Friday, October 02, 2009

Ketam Masak Lemak Cili Padi.. Meletops!!

Ini adalah menu malam tadi. Memang dari asal beli ketam hari Selasa lepas dah plan nak buat masak lemak cili padi. Tapi sebab balik dari beli barang Selasa lepas dah agak lewat, jadi plan menggulai tu terpaksa la aku postpone dan digantikan dengan tomyam seafood.


Terlupa nak snap gambar masa hidang.
Dah lapar sangat masa tu, haha..


Semalam, aku memang dah plan sejak dari opis lagi nak buat masak lemak cili padi. Jadi sampai je kat umah, terus keluarkan bahan² yang nak di masak. Menu malam tadi ialah:

1. Ketam masak lemak cili padi
2. Daging kicap black pepper
3. Goreng berlada kacang botor (botol) + ikan bilis.

Satanem!!

So sebagai perkongsian ilmu dengan yang tak biasa buat masak lemak cili padi, hari ni aku berbesar jari.. eh hati untuk berkongsi ilmu dengan anda sekelian di luar sana. Bagi yang dah pandai dan terer, sila abaikan pelajaran ini ok. Nak bagi tips pun bagus jugak.

Bahan-bahan
-------------
1. Ketam 3 ekor
2. Santan kotak Ayam Brand sekotak
3. Air 1 gelas
4. Cili padi 20 ulas (atau sesedap rasa)
5. Serai 2 batang
6. Bawang merah seulas
7. Bawang putih seulas
8. Daun kunyit sehelai
9. Garam secukup rasa
10. Tomato sebiji
11. Serbuk kunyit satu sudu teh

Cara-cara menyediakannya
----------------------------
1. Blender cili padi, bawang merah, bawang putih dicampur dengan santan dan air
2. Masukkan bahan² yang dah diblender tadi dalam periuk
3. Masukkan serbuk kunyit, daun kunyit (dikoyak²kan), serai (dititik) dan garam
4. Kacau sehingga mendidih (kalau boleh kacau sentiasa bagi mengelakkan bertahi minyak)
5. Setelah mendidih, masukkan ketam yang telah disiang (suka hati la nak kerat 2 ke tak)
6. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau lebih kurang 10 minit

Siap!! Selamat mencuba..

Note: Lauk diatas juga menjadi lauk pauk yang aku bawak untuk potluck 'poyo²' kami kat opis kejap tadi. Jap lagi akan aku citer pasal tu pulak.

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails