Wednesday, December 23, 2009

Timpa menimpa ditimpa

Beberapa minggu kebelakangan ni agak sibuk. Manakan tidak, undangan kenduri kawen datang bertalu². Untuk bulan ini saje, lengkap sudah perjalanan satu semenanjung Malaysia (kecuali pantai timur). Alhamdulillah, setakat ni hampir semua undangan tu dapat kami hadiri.

Bermula dengan awal bulan lalu, salah seorang kawan masa belajar dulu menamatkan zaman bujangnya. Akhirnya, percintaan kampus sampai juga ke jinjang pelamin. Tahnian korang berdua, Siti & Batu (timangannya yang lekat hingga ke hari ini). Semoga korang dikurniakan kebahagian yang berpanjangan dan anak² yang comel. Perjalanan jauh dari KL ke Johor & Johor ke KL semula memang amat memenatkan hingga sudahnya aku ditimpa sakit kepala yang maha kejam itu. Apakan daya. Nasib baik la esoknya hari Ahad. Dapat la aku nak merehatkan kepala yang berdenyut².



Minggu berikutnya (baru² ni je), giliran melayan undangan dari utara pulak. Maka sampai la kami ke Lunas, Kedah. Yang empunya diri merupakan junior masa belajar dulu, manakala kakaknya adalah senior aku. Keluarga ini dah umpama keluarga sendiri pada aku. Tak hairan la kalau mereka sekeluarga sanggup turun ke Semenyih sejauh beratus kilometer untuk menghadiri majlis kawen aku dulu. Jadi ini seumpama kunjungan balas dari aku. Kepada Nana & suaminya, moga kalian tabah dengan ujian pertama selepas ini. Perhubungan jarak jauh memang banyak cabarannya, apatah lagi setelah bergelar suami isteri. Tenang la okey!



Yang terakhir, dan mungkin juga penutup kepada majlis perkahwinan tahun 2009 (untuk kawan² aku la). Kami ke Ampang pula. Sehari selepas majlis kat Kedah! Penat? Memang la penat, tapi bukan selalu. Apalah sangat kalau dibandingkan dengan masa yang dihabiskan untuk membina ikatan persahabatan ini kan. Kami beramai² menghadiri majlis perkahwinan yang indah dihiasi bunga². Umpama taman inggeris gayanya (sorry to say, tak sesuai la dengan karektor pengantin yang aku kenal, haha). Kepada kedua mempelai raja sehari (dah expired tu) Lan & Qama, moga kalian berdua dilimpahi rahmat dan keberkatan dari-Nya.

Perjalanan pada hari Ahad tu diteruskan pula ke Putrajaya. Kali ni bukan untuk ke kenduri kawen. Tapi melawat salah seorang rakan sekelas dulu yang menyambut kehadiran orang baru yang kedua (atau boleh sebut yang ketiga selepas suaminya, ehehe). Congrats Mila & Abg Shah, berlumba² nampaknya korang sekarang ni membesarkan keluarga kan. Alhamdulillah, semoga melimpah ruah rezeki yang datang selepas ni okey!

Selepas itu sempat jugak balik sekejap ke Semenyih. Meluangkan sedikit masa yang terluang memandangkan aku dah lama tak balik ke sana. Macam biasa, yang aku kejarkan dah tentunya anak sedara aku yang petah tu, Hafiy. Kesian die, terpaksa dibotakkan sebab kepalanya diserang kutu a.k.a 'ulat rambut' (bak katanya). Tapi comel jugak walaupun kepalanya dah gondol macam tu, hehehe. Malamnya kami makan besar. 4 keping Pizza Hut menjadi taruhan. Tapi untuk keluarga yang sebesar ini, 4 keping tu umpama apa la sangat. Tak mencukupi rasanya. Hehe, menandakan yang kami ni tak sesuai dengan hidangan ala barat ni. Lagi baik makan satay, puas hati!!





Ooo, dalam pada gembira menyaksikan rakan taulan bertukar status dan menambah ahli keluarga. Ada berita yang kurang gembira. Masa kat Kedah, aku & bie terima berita yang kurang menyenangkan. Cermin kereta kami pecah (atau lebih tepatnya, dipecahkan) oleh mangkuk berhayun yang terlupa mana otaknya diletakkan. Cubaan mencuri barang dalam kereta barangkali. Tapi takde apa yang berjaya dicuri (dalam kereta tu memang takde apa pun!!). Tak pasal² melayang lagi ratusan ringgit nak mengganti cermin yang pecah tu, DEMM!



Semoga yang dah berjaya menamatkan zaman bujang tu gembira selalu. Kepada yang belum, sama² la kita doakan semoga tuhan lorongkan jodoh mereka bersama pasangan yang ideal dan beriman. Aminn...

Nota kaki lapan: Gambar pengantin Lan&Qama tak dapat diabadikan. Pengantinnya laju sangat. Gambar baby Mila pulak terlupa nak snap, over excited kot, haha.

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

Unknown said... Jawab Balik

mcm2 hall daaa...ujung tahun beselah org kawen memanjang...hehe

i.z.m.a said... Jawab Balik

hahahaha.. sib baik la dapat hubby yang rajin ngekor kulu kilir..

Related Posts with Thumbnails