Friday, October 09, 2009

Girls Day Out!

Semalam kami satu opis dapat half day sebab our CEO adakan majlis wedding die kat Sunway Resort Hotel. Dapat half day tu sepatutnya untuk mudahkan kami ni pegi ke wedding die. Tapi aku & Biha last minute terasa takmo pegi pulak. Biha dengan sakit perutnya, aku dengan malas aku. Hahaha. Makanya, burn la meja yang dah dibooking untuk kami tu ye. Lantak la, duit bos bukan duit aku! Oleh kerana masa yang ada, aku tiba² terasa nak ajak mereka 2 orang (Syasya & Biha) ke Ikea. Memandangkan Syasya pun ada benda yang teringin nak dibelinya.

Habis je halfday keje, dengan pantasnya aku dan 2 orang lagi tu meninggalkan opis. Biha yang sakit perut tu pulak tiba² jadi segar. Haih! Alasan ke? Kebetulan diorang 2 orang puasa. Jadi takde la kami singgah lunch kat mana². Aku ambik keputusan nak makan kat rumah je nanti. Kami abiskan lebih sejam dalam Ikea tu. Lebih kepada window shopping je sebenarnya. Syasya la yang jadi queen of shopping untuk hari itu!


Ratu.. ye ke??

Hari ni pulak. Tiba² tekak ni teringinkan ikan bakar. Masa bulan puasa hari tu ada terbaca review kat blog orang pasal satu tempat jual ikan bakar kat Kelana Jaya. Jadi dengan gagahnya aku buat research sana sini. Akhirnya jumpa jugak la blog² yang ada citer pasal tempat ikan bakar tu. Tapi sayangnya, usaha aku berdua bersama Biha berpusing sampai sesat² tu rupanya sia-sia. Elok je aku parking kereta, aku tengok kedai yang aku nak sangat pegi rupanya tutup. Ciss, kempunan tekak aku! Jadi, sebagai menutup rasa kempunan yang melampau. Biha cadangkan kami makan kat Ani Sup Utara je. Jadilah kan, asalkan kenyang. Takpe, lain kali kami datang lagi cari. Lepas tu baru la boleh buat review pasal kedai ikan bakar tu kat sini kan.

Mungkin ni namanya takdir. Aku budget nak show-off kat Syasya yang kami berdua pergi makan ikan bakar masa die takde (die MC hari ni). Sekali tengok² niat murni jahat kami tu tak tercapai. Hehehe, berdaulat la pulak minah ni kali ni.


Sampai moncong² hirup kuah yang sedap itu!

Walaupun kami sedikit kecewa, namun kesedapan sup yang kami sebat tengahari tadi benar² menghilangkan kekecewaan kami. Kalau la ada Ani Sup Utara yang terurus (sebab dulu pernah ada, tapi bungkus sebab servis teruk) kat opis aku tu kan bagus. Takyah la aku jalan sejauh ni kalau tekak tiba² teringin nak makan sup..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

1 Mak Joyah Bertandang:

ch@ said... Jawab Balik

hehehe dak jdk mak budak ni, lagi la berdaulat tau!...

Related Posts with Thumbnails