Wednesday, October 28, 2009

I'm Popeye the sailorman!! Tut Tut!!

Semalam kena drive balik keje sorang². Kebetulan, Bie balik agak lambat sebab ada keje yang perlu diselesaikan. Sebaik je aku sampai rumah, dapat sms dari Bie, die dah nak balik. Ofismetnya hantar sampai ke TTDI. Tak sampai hati membiarkan suami balik naik teksi, jadi aku offer la nak keluar balik. Tunggu die kat TTDI. Dek kerana tengahari tadi hanya makan rojak (kongsi berdua dengan Bie) dan cendol je. Ditambah pulak tak sempat lagi nak dinner. Jadi perut aku dah mula menyanyi irama keroncong nan syahdu. Ternyata, rojak dan cendol yang kami jamah tengahari tadi kat tepi jalan tak berjaya menahan perut aku sampai ke malam.


Tempatnya sangat sempoi.. Makan pun takde meja..

Sepanjang masa menunggu tu, kepala asyik berputar memikirkan apa nak dimasak kat rumah nanti. Tapi melihatkan jam yang dah mencecah jam 8:30 malam, terasa macam tersangat malasnya nak masak. Sah² kalau masak mesti lambat baru dapat makan. Terpandangkan Secret Recipe depan mata, tapi hati kata, "takmo.. takmo.. takmo..". Dan dari kejauhan, aku terpandangkan signboard Popeyes Lousiana Kitchen. Haih, masa yang tepat! Apa lagi, akan ku pujuk suami tersayang kejap lagi, hehehe..

Pernah dengar pasal Popeyes? No!! Bukan Popeye citer kartun tu, tapi ni restoran fast food yang menyerupai KFC. Ada ayam goreng. And even better, sini ada seafood (udang dan ikan). Aku dah lama berhajat nak try makan kat sini. Kebetulan tempatnya yang tak jauh dari tempat keje dan rumah. Kat TTDI, betul² berdepan dengan KFC! Tapi hajat tu lama terpendam sebab aku selalu lupakan je. Lagipun kalau kebetulan aku lalu dekat depan restoran ni, time tu aku punya keinginan tak pulak sampai ke tahap nak singgah. Jadi, terkepam saje la niat nak mencuba tu selama ni. Tapi, tanpa dirancang semalam. Akhirnya aku berjaya menunaikan hajat aku tu.

Agak lama jugak la berdiri depan kaunter. Blur sekejap tak tau apa nak diorder. Kali pertama la katakan, mesti la blur. Akhir sekali buat keputusan nak try set 2 ketul ayam yang datang bersama kentang putar, coleslow, biscuit (rupa die macam roti bun kat KFC) dan minuman. Lebih kurang macam Snack Plate kat KFC la jugak. Cari port yang sesuai, kemudian.. Santap! Nyaman sangat rasanya makan kat sini dengan diiringi irama oldies dari lagu yang berkumandang. Alahai, terasa sangat tua sekarang ni kan Encik Bie ku sayang.


"Bayar.. bayar.. bayar!!" - Curi ayat Hafiy..


Ini la rupa restorannya..


Nyum.. nyum.. nyumm.. "Sedap hingga menjilat sudu"
ahahaha..

Secara ringkasnya, aku rasa aku dah jumpa pengganti KFC untuk aku lepas ni. No more KFC kecuali kalau terpaksa. Sebab Popeyes ni masih baru kat Malaysia. Jadi cawangannya sangat la terhad. Tak la macam KFC yang dah beratus² tu (sebab tu dah cam hampeh sket, banyak sangat, tak terkawal). Walaupun kat Popeye ni takde ayam 'ori' atau 'spicy', tapi coleslow, kentang goreng dan kentang putarnya menawan kalbu! Aku sangat suka. Harap² rasanya akan terus macam tu sampai bila². Ayam gorengnya, aku boleh kategorikan biasa jela rasanya. Just that ayamnya memang dihidang panas². Tak macam KFC yang kadang² panas sebab heater je. Kena aircond kejap, dah sejuk. Tapi macam mana pun, tak boleh jugak makan selalu ni. Well, fast food is not a good things to eat. Makan sesekali takpela. Bak kata orang, jangan tidak..

Note: Thank you Encik Bie :D


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

6 Mak Joyah Bertandang:

rina said... Jawab Balik

aku gelak terbahak bile baca ayat terkepam ko tuh..hhuhu sbb selalu kepam akan dikaitakan dgn baju masam or ketiak masam..nway time kasih atas food review tersebut..kalau aku jumpe nnt aku try.

ch@ said... Jawab Balik

mkn aje la kome ye....
ala sdp sbb ko lapa...
haha!

i.z.m.a said... Jawab Balik

rina: terkepam tu aku sama ertikan dengan terlalu lama la.. memang dah tahap masam la kan kalau simpan hajat lama2 sangat, haha

ch@: jom try la.. baru tau sedap ke tak.. esok jom, ada berani?!!

k-mie said... Jawab Balik

abis, takkan nak makan kat mamak je. lgpun, bukan slalu kan yang hehe..

rina: try ah, sure ko tak berkenan KFC. tp aku tak baper ngan coleslaw, mashed potato & biscuit dia tu. ayam dia mmg sedap ah, mcm KFC zaman dulu2. pastu sos cili dia pelik sket, sbb mcm rasa sos cili aminah hassan..

rina said... Jawab Balik

dah selamat try popeye ni isnin aritu kat wangsa walk..eh aku suka mashed potato dia, coleslaw dia pon lg sedap dr kfc nga biskut dia tu, yum2..ayam dia aku order chicken stripes dia tu..biasa2 je la, blum try ayam goreng lg. azhar mkn nasik ngan ape tah, biasa2 je..ok la, ada la pesaingan utk kfc pasni..

i.z.m.a said... Jawab Balik

hehe, aku pun sangat suka ngan mashed potato n coleslow die.. biskut tu bila makan cicah ngan mashed potato, nyaman!! tapi kmie kureng sket.. yerp, persaingan sihat akan meningkatkan kualiti, hopefully..

Related Posts with Thumbnails