Dan mungkin kuasa tuhan, dan mungkin jugak rezeki makcik tu. Masa aku keluar nak mencari tempat makan Jumaat lepas, aku ternampak ada pompuan berdiri tepi jalan dekat kawasan kedai makcik tu dulu sambil memegang kad yang tertulis, "KEDAI NASI CAMPUR BAWAH POKOK BERPINDAH KE SEBELAH SANA" berserta anak panah. Tapi masa tu sebab dah ada tujuan lain, jadi aku tak singgah mencari.
Untuk melunaskan kerinduan aku pada makcik.. eh, lauk pauk makcik tu, aku ajak la mereka² yang berkenaan tu makan kat situ tadi. Hilang la sudah kempunan aku selama ni. Dan ada kemungkinan hari² aku akan makan kat situ agaknya sebab keadaan kedainya yang sekarang dah proper dan sangat selesa.
Jadi kepada sesiapa yang bekerja kat area PJ ataupun Damansara yang terasa nak mencuba, datang la beramai². Kedai makcik ni dibuka untuk sarapan pagi dan makan tengahari dekat SS17. Sangat best sebab kat sini kite boleh pilih macam² jenis lauk dan harganya berpatutan.
Till my next post.. Bye bye bye..

-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment