Monday, December 28, 2009

Family Dinner: Bangi Kopitiam (Treat by Encik Hubby)

Malam tadi bie suggest pekena roti bakar kat Bangi Kopitiam. Die memang dah terpikat sangat dengan 'Half Boiled Egg with Roti' yang ada dua biji telur separuh masak on top roti bakar tu. Satanem sangat katanya. Kebetulan mummy & abah baru balik dari Mekah, so kemungkinan besar mummy masih penat nak memasak. Lagipun nak kasi diorang reset balik tekak kepada masakan Malaysia (boleh ke guna alasan tu?), jadi aku suruh bie ajak semua sekali dinner terus kat sana. So that mummy takyah la susah² nak masak apa² (ni lebih kepada aku yang tak payah rasa bersalah sebab tak tolong masak, hehe). Mummy okey je dengan cadangan tu. Jadi confrim la sefamily menerjah Bangi Kopitiam malam tu. Alang² jaraknya yang hanya 500 meter (lebih kurang la) je dari rumah mummy.

By the way, ini bukan la kunjungan kali pertama aku & bie. Sebelum ni dah 2 kali terjah makan kat sini. Memang memikat kalbu jugak la main course yang ada. Varierty dan menepati selera aku yang sangat la 1Malaysia ini, hehehe. Terpulang la nak makan apa. Masakan melayu ada, cina ada, india ada, barat pun tak ketinggalan. Kopinya pun, best! Aku lebih suka black coffee, berbanding white coffee. So, malam tadi aku pilih Tuna Sandwich, tapi sold out pulak. Tukar kepada nasi dagang (sedap jugak, 1 of my feveret) dengan Kopi Coklat (first time cuba, rasanya agak thick jugak la). Bie pulak dengan Doodle Mee with Sausage (macam megi sup) dengan Teh O Limau. Yang lain pun makan menu yang berasingan. Boleh round table kalau nak try rasa benda yang berlainan. Semua ada malam tadi kecuali Nana (adik ipar aku), sebab die kena balik ke Shah Alam pasal pagi ni die ada kelas. Bie buat jahat, die MMS gambar kami dinner tu sebab nak bikin hati adik die panas, hahaha. Untung kamu ye Nana, dapat abang yang 'prihatin' macam tu. Selesai makan, aku & bie berangkat balik ke Damansara.


Semua khusyuk je masa makan.. Sedap kan orang belanja :P


Antara gambar makanan yang sempat snap..


Great combination: Nasi Dagang 'Mak Teh' + Kopi Coklat Panas.
Saya Punya!! (buat intonasi suara macam iklan megi asam laksa)


Kalau diperhatikan nama pada menunya, ada jugak yang kelakar. Contohnya, Kopi O 'Ah Chong', Nasi Dagang 'Mak Teh', Cendol Kacang 'Ali Kutty'. Kali pertama tengok menu tu, memang ada rasa nak gelak la jugak. Tapi itulah yang dinamakan kelainan. Nampak la semangat 1Malaysia pada nama² menu tu kan. Baru la menyahut seruan kerajaan namanya tu. Jadi boleh la try² pegi kepada yang berminat nak mencuba. Yang paling penting, Bangi Kopitiam ni tokeynya adalah orang melayu kita. Kebanyakkan pekerjanya pun terdiri daripada melayu. Jadi tak la risau sangat dengan isu persijilan halal macam yang berlaku kat satu kopitiam yang agak pemes itu. *Tutt*.. Kena sensored, takut kena saman. :P


Gambar takde motif. Saje je tempek gambar adik ipar aku ni.
Love the shot dari encik hubby ini..


Nota kaki lapan: Dang dang dut tali kecapi, kenyang perut kite hepi!! Diet tetap on going walaupun aku dah mula makan benda berat². Semuanya masih terkawal..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

9 Mak Joyah Bertandang:

k-mie said... Jawab Balik

err yang, baru perasan. bukan threat la, treat. threat tu ancaman, saya tak mengancam sape2 :)

zella y said... Jawab Balik

kat rawang pun ade bangi kopitiam..
prnah gi skali je...
laksa dia best juga... =)

i.z.m.a said... Jawab Balik

hubby: ye ke? pasan gak salah semalam, tapi terlupa nak betulkan.. hehe

zella: yang rawang tu pun baru bukak kalau tak silap.. belum try laksa lagi, tapi akan try nanti.. ^_^

Aidi-Safuan said... Jawab Balik

amboih.bukan main meriah lagi makan.diet2~

Unknown said... Jawab Balik

tak tau ler naper i ban kopitiam bangi ni sbb nyer maybe bad service
kat tempat i ada satu....entahlah maybe tmpt u okey kot...hehe

i.z.m.a said... Jawab Balik

aidi-safuan: so far program diet still running.. tapi sekali sekala kena kasi can la nak langgar pantang :P

posh: maybe kot.. pasal yang batu caves ni still baru lagi, so die memang bagi service tip top! tatau la untuk masa2 akan datang.. hehe

i.z.m.a said... Jawab Balik

ye cik epal.. memang sedap pon.. kalau tak pikir diet, memacam nak try ^_^

rina said... Jawab Balik

ok mlm ni gak aku gi try kopi coklat tu..eh dia kopi kampung kan??

i.z.m.a said... Jawab Balik

rina: aku rasa kopi kampung la kot.. tapi tatau la kan, aku bedal je.. asalkan sedap!

Related Posts with Thumbnails