Masanya semakin hampir, hati makin tak keruan.. Haih, tak sangka penantian selama 6 tahun akan berakhir dalam masa 6 hari. Alhamdulillah, setakat ini, segala persiapan penting boleh aku katakan hampir selesai. Segala urusan rasmi baik permohonan nikah sehinggalah kepada permohonan cuti, telahpun aku selesaikan. Menyentuh perihal persiapan barang² hantaran pun, hampir kesemuanya dah tersedia. Minggu ni mungkin akan menjadikan aku seorang yang amat sibuk. Balik je dari kerja, aku kena bergegas nak menyiapkan hantaran pulak. Nasib baik mummy (ibu mertuaku) dah buat keputusan nak bertukar hantaran pada hari kenduri kami nanti (28/03/09). Jadi ada lagi lah masa untuk aku menggubah mana yang patut. Memang aku lagi suka menggubah sendiri berbanding menempah. Jimat dan puas hati. Biarlah gubahan tu nanti tak secantik mana, asalkan hati aku berasa puas melihat hasil kerja tangan sendiri (dengan bantuan bersama teman serumah, Kak Safa). Oh, lupa nak aku khabarkan. Aku dan Bie dah buat keputusan. Disebabkan kami masing² dah ada 2 orang emak, so kena la buat kod nama. Mummy untuk ibunya, dan Mak untuk ibuku. Senang nak bezakan masa berbual.
Sabtu lepas, aku berjaya jugak menyelesaikan misi perbelanjaan perkahwinan kami. Aku, Bie dan Kak Safa bergerak ke Nilai 3 agak lewat. Kira² jam 12 tengah hari baru kami sampai ke sana. Matahari tegak di atas kepala. Alangkah berbahangnya bumi Nilai 3 waktu itu. Selesai makan, kami bersolat. Alhamdulillah, mungkin berkat doa yang panjang, hujan turun membasahi bumi. Kepanasan yang tadinya mencengkam segala urat nadi kini beransur lega. Segala pembelian banyak dibantu oleh "jururunding perkahwinan" tak bertauliah kami, Kak Safa. Thanks a lot la sis (soon to be in-law, maybe). Tanpa mu, pasti akan huru hara la perancangan kami. Aku yang memang agak kureng bab membeli-belah, ditambah pulak Bie yang lagi lah failed. Berbelanja sakan hampir separuh hari. Segala persiapan baik untuk hantaran sampai la ke bunga manggar, semuanya aku sapu bersih. Tapi takpe, selagi segalanya dalam budget, approved!! Dan kat sana, aku dapat hadiah perkahwinan pertama dari Kak Safa. Serangkai bingkai surah Kursi dan Allah-Muhammad. Thanks again Sis..
Kereta ku yang sarat....
Jururunding perkahwinan tak bertauliah
Hadiah pertama..
Pulang dari Nilai 3, kami sempat singgah ke Semenyih. Rumah Atok, Uda dan rumah Mak. Lengkap ketiga-tiganya. Sempat la melawat Hafiy yang baru keluar dari hospital akibat food poisoning. Tapi die tetap lincah walaupon kaki masih berbalut kesan dari tusukan jarum drip. Die yang sepatutnya masih berada di hospital terpaksa akak aku seludup keluar kerana kepenatan akak yang amat sangat barangkali. Ada cerita tragis disebalik semua itu. 3 org anak²nya silih berganti menjadi tamu katil hospital. Kesian betul, besar sungguh pengorbanan seorang ibu kan. Mudah²an mendapat rahmat satu hari nanti. Gambar kaki Hafiy yang berbalut terlupa untuk aku snap. Seronok sangat melayan kerenahnya. Selepas puas melepaskan rindu pada Hafiy, kami bertiga berangkat pulang.
Hafiy.. time sihat
Seharian pada hari Ahad pula, aku tak ke mana². Menghabiskan sepenuh masaku bersama Kak Safa di rumah. Hanya di sebelah paginya kami berdua ke pasar. Dah macam makcik² surirumahtangga pulak rasanya. Lepas ke pasar, sibuk memasak kat dapur sambil duduk² berbual, kupas bawang, menyiang ikan, kopek ikan bilis dan terus berbual². Inilah antara kenangan² terakhir rumah bujang untukku. Pasti suatu masa nanti aku akan merindui detik² begitu. Kerana semua itu pastinya akan berakhir dalam tempoh 5 hari lagi. Syahdu...
Malamnya kami meneruskan niat kami yang tertangguh sejak pagi Ahad itu. Aktiviti gubah menggubah. Dengan kepakaran yang sangat sedikit, berjaya jugak aku dan Kak Safa menyiapkan gubahan yang pertama. Simple, but so nice and sweet. Puji sendiri la kan, takde orang lain nak puji lagi. Hehehe.. Thanks again and again Sis, you helping me a lot!!
On progress..
Satu²nya yang siap malam tu..
-END-
0 Mak Joyah Bertandang:
Post a Comment