Thursday, December 03, 2009

Hangout release tension

Semalam balik dari keje aku dan bie tersayang plan untuk tengok movie. Filem pilihan kali ni, Ninja Assassin. Review akan keluar petang nanti okeh! Kali ni tempat yang jadi pilihan ialah Tropicana City Mall. Kali pertama mencuba tempat baru. Memang agak tercangak² la jugak. Mana taknya, bukan kami pernah sekali pun datang sini, cari entrance parking pun meraban jugak la (aku pernah sekali la, tu pun duduk belakang je jadi big boss). Nasib baik jumpa walaupun dah agak suspen jugak sebab kena tawaf kat area bangunan sebelah yang macam tak siap lagi.

Masa nak cari petak parking pun, agak menggelabah jugak la. Mana taknya, tempat tak familiar langsung. Sudahnya termasuk kat kawasan yang dead end! Cis, nape la tak letak apa² tanda ke, kon ke apa. Tak pasal² kena berundur nak keluar. Tapi nasib baik la on the way mengundur tu, ada org nak keluar. Jadi dapat la kami parking betul² sebelah pintu masuk yang siap ada autopay. Best², I sangat suka.

Jadi settle parking, terus menuju ke atas. Nak terus ambik tiket movie kat kaunter. Nasib baik dah siap² beli dengan m2u. Jadi taklah risau kalau² tiket abis ataupun line nak beratur tu panjang sangat. Dalam perjalanan nak mencari kat mana duduknya GSC, ternampak Shinlin Taiwan Snack. Yahuu, memang baru je terasa nak makan menda ni last week kat OU. Tapi sebab masa tu terlupa (dan juga sebab malas nak berjalan jauh dari JJ ke situ), hasrat tu dilupakan ajelah masa tu. Alang² dah jumpa ni, terus la beratur nak beli Sweet Potatonya yang best. Tapi cari dalam list menu takde la plak. Jadi order Seafood Tempura. Tu pun kira feveret jugak. Kepada yang was² atau takut² nak try. I suggest pada anda sila la try. Memang best dan ianya HALAL, insya-Allah. Dah siap order Seafood Tempura (rasa die cam kopok lekor!!), tiba² terpandangkan signboard sebesar alam kat depan tukang goreng 'Sweet Potato bla bla bla'. Huhuhu, benci la. Takkan nak kensel order. Jadi lain kali jela gamaknya.





Selesai lepas ambik tiket movie kat kaunter. Terpandangkan Subway kat sebelah je dengan GSC. Langsung la ia menjadi pilihan untuk dinner. Dah lama pun rasanya tak makan Subway ni. Lagipun kat Tropicana ni memang teramat kurang tempat makan. Foodcourt pun aku tak nampak bayang. Subway melt untuk aku, Roast Beef untuk bie. Ittadakimas!! Selesai makan, layan game kat arcade. Cam biasa la, kalau tak dapat layan game Time Crisis sementara menunggu movie start, memang tak sah. Menghabiskan duit nak mengkayakan orang lain, hahaha. Oklah, tunggu review Ninja Assassin versi aku pulak lepas ni..





Nota kaki lapan: Ada insiden yang tak best masa nak cari kete. Cam orang gile turun naik tempat yang sama tapi tak jumpa. Padahal dah patut jumpa pun masa kali pertama sampai kat parking lot. Kepada encik BIE, i'm so sorry sebab naik angin puting beliung tiba². Saya penat, sebab tu la emo terlebih. I know i've no rite to do that on u. SOWIE!!

Credit untuk tuan punya beberapa gambar diatas:-
Kedai Shinlin
Shinlin Sweet Potato
Subway Melt

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

2 Mak Joyah Bertandang:

Jogger said... Jawab Balik

huhuhuh sungguh lama sy x gi tgk wayang.... last skali transformer 1... ya, yg pertama

i.z.m.a said... Jawab Balik

hahaha... transformer 1 tu zaman saya hingusan lagi!! time tu tgk kat IMAX times square.. tobat takmo tgk kat situ dah, sempit!

Related Posts with Thumbnails