Thursday, October 15, 2009

Selamat tinggal pembantu mata ku..

Semalam balik dari keje berhajat nak tengok citer Afdlin yang baru kat movie, Papadom. Tapi sayangnya tiket dah sold out. So terpaksa la batalkan je niat nak tengok tu semalam dan tunda ke minggu depan. Dan dah alang² ke OU, aku memang dah merancang nak mencari contact lens. Yes, aku akan transform diri dari seorang budak kaca mata kepada seorang awek cun bermata cantik. Ptuiihhh!! (Perasan la pulak). Gurau je tu. Sebenarnya dah lama rasa nak tukar pakai contact lens, semenjak kali pertama aku try pakai masa kawen tu. Tapi mengenangkan aku ni jenis yang tak boleh nak disiplinkan diri, jadi aku tangguhkan dulu hasrat tu. Takut jugak kalau dah beriya² beli, sudahnya aku hanya pakai 3-4 kali.

Sebenarnya ada insiden yang membuatkan aku nekad nak bertukar hala kali ni. Biarlah sebab tu hanya diketahui oleh orang² tertentu saje ye. Dan sesape yang dah tau tu, sila la jangan bocorkan rahsia tu kat sini. Setelah men'survey' 2 kedai, akhirnya aku mendapat apa yang aku nak. 3 pasang Bausch & Lomb menjadi pilihan dengan harga RM50. Berbaloi la pada aku sebab 3 pasang tu boleh tahan selama 3 bulan, sepasang setiap bulan.


Inilah rupa makhluk tersebut..

Untuk solutionnya pulak, aku guna yang lama je yang aku beli masa nak kawen dulu. Yang hanya dipakai baru beberapa titik. Contact lens warna hazel yang aku beli dulu pun dah selamat dibuang, tinggal la solutionnya saje.


Amaran: Ini bukan minuman isotonik okey!!

Doakan la aku akan kekal memakai contact lens ni supaya aku dapat menjana ekonomi negara dengan menjadi pembeli contact lens setiap 3 bulan. Insya Allah, kalau rezeki lebih dan mata aku ni sesuai dengan suasana bercontact lens, aku akan beli bundle pulak next time.


Terime kasih cik spekie kerana membantu saya melihat selama ini..
Jasa mu tetap ku kenang..


Note: Untuk yang ternanti²kan entry pasal trip ke Pangkor, tunggu!! Aku tengah mengarang rangkuman semua cerita trip selama 2 hari itu.


Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

Precious said... Jawab Balik

Eh ihh ,, tak tau camner nak baca sambungan entri tu ler. alamak! Anyway, I'm sure you tetap lawa with or without glasses ...

i.z.m.a said... Jawab Balik

haha.. its so easy, click je kat tajuk entry tu then citer full akan keluar. tengah berusaha nak tukar function readmore ini.. thanks for visiting anyway! :D

Related Posts with Thumbnails