Pagi ni aku tertarik nak baca blog salah sorang akak yang ada dalam bloglist aku. Tajuk entrynya agak menarik perhatian aku sebab memang sejak sekian lama aku agak tercari² maklumat pasal menda alah ni. Actually, sampai ke hari ini pun aku masih kabur dan masih tercari² kaedah sebenar nuffnang ni dikira (ye, saya budak baru belajar.. ambik galah tolong jolokkan okey). Thanks kepada akak ini yang telah menambahkan kesedaran pada aku yang kabur ni. Aku pernah terbaca pasal ni, tapi masa tu aku ignore sebab mata dah kelam dengan janji manis $$$ yang aku nampak. Tapi.. semua itu plastik!!
Untuk information semua, blog aku ni trafficnya memang hidup segan mati tak mau. Tapi aku takde la kisah sangat. Memang tujuan aku bangunkan blog ni (cehh, ayat tak hengat), semata² untuk aku luahkan dan coretkan apa yang terlintas kat kepala. Sekurang-kurangnya bila someday aku bosan², aku ada tempat untuk hilangkan bosan (baca je balik entry² yang ada). Bagi aku mungkin dari situ jugak, aku akan teringat sesuatu yang pernah aku lupakan. Mana la tau kan. Aku ni bukannya jenis rajin menulis diari ataupun nota dan simpan kat mana². Jadi pada aku, blog adalah satu tempat yang sesuai untuk aku simpan semua data dan memori yang aku ada. Tambahan pulak, naluri sharing is caring tu memang dah ada dalam diri aku. Aku memang suka share experience, skill atau apa² saje yang boleh memberi manfaat dan pengajaran samada untuk diri aku, mahupun untuk orang lain yang mungkin terbaca entry tu.
Sampai la satu saat ni, tergerak hati aku nak letak ads dalam blog ni. Kata orang sambil menyelam, sambil minum air. Apa salahnya kalau ada sesuatu yang aku buat tu boleh mendatangkan ongkos tambahan kan. Jadi aku bermula dengan Google Adsense. Agak susah jugak nak bermula sebab ikut kata bie, google adsense akan tapis dulu content yang ada dalam blog dan lepas tu baru decide samada nak letak ads ke tak kat blog tu. Berbulan² jugak aku tunggu, tapi tetap takde ads yang keluar. Bie cakap, maybe sebab blog ni dalam bahasa melayu. So, mungkin google tak accept untuk iklankan ads diorang kat sini. Fine, aku tak kisah sangat. Then, aku terbaca pasal Nuffnang. Agak tertarik jugak nak letak. Sekadar nak mencuba je. Peringkat permulaan, hampir 6 bulan aku letak. Tapi bila aku tengok earning, macam freeze je tak bergerak². Tapi aku tak peduli sangat pun. Biarkan je la die nak gerak ke taknak. Hingga ke satu hari, aku tengok ada perubahan angka yang agak drastik. Dari situ, aku mula $$bling$$ $$bling$$. Hehehe. Jadi aku kaji la apa cara nak naikkan jumlah earning. Cuba naikkan jumlah unique IP yang singgah blog ni.
Dan sampai la ke satu saat, aku terjumpa satu kaedah ni, 'kamu klik saya klik'. Masuk blog orang, then klik la apa yang ada. Lepas tu tinggalkan jejak kasih kat shoutbox. Mula² memang enjoy, tapi lama² rasa bersalah dan tak patut pulak. Terasa perhubungan tu macam tak ikhlas. I give you something if i get something. 'Kalau kamu tak klik, saya pun takkan klik kamu'. Yerp, itu memang berlaku. Seminggu aku tinggalkan perihal klik mengklik ni. Jumlah visitor yang masuk menjunam jatuh sampai menyembah bumi! Aku ada rasa sikit upset jugak la. Yelah, nampak sangat kurangnya keikhlasan tu. Bukan la semua, sebab aku still ada nampak jugak 3-4 orang yang still singgah even aku menyepi selama seminggu tu. Tapi kecewa tu tetap ada la, sebab aku terasa bodoh je selama ni membina so called 'rangkaian perhubungan' tu. Tau kenapa aku menghilang selama seminggu, sebab aku terlebih menolong klik blog orang lain sampai IP pc aku di'block' dari masuk ke mana² website blogspot! But what i get as return? Nothing..
Aku sedar efek dari entry ni mungkin akan sedikit sebanyak menjejaskan imej aku di kalangan mereka yang terlibat. So sorry semua, aku bukan nak menjatuhkan atau menutup so called what so ever periuk nasi ke apa. Tapi aku adalah jenis manusia yang belajar daripada pengalaman. Dan bila aku rasa memang ada something wrong dalam satu² tindakan tu, aku akan research segalanya sampai ke akar umbi. Dan ternyata, apa yang aku dah libatkan diri selama ni (klik sana klik sini) tu memang menyalahi term & cond yang telah ditetapkan, salah tetap salah. Jadi aku dengan rela hati akan menghentikan segala kegiatan tu. TAPI, insya allah. Kunjungan untuk untuk membaca akan tetap aku buat andai ada entry yang menarik perhatian aku. Kebanyakkan blog yang aku singgah, memang aku ada simpan linknya. Don't worry. But its up to you all untuk terus menjalin hubungan sosial maya yang dah kita jalankan sebelum ni ataupun tak (belum la lama sangat pun). Semoga kita semua perbaiki kesilapan untuk jadi manusia yang lebih bijak untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain.
Sumber boleh dipercayai:
Sumijelly
MySuperKids
NorizamShah
Nota kaki lapan: Buat baik tu memang susah. Tapi kalau terlalu baik pun susah jugak.
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
9 Mak Joyah Bertandang:
huhuhu..patutla tersedak2 minum air..ghupanya ada org menyebut..hehehehe
yup...banyak cara nak meningkatkan earning nuff...
suma kene pandai guna trik dan trips...
so..mari kita menerokai nya...
hehehe... tersesat sampai ke kota yang penuh sumi.. anyway, thanks la sebab membantu membuka minda orang lain...
yerp, hidup ni sentiasa dalam proses belajar.. hari2 pun kena belajar untuk terus hidup kan..
aku ikut kata ko la, biarkan aje, pergi blog org baca seikhlas hati, sbb blog yg aku terjah mmg terkesan kat hati aku ni :) sbb tu la...ads aku dok statik cam tu je :)
berblog untuk kepuasa hati...
baguslah.... belajar adalah proses hidup.
Jgn nak lompat terlalu tinggi, nanti kepala kena bumbung... sikit-sikit nanti ada kesannya.
tu pasal la sampai sekarang sy tak letak shout box dalam blog..ramai sangat yg tinggal klik2...kang kalau aku tak klik dorg punya rasa bersalah pulak..baik takyah...aku tak klik pun...alhamdulillah ado gak earning dari 0 dulu...hehe...
salam singgah...
http://kancilbiru.blogspot.com/
bagus la ko dah sedar..
lagi2 sampai ada yg smpai buat team yg khas untuk klik2 nuffnang ni..
Problogger banyak gila yang marah sampai asal blogger newbies je mesti terkena tempiasnya..
takpe la.. yang penting sedar benda tu slh kn... aku ni pun newbie ldm benda ni.. baru sebulan je.. hehe
kite hidup memang takleh lari dari kesilapan kan.. kalau dah rasa buat satu benda yang silap tu, bila sedar cepat2 la berubah..
hidup memang kena selalu belajar..
marilah berblog dengan penuh ikhlas kan..
Post a Comment