Sebenarnya ada insiden yang membuatkan aku nekad nak bertukar hala kali ni. Biarlah sebab tu hanya diketahui oleh orang² tertentu saje ye. Dan sesape yang dah tau tu, sila la jangan bocorkan rahsia tu kat sini. Setelah men'survey' 2 kedai, akhirnya aku mendapat apa yang aku nak. 3 pasang Bausch & Lomb menjadi pilihan dengan harga RM50. Berbaloi la pada aku sebab 3 pasang tu boleh tahan selama 3 bulan, sepasang setiap bulan.
Untuk solutionnya pulak, aku guna yang lama je yang aku beli masa nak kawen dulu. Yang hanya dipakai baru beberapa titik. Contact lens warna hazel yang aku beli dulu pun dah selamat dibuang, tinggal la solutionnya saje.
Doakan la aku akan kekal memakai contact lens ni supaya aku dapat menjana ekonomi negara dengan menjadi pembeli contact lens setiap 3 bulan. Insya Allah, kalau rezeki lebih dan mata aku ni sesuai dengan suasana bercontact lens, aku akan beli bundle pulak next time.
Note: Untuk yang ternanti²kan entry pasal trip ke Pangkor, tunggu!! Aku tengah mengarang rangkuman semua cerita trip selama 2 hari itu.
Till my next post.. Bye bye bye..

-END-
2 Mak Joyah Bertandang:
Eh ihh ,, tak tau camner nak baca sambungan entri tu ler. alamak! Anyway, I'm sure you tetap lawa with or without glasses ...
haha.. its so easy, click je kat tajuk entry tu then citer full akan keluar. tengah berusaha nak tukar function readmore ini.. thanks for visiting anyway! :D
Post a Comment