Wednesday, July 01, 2009

Our Very First Guest!!

Semalam genap 3 bulan aku mendiami rumah tumpang (rumah sewa) kami skang. Letaknya jauh diatas langit (tingkat 22, tinggi wor!!). Yerp, memang sangat tinggi untuk orang yang takut pada ketinggian macam aku. Well, untuk pengetahuan semua, aku ada memori silam pasal ketinggian ni. Tapi segan la nak citer apa bendanya. Lagipun ini bukan entry pasal ketakutan aku tu okey. Nak membayangkan tinggi tak tingginya rumah yang kami diami ni, bila pandang ke bawah, kereta² hanya nampak macam sekecil kereta mainan. Huhuhu, kali pertama memandang ke bawah dulu, horror! Tapi disebalik kegerunan tu, ada jugak keindahannya. Dari tingkap ruang tamu, boleh nampak indah lampu² kawasan The Curve yang cantik. Khabarnya kalau ada sambutan (hari merdeka atau new year), boleh nampak bunga api. So takyah la nak bersesak² dengan orang lain nak ke sana. Menarik jugak la fakta tu kan. Dan skang ni, aku dah mula secara perlahan² boleh mengatasi fobia tu sendiri. Caranya senang je, do the thing u don't want to.

Oklah, back to main topic. First of all, thanks a lot to Azhar-Rina-Fatin yang sudi meluangkan masa mereka sekeluarga untuk singgah ke teratak kecik dan sempit kami Sabtu lepas. Sangat berbesar hati menerima kedatangan korang sekeluarga. Walaupun korang hanya dihidangkan dengan album gambar kahwin je, harap tak serik ok. Memandangkan kami semua baru lepas makan masa tu, so aku agak diorang pun mesti dah full.

Alkisahnya bermula dari status FB yang rina buat petang Jumaat lepas. Kebetulan die bagitau nak ke IKEA petang sabtu tu lepas attend kenduri kawen. Jadi alang² dah dekat, aku ajak la datang rumah. Jadi petang tu seperti yang dijanjikan kami jumpa kat IKEA kurang lebih jam 5:30 petang. Terus ke bahagian dapur sebab diorg dah menunggu kat sana. Cadangnya aku ni taknak beli apa². Tapi cakap tak serupa bikin, baru je melangkah masuk mata aku dah terpandangkan sesuatu yang aku nak. Hehehe... Bie dah geleng kepala (bukan tak bagi beli, tapi pening sebab perangai suka shopping tu dah ada sket² kat aku kot). Dalam pada tak plan nak beli apa², ada jugak la 3 benda ni yang masuk ke dalam buying list aku. Ceitt!! Bukan amik benda² mahal pun. Semua tu tak lebih pun RM50..

3 benda yang berjaya disauk!

Sebelum dan selepas..

Tengah sibuk memilih² barang, tiba² ada yang menegur. Pusing² rupanya Rina & Fatin. Alahai budak Fatin ni, cute sangat. Besar dah skang. Dah mula nampak friendly sikit banding dulu. Mudah nak tersenyum dan ketawa. Geram tengok mata die tau. Sangat comel! Kali ni merasa la nak dukung die lebih lama dari biasa. Kalau dulu dukung kejap die dah nak start melalak. Tapi itu hari boleh la pulak die senyap je. Siap senyum² kambing lagi dalam dukungan aku (ke aku ni dah ada bau ibu², hahahaha). Pusing IKEA hampir 3 jam, lepas penat dan segala barang yang nak dibeli dah dicapai kami semua pun bergerak meninggalkan gedung IKEA yang maha besar itu (penat weh kalau betul² nak jalan setiap department die).

Amboi.. lebar senyum ye!!

Lena dalam dukungan uncle Kmie.. wahh, ada bakat ni

Agenda seterusnya adalah.. MAKAN! Tak sah kalau takde makan² ni kan. Tapi takde la special dinner sangat pun. Just singgah kedai tomyam yang biasa² je kat Damansara Perdana.

Jom makan!!

Kenyang je perut, Azhar-Rina-Fatin mengikut kami berdua ke rumah. Hanya untuk singgah kejap je. Fatin yang pada awalnya lena diulit intan sesampainya kat rumah kami terjaga lebih kurang 10 minit lepas diletakkan atas sofa. Tapi mujur la tak menangis. Bagus budak ni, tido kejap² pun menten jek! Untung korang wahai mama & ayah Fatin.

Fatin tumpang mandi kat dapur auntie Izma sambil diperhatikan mama & ayah.. tak malunye!!!

Akhirnya.. ada jugak tetamu yang sampai kat rumah kami yang tak berapa indah itu. Tapi sayangnya, belum ada sorg pun kalangan ahli keluarga yang sampai. Kenapa ek? Ayah aku sempoi je mintak buat lamb chop baru boleh datang. Ciss, mana nak cekau? Aku order kedai punya je nanti. Bukan reti pun nak masak yang bukan² ni. Hehehe. Jadi kepada ahli keluarga tercinta, sahabat handai tersayang. Jemput² la datang ke rumah. Kalau takde benda nak dimasak, McD delivery pun sempat je aku order :P.. hehehe (kedai makan kat umah aku pun ada buat delivery.. huhu, i love technology!)

Till my next post... pai pai

-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

rina said... Jawab Balik

bakul baju yg rabak gitu mmg wajib diganti..huhu
rumah korang lantai kilat, takyah Fatin tlg polish :P
Thanks for having us. Jemput la dtg ke rumah kami pulak.

i.z.m.a said... Jawab Balik

insya-allah.. akan cuba diselitkan ke dalam schedule kami yang padat itu, hehehe.. maybe untuk buke puase ke kan, best gak berbuke reramai!

Related Posts with Thumbnails