Friday, March 20, 2009

Keindahan dan kehancuran ~.~

Pertama sekali, tajuk diatas sama sekali tiada kena mengena dengan kehidupan baru yang aku lalui sekarang. Ia hanya la satu tajuk yang aku rasa mungkin sesuai dengan dua situasi berbeza yang aku lihat semalam dan hari ini. 

Balik dari kerja semalam, keadaan agak suram dan kelam. Petanda hujan akan turun. Lepas hampir separuh perjalanan, perlahan² hujan renyai turun membasahi bumi. Sewaktu melalui MRR2 sekitar kawasan Sri Damansara sampai la ke Batu Caves, aku terlihatkan pelangi. Apa yang istimewanya? Well, pelangi mengingatkan aku pada banyak perkara. Lebih² lagi zaman kanak² yang dah terlalu lama aku tinggalkan. Secara tak langsung ia juga mengingatkan aku pada satu siaran kartun (yang aku lupa namanya, Smurf kalau tak salah). Sebab dalam kartun tu, pelangi adalah salah satu gambaran utama kehidupan mereka. Kehidupan yang penuh dengan keceriaan dengan cendawan² yang berwarna warni. Kalau korang lahir sekitar 80-an, dan membesar sekitar awal 90-an, mesti korang ada tengok kartun ni. Melainkan rumah korang memang takde TV, haha. Dan tengah aku asyik menatap pelangi yang cantik tu sambil snap gambar di sana sini, Bie mengeluarkan satu frasa yang buat kening aku berkerut. "Cuba cari kat mana kaki/ekor pelangi tu sampai dapat. Pegi kat situ sebab ada mangkuk emas". Dia cakap slumber je tanpa sedikit pun tanda gurauan. Agak kebodohan jugakla aku sekejap.  "Ada ke?". Boleh plak aku tanya camtu. Nampak sangat ke-blur-an tahap melampau aku petang tu. Rupanya benda tu hanyala rekaan zaman kanak²nya yang aku tak pernah tau. Tapi apa² pun, pelangi tu memang cantik.

Gambar disnap dari Petronas MRR2 Kepong

Smiley yang sempat meng'inter-frame'

Ini la watak kartun Smurf tu...

Dan tengah hari tadi, aku bersama² dua teman sekerja, Syasya dan Biha mencari tempat mengisi perut. Niat di hati nak menyerang sebuah kedai usang di Seksyen 17, PJ. Ada satu kedai makan yang rupanya sangat azab, tapi makanannya sangat marvellous!! Bayangkan jela meja buatan sendiri yang sebesar meja snooker (mungkin juga lebih besar) dipenuhi dengan segala macam lauk-pauk. Dengan harga yang berpatutan, pastinya perut yang sebesar mana pun akan berpuas hati. Kepala masing² dah dipenuhi dengan gambaran lauk-pauk yang menjadi pujaan hati. Aku dengan tauhu sumbat dan gulai lemak siput sedut, Syasya dengan ulam²annya manakala Biha membayangkan udang masak kunyit. Tapi... alangkah sedihnya apabila sampai berhampiran kawasan kedai tu, apa yang kami dapat lihat tertinggal hanyalah longgokkan kayu² dan papan. Huhuhu, di mana hilangnya kedai buruk yang tersergam tak berapa indah dulu??? Kami kebuntuan seketika. Tapi dalam kebuntuan tu sempat jugak aku snap sekeping dua untuk kenang-kenangan, sentimental yang mental sungguh!! Ini la jadinya kalau kita melanggar undang². Kedai yang gayanya macam nak rebah tu sudah pastinya hasil binaan kontraktor yang tak bertauliah. Dan sudah semestinya di atas kawasan yang sepatutnya entah untuk apa. Jadi bila hendak dirobohkan, tiada siapa boleh menahan. Kepada sesiapa yang mengetahui ke mana perginya kedai makan yang kami gelar 'Makcik Pokok' & 'Kedai Hantu' (namanya saja sepatutnya dah boleh menggambarkan rupanya kan.. hehe), sila la khabarkan kepada kami yang tercari² tempat berdirinya kedai tu sekarang ini. 

Tinggal kenangan.. 

Dan dengan penuh kehampaan, kami pulang ke markas (opis). Bak sirih pulang ke gagang gayanya. Kerana kehampaan jugak, kami semua kebuntuan. Semua pekena menu yang sama 'Mee Jawa Makcik KakZahra'. Nama kedai makan tu Kaazara sebenarnya, saje aku tukar.. hehe 

Lepas ni susah la nak cari tempat makan yang ambik lauk bagai nak gila pun, still boleh dapat harga yang tak disangka² di tengah nadi kota ini kan.. Sedey ~_~

-END-

0 Mak Joyah Bertandang:

Related Posts with Thumbnails