. Dah nasib badan...
Note: Aku rasa boss aku tak perasan kot apa yang ada kat screen monitor aku. Rasanya la kan..
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
3 Mak Joyah Bertandang:
ikkk...sy adalah kenal dengan hsbnd awk la!! :D opismate sy tuh! selamat berkenalan..
selamat berkenalan.. aik??? biar betul? opismate yang mana 1 ni?
hahhaa...hsbnd awk hall sebelah rnd..sy content team :D kecik betul la dunia neh..
Post a Comment