Semalam menyinggah kat blog kazen I dan telah ternampak nama I dalam tag mengetag. Jadi, inilah balasan yang dapat saya sediakan ye..
1. Adakah anda rasa anda hot?
Saya memang hot!! Sebab hari² saya dengar hot.fm.
Dalam kete dengar. Kat opis pun dengar jugak..
2. Upload gambar kegemaran anda.
3. Cerita pasal gambar?
Ini adalah family baru saya selepas kawen..
Happy sebab akhirnya impian jadi kenyataan.
Family lama I tak pernah lupa tau!!
4. Bila kali terakhir makan pizza?
2 bulan lepas kot. Makan kat Pizza Hut Tesco, Mutiara Damansara.
Chicken Supreme rasanya masa tu, kot..
5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Ada Apa Dengan Cinta, tengah terpasang kat radio ni ha..
6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Keje, mengular, fesbuk, blog walking
7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Banyak sangat!! Yang paling takleh terima, ROSMARIE. Motifnya??
8. Tag lagi 6 orang
i - Syasya
ii - Rina
iii - Namo
iv - Melz
v - Precious
vi - Tina
9. Siapakah orang No.1 pada anda?
Seorang kawan yang berkepit sejak 7 tahun yang lalu.
Dari zaman belajar sampai la sekarang ni, keje pun satu opis,
satu department, satu team.. Haisy!!
10. Kata sesuatu mengenai orang no 5
Seorang blogger yang suka kongsi tips nak tambah duit poket.
Blog dia pun banyak tips² yang berguna..
11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Ada ke? Tak sure la, rasa macam ada, tapi dia rahsia² kot..
Top secret agaknya..
12. Bagaimana pula orang no.4?
Seorang yang suka sharing ilmu dan tips lebih² lagi pasal blogging..
13. Pesanan kepada orang no 6.?
Update la blog tu. Bersawang dah weh!
Eh, mana orang no.2? Takpe², meh I tambah sendiri..
14. Apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2 ni?
Die sangat kepochi. Suka berceloteh walaupun baru kenal 5 minit.
Tapi I know, dia baik hati jugak kan!!
Okey, pada yang dah kena tag tu, sila la jawab ye bila² anda ada masa nanti. Sila jawab dalam bahasa melayu. Rojak sikit pun takpe kot :P
Till my next post.. Bye bye bye..
-END-
2 Mak Joyah Bertandang:
pergh! atas sekali tu, mcm mn nk jwb tag pun aku dah lupe wei!, tak pe t aku cuba ok...
ala kena ke?? baru aku bergumbira tak kena tag kat blog namo..tahun depan la gamaknye aku buat :P
Post a Comment