Thursday, October 22, 2009

Sinchan VS Papadom

Semalam sepulangnya dari opis, aku & Bie melangsaikan hutang yang tertunggak pada En. Afdlin Shauki minggu lepas. Dari seawal hari Isnin aku dah merancang nak tengok wayang berdua dengannya cerite Papadom. Tiket dah aku dapatkan awal² dengan cara online sehari sebelumnya. Gampang kan hidup zaman sekarang. Hujung jari je nak dapatkan semua benda. I love technology!

Jadi, balik je dari opis, kami terus ke tempat yang nak dituju. Mana lagi kalau bukan OU. Nasib yang agak baik agaknya, sekali pusing je dah dapat parking, betul² depan pintu masuk kat bowling tu. Jadi mudah la nak merangka masa. Terus ke kaunter tiket, collect tiket yang dah dibayar. Lepas tu Bie terus ke surau sementara aku menantinya kat luar. Duduk seorang diri melihat pelbagai aksi. Macam² gaya, macam² rupa. Paling menyerlah sekali dah pastilah golongan remaja. Hurm, kehidupan aku dulu tak sama macam mereka sekarang. Syukur. Faham maksudku? Aku tinggalkan untuk kamu fikir sendiri.

Sebaik Bie usai solat, kami berdua terus mencari tempat mengalas perut kosong yang berkeroncong. A&W jadi pilihan. Setiba die kaunter, order apa yang nak dihadap. Bie terpandangkan mainan patung animasi Sinchan yang die suka sangat. Tak berlengah, terus sambar sepasang buat anak sedara menyepah kelak (jangan mimpi katanya!), haha. Seronok sangat budak tua tu mendapat apa yang die suka sangat² tu. Takpe sayang, isterimu ini sangat² memahami. Selesai makan, terus masuk panggung. Tak sabar dah rasanya nak menjamu minda dengan hidangan terbaru dari Afdlin tu, Papadom!


Wajah² gembira seorang budak tua.. :P

Review filem ini dari sudut pandangan peribadi ku:

Judul: PapaDom
Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

Korek maklumat diatas dari SINI



Secara kesuluruhannya, ini sebuah filem yang menarik untuk ditonton (memang citer Afdlin ada ciri yang tersendiri). Aku taklah pandai sangat nak mengupas apa yang tersurat, tersirat segala macam tu. Tapi, aku memang sukakan sentuhan karya Afdlin Shauki yang ini sebab;

1. Walaupun ceritanya ada sedikit meleret, tapi tetap terhibur dek kerana olahannya yang sempoi dan mudah difahami.

2. Lawaknya yang kena dengan kehidupan seharian kita dan bersahaja. Tak terlalu slapstik ataupun nampak dibuat².

3. Elemen kekeluargaan persahabatan yang kuat ditonjolkan dalam campur baur yang sangat tersusun. Tak terlalu serabut atau kelam kabut.

4. Setiap scene, pasti ada saje yang mencuit hati walaupun sedikit. Namun di sebalik gelak tawa, ada jugak terselit elemen menyentuh hati. Secara jujur, hampir saje air mata dara (dara ke?) aku menitis. Namun dapat ku tahankan.

5. Barisan pelakon yang sangat spontan dan berbakat. Jadi melihat mereka berlakon seolah² melihat dunia sebenar yang biasa kite hadapi sehari-hari. At least sepanjang citer, takde la aku nampak ada kayu yang boleh bercakap!! Haha..

6. Dan banyak lagi.. Nak tau pegi la tengok sendiri :P

Tapi dalam ke'best'an yang dihidangkan itu. Ada jugak part² yang aku rasakan seolah² kurang sesuai ataupun kurang logiknya. Aku paham sebagai seorang pembikin filem, kadang² memang ada perkara yang terpaksa diada²kan. Tapi kan lebih baik kalau ianya diada²kan dengan situasi yang sesuai? Contohnya;

1. Universiti yang menjadi pilihan. Umum pastinya tau macam mana life dan gaya hidup penuntut UiTM kan. No such thing cheerleader or apa je yang seumpamanya kat sana. Cara berpakaian penuntutnya pun tidak seperti yang digambarkan dalam filem tu. So, kalau boleh, pilih la universiti yang bersesuaian. Baru la realistik!

2. Dengan keputusan SPM Miasara, kenapa mesti Masscom yang menjadi pilihan kursusnya? Bukankah ada peluang lain yang lebih baik lagi dari itu? Aku paham ia sekadar untuk mengaitkan jalan cerita tu agar nampak plotnya satu persatu (maksud aku bidang yang die ambik tu). Tapi apa kata kalau cerite tentang keputusan die tak payah diadakan. Better don't show it.

But, overall aku sangat berpuas hati dengan hasil karya terbaru dari Afdlin ini. Dari seawal citernya bermula hinggalah ke penghujung. Tak pernah lekang dengan ketawa yang berdekah² melihatkan kelurusan Mat Wajib Tayang (Que Haidar), kelembutan Hisyam (Farid Kamil), kecomelan Miasara (Lyana Jasmey), dan kasih sayang Papa Dom (Afdlin) pada anaknya. Sesuai benar menjadi pengubat duka, penghilang derita (derita?) dan mungkin jugak pemecah runsing di dada. So, jangan lupa la untuk menonton. Sokonglah industri filem tempatan kita (yang berkualiti jela ye)!

4 bintang untuk Papadom (1 lagi bintang simpan untuk improvement akan datang).

Note: Kali pertama buat review, harap dapat dimaafkan segala kekurangan ye. Insya-Allah lepas ni akan buat review setiap kali lepas menonton wayang. Tak kira la apapun ceritanya, siapapun pengarahnya dan apa jua genrenya..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

4 Mak Joyah Bertandang:

Precious said... Jawab Balik

Best! Hoping nanti dapat tengok!

ch@ said... Jawab Balik

haha...kuat btl pengaruh bdk 5 thn tu yerk...laki aku pun mnt skali...
papadom, aku hanya menonton di alam mimpi :(

Alia said... Jawab Balik

I've heard about Papadom ni, it's either you love it or hate it. Agaknya sebab ada sesetengah element macam "what the hell??" tak masuk akal kot?

Haha...

Ok lah, actually tak pernah dengar pon cerita ni, but since ramai dah kasi review, baru lah tau..oooo, ada cerita baru rupanya...haha..

i.z.m.a said... Jawab Balik

Precious: ye, sila la tengok.. jangan lupa buang air sesiap sebelum masuk panggung ye, hehe..

ch@: sinchan adalah 1-1nya anime feveret die.. nanti pegi la bawan oni tgk muvi citer papadom tu.. huhu

Penari.Gendut: ish.. gendut sangat ke? hahaha..nevermind la.. later u balik mesia, kasi beli dvd je.. tgk sampai lebam semua citer yang dah missed.. hehe

Related Posts with Thumbnails