Monday, October 19, 2009

Tak Sangka..

Hari ni aku memulakan hari dengan rasa yang sangat malas. Manakan tidak, kepenatan berjalan jauh semalam masih terasa lagi. Tambahan pulak sepanjang hujung minggu yang lalu aku sibuk menjadi 'pekerja sukarela' untuk majlis kenduri kawen sepupu Bie kat Jerantut. Perjalanan balik dari semalam mengambil masa lebih 3 jam betul² membuatkan badan aku yang sudah sedia penat bertambah² penatnya. Melihatkan Bie yang tekun memandu di sebelah membuatkan aku rasa serba salah nak melelapkan mata dengan lena walaupun untuk beberapa minit. Lebih² lagi mengenangkan die yang lebih penat ke sana ke mari sebagai cameraman sepanjang 2 hari majlis berlangsung. Tapi dengan kepenatan yang melampau, terlelap jugak aku seminit dua. Tido² ayam.. Sesampainya di rumah, kami hanya sempat mandi dan menunaikan apa yang patut sebelum keluar semula ke klinik untuk temujanji yang mesti aku hadiri. Kesian Bie, tentu penat kan!

Jadinya hari ni, aku memulakan hari dengan mata yang amat berat. Sampai je kat opis, kerja aku sekadar hadap seala-kadar yang mungkin. Bosan dengan kerja yang dihadap, aku curik sedikit masa merayap ke sana sini. Menerjah blog sesiapa saje yang aku tersinggah. Sesampainya ke blog Mazidul Akmal Sidek, pengacara 360 tu (yang baru aku add ke dalam bloglist aku minggu lepas), aku tertarik dengan post² lamanya tentang kejadian misteri Histeria yang berlaku di Kuantan dan heboh diperkatakan dulu. Satu demi satu entry yang ada aku baca. Terima kasih kepada aplikasi LinkWithIn yang banyak membantu. Apa saja entry yang kelihatan menarik nak dibaca, aku klik.

Sehinggala sampai ke satu entry mengenai KFC Shrimp Stix. Kerana aku pernah menulis entry tentang keluaran KFC yang menghampakan ni, jadi aku agak berminat membaca komen dan pandangan dari seseorang yang bergelar wartawan seperti Mazidul. Melihatkan gambar yang di gunakan, aku agak suspen sebabnya gambar tu sama dengan gambar yang aku letakkan dalam entry aku dulu. Dan alangkah terkejutnya, rupanya² memang blog aku pernah menjadi tempat persinggahan Mazidul sebagai rujukan tentang Shrimp Stix KFC tu.






Inilah dunia blogging masa kini. Adakalanya blog menjadi perantara yang tersembunyi. Tanpa kita sedari, ada yang mengikuti. Tanpa kita perasan, ada yang sudi menjadikan blog kita tempat persinggahan. Apa juga tujuan persinggahan itu, aku berbesar hati untuk menjemput sesiapa saje menjadi pempaca samada senyap atau bersuara, samada sembunyi mahupun nyata. Kerana semua yang terkandung hanya bertujuan untuk meluahkan apa yang tersimpan dalam fikiran, melahirkan apa yang terasa boleh dikongsikan. Jadi kepada semua, baca la lagi ye. Update mungkin tak sekerap mana, tapi insya-Allah andai ada benda yang boleh dikongsi bersama, aku dengan senang hati menjadi pengarangnya. :D

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

Precious said... Jawab Balik

wahhh ... kira jadi superstar lah tuuu ... itu part of keseronokan berblogging.
Hih hiii ... kali ni dapat baca entri full lerrr. Senang aje, kalau kita tau camner! Jangan malu bertanya dan jangan kedekut ilmu, kan!

i.z.m.a said... Jawab Balik

haha.. tak ler super sangat, suam2 je.. takde la follower sampai puluh2 pon, ratus2 jauh sekali.. tapi org dah sudi singgah, ofkoz kite hargaikan..

malu bertanya sesat jalan, rajin bertanya dapat jugak ilmu pengetahuan..

Related Posts with Thumbnails